Sunday 7 August 2011

BERJUANGLAH UNTUK HIDUP KERANA KAU DILAHIRKAN UNTUK CEMERLANG

Puteri bongsuku Syafika berkata sambil melihat
album gambarnya di waktu usia empat tahun.


Ibu....alangkah bahagianya kalau mati masa kecil
mesti Eqa masuk Syurga ...masa kecil tak ada dosa.


Nak...pergilah mandi kolam taubat ....
Kolam taubat itu apa ibu?


Kolam taubat ialah disirami dengan air iman...
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha
Penyayang...anakku Eka


Tapi kalau mati masa kecil tak perlu pening-pening
kepala lagi memikirkan masalah yang datang bertubi-tubi


Anakku sampai matipun masalah akan tak selesai....
kita sabar ajelah disamping mohon Allah berikan hidayah
kepada kita


(PUTERI SULUNGKU MENYAMPUK DARI DAPUR)

Kalau kau nak mati masa kecil...apa guna kau bertarung
semasa menjadi benih dulu. Kau bertarung dari jutaan
benih yang ingin berjaya untuk hidup.
Bilamana Tuhan dah hidupkan kau mahu dimatikan pulak.
Bersyukurlah ... kau dihidupkan sampai sekarang...

(PUTERI BONGSUKU SENYAP SEAKAN MEMAHAMI APA YANG TERSIRAT)


Eka anakku sebab apa Tuhan bagimu hidup dan kau dapat
menewaskan yang banyaknya tak terkira itu... sebab semasa
di alam itu kau telah berjanji untuk menadi hambaNya
yang patuh dan taat.
Anakku... berjuanglah untuk hidup kerana kau dilahirkan ke dunia ini
untuk mencipta kecemerlangan.  Kau di antara yang terpilih dilahirkan
ke dunia ini untuk menjadi khalifah Allah yang beriman bersyukurlah
anakku.  Insya-Allah Syurga tempatmu nak...itulah rahsia sebenar
kalau Ika nak tahu kenapa Allah pilih Ika menjadi khalifahNya..

Iye ke ibu?

Ye lah tak percaya tanya ustazah yang kat
dapur tu...

Macam mana ustazah betul tak?

Betul...betul..betul...


Bertarikh:
6 Ramadhan 1432H
6 Ogos 2011


Athaya Nabila and Mai Az like this.


Athaya Nabila:


Sedih,,,kadang nandapun berpikir seperti itu,,,apakah enak kita
tercabut nyawa kala tanpa dosa,,,apakah enak tercabut dikala tua,,,
waallahu'aklam bisowab,,,enak yang manakah,,,apakah siap jika
kita sekarang harus menhadapnya,,ya allah,,,ternyata aku termasuk
manusia yang belum siap akan panggilaMu ya Allah,,,betapa masih
takut kumemenuhi panggilanMU,,,Bunda,,,jadi? takut nanda membaca
tulisan bunda,,,

3 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:


Ye....bunda pun macam tu juga...memujuk puteri bongsu supaya
bersangka baik dengan Allah Taala...Dia Maha Penyayang Maha
Pengampun...Doakan untuk ketiga-tiga cahayamata bunda diberi
hidayah kasih Nur dariNya ye...nandaku sayang. Tika ini air
mataku...mahu mengalir deras tapi kutahankan juga...! Sebab
kau ia mengalir takkan ada hentinya ...
biarlah air mata ini hanya Dia Yang Maha Tahu betapa saat ini
aku mahu berada di sebuah taman Nur Hidayah KasihNya yang
penghuninya hanya mengingati dan memujiNya seiring degupan
jantungku duhai sahabatku yang baik budi yang memahami bahasa
hati bahasa jiwa bahasa kalbu!


2 hours ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:


Mai Az sahabat seperjuanganku ....puisimu, diari perantau dan
aku telah kusiarkan di blogku dan bila kusiarkan pada rumah sastra
borneo rakan-rakanku amat menyukainya...sebagai tanda penghargaanku
pada kalian berduaye. Layari blog: sasterakuduniaku.blogspot.?com

Tajuk: Gabungan karya 3 Orang Penyair

Nanti kalau dah baca sudilah beri pendapatmu padaku ye Mai Az....
senyumanmu penawar dukaku.

2 hours ago · Like

Athaya Nabila AMIN,,,YAA ROBBAL'ALAMIN,,,

2 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali Terima kasih nanda.


Nanda...syukurku dalam sujudku Allah temukan kita ...
moga persahabatan ini abadi selamanya hingga di Sana InsyaAllah

2 hours ago · Like · 1 person


Athaya Nabila insyaallah amin,,

2 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin



(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
7 Ramadhan 1432H
7 Ogos 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;