Wednesday, 10 August 2011
CERMIN KAU TETAP BISU
Cermin...
Kau tak pernah menipu
bagaimana wajahku
begitulah kau
seiras saling tak tumpah
Walaupun sama saling tak tumpah
kau tak ada hati dan perasaan
bila ku tiada kau pun hilang
bila kulihat mu baru kau ada
Yang kukagumi dengan kau
satu aje cermin
kau tetap setia menampakkan wajahku
aku boleh berkata-kata
kau ikut apa yang kukata
Tapi kau tak boleh berkata-kata
Setiap hari kulihat cermin
tapi kau tak pernah tahu apa
yang kumahukan dalam hidup ini?
Tak apalah kalau aku cakap dengan engkau pun
tak guna sebab kau bisu tak boleh beri
sedikitpun pandangan...
Yang ku mahukan cermin...
Agar aku sentiasa mencermin diriku
agar aku tidak karam dengan kelalaian duniawi
moga Allah Sinarkan Nur Hidayah KasihNya
tanpa batas padaku dan semua keluargaku
dan semua sahabat-sahabatku yang kukasihi.
dunia dan akhirat.
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kau Perkenankan doaku ini.
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Rha NS
11 Ramadhan 1432H
11 Ogos 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment