Wednesday, 10 August 2011
DEMI KERANANYA KUSENYUM
Mana bisa kusenyum jika senyumanku dibalas dengan kata berbisa
Demi keranaNya kupujuk hati
Biarpun dalam luka yang teramat parah
Kusenyum juga
Agar Allah ampunkan aku
Dan sinarkan hidayah padanya
Untuk memaafkan aku yang serba tidak sempurna ini
Agar di akhirat nanti
Tidak kubawa masalah sekecil ini
Kerana di akhirat nanti
Sebesar amalan samada baik atau jahat akan dinilaiNya
Justeru yang kumahu
Amalan ku yang setitis cuma ini
Tidak hilang dituntut olehnya
Kusanggup senyum biarpun terluka...
Biarpun tiapa siapa yang mengerti
Asalkan Allah sayang padaku
Apalah ada luka di hati ini
Daripada menghadapi sengsara akhirat.
Tuhan maafkan aku
Sahabat maafkan aku
Karya: Rha NS
10 Ramadhan 1432H
10 Ogos 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment