Thursday, 11 August 2011
SAPU TANGAN CINTA SYAHDU
Bunga Serojakku...
Biarpun kau cumalah sekuntum bunga seroja
yang berjuang hidup di padang pasir tandus
menempuh segala kepayahan
demi untuk meneruskan kehidupan
Nun.....jauh di sana
kawan-kawan pun sedang bahagia menikmati kehidupan
kau ucapkan salam bahagia untuk mereka...
biarpun mereka sambut ucapanmu dengan senyuman sinis
Biarpun hatimu duka dikecewakan
Kau terima dengan redha
Dengan pasrah ketentuanNya
Tidak ada sedikitpun berperasangka
pada manusia
pada Tuhan
Biar pun kau jauh nun di sana
di padang pasir tandus
berkat keyakinanmu pada TuhanMu
kau terus hidup
kerna akar mu
ditunjangi dengan pasakkan iman
Biarpun bunga serojaku cuma sekuntum
Biarpun berhidup di padang pasir tandus
Wangian cinta sucimu itu dapat dihidu
hingga ke serata benua
Di Malam hari biarpun kau kedinginan
Sang Purnama
Menyinarkan Sinar Rembulan
Sambil melemparkan senyuman ikhlasnya padamu
Sambil berkata, "Sabarlah Bunga Serojaku..
Deritamu Deritaku Jua...Bahagimu Bahagiaku Jua....
Biarkan kujahit lukamu dengan benang cintaku....
Biarkan kusapukan air mata mu dengan sapu tangan
cinta syahdu yang tertulis kaulah sahabatku
dunia akhirat...ku sentiasa mendoakan kebahagiaan
dunia akhirat untukmu sayang..."
Kini Serojaku
senyumlah dalam luka
senyumlah dalam redha
Allah sentiasa bersamamu.
Karya: Rha NS
12 Ramadhan 1432H
12 Ogos 2011
(Diilhamkan Teristimewa Untuk Sahabatku Bunga Seroja Dari Benua
Indonesia, Tajuk Puisi: Sapu Tangan Cinta Syahdu)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment