Tuesday 20 September 2011

ADAKAH AKU TERKELIRU?

Puteri sulungku selalu mengingatkan aku agar
aku menumpukan sepenuhnya dunia penulisanku
jangan ada hubung kait dengan mana-mana group
kecuali gorup sastera yang senada dan seirama
dengan jiwaku.

Tapi entah macam mana aku terlibat dengan
tiga gorup di Sabah.

Group Sembang-Sembang Politik Sabah
Group Aduan Rakyat Sabah
Group Belia Sabah

Gembira bukan kepalang apabila namaku tersenarai
dalam group-group itu...entah siapa hamba Allah
yang calonkan nama aku ke group tersebut aku pun
tak tahu.  Cuma agak-agak aje mungkin teman fb ku
dari Sabah.  Apapun aku memang suka...suka...suka...

Sekarang ni tanggungjawabku amat berat...mana lagi nak
layan teman fb, blog-blogku,gorup sastra dan tiga group
dari Sabah.

Semenjak aku terlibat dalam tiga group dari Sabah ...rakan
fbku , group sastra dan blogku kurang aktif ... cuma curi-
curi masa saja...mujurlah teman fbku dan group sastra
kurang berinteraksi denganku. Makanya kutumpukan sepenuh
perhatian kepada 3 group dari Sabah.

Pada ketiga-tiga group tersebut kumenghantar karya-karyaku
tanpa jemu dengan kadar karya yang banyak tapi kebanyakan
bertemakan Pemimpin, Rakyat dan Belia Sabah...ada juga
kuselitkan tema yang lain.

Minggu ketiga masih ok lagi ...tapi apabila masuk sebulan
aku sudah mula mendengar rungutan daripada group Sembang-Sembang
Politik yang ahlinya adalah 30 orang.  Dari kata-kata sinisnya
fahamlah aku mereka tidak senang dengan kehadiran karya-karayaku.
Kerana aku faham aku berhentikan siaran karyaku ke group sembang-
sembang politik Sabah tapi masih menjadi ahli group tersebut.

Aku tidak mengira waktu jika hendak menghantar karya-karyaku
kepada ketiga-tiga group tersebut. Pada malam itu aku hantar
karya-karyaku ke group Aduan Rakyat Sabah dalam jumlah karya
yang banyak juga tapi bertemakan Kepimpinan Kemerdekaan
Malaysia dan Kepimpinan Rakyat Sabah. Alangkah kecewanya aku
apabila kudapati karya-karyaku semuanya dipadamkan oleh ahli
group tersebut. Sesungguhnya aku amat kecewa di kala itu. Tapi
aku sabar aje.

Esoknya aku diberitahu oleh ahli group tersebut agar menghantar
karya-karyaku ke tempat lain kerana group mereka bukan group
sastera.

Aku cuba membela karyaku yang dipandang sebelah mata oleh mereka
dengan mengatakan karyaku disokong oleh pemimpin mereka sendiri
dan namaku tersenarai dalam group mereka tanpa pengetahuanku pun.
Mereka dengan angkuh mengatakan ini satu kesilapan! Dan jangan cuba
mencabar kredibilitinya yang ada kuasa sebagai Admin.

Mendengarkan katanya... aku telah mencabar kreadibilitinya sebagai Admin
aku akur kerana aku tak mahu berlarutan menegakkan benang yang basah.

Justru aku memohon Admin memadamkan namaku dalam group tersebut.
Kutunggu jawapan Admin tapi Admin mendiamkan diri.

Ahli yang memberi amaran kepadaku itu dengan gembiranya mengajarku
bagaimana mahu memadamkan namaku dalam group tersebut. Aku masih
lagi menunggu jawapan daripada Admin tapi memandangkan Admin tidak
memberi apa-apa jawapanpun padaku ...mungkin tidak mahu rasa serba
salah barangkali. Aku tanpa berfikir lagi terus memadamkan  namaku
dalam group tersebut.

Setiap kali aku ada masalah puteri sulungku akan tahu kerana aku resah
gelisah semacam.

"Itulah ibu...Zana dah pesan banyak kali jangan...jangan...jangan...!
Ibu luangkan masa berjam-jam tapi apa yang ibu dapat? Adakah dia orang
hargai? Kena cemuh ada lagi... sudahlah ibu tumpukan pada dunia sastera
ibu je...kalau orang dah tak sudi...jangan terhegeh-hegeh lagi..."
Marah benar pUteri sulungku .

"Anakku...biarlah...ibu lakukan ni pun tiada niat untuk dihargai oleh
mereka nak."

"Selalunya ibu buat baik pada orang ...memakan diri ibu sendiri...kalau
macam tu apalah makna erti kebaikan ibu itu..."

"Dah ibu suka dan dah sebati dalam jiwa ibu..."

"OH! Tuhan berilah petunjuk pada ibuku ini...?"

"Peliklah...Keliru ibu macam ni...ibu buat baik pun salah...tak apalah yang
penting Allah tahu niat hati ibu nak...mungkin di dunia ini tiada nilaian
pada pandangan manusia mana tahu di akhirat nanti ada nilaian di Sisi
Allah . Itu yang ibu mahukan pun. Biar dihina dan dikutuk oleh manusia
tak apalah...asalkan ibu tak ada niat yang tak baik dengan orang apatah
lagi  merasa dengki hati dengan mereka. Ibu berniat baik pada manusia tapi
mereka ada niat tak baik pada ibu...biarlah Allah saja yang mangadiliNya
nak..."


Zana merungut lagi apabila dapat tahu group belia Sabah sudah menunjukkan
tanda-tanda tidak senang dengan kehadiran karya-karyaku di wall group mereka.

"Orang Sabah...tetap dengan orang Sabah...mereka tidak akan terima ibu....
janganlah ibu susah-susahkan diri ibu...tumpukan aje dunia sastera ibu...
ha...Galeri ibu tu...semenjak ibu sibuk melayan group mereka..ibu biarkan
aje. Baik ibu sibuk-sibuk dengan dunia sastera ibu dan Galeri ibu tu...
tak payahlah fikir-fikirkan mereka yang tak mahu hargai karya ibu tu..."

"Jangan begitu anakku...selagi group Belia Sabah boleh terima ibu lagi... ibu
bertahan ye...kalau mereka macam group Aduan Rakyat Sabah tu...baru ibu undur
diri ye...kerana ibu tak mahu kehadiran karya-karya ibu telah mengganggu
group mereka.  Maklumlah mereka belia yang mempunyai ijazah dan diploma
tak seperti ibu ini yang tak punya apa-apa."


"Sekarang ni ibu rasa nak teruskan dengan group Belia Sabah lagi ke."

"Ibu cuba hantar pada mereka kenapa ibu siarkan karya-karya ibu pada
mereka selama ini dan ibu nak siarkan sebuah puisi untuk mereka. Kalau
mereka ternyata tak suka....makanya ibu faham-fahamlah keadaan karya ibu
di mata kalian."


Kepada semua warga Group Belia Sabah maaf ye di atas kehadiran karya-karyaku
ini di wall kalian.. Kalau ada yang tak berkenan di hati beritahu jangan
disimpan di dalam hati...kerana semua karya-karya yang kukarang yang bertemakan
Pemimpin, Rakyat & Belia Sabah adalah berdasarkan fakta yang benar yang ingin
kukongsikan bersama dengan warga Semenanjung dengan kusiarkan di blogku dan di fbku.
Maaf sekali lagi. Apapun terima kasih untuk segalanya kerana kalian adalah sumber
inspirasiku dalam berkarya.


ASALKAN HIDUPKU TIDAK MELUKAKAN KALBU KALIAN!

Terima kasih warga belia Sabah
Kalian hadir bagaikan pelangi yang kutunggu
Sungguh indah! Tak jemu memandang...
Indahnya panorama di kala itu
Aman...
Damai...
Tenteram...
Subhanallah aku syukur!

Sebelumnya kufikirkan dalam benak fikiran yang tumpul ini

Kenapakah kalian selama ini tidak memunculkan diri?
Adakah kerana ketidaksempurnaan karyaku?
Atau aku yang tak sempurna berbicara dengan kalian?
Aduh! Kenapa aku suka berperasangka pada kalian?
Maafkan aku kalian
Allah ampunkan aku

Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi...

Kenapa kalian tega membunuh anganku?
Sedangkan kita perjuangkan pena yang sama
Adakah karyaku tiada seni ? Tiada jiwa?
Bilang sama aku...
Biar aku perbetulkan biar ada seni dan jiwa
Bila mereka membacanya tertusuk
di kalbu dan di jiwa

Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi

Kenapa Kejora nggak mahu berkongsi sinarnya padaku
Apakah kalian takut ilmumu akan berkurangan jika
dikongsikan samaku?
Aduh! Maafkan aku kerna berperasangka lagi

Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi
Kenapa purnama nggak mahu senyum padaku
mungkin karyaku lari dari visi dan misi sebenar
tak sangka aku...
tahukah kalian...
udah kuperahkan sepenuh fikiran untuk mencurahkan
idea dalam berkarya...tapi kalian langsung tak
terihsan pada karyaku malah dipandang jelek
ditertawakan lalu direnyukkan dibalingkan ke sungai rimba

Nangis aku kalian...
Itulah yang membuatkan lukaku bernanah
bertambah parah
hatiku sengaja kau biarkan luka
tanpa sedikitpun ihsan
sejambak bunga kasih yang kuberi pada kalian
racun berbisa yang kau simbahkan ke lukaku
tidak puas lagi dengan itu
kau bebat pula lukaku dengan simbahan asid
Aduh! Sakitnya sampai tak tertahan...!
Tak apalah kalau itu boleh membahagiakan kalian
kurela asalkan hidupku tidak menyakiti hati kalian
apa tah lagi melukakan kalbu kalian!

Tapi pabila kufukirkan dengan cahaya iman

Kalian tidak begitu...
Kalian selalu menghargai karyaku
Menyokong segala cita-cita dan perjuanganku
Hingga aku nangis dalam kesyukuran
Bersyukur aku dikurniakan sahabat sebaik kalian

Kita terikat pada ikatan ukhwah puisi jiwa... puisi qalbu
Moga ikatan
ukhwah puisi jiwa...puisi qalbu
dapat membersihkan sifat mazmumah kita dan mereka yang membacanya
Moga setiap karya kita yang terhasil ada nilaian di SisiNya
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Rha NS
18 September 2011
Like · · Unfollow Post · Sunday at 10:54am near Kuala Lumpur

Karya Rha NS
21 September 2011

    


 

0 comments:

Post a Comment

 
;