ANGIN YANG MENDERU OMBAK YANG BERBISIK
by Rabeah Mohd Ali on Friday, August 12, 2011 at 7:17am
Angin yang menderu
ombak yang berbisik
seakan membisikkan
sesuatu menyatakan
"Tolong selamatkan kami!"
Kumenjawab menenangkannya.
"Sabarlah ye tiada dayaku menolong kalian...
cuma yang dapat kudoakan kalian sejahtera
jika kalian selalu bersyukur ...."
"Kami selalu bersyukur ...tidakkah kau dengar
apa yang kami bisikkan ke kamu....itulah zikir
Syukur yang selalu kami zikirkan cumanya
manusia yang tidak mahu bersyukur
mereka kebanyakkannya menafikan kesyukuran!"
Aku terkedu dalam sendu apakah bisikannya
itu ditujukan kepada ku?
Ah! Malunya aku jka aku menafikan kesyukuran!
Mulai detik ini aku mahu menjadi seperti
angin yang menderu!
ombak yang berbisik!
Karya: Rha NS
4 Ramadhan 1432H
4 Ogos 2011
Like · · Share · Delete
Mai Az and Bunga Seroja like this.
Bunga Seroja Akupun ingin menjadi seperti ;
ANGIN YANG MENDERU...!OMBAK YANG BERBISIK...!!
Assalamu'alaikum...bunda.
6 hours ago · Unlike · 1 person
Rabeah Mohd Ali Waalaikumussalam nanda bunga yang
selalu mewangi cintamu di hatiku ini. Syukurku
dapat sahabat sepertimu biarpun berlainan benua.
Adakah di benua sana setiap malam kau lihat senyumanku
tanda rinduku padamu di bulan purnama nanda?
6 hours ago · Like · 1 person
Bunga Seroja Didalam cahaya bulan purnama sinar kasihnya
bunda yg selalu membawa nafas-nafas zikir senyum kasih
sayang yang penuh Ibadah yang membuat sejuk nyamannya
jiwa ananda..walaupun berlainan benua tapi dalam hati
yang paling dalam bunda adalah bundaku yang paling dekat
di hatiku.....begitulah yang dirasakan ananda bundaku...
Salam.
5 hours ago · Unlike · 1 person
Rabeah Mohd Ali
Terharu banget bunda dengarkan kata-kata kalbu nanda bunga itu...
rupa-rupanya kita saling rindu-rinduan biarpun tak pernah
ketemu secara fizikal cuma kata-kata tanpa suara tapi
difahami dalam benak kalbu menusuk kalbumu kalbuku ...
kita berkasih sayang saling muhasabah (koreksi) diri demi
mendapatkan Sinar Nur Hidayah KasihNya kan nanda bunga serojaku.
Biarpun ku tahu jiwamu selalu kesepian panjang hatimu
selalu diselimuti mendung yang sentiasa ingin menantikan
kedangan indahnya cahaya pelbagai warna pelangi itu.
Di bulan Ramadhan yang suci ini bunda doakan bunga serojaku
akan ada pelangi cinta untuk membebat luka hati mu nanda seroja...
Kerana terlalu faham derita di hatimu kukarangkan
puisi-puisi cinta nan indah yang kau ingin rasakan
betapa indahnya cinta seperti pelangi cinta itu...
ditakdirkan pelangi cinta yang kau idami itu tidak
kau miliki bersangka baiklah dengan Allah Taala
di akhirat nanti akan hadir Pelangi Cinta Syurga
untukmu sayangku. Insya-Allah. Sesungguhnya Allah
Maha Mendengar Allah Maha Memahami apa mahumu kalbumu
nanda Seroja. Jika kau fikirkan tentang Kebesaran
Allah Kekuasaan Allah pasti jiwamu tenang nanda
serojaku yang kukasihi sepenuh jiwaku.
Kau katakan pada dirimu begini,
"Ya Allah Kau Kurniakanku Pelangi Cinta untukku kalau itu
layak untukku ...aku akan syukur Ya Allah tapi jika Pelangi Cinta
itu sudah ditakdirkan bukan milikku...aku redha jika itu kemahuanMu
kerana siapalah aku untuk menafikan takdir yang telah Kau Tentukan
sejak azali.
Ya Allah Kau kuatkan semangatku Kau perteguhkan imanku kerana
hidup dan matiku hanyalah untukMu."
Siapapun dirimu aku terima apa adanya bunga serojaku dan kita
tetap bersahabat hingga hujung nyawa Insya-Allah disambungkan
persahabatan di antara dua benua ini hingga ke Syurgawi.
Amin Ya Rabbal ALamin.
4 hours ago · Like · 2 people
Bunga Seroja Berlinanglah air mata ini.. Air mata bahagia
buatmu bunda....puji syukur kehadirat'mu ya Allah....
sesungguh'nya Engkaulah tempat kami memuja dn Engkau
jualah Zat Maha Pemberi Lagi Maha Menerima...segala puji
bagimu Ya Allah Seru Sekalian Alam...
Amiin Yarbbal'alamiin..
4 hours ago · Unlike · 1 person
Rabeah Mohd Ali
Bunda pun gitu juga nanda...bila kita sering koreksi
(muhasabah diri) InsyaAllah Allah amat memahami kita...
kita insan yang terpilih untuk menerima dugaanNya
kerana Dia Sayangkan kita...Kita MemujiNya....
Kita merayu-rayu hiba padaNya Tuhan Sementa Alam.
Insya-Allah jiwa kita akan setenang air di kali.
Jika nanda sering berbicara dengan alam,
alam turut memahami apa yang ada di benak
kalbu nanda seroja.
Bunga Serojakku...
Biarpun kau cumalah sekuntum bunga seroja
yang berjuang hidup di padang pasir tandus
menempuh segala kepayahan
demi untuk meneruskan kehidupan
Nun.....jauh di sana
kawan-kawan pun sedang bahagia menikmati kehidupan
kau ucapkan salam bahagia untuk mereka...
biarpun mereka sambut ucapanmu dengan senyuman sinis
Biarpun hatimu duka dikecewakan
Kau terima dengan redha
Dengan pasrah ketentuanNya
Tidak ada sedikitpun berperangsaka
pada manusia
pada Tuhan
Biar pun kau jauh nun di sana
di padang pasir tandus
berkat keyakinanmu pada TuhanMu
kau terus hidup
kerna akar mu
ditunjangi dengan pasakkan iman
Biarpun bunga serojaku cuma sekuntum
Biarpun berhidup di padang pasir tandus
Wangian cinta sucimu itu dapat dihidu
Hingga ke serata benua
Di Malam hari biarpun kau kedinginan
Sang Purnama
Menyinarkan Sinar Rembulan
Sambil melemparkan senyuman ikhlasnya padamu
Sambil berkata, "Sabarlah Bunga Serojaku..
Deritamu Deritaku Jua...Bahagimu Bahagiaku Jua....
Biarkan kujahit lukamu denan benang cintaku....
Biarkan kusapukan air mata mu dengan sapu tangan
cinta syahdu yang tertulis kaulah sahabatku
dunia akhirat...ku sentiasa mendoakan kebahagiaan
dunia akhirat untukmu sayang..."
Kini Serojaku
senyumlah dalam luka
senyumlah dalam redha
Allah sentiasa bersamamu.
Karya: Rha NS
12 Ramadhan 1432H
12 Ogos 2011
(Diilhamkan Teristimewa Untuk Sahabatku Bunga Seroja Dari Benua
Indonesia ...Tajuk Puisi: Sapu Tangan Cinta Syandu)
4 hours ago · Like · 1 person
Bunga Seroja
Tiada apa yg dapat ku haturkan ke hadapanmu bundaku .....
selain kata cinta nan sayang penuh tulus bahagia dari
hati bunga seroja.. Berkat siraman air surgawi kiriman bunda....
hati bunga berseri kembali bagaikan sinarnya Rembulan dikala
bunda tersenyum buat ananda bunga . Kini bunga bahagia dengan
senyuman manis seindah wanginya sekuntum BUNGA SEROJA.
Makasi ya bunda atas syair-syair yang banget bermakna
dan sangat menyentuh hati pembaca smg makna yg tersirat
di dalamnya akan bermanfaat bagi kami semua pecinta karya
Bunda Rabeah Moh.Ali. Salam...
3 hours ago · Unlike · 1 person
Rabeah Mohd Ali
Sebenarnya bungaku sayang...kita sebenarnya telah diaturkan
oleh Allah Taala untuk bertemu dan berkasih sayang kerananyaNya
walaupun belainan benua tapi hati bertaut satu.Terima kasih
kerana sudi membalas kasihku dan menghargai karya bunda...
Bunga Serojaku ...namamu sentiasa mewangi di hatiku....
Kirim salam sayang bunda buat teman-teman nanda bunga juga ye ...
katakan bunda ucapkan terimak kasih kerana meminati karya bunda .
Waalaikummussalam .
2 hours ago · Unlike · 1 person
Bunga Seroja Amiin...Amiin..Yrb...
about an hour ago · Unlike · 1 person
Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin.
about a minute ago · Unlike · 1 person
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
12 Ramadhan 1432H
12 Ogos 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment