Thursday, 22 September 2011

INGAT MATI SEBELUM MATI

Baru sebentar tadi puteraku dilamar pekerjaan oleh sepupunya
yang memang seorang belia yang suka berusaha. Dalam usia yang
muda belia sudah memiliki kereta mewah.


"Di pejabat tu...ada sejadah tak?" Tanyaku pada anak buahku.

"Bukan setakat sejadah...kain kapan pun ada sekali..."

"Baguslah tu...boleh muhasabah diri selalu sebelum mati...."

Sebenarnya terkedu aku apabila mendengar jawapan anak buahku itu.
Rasa terlalu kerdil aku di hadapan Allah dengan jawapan yang
dikudengar itu.

Like · · 2 hours ago near Kuala Lumpur


Astaghfirullah Alazim and Syazriena Riena like this.


Rabeah Mohd Ali Maknanya anak muda itu berusaha untuk kehidupan
dunianya seolah-olah hidup seribu tahun....kain kapan itu seolah
mati esoknya...(kereta mewah lambang kejayaan setelah memerah otak
dan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya...dan menjadi contoh
kepada anak muda untuk berusaha gigih bukan seperti katak di bawah
tempurung tidak sanggup berusaha...sebab itulah YOSC ditubuhkan
untuk memajukan belia Sabah...

about an hour ago · Like


Rabeah Mohd Ali Adikku Mohd Shah Rizal Alfie....kain kapan yang
diceritakan ini sebagai simbolik untuk mengingat tentang hari
kematiaan kita...yang tak tahu bila akan datang melaikat maut
menjemput...kita tak boleh menjamin adakah esok masih ada lagi
diberi kesempatan untuk hidup lagi...apapun terpulang kepada
MSRA mentafsirkannya. MUngkin ku tak layak membincangkan topik ini...
boleh dirujuk kepada yang lebih pakar ye adikku...

about an hour ago · Like

Rabeah Mohd Ali

Watak puteraku pula ...dia merupakan seorang belia yang terlalu
rasa rendah diri dan tiada keyakinan diri setelah ditimpa kemalangan ....
jadi kumahu dia mencontohi sepupunya yang telah berjaya itu dan
walau sibuk bagaimana pun solat jangan di lupakan. Mana tahu berkat
dia berkerja dengan sepupunya itu dia menjadi orang yang berjaya
di dunia jua di akhirat. Amin Ya Rabbal A'lamin. Tiada apa yang
lebih membahagiakan seorang ibu apabila mendapat anak yang soleh...
yang boleh mendoakan orang tuanya ...doa anak yang soleh akan sampai
tanpa hijab apabila aku sudah bergelar roh nanti. Doakanlah ye moga
putera bonda itu menjadi anak yang soleh.


about an hour ago · Like


(PETIKAN YOUTH ONE STOP CENTRE)
22 September 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;