Tuesday, 9 August 2011
TERCETUSNYA ILHAM ADAM DAN HAWA CINTA IDOLA
Norawi Hj Kata:
Jangan menganiaya wanita kerana mereka golongan yang lemah.
7 hours ago · Unlike ·
You and 17 others like this.
Helen Basanon Terima kasih kerana 'share ' apa yg terlintas ...
semoga kmu mendapat kebaikan yg setimpal di atas keprihatinan
kamu kepada kaum Hawa
7 hours ago · Like · 1 person
Norawi Hj Kata kaum Hawa mudah tergores oleh kata kesat.
7 hours ago · Like · 1 person
Norawi Hj Kata ibu berpesan,jika kau mahu keberkatan,
jagalah kaum Hawa sebaiknya.
7 hours ago · Like · 3 people
Janne Jen Wah... touching bah ayat2 kamu itu...saya terasa sangat
berharga bila ada kaum Adam sperti melindungi kaum Hawa...
Syabas...kerana kamu boleh jadi seorang yang boleh membimbing
seorang manusia yg lemah... Insyallah...semoga kamu di berkati...
7 hours ago · Unlike · 3 people
Nurayyanie Nj syukur alhamdulillah ada jua kaum Adam yang peka &
perihatin terhadap golongan wanita...
7 hours ago · Like · 2 people
Rabeah Mohd Ali:
Sebab itu Allah Perkenankan doa Adam dengan menjadikan Hawa untuk
menghilangkan kesunyian Adam tika di Syurga.
7 hours ago · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali:
Bersyukur Adam kerana Allah amat memahami keperluan kasih sayang
dan cinta daripada seorang wanita yang bernama Hawa yang merupakan
ibu kepada semua manusia di muka bumi ini.
7 hours ago · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali:
Adam dan Hawa tinggal di Syurga,
Memadu cinta dan kasih sayang sejati;
Wangian Syurga sewangi wangian cinta,
Mereka bersyukur Kebesaran Allah yang dicintai.
7 hours ago · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali:
Demi cinta Adam kepada Hawa,
Terpengaruh dengan hasutan iblis;
Dituruti kehendak Hawa memakan buah larangan di Syurga,
Lalu terpisahlah mereka di bumi sukanya iblis.
6 hours ago · Like · 1 person
Nurayyanie Nj:
Maka dengan itu Jadilah juga seorang Hawa yang bisa
menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba
Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam...
6 hours ago · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali:
Setelah sekian lama mereka terpisah,
Masing-masing tercari-cari;
Cinta di hati tidak berubah,
Mereka ditemukan di Bukit Judi.
6 hours ago · Like · 2 people
Rabeah Mohd Ali:
Kisah cinta sejoli Adam dan Hawa,
Menjadi idola pasangan bahagia;
Bersyukur dalam sujud kepada yang Esa,
Takdir cinta bahagia dibawa selamanya.
6 hours ago · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali:
Justeru hargailah cinta Adam,
Adam pula menghargai cinta Hawa;
Allah merestui cinta yang terpendam,
Biarpun dipisahkan angkara alpa.
6 hours ago · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali:
Cinta Adam dan Hawa mengusik kalbu,
Terima kasih sahabatku:
Kata-katamu mencentuskan ilhamku,
Moga Allah berkati hidup matimu.
6 hours ago · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali:
Justeru kuingin jasa baikmu sahabatku,
Apakah tajuk sesuai diberi pada karyaku ini;
Kerana kuingin abdikan di blogku,
Dihayati oleh pembaca alam maya yang kusayangi.
6 hours ago · Like
Sendera Dewi i like ur statement kawan;-)
6 hours ago · Like
Aidah Hajad norawi juga ba...
5 hours ago · Like
Norawi Hj:
Apa kata kita minta sdr A.karim kadir bagi respon,
apakah tajuk yg sesuai untuk karya yg brkaitan dengan
perbincangan ini
4 hours ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
Mereka berjumpa bukan di Bukit Judi,
Sebenarnya berjumpa di Jabar Rahmah;
Pertemuan tersebut pengubat rindu di hati,
Cinta Idola Adam dan Hawa patut dimegah.
4 hours ago · Like
Norawi Hj Kata kisah yg amat menarik sekali.
4 hours ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
Apa pendapatmu ku beri tajuk, ' Adam & Hawa Cinta Idola,'
Menjadi idola bagi pasangan yang ingin bahagia;
Bahagia di dunia dan di akhirat juga,
Allah restui cinta dua insan abadi selamaNya.
4 hours ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
Semua orang impikan pasangan bahagia,
Tapi itu bukan milikku,
Namun kuredha atas KetentuanNya,
Allah mengujiku kuredha dalam sujudku.
4 hours ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
Sudah tersurat ku tidak memiliki cinta semurni Adam,
Bersyukurlah mereka memiliki cinta seperti Adam dan Hawa,
Takkan ada duka lara yang terpendam,
Namun kubersyukur Allah kurniakan aku berjuta rasa cinta.
4 hours ago · Like · 2 people
Rabeah Mohd Ali:
Cinta kuberikan kepada semua insan di muka bumi,
Karya-karya ku semuanya bertemakan kasih dan sayang;
InsyaAllah sesiapa yang membaca pasti tenang hati,
Itulah balasan cinta yang kuperolehi berkatnya kasih dan sayang.
4 hours ago · Like · 2 people
Norawi Hj Kata:
tahniah kerana dapat menghasilkan karya sedemikian.moga
lebih banyak karya seumpama itu buat pedoman kita semua.
2 hours ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
Kumenulis dari dalam kalbu,
Ku menulis berdakwatkan airmata,
Ku tak hiraukan deritaku,
Yang kumahukan keredhaanNya.
27 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
Terima kasih sahabatku yang dihormati,
Memberi semangat untukku menulis:
Moga hidup matimu Allah berkati,
Budi baikmu hanya Allah yang balas.
24 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
Di sini kuhadiahkan sebuah puisi,
Tajuk Ku Menulis Dengan Airmataku;
Moga dikau terimanya nanti,
Tanda persahabatan suci dariku.
22 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
AKU MENULIS DENGAN AIR MATAKU
Aku ingin menulis puisi
Tapi malu ditertawakan penyair
Katanya kertas kosong yang tiada nilai
Yang hanya bisa menyapu air mataku sendiri
Katanya aku penulis yang tak pandai berpuitis
Tak sepuitisnya bila berkarya puisi
Hatiku pilu bagaikan ditusuk sembilu katanya itu
Aku cuma diam dalam hati yang remuk
Mahu saja aku kakukan jemariku dari berpena
Tapi aku ngak bisa
Kerna kalbuku meledak untuk berpena
Kucapai pena
Dengan titisan air mata
Kumenulis syair puisi cinta
TentangNya
Alam ciptaanNya
Hamba-hambaNya yang sentiasa bersangka baik
Bersangka baik padaNya dan hamba-bambaNya
Barulah tenang jiwaku kini
Tanpa memperdulikan penyair itu
Aku terus berkarya...berkarya lagi tanpa henti
Selagi kudrat pemikiranku berfungsi
Kerana aku menulis bukan kerana nama
Tapi aku menulis adalah keranaNya
Dan kerana sayangkan semua yang ada
dimuka bumi ini termasuk seluruh yang ada di langit CiptaanNya.
Karya: Rha NS
26 Julai 2011
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
9 Ramadhan 1432
9 Ogos 2011
(Petikan ini adalah istimewa untuk rakan-rakan Rumah Sastra Borneo)
Moga memberi cetusan ilham kepada teman-teman untuk berkarya...
Sesungguhnya semua teman-teman ada sahabatku yang
kuanggap bagaikan permata yang sentiasa bersinar kerana
'Sastramu Sastraku!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment