MKR KHALIDI RAMLI:
Selamat pagi sahabatku. Ohayo Gozaimasta.
Sawadikap. Terkadang dalam kesukaran kita
membaca warna senja, kita rempuhi juga
malam pekat gelita tanpa sinaran kejora.
Perjalanan kita teruskan jua, kerana kita
tidak mampu mengundur waktu! Setiap yang
terjadi pasti ada hikmah di sebalik tabir
peristiwa dan masa.
RABEAH MOHD ALI:
Kurempuhi jua malam pekat gelita,
Biarpun tanpa sebutir kejora;
Apalah ada pada halangan derita,
Jika dibandingkan nikmat di Syurga.
Perjalanan kita mesti diteruskan juga,
Kerana kita tidak mampu mengundur waktu;
Gunakan waktu biarpun halangan menduga,
Kerana kita sedang kesuntukan waktu.
Setiap yang terjadi imankan hatimu,
Sabar dalam redha apa yang terjadi;
Allah tahu tahap kemampuanmu,
Segalanya kau dapat atasi pasti.
Bahagiamu bahagiaku bahagia semua,
Itulah hikmah di sebalik tabir;
Berkat ketabahan dihadapi semuanya,
Diharungi semua dugaan dengan sabar.
Terima kasih sahabatku Mkr Khalidi Ramli,
Kerana sudi menyokong karyaku;
Kuberkarya pada mereka yang sudi menghargai,
Sokonganmu sentiasa mewangi di hatiku.
Begitu juga Norliza Mohd sahabatku,
Sokonganmu membuatkan ku teruja;
Biarpun kita tidak pernah bertemu,
Di dalam mimpipun kau tetap kupuja.
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
30 Jun 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment