Tuesday, 9 August 2011
DALAM BISU MAMPU BICARA
PISANG TEMASIK DI ATAS PETI,
BARU BERBUAH, TAPI SEIKAT,
SEDANG BERBISIK DI DALAM HATI,
HENDAK DILUAH,TERSEKAT-SEKAT...
Karya: Nurul Ain Lim
Yesterday at 12:35am · Like ·
6 people like this.
Radzali Mat Deris:
Kucing hitam putih bulunya,
Bermain dia dalam kurungan;
Apa yang malu apa yang segannya,
Dalam dalam inboxnya duahkan.
Yesterday at 12:39am · Like · 1 person
Nurul Ain Lim Adoi Biar Betul....
Yesterday at 12:40am · Like
Radzali Mat Deris Betul biarlah..adoiii
Yesterday at 12:41am · Like · 1 person
Nurul Ain Lim adoi...
Yesterday at 12:42am · Like
Radzali Mat Deris Mana sakit..
Yesterday at 12:43am · Like · 1 person
Nurul Ain Lim kat hati
Yesterday at 12:43am · Like
Radzali Mat Deris:
Susah loo mau ubat kalau sakit kaki boleh ubatkan
Ain misi bole ubat itu. Hati di dalam?
Yesterday at 12:46am · Like · 1 person
Nurul Ain Lim APA BERADA DI ATAS PETI,
HANYA SUSU MINUMAN SI DARA,
SUKAR DITEKA BAHASA HATI,
DALAM BISU MAMPU BICARA...
Yesterday at 12:46am · Like · 1 person
Radzali Mat Deris:
Anak kucing minum susu setiap hari,
susu dberi tambah tenaga;
kalau Ain susah mau baca hati,
tanyalah guru abesoh pun ada.
Yesterday at 12:50am · Like · 1 person
Mohd Nazri Mohd Nawi:
Pisang berada di atas Peti,
Biasanya teruna mendapat susu;
Apa nak susah bahasa Hati,
Hilangkan yang terbuku diluah saja isi hatimu.
(ngehngehngeh....berpantun aku pagi ni)
Yesterday at 12:50am · Like · 1 person
Mohd Nazri Mohd Nawi hihiihi
Yesterday at 12:51am · Like · 1 person
Nurul Ain Lim Radzali Mat Deris :
nak kena tanya Abang Che Soh Bin Mat ke ni ?
Yesterday at 12:53am · Like
Nurul Ain Lim:
Mohd Nazri Mohd Nawi : ye kita bepantun pagi-pagi
ni... hahaha
Yesterday at 12:53am · Like
Radzali Mat Deris Ain itu orang pakar apa Sama dengan
abe piye,dia orang boleh jawap
Yesterday at 12:58am · Like · 1 person
Nurul Ain Lim oooo ok :)
Yesterday at 12:59am · Like
Radzali Mat Deris Iya Ain esok tanya dia sekarang dorg Zzzz dh
Yesterday at 1:01am · Like · 1 person
Nurul Ain Lim orait... diorang pakar hati... hehehe :)
Yesterday at 1:02am · Like
Radzali Mat Deris Pakar hati perempuan sahaja laki-laki
dorang tak pandai
Yesterday at 1:04am · Like · 1 person
Nurul Ain Lim hahaha :)))
Yesterday at 1:14am · Like
Aziz Salihin:
Pisang berangan dibawa belayar,
masak sebiji diatas peti;
hati yang gusar usah dibiar,
luahkan saja hajat dihati.
Yesterday at 1:16am · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali:
Hendak diluah tersekat-sekat,
Apakah hajat hendak diluah;
Kusedia mendengar kerana kasihku sudah terikat,
Katamu bak mutiara takkan kusanggah.
Yesterday at 4:51am · Like · 1 person
Rosli Hassan Rosli:
Sedang Berbisik didalam hati,
Hendak diluah Tersekat-sekat,
Gunalah teknologi yang ada kita,
SMS dan FB pasti berekat.
Yesterday at 7:44am · Like · 1 person
Rosli Hassan Rosli:
Suka hati main konda kondi,
main pula tepi telaga;
jika mulia hajat dihati,
sudah terbayang pintu syurga.
Yesterday at 7:45am · Like · 1 person
Rosli Hassan Rosli:
Masuk hutan mencari buluh,
jangan dipotong pula rebungnya;
jika terkata tersalah suluh,
hasrat dihati pengubat nyawa.
Yesterday at 7:46am · Like · 1 person
Ramli AbeAwe :
KENO CUCI TU NURUL KALU SEKAT2
GAK.. BIASONYO CD KERAL ( CALAR )
AMBIL UBAT UMAH ABE LIE
Yesterday at 8:37am · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali:
Encik Rosli yang baik budi,
Katamu bak mutiara berharga;
Akan kusimpan di dalam hati,
Buat amalan bekalan berharga.
Yesterday at 2:17pm · Like · 1 person
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
8 Ramadhan 1432H
8 Ogos 2011
(Kepada sahabatku Nurul Ain Lim dan teman-teman
facebook Nurul izinkan aku abadikan pantun-pantun
yang menceriakan suasana persahabatan suci kalian
di blogku untuk tatapan pembaca alam maya sebagai
tanda kenang-kenangan harap kalian gembira selalu)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment