Tuesday, 9 August 2011

KUMOHON PADAMU YA ALLAH



KUMOHON PADAMU YA ALLAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Di pagi yang syahdu  yang penuh berkat ini
Ku merayu padaMu Ya Allah
Aku hambaMu yang:

lemah tidak terlepas daripada kelalaian dunia
justeru Kau sentiasalah mengingatkan aku

letih tak bermaya untuk berbuat amal
Kau berilah tenaga supaya aku sentiasa kuat beramal

malas untuk membaca KalamMu Yang Maha Agung
sedangkan KalamMu itulah yang akan menjadi peguam bela ku
tika di alam kubur dan menyelamatkan aku daripada seksa kubur
justeru Kau rajinkanlah aku untuk membaca Kitab suciMu
dan kitab suciMulah menjadi sahabatku yang paling setia
yang memberi ketenangan dan sentiasa menasihatikan aku
di kala aku terlalai dan leka.

bicaraku suka menyakiti hati manusia semaada
secara sedar ataupun tidak
sehinggakan mereka terguris hatinya
atas bicaraku yang tidak menggunakan akalku
Ya Allah
biarlah hatiku yang terguris....
biarlah hatiku yang hancur
jangan hati mereka yang luka
kerana Kau tidak suka hambaMu
yang suka menyakiti hati orang
Justeru Kau sentiasalah menjaga lidahku
daripada kelalaian berkata-kata
Ya ....Allah Kau berilah ilham pada
semua hambaMu yang telah kusakiti hatinya
agar dapat memaafkan aku
agar dosaku terhadapnya terhapus di dunia
tidak dibawa di akhirat
negeri yang amal kebaikan semua berharga
dan akan dituntut oleh mereka yang aku sakiti
apabila pahala yang kumiliki di bahagi-bahagi kepada mereka
jadilah aku hambaMu yang muflis
dan aku akan dimasukkan ke neraka
Nauzubillah! Aku tak mahu begitu Ya Allah
Justeru sinarkan Nur hidayah KasihMu padaku selalu
agar bicaraku sentiasa menyejukkan hati semua hambaMu
berkasih sayang saling bertalisiraturrahim hanyalah keranaMu

perbuatanku yang selalu melalaikan
mengutamakan dunia daripada akhirat
justeru Kau sentiasalah mengingatkan aku
dari segala kelalaian yang akan
membinasakan jasad dan rohku
Yang kutakuti pabila kelalaianku
menjadikanku di kalangan hambaMu yang rugi
apabila dosa tak terampun
kerana pekara yang kecil pun ku anggap mudah
lalu terhimpun menjadi dosa yang
banyaknya bak menggunung tinggi
apabila dosaku tidak kau ampuni
atas kelalaianku
pasti di kala matiku
Kau tidak akan menerima rohku
apa tah lagi jasadku
amat malanglah nasibku di kala itu Ya Allah
penyesalan mesti kutangisi sepanjang berada di alam barzah
tapi penyesalan yang sudah tidak bererti lagi
aku menangis air mata darah sepenuh bumi pun
Kau takkan hidupkan kukembali untuk menebus segala kesilapan
Ya Allah justeru Ku Mohon PadaMu Ya Allah
Sebelum aku Kau jemput ke alam kubur tempat segala azab kubur
Kau sentiasalah memberi Hidayah Nur Iman yang berkekalan
sehingga nafas terakhirku
agar bila jenazahku dimasukkan ke liang lahat
setelah semua yang hadir pulang
Kau terima rohku
Pasti Kau terima jasadku
Tidaklah aku menyesal tika berada di alam barzah
yang tidak akan siapa yang dapat menolongku
kecuali amal soleh yang ikhlas keranaMu
Itu saja yang akan Kau terima
Niat selain daripada itu tidak akan Kau terima
Justeru kupohon darimu Ya Allah
Pilihlah aku di kalangan hamba-hambaMu
yang membuat amalan semata keranaMu
bukan kerana untuk mendapat pandangan manusia
biar nanti bila aku sudah bergelar roh
bila orang yang kukenali mendoakanku
agar aku dimasukkan di kalangan roh yang beramal soleh
di aminkan mereka diaminkan  yang ada di langit di bumi
di aminkan para malaikat yang membawa wangian Syurga
sebelum aku bertemu denganMu
Masya-Allah tenangnya rohku di kala itu!

Ya Allah setiap yang baik itu semuanya datang dariMu
jika apa yang kutulis dari kalbuku ini baik
kumohon Padamu sinarkanlah Nur Hidayah KasihMu padaku
kepada sesiapa juga yang membacanya
agar aku dan mereka sama-sama muhasabah diri sentiasa
hingga tiada apa yang difikirkan hanyalah KebesaranMu Tuhan
Amin Ya Rabbal A'Lamin


Karya:  Rha NS
8 Ramadhan 1432H
8 Ogos 2011
  
  
  


  

  

0 comments:

Post a Comment

 
;