ABDUL RAZAK KHASBULLAH:
Selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat
Hospital Banting membuat lawatan segera
di wad 5 Hospital Banting.
MOHD SYUKUR:
Terima kasih tuan atas lawatan. Saya
bangga jadi ahli UMNO.
ANISAH HASSAN:
Semoga beliau cepat pulih kembali.
terima kasih atas lawatan En. ARK.
ABDUL RAZAK KHASBULLAH:
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
RABEAH MOHD ALI:
Sabarlah duhai saudaraku,
Sakitmu sakitku juga;
Kudoakan segera sembuh untukmu,
Moga Allah perkenankan semua yang berdoa.
RABEAH MOHD ALI:
Cincin ARK cantik bersinar,
Sinarnya menyilaukan mata;
Perjuangan ARK memberi sinar,
Pada rakyat yang sedang menderita.
WAN SYAMSUL AMRI:
Ala Rabeah Mohd Ali ni...berpantun
tak habis-habis la hahaha.
ABDUL RAZAK KHASBULLAH:
WSA itulah anugerah dan kelebihan.
RMA ....saya terharu.
RABEAH MOHD ALI:
Duhai Syamsul Amri yang dihormati,
Katamu tajam bak duri;
Ada apa yang tak berkenan di hati,
Kuhulur tangan mohon dimaafi.
Terima kasih ARK yang baik budi,
Sokonganmu buat ku terharu;
Jika ada yang tak kena pada pantun ku ini,
Biarlah penaku terus berhenti kerana ada yang jemu.
ZAERO ZACK:
Kak Beah... janganlah jemu kak...
teruskan pantun tu kak..
saya tak jemu...
WARISAN tuh...
ABDUL RAZAK KHASBULLAH:
ZZ...setuju...
RABEAH MOHD ALI:
Terima kasih Zaero Zack saudaraku,
Kerana sudi menyokong minat kakakmu;
Pena dan mindaku terhasil karyaku,
Istimewa untuk mereka yang rasa tak jemu.
Yang baik semuanya dari Maha Pecipta,
Yang kurang dari diriku sendiri;
Kuberkarya kerana mensyukuri Kurniaan Maha Pencipta,
Moga ada kiraan di Sisi Maha Pencipta nanti.
WAN SYAMSUL AMRI:
Adu... ada lagi....hahaha...
Semoga terus mahu jaya dalam berpantun,
boleh masuk peringkat bahagian ni...
RABEAH MOHD ALI:
Kalau masuk ke peringkat bahagian saudara Wan Syamsul
jadi hakimnya , saudara Zaero Zack penyelaras majlis
ARK jadi pengacara majlis. Kalau boleh...saya masuk
bertanding menyahut cabaranmu...kalau rasa pantun tu
senang jadi hakim nanti baru tahu nak hargai Seni Warisan.
RABEAH MOHD ALI:
Lagi satu encik Syamsul...tujuan saya berpantun adalah
untuk menyatakan simpati saya dan orang ramai juga
kepada pesakit dan mendoakan segera sembuh...adai kata
pesakit itu encik Syamsul macam mana? Baru Encik Syamsul
faham apa itu erti dugaan kesakitan...masa tulah tak ada
masa nak gelak-gelak ok... lainlah kita bawa isu raja lawak
bolehlah gelak sampai putus urat perut? Maaflah kalau bicara
untuk kurang disenangi.
ZAERO ZACK:
Sabar kak beah....sabar ye kak...
ABDUL RAZAK KHASBULLAH:
RMA & ZZ , sangat setuju...sabar ye....amin.
SHAHARUDDIN MOHD JANI:
Sabar itu separuh daripada iman.
ABDUL RAZAK KHASBULLAH:
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
WAN SYAMSUL AMRI:
Wah panjang lebar ulasan, semoga sama-sama kita
muhasabah diri, terima kasih atas ingatan kepada saya.
DELIMA MERAH;
WSA, Amin.
RABEAH MOHD ALI:
Yang menjadi pokoknya sekarang dibincangkan gambar
yang tertera, derita seorang pesakit... lihatlah
renungan matanya meminta difahami derita sakit
yang ditanggung... mujurlah ada YB ARK yang
menenangkan memujuk agar bersabar dengan dugaan
Allah dan mendoakan si pesakit segera sembuh.
Dan ramai yang mendoakan si pesakit segera sembuh
untuknya tanda simpati yang amat sangat,
apabila pantun ditujukan untuknya tanda simpati
diketetawakan. Tiada yang lucu pada pantun
tersebut, cuba baca apa yang tersurat dan tersirat
pada rangkap pantun tersebut. Kita mengajak pembaca
simpati tapi jadi bahan lawak pulak...lainlah pantun
tersebut bertemakan lawak!Bolehlah tergelak.
Apapun kepada YB ARK teruskan perjuanganmu menjadi
pemimpin yang terus menabur bakti kepada rakyat,
kepada Zaero Zack terima kasih kerana menghargai
seni warisan kepada Wan Syamsul Amri kalau tak suka
pun pada Seni Warisan tak apalah...tapi simpatilah
kepada si pesakit yang sedang di uji Allah.
WAN SYAMSUL AMRI:
Kita minum dulu... lepas ni saya nak bersyair la...
menghiburkan rakan-rakan pula.
PEJUANG SEJATI:
WSA, buang yang keruh ambillah yang jernih, Amin.
ABDUL RAZAK KHASBULLAH:
Mari kita pakat-pakat dan damai...itu lebih mulia
hindari salah faham ...Amin.
RABEAH MOHD ALI:
Bukan salah faham ideologi tapi salah faham tentang
kemanusiaan itu aje...dah jadi bahan lawak, itu aje
puncanya. Nama pun manusia...takkanlah tak ada wujud
kemanusiaan di hati yang bergelar manusia?
Wan Syamsul selamat berhibur dengan teman-teman ya.
RABEAH MOHD ALI:
ARK kalau begitu jangan siarkan derita dan kesusahan
rakyat kerana akan jadi bahan lawak ...itu aje untuk
hilang salah faham...itu yang dimahukan Wan Syamsul
Amri mungkin. Selamat berhibur Wan Syamsul ....biarkan
saja penderitaan rakyat di luar sana ramai lagi yang
akan simpati dengan mereka, mereka sentiasa bersabar
dalam menghadapi kesusahan dan kesakitan yang datang
dengan redha.
WAN SYAMSUL AMRI:
Semua salah faham ni, hihihi
oklah maafkan saya...
banyak perkara nak dirancang ni,
tu yang perlu sedikit gurau senda
dari kalian untuk berhibur.
RABEAH MOHD ALI:
Salah dan silap harap dimaafkan,
Di lain kali jangan diulangkan;
Moga berjaya apa yang dirancangkan,
Demi kebaikan negara dan rakyat diutamakan.
RABEAH MOHD ALI:
ARK bukan salahmu siarkan gambar,
Tujuan disiar untuk pembaca fb hayati;
Ramai yang simpati melihat gambar,
Salahkan si penghibur Wan Syamsul Amri.
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
29 Jun 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment