Tuesday, 9 August 2011
ORANG LAMA BERPUISI ORANG MUDA BERMADAH
Sungguh indah bunga jambangan
Jadi hiasan dinding pelamin
Halus teliti membuat pertimbangan
Agak kejayaan boleh terjamin
Karya: Saiee Driss
Added 3 hours ago · Like ·
6 people like this.
Rabeah Mohd Ali:
Senyumanmu satu sedekah,
Kata-katamu satu doa;
Apa yang kau kata tidak kusanggah,
Kerana katamu bernas berdasarkan fakta.
3 hours ago · Like · 2 people
Ikeram Yan:
Abang Panglima pergi ke Sabah,
Menghisap madat atas kerusi;
Orang lama jikalau bermadah,
Adat dan tertib melalui puisi.
2 hours ago · Like · 2 people
Rabeah Mohd Ali:
Orang muda apa kurangnya,
Bila bermadah berbunga-bunga:
Siapa yang mendengar pasti terpesona,
Itulah lambang betapa tinggi budi bahasa.
2 hours ago · Like · 2 people
Rabeah Mohd Ali:
Budi bahasa orang muda amat bernilai,
Bakal menjadi ikutan semua generasi;
Bertuahnya negara mempunyai generasi memikiri,
Mementingkan negara agar dihormati.
2 hours ago · Like · 2 people
Rabeah Mohd Ali:
Mulianya hatimu bak bulan purnama,
Menghargai budi buatku terharu;
Moga tercetus segala idea ,
Demi kerana negaraku negaramu.
about an hour ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
Sejambak budi seindah bahasa,
Tutur utaian katamu masih kuingati,
Kau menjadi pejuang bangsa,
Duhai generasiku yang kusayangi.
about an hour ago · Like
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
9 Ramadhan 1432H
9 Ogos 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment