Thursday, 11 August 2011
CERMIN MEMANTULKAN CAHAYA SINAR HIDAYAH NUR KASIHNYA
Dalam luka ada duri
Dalam luka ada nanah yang berbau
Dalam luka hatiku haru biru
Bila ku berdiri di cermin
Wajahku berkerut seribu
Dia mengikut gerak wajahku yang berkerut itu
Tapi cermin tetap tidak punyai hati
Dia bisu dan terus membisu
Justeru dia tidak pernah faham apa maksudku
Kerana dia tidak punyai hati
Aku terus menangis hiba
Dia pun turut menangis
Tapi tidak pernah simpati padaku
Lama sudah kutahu dia tidak punya perasan
Aku terus menabur budi padanya
Agar satu masa nanti dia juga punyai perasaan dan hati
Cermin yang bisu dan kaku itu
Selalu ku berkata-kata dengannya
Penuh kasih sayang setulusnya
Air mataku berjuraian itu merecik ke cermin
Kuambil sapu tangan derita
Kulap debu-debu yang terlekat di cermin
Sambil berselawat dan berzikir padaNya
Merintih merayu
Mohon Allah ampunkan segala dosaku
Yang bertimbun bak pepasir di pantai
Sesudah lama ku menangis
Ku lihat wajahku di cermin
Memantulkan sinar cahaya wajahku yang ku sendiri
Tak dapat nak huraikan dikuatiri riak
Yang akan membunuh segala amalanku
Yang setitis ini
Biarlah antara aku dan Tuhanku yang tahu
waktu di kala itu
kerana aku tak mahu sebesar zarah pun ada
berperasangka pada manusia
apa tah lagi pada Tuhanku
Biarpun dugaan datang melanda
Biarpun dikeji
Dicaci manusia
Biarlah aku dah redha
Dan aku terus berbakti
Dan Berbakti
Pada yang sudi mendengar
Pada yang sudi menyayangi
Pada yang sudi menghargai
Biarpun pada cermin bisu yang tidak
Punya hati dan perasaan!
Karya: Rha NS
12 Ramadhan 1423H
12 Ogos 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment