Wednesday, 10 August 2011

SALAKKAN KUCING ADA YANG TERSIRAT


(PERISTIWA KUCING DI LUAR RUMAH)

Semenjak Ramadhan kucing di luar rumahku selalu
mengiau seperti salakan anjing gamaknya
sudah di beri makan apa adanya
masih menyalak lagi

"Ibu napa Si Oren dah diberi makan masih nak lagi
tak cukup-cukup tak putus asa pulak tu
tak penat ke dia menyalak."

"Si Oren tu bukan menyalak anakku... dia berzikir
dan mendoakan kita."

"Kalau manusia... kan ibu... tak bersyukur ke dah bagi
rezeki apa yang dikehendaki masih tak cukup lagi.
Minta....minta...minta...walaupun harta dah
lebih dari mencukupi."

"Anakku...Tuhan itu Maha Pemurah pada hambaNya
mohonlah banyak mana sekali pun
Dia takkan jemu mendengar rayuan hambaNya
Dia suka hambaNya merayu-rayu padaNya
Dia akan Perkenankan
Andaikan semua hambaNya diberikan kekayaan
Tidak akan kurang pun Dia
Sebab Allah itu Maha Kaya
Justeru mohonlah dengan rayuanmu anakku
Dan jangan sesekali
Kau samakan sifat Allah dengan manusia
Berdosa anakku
Ketahuilah kau anakku
Tiada apa yang boleh menyerupai Dia
Dalam sifat 20 semuanya sudah jelas

Cuba kalau kita selalu merayu dengan manusia
sekali dua bolehlah diberi
kalau selalu?
tentu dia akan menyampah

Justeru merayulah pada Allah anakku!
Banyak mana sekali pun
Dia akan mendengar
Dan dia suka mendengar
Dan akan kabulkan permintaanmu anakku
Mohonlah selagi mampumu

Tapi adil ke pada diri kita sendiri
Allah suka mendengar rintihan kita
Rayuan kita
Tangisan kita
Kerana semata masalah kita di dunia ini

Tapi tidak terfikirkan kita
Kenapa kita tidak pula suka
Mahu menyembahNya
Membaca kalamNya Yang Merdu itu
Adilkah kita anakku?

Mulai hari ini mari kita
Mengagungkan Allah
kerana kita mahu menjadi
hambaNya yang bersyukur.


(PERISTIWA KUCING DI DALAM RUMAH)

Puteri Sulungku memelihara 2 ekor kucing.
Satu nama Cipot dan satu lagi Mocik
Dua-dua jantan tapi telah disunatkan
kerana tak mahu dia mengganas dengan
kucing luar hihihi...
susah nak pelihara nanti
Dia orang kata tak berdosa ke buat haiwan macam tu
Tapi masa kita pergi ke klinik haiwan,
ada fatwa mengatakan boleh
sebab itu kita berani nak sunatkan Cipot dan Mocik
Bela Cipot dan Mocik ada sejarahnya
Ada masa kita cerita sejarah hidup Cipot dan Mocik.

Bermula tika Mocik berlari-lari di ruang tamu
lepas tu mengiau-ngiau seperti menanggung  kesakitan
yang amat sangat.

"Ibu..Mocik sakit ibu...." kata anakku penuh cemas!

"Hai tak ada ribut...tak ada angin takkan nak sakit?"

"Iye ibu...tengok tu...kaki Mocik dah bengkok sebab tu
dia mengiau sakit."

"Ye lah...macam mana ni....kesihan Mocik...ibu tak
sampai hati nak tengok dia macam tu..."

Ketika anakku mahu menghampiri Mocik ...Mocik bangun
dah terus lari masuk ke bilik."

"Hai dah elok pulak Mocik? " kataku penuh kehairanan

"Pelik kan ibu ....Si Mocik dan Si Cipot  hari ni...
aneh betul peragai mereka, selalu tak macam ni.
Apa yang ditakutkan?"

"Semua syaitan ditutup rapat dalam kawah api neraka
jahanam...mana mungkin Cipot dan Mocik nampak Syaitan...
ibu rasa mereka nampak malaikat rahmat yang dikirimkan
Allah....di muka bumi ini...nak tahu apa Mocik kata...
Hai manusia ini bulan Ramadhan buatlah amal sebanyaknya
kerana ganjaran dari  Allah berganda-ganda banyaknya
tapi kenapa kau tak mahu rebut peluang itu hai manusia
yang rugi!Aku mengiau macam salakan anjing kenapa?
malaikat tu seakan  kecewa kerana aku tak peringatkan
tuan yang kusayangi ini. Sebab tu aku nak mereka
tahu apa yang aku tahu," kata Mocik biarpun anakku
tak faham aku faham. 
 
Ya Allah Ya Tuhanku
Aku makhluk ciptaanMu
Kau berilah hidayah
Kepada semua keluarga
Ahli keluarga ini
Mereka bela aku
Tanpa harap balasan apa-apa
Aku diberi tempat tinggal
Diberi makan apa adanya
Diberikan kasih sayang yang tiada hadnya
Biarpun hidup mereka apa adanya
Mereka selalu bertawakal padaMu Ya Allah
Itulah kalimah yang selalu kudengar
Justeru Kau murahkanlah rezeki keluarga anagkatku ini
Dengan rezeki yang halal lagi berkat
Dengan rezeki itu dapat mereka beramal
Dengan rezeki itu dapat mendekatkan mereka padaMu
Sinarkan Nur Hidayah KasihMu tanpa batas kepada keluarga angkatku ini.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
 
Itulah Yang didoakan oelh Mocik...kucing kesayangan kami sekeluarga.


Karya:  Rha NS
11 Ramadhan 1432H
11 Ogos 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;