Angin-Mu Kasih-Mu
by Mai Az on Wednesday, August 10, 2011 at 10:24am
oooo...angin
menyapa ke sanubariku aku tersentuh
akan kelembutanmu wahai angin
biarpun di kau berlalu pergi
rindu di hati masih ada..
kasih-Mu cinta-Mu beri segala
sentiasa ada buat umat-Nya
oooo...angin
anugerah istimewa dari-Nya
meskipun tiada jasadmu
meskipun tiada rupamu
namun ku dapat rasa adamu
kehadiran-Mu Maha Pencipta
memberi ingatan pada penghuni
Dia menghidupkan segalanya
agar kita sedar betapa
Allah Maha Berkuasa
menghadirkan segalanya...
mai
10.05 am
Unlike · · Share
You, Ct Azhar, Athaya Nabila and 11 others like this.
Che Abidin CaCo:
termangu aku~ daLam menerima hembusaN angin mu~ untuk
kuhitung kasiH mu~ yang tak terjangkau oLiH jengkaLku....][*
4 hours ago · Unlike · 4 people
Enna Marsni:
kutulis nama mu di pantai, di awan,semuanya hilang dipukul
ombak dan angin awan itu berlalu pergi...lalu kutuliskan
namamu dihati.. ianya akan kekal disitu selama-lamanya....amin.
4 hours ago · Unlike · 3 people
Noor Anisah ohh angin........sampaikan salam rinduku padanya........:)
3 hours ago · Unlike · 2 people
Ain Zin ohh angin
sampaikan salamku
dengan kalimah-Mu
hati akan terasa segar nyaman ...
3 hours ago · Like · 2 people
Ayaya Molika:
angin yang berlalu biarkan berlalu..biarpun ianya membawa
kisah semalam yang indah..kerana suatu hari nanti kita
pasti disapa lagi dengan angin itu..insyaallah~
3 hours ago · Unlike · 4 people
Mai Az terima kasih ..Che Abidin CaCo
kasih-Nya pada umat-Nya
setulus sejati selamanya..
3 hours ago · Unlike · 1 person
Mai Az terima kasih..Enna Marsni
biarlah nama-Mu terpahat di sanubari
buat selama-lamanya
Cinta Agong-Nya
Cinta Sejati-Nya
3 hours ago · Unlike · 1 person
Mai Az terima kasih Noor Anisah
dari nan jauh ku terima khabar
rindu darimu...
3 hours ago · Unlike · 2 people
Enna Marsni:
meski kita tak terlalu jauh tak jua terlalu dekat namun
persahabatan biarlah di teruskan.....
3 hours ago · Unlike · 2 people
Rabeah Mohd Ali:
Duhai ombak...
Pukullah aku semahumu!
Biarpun bahasamu telah menghancurkan hatiku
Ku berdoa tetap bertabah
Menerimamu apa adanya
Kerana ketahuilah kau
Aku kasihkanmu
Cintaku samalah
Seperti berada di dalam bara gelombang ombak mengganas!
3 hours ago · Like · 2 people
Mai Az terima kasih kak Ain Zin
hatiku tenang dan damai
sujud rindu pada-Mu
menyinari hatiku...
salam syg dari mai..
3 hours ago · Unlike · 2 people
Mai Az terima kasih dik Ayaya Molika
ya pasti ia akan menyapa lagi
menyedarkan daku dari lamunan itu
ku sedar masih berpijak di bumi nyata
kurniaan-Nya...
3 hours ago · Unlike · 2 people
Mai Az
terima kasih saudari Rabeah Mohd Ali
biarlah ombak memukul menghempas
biarlah angin ganas menghembus
ku sedar..
itulah Kasih-Mu
itulah Cinta-Mu
betapa murni suci kasih-Nya
pada Umat-Nya
salam sayang salam berpuisi...
3 hours ago · Unlike · 1 person
Radzemah Bolhassan mohon sentiasa dekat denganNYA
2 hours ago · Unlike · 3 people
Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin
20 minutes ago · Like · 1 person
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
10 Ramadhan 1432H
10 Ogos 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment