Saturday, 2 July 2011

JALAN YANG LURUS

DIARI PERANTAU:

Sesekali dalam hutan batu
aku keliru ke mana arahku
tiada petunjuk mindaku
tiada sahabat setiaku
yang ada siulan enjin
membingitkan telinga
jeritan hiporit manusia
mengejar duniawi

lalu aku tak betah lagi
biarlah aku di rimba sepi
bertemankan aggas mengigit
namun kutahu
ke mana arahku

Dari Jendela 2117
Grand Seasons


RABEAH MOHD ALI:

JALAN LURUS

Tika kau di rimba sepi
berteman aggas
lalu mengigitmu
namun kau tahu ke mana arahmu
itu falsafah yang penting

bebanding tika di hutan batu
kau tersesat jalan
kerana tiada petunjuk minda
akan selamanya tersesat

justeru pilih mana satu sukamu
jalan yang sesat atau jalan yang lurus
pasti kau pilih jalan yang lurus
kerana kau bukan mengejar duniawi
kudoakan Allah sentiasa memberimu
pertunjuk jalan
yang lurus
yang diredhaiNya


Karya:  Rha NS
25 Jun 2011


DIARI PERANTAU:

Semoga Allah tunjukkan aku, kamu, dia
dan mereka jalan yang lurus yang diredhaiNya.

RABEAH MOHD ALI:

Amin Ya Rabbal A'Lamin.


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
25 Jun 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;