HIKMAH DI SEBALIK MENGHADIRI UPACARA
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE -48 &
HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-54
DI DATARAN MERDEKA (BHG II)
PADA 16 SEPTEMBER 2011
Sememangnya aku telah berjaya mengambil gambar-gambar Sambutan
Kemerdekaan tapi dalam keadaan yang amat tertekan sekali...sepanjang
aku mengambil gambar ...aku tak henti diherdik dan dihina oleh
mereka. Serasa bom-bom dari langit digugurkan ke atasku.
"Dia ni memang degil! Jenis tak dengar kata..." katanya dengan
nada yang terlalu amat marah.
Duhai insan yang dimuliakan... kerana kedegilan para pejuang untuk
menuntut kemerdekaanlah makanya Malaysia Merdeka hingga sekarang.
Kenapa setelah Malaysia merdeka ... kamu yang berunifom patriotik
tega begini padaku? Apakah kesalahanku membuatkan kalian benci
sangat padaku. Jahat sangatkah aku ini. Salahkah aku menunjukkan
semangat patriotikku pada negaraku yang tercinta? Aku sedar siapa
aku tidak segagah dan sehebat keperwiraanmu.... tapi ketahuilah kau
darah yang mengalir di tubuhku ini tak dapat hendak kupalsukan lagi.
Semangatnya datang bukan kupinta tapi datangnya dengan kehendak
Tuhanku makanya aku bersemangat sedemikian rupa. Apapun maafkan
atas kedegilan aku duhai perwiraku yang setia menjalankan tugasanmu.
Tanpa kuduga puteri sulungku membaca artikelku yang disiarkan di
blogku.
"Ibu...boleh tak ibu jangan buat kerja-kerja ini lagi? Tengok
apa yang ibu dapat? Tolonglah ibu...hentikan...Zana tak mahu
ibu diperlakukan sedemikian rupa. Dah bertahun ibu perjuangan
tapi adakah ibu dihargai mereka?" rungut puteri sulungku.
"Ibu lakukan bukan untuk dihargai ... apa pun terjadi ibu akan
teruskan."
"Ibu...ibu....ibu...ha...Galeri Patriotik Dan Sastera Ibu tu
tidak menguntungkan...sewaan bulanan hendak dibayar juga...
sumber kewangan zana terlalu terhad...hendak menampung kos
galeri ibu."
"Jangan diungkit Galeri ibu tu...Galeri ibu adalah kehidupan
ibu...perjuangan ibu...denyut nadi ibu...cita-cita ibu ...
apapun terjadi ibu akan pertahankan..."
"Ibu.....ibu...kenapa zana tak ada semangat macam ibu ni...
terus terang katakan zana tak ada jiwa macam itu ...tapi zana
cadangkan ibu tubuhkan Kelab Patriotik ...mana tahu di luar sana ramai
yang berjiwa macam ibu dan akan menyokong buku-buku patriotik
ibu ....bila ada aktiviti Sambutan Kemerdekaan ibu boleh bersama
dengan ahli kelab ibu meraikan bersama-sama dengan jiwa dan semangat
merdeka sebenarnya! Tentu ibu bahagia dan bermakna kan! Ha satu lagi
ibu tubuhkan Kelab Sasteraku Duniaku!Ibu akan dapat rakan-rakan yang
semuanya minat berkarya macam ibu...saling sokong menyokong di antara
satu sama lain dan tak ada langsung beriri hati....semuanya saling
menghargai di antara satu sama lain. Tentu ibu akan sukakan?
"Wau...! Fantastik idea mu nak...! Tapi kalau ideamu itu jadi realiti
macam mana dengan kita? Tentunya ibu akan menjadi seorang yang paling
sibuk sekali...Dah bersedia ke terima ibu menjadi seorang yang sibuk
sentiasa...."
"Ibu...sudah 26 tahun ibu bersama zana ...selama ini ibu sudah
korbankan segala cita-cita ibu demi zana dan adik ...takkanlah
zana nak menyekat apa yang ibu citakan selama ini. Demi cita-cita
ibu zana sokong kerana zana tahu kebahagiaan ibu ada pada segala
cita-cita ibu."
"Terima kasih anakku...kerana sudi memahami apa yang ibu inginkan
dalam hidup ini. Moga Allah membalas segala kebaikanmu sepenuh
bumi, mengabulkan segala hajatmu yang baik-baik dan memberi kebahagiaan
dunia akhirat untuk mu anakku. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya Rha NS
17 September 2011
Like · · Unfollow Post · a few seconds ago near Kuala Lumpur
Saturday at 11:51am near Kuala Lumpur
2 people like this.
Roslan Jumadi salam. ni group tegur. bkn group berkarya. :D
Saturday at 12:01pm
Rabeah Mohd Ali Wsalam.. .kalau sudi baca tak sudi padam kan aje ok..
dan kalau benci sangat di lain kali akan tidak ada siarannya lagi
akan diberhentikan serta merta! Dan diminta pihak pengurusan gugurkan
nama saya serta merta demi kebaikan semua pihak. Terima kasih .
Dan maaf untuk segalanya duhai group tegur yang sentiasa dihormati ...
salam perpisahan karyaku...
Saturday at 12:13pm
Roslan Jumadi hehehe..jangan la marah sampai macam tu puan.Bukan
maksudku untuk tegur sampai nak keluar group. Cuma ruangan ini
kurang sesuai.
Saturday at 12:16pm · 1 person
Rabeah Mohd Ali Wahai anak muda ..apa yang kupaparkan ...itulah
akar umbi..setiap perjuangan kepimpinan untuk terus mengekalkan kemerdekaan...
demi kesejahteraan rakyat juga kan! Aku tahu aku tak sehebat kerjayamu
yang penuh meniti kejayaan demi kejayaan tapi tahukah kau ...kalau negara
ini tidak dipertahankan oleh pemimpin dan rakyatnya yang berjiwa merdeka
sudah pasti kejayaan yang kau miliki sekarang pun hilang lenyap dalam
sekelip mata sahaja... siapalah aku hendak dibandingkan denganmu duhai
anak muda....yang bijaksana lagi berjaya! Apapun sekalung tahniah dengan
kejayaan yang kau miliki sekarang. Moga kekal kejayaanmu untuk diwarisi
ke anak cucumu.Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Saturday at 12:25pm · 1 person
Roslan Jumadi harap maaf jika aku salah menegur.
Saturday at 12:29pm
Roslan Jumadi jika anda seorang penjual ikan tetapi berniaga di kedai kain.
bukan ka itu pelik?
Saturday at 12:37pm
Rabeah Mohd Ali Tak salah ...apapun ku salahkan diriku sendiri....
terlalu emosi kerana telah kucurahkan segala kudrat pemikiranku setiap
karyaku tapi tidak bersabar bila ditegur... oleh penegur yang berhati suci...
siapalah aku ini hendak dibandingkan denganmu...maaf sekali lagi kupinta
kalau sudi bacalah karya-karyaku yang ada di blogku ya sebagai denda
permohonan maafmu itu...hihihi kalau tak sudi nak baca kufaham ye...
hihihi salam kuhulur tanda permaafan dariku yang jauh di semenanjung!
Aku bukan orang Sabah...sahabatku kebanyakkannya orang Sabah...tapi kalau
kamu tak sudi bersahabat denganku tak mengapa dan takkan berkecil hati....
Saturday at 12:38pm
Bakar Mudra Dah la tu.....ADMIN pun tak tegur....
Saturday at 12:42pm · 2 people
Rabeah Mohd Ali Aku bukan peniaja ikan ye...aku cumalah pemberi idea...
jika idea aku tidak diterima aku tak pelik kerana bukan semua orang
tidak terima idea aku ...ada juga yang sudi baca idea aku contohnya
namaku ada di group Tegur tanpa pintaku dan secara sukarela aku mencurahkan
idea yang tersarat mesej tanpa mendapatkan keuntungan apa-apa demi kasih
sayangku kepada rakyat Sabah!
Saturday at 12:44pm
Roslan Jumadi ?:)
Saturday at 12:47pm
Rabeah Mohd Ali Tak apalah Bakar Mudra...aku dah benar-benar merajuk
hati ni...ok terima kasih untuk segalanya yang sudi menegur karyaku
selama ini...selamat tinggal group tegur! Kenangan berkarya...
akan menjadi kenangan abadi dan sempat kuabadikan di blogku untuk
tatapan rakyat malaysia yang cintakan negara. Maaf jutaan kali dilafazkan!
Saturday at 12:49pm
Ahmad Ridzuan Don Bukannya tidak menyokong karya saudari tapi
dimaklumkan bahawa group ini adalah group aduan dan bukannya group sastera..
Saturday at 1:29pm · 3 people
Rabeah Mohd Ali Sebab itulah ku ingin menarik diri bukan merajuk...
kerana di salah ertikan tentang sastera...cuba tanyalah misi dan visi
group ini ditubuhkan tentunya bersangkut paut tentang politik ,rakyat dan
negara untuk matlamat asasnya...tapi salah ke aku olahkan sesuatu
perkara tentang rakyat, pemimpin dan negara melalui mesej yang ingin
kusampaikan? Ketahuilah ada rakyat...ada pemimpin ada negara...
melalui group tegur menegurnya telah memberiku ilham berkarya mengenai
seorang pemimpin berjiwa rakyat, masalah rakyat yang ingin dibela
dan menghargai kemerdekaan negara negara ini.
Benarlah kata si Roslan Jumadi usahawan bejaya berkat mendiami bumi
Malaysia yang merdeka ini...katanya kalau nak berniaga ikan jangan
berniaga di kedai kain...kerana bau ikan akan terlekat di kain....
justeru aku sedar siapa aku. Moga dengan ketiadaan karyaku nanti
boleh membuat kalian semua bahagia....lebih berjaya....!
Saturday at 2:33pm
Roslan Jumadi aduh..teguran saya d salah tafsir. "jika anda seorang
penjual ikan tetapi berniaga di kedai kain. bukan ka itu pelik?"
saya maksudkan kalau mau berkarya biar la d tempat yang betul
ba puan. saya sokong apa yang anda perjuangkan. tapi group ini
tak sesuai. macam ni ka puan perjuangkan kemerdekaan? kena kritikan
sikit dah mengalah?
Saturday at 2:38pm
Ahmad Ridzuan Don seperti yang saya katakan diatas.. bukannya tidak
menyokong karya saudari cuma group ini mengenai group aduan rakyat
sabah dan apabila menyentuh mengenai aduan yang terlibat dalam
menyelesaikan masalah-masalh ini adalah ADUN, MP dan sewaktu
denganya..
Saturday at 2:41pm · 1 person
Rabeah Mohd Ali Aku bukan kalah atau mengalah....cumanya aku akur
dengan kehendak kalian berdua ...kerana lari dengan misi dan visi
group tegur ditubuhkan dan yang sewaktu dengannya. Aku sedar aku
bukan rakyat Sabah...cumanya melukut di tepi gantang....
tidak setanding kalian yang hebat dan berjaya ....apabila berkata ....
semuanya betul dan sebebasnya boleh menegur seiapa saja...kepada Admin
Tegur terima kasih kerana sudi menjemput namaku di group Tegur.
Dengan persaraan karyaku di group Tegur bolehlah aku menumpukan
group sasteraku yang sehati sejiwa denganku. Aku memang tak sesuai
dengan group ini dan sewaktu dengannya. Maaf untuk segalanya.
Admin harap gugurkan nama saya dalam group ini please.....!!!
Saturday at 2:55pm
Ahmad Ridzuan Don terpulang kepada saudari.. jika saudari ingin
keluar dari group ini maka boleh lah click "Leave group" di sidebar..
Saturday at 2:56pm · 2 people
Roslan Jumadi ?-_-"
Saturday at 2:57pm · 1 person
Rabeah Mohd Ali Terima kasih untuk segalanya duhai Ahmad Ridzuan
Don & Roslan Jumadi!
Saturday at 2:58pm
Roslan Jumadi sama-sama puan. semoga perjuangan puan di teruskan
dan di ruangan yang betul. :)
Saturday at 3:00pm · 2 people
Rabeah Mohd Ali Terima kasih atas teguran itu...ku percaya setiap
yang benar itu datangnya dariNya...yang tidak sempurna dari diriku
sendiri.
Akhir kata salam kejayaan dariku untukmu...moga kau terus hidup
dengan Teguran yang boleh membina minda group ini ye dan jangan
ada teguran mu yang membuat orang yang lebih tua darimu terluka!
Saturday at 3:05pm
Roslan Jumadi apakah maksud puan " jangan ada teguran mu yang
membuat orang yang lebih tua darimu terluka"?
Saturday at 3:08pm
Roslan Jumadi apakah teguran saya terhadap puan itu salah?
Saturday at 3:10pm
Rabeah Mohd Ali Ku tak dapat menjawabya...tanyalah Datuk Mohd Jeffry
Rosman atau Kotak Hitam ....mungkin mereka boleh menjawab soalan mu.
Kalau mereka mengiyakan kata-katamu makanya sia-sia ajelah namaku
di jemput dalam group ini!
Saturday at 3:32pm
Roslan Jumadi adakah puan di jemput masuk ke dalam group ni atas
sebab karya puan? kalau iya, orang yang jemput anda masuk itu salah!!
Saturday at 3:36pm
Rabeah Mohd Ali Semua akan terjawab dengan jawapan Datuk Mohd Jeffry
Rosman ye... tunggulah jawapan darinya...datuk dan kotak hitam yang
lebih arif tentang hal ini...ye...sabarlah menunggu jawapan darinya...
mereka pun sebelum berkata-kata memikirkan agar hati mana-mana pihak
tidak terluka....ye...menegur boleh tapi dengan cara bijaksana...
itu tandanya orang yang berfikir....apapun biarpun pahit setiap
kata-kata tetap kuterima dengan rasa redha.
Saturday at 3:42pm
Ahmad Ridzuan Don Datuk sudah maklumkan saya minggu lalu bahawa DMJR
sendiri telah menegur saudari mengenai karya saudari bukan ?
Saturday at 3:43pm · 1 person
Roslan Jumadi aik..adakah kata-kata teguran saya itu salah atau kurang
bijaksana?
Saturday at 3:45pm
Rabeah Mohd Ali Baiklah apa yang datuk tegur boleh jelaskan...
setahu saya datuklah orang yang menyokong karya-karya saya dan
terus menerus berkarya tanpa jemu....tapi tak tahulah saya datuk kata
lain pula...ye...
Saturday at 3:46pm
Ahmad Ridzuan Don dan saya juga selaku admin dan ada kuasa di sini..
jadi, sebarang teguran yang saya tegur adalah untuk kebaikan group
ini sendiri...
Saturday at 3:47pm
Roslan Jumadi aduh puan..maaf ya. puan ni salah group. ni group
TEGUR - Aduan Rakyat Sabah.
Saturday at 3:49pm
Ahmad Ridzuan Don Amaran telah diberikan dan jangan sehingga
mencabar kredibiliti admin.. TQ
Saturday at 3:52pm
Roslan Jumadi ku susun sepuluh jari andai kata-kata saya menyingung
perasaan puan Rabeah Mohd Ali.
Saturday at 3:53pm
Rabeah Mohd Ali Datuk Mohd Jeffry Rosman:
Salam rabeah, amin alhamdulillah..saya terlalu menghargainya
kerana perjuangan saya selama ini mendapat tempat di mata rabeah..
saya hanya seekor semut kecil atau lebih afdal digelar peri kecil
yang sedang mencari langkah untuk melangkah..apapun saya tak akan
hampakan niat serta permintaan rakyat demi memperjuangkan hak-hak
asasi rakyat sabah..insyaAllah saya tetap akan berdiri dilandasan
aspirasi mereka semua..biar badai datang melanda nama mahu tewas
hanya pada sang pencipta kita sahaja..tetapi selagi boleh ,
saya akan terus ke hadapan seiring dengan semua rakyat tercinta...
terima kasih wahai rabeah..
Inilah kata-kata seorang pemimpian yang amat saya hargai dan kerana
kata-kata ini saya banyak menghasilkan karya-karya tentang keluhuran
hati seorang pemimpin terhadap rakyatnya!
Berada di puncak jaya masih lagi merendah diri...dan menghargai
setiap rakyat tanpa mengira kedudukannya yang sememangnya sudah
mencipta nama di bidang perniagaan dan kepimpinan tapi masih lagi
mempunyai sikap merendah diri. Pemimpin yang sebeginilah yang
dinanti-nantikan rakyat di era generasi kini.
Apa pun Syabas untuk Datuk Jeffry Rosman!
Saturday at 3:55pm
Uncle'mus Bah maaf cik puan Rabeah Mohd Ali...untuk menyokong
usaha & cita-cita puan serta dapat di ketengahkn eloklah puan
melangan ruangan blog,kolum di akhbar-akhbar tempatan supaya
dapat dikongsi seluruh rakyat adalah lebih baik ..TQ
Saturday at 4:00pm · 2 people
Ahmad Ridzuan Don saya tidak nampak Datuk sebut teruskan berkarya
dalam group ini.. sebagai ahli group ini harus tahu misi dan visinya
dan sya rasa ianya sudah jelas apabila saudari membaca nama group ini..
group ini bukannya berkenaan dengan masalah pemimpin tapi mengenai
masalah rakyat... selaku pemimpin mereka seharusnya menyelesaikan
masalah - masalah rakyat dan selaku rakyat kita berhak untuk memilih
siapa pemimpin yang kita mahukan... dan bukannya saya dan saudara/saudari
yang lain tidak menyokong karya saudari tapi saudari berkarya tidak
kena dengan tempatnya..
Saturday at 4:01pm · 3 people
Roslan Jumadi benar sekali tuan Uncle'mus Bah.
Saturday at 4:01pm · 1 person
Ahmad Ridzuan Don Saudari Rabeah Mohd Ali.. siapa sebenarnya yang
lari dari misi dan visi group ini ?
Saturday at 4:15pm · 2 people
Gabs Shafiee TERUSKAN AJE MANA YG PATUT...LAGI BAIK DAPAT BERKONGSI
PENGETAHUAN DAN TEGUR-TEGUR PEMIMPIN TU UNTUK KEBAIKAN, KALAU TAK
DIENDAHKAN TAK APA NANTI KITA KETEPIKAN DIA.
Saturday at 4:22pm · 2 people
Rabeah Mohd Ali Diketepikan itulah jawapan yang sebaiknya ...
akan tiada mencabar tugas-tugas admin. Moga group ini terus ke puncak jaya
Saturday at 4:26pm
Gabs Shafiee Kita akan kenal pasti pemimpin yg tidak boleh diharap
atau tiada misi perjuangan untuk rakyat...kita akan ganyang dia...
harap-harap pucuk pimpinan memilih calon dengan tokoh kepimpinan
yang berjiwa rakyat...sanggup memperjuangkan kepentingan rakyat.
Saturday at 4:31pm · 1 person
Uncle'mus Bah banyak pemimpin yang tak boleh diharap...
semua kayakan diri & pentingkan diri masing...habuan mesti ada
baru kerja.....macam kita orang Sabah digula-gulakan bertahun-tahun...
masa pru12 sabah yang bikin menang barulah di kasi jawatan menteri
itu..menteri ini...barulh ada wakil naib presden safiee afdal....
kalau tak sampai sekarang digula-gula.
Saturday at 4:38pm · 1 person
MohdNoh Bialin ?:))))...uhhhh...hebat juga ni semua saudara-sadaraku..
dalam sesuatu pertubuhan meati visi dan misi serta objektifnya jelas
bagi membolehkan tujuan pertubuhan atau apa saja namanya berada dalam
landasan yang betul...kita buat teguran adalah bertujuan baik dan
bukannya untuk niat lain..yang penting sekali kita pastikan rakyat
Sabah khasnya akan terjamin masa depannya dan secara keseluruhannya
Malaysia menjadi sebuah negara yang amat maju dan aman senantiasa...
tidak salah kita mendengar kata orang baik orang Sabah maupun orang
luar sabah (Tidak kira cara penyampaiannya - yang penting dengan
baik dan sopan), kerana dengan adanya kata-kataluar maupun dalam ini
akan menjadikan lagi kita rakyat sabah akn lebih praktikal dalam
tindakannya kerana kita bertindak berlandaskn akal fikiran...
saudara-saudaraku gunakan a ruangan ni demi kebaikan rakyat sabah khas
dan seluruhnya rakyat malaysia amnya..dan ada baiknya jika ruangan ni
sampai ke tempat lain kerana ianya akan membawa suara dan luahan
rakyat sabah...salam perkenalan kepada semua ahli Tegur...
secara peribadinya, saya akan menyokong tindakan kerajaan demi kebaikan
kita semua...Insya Allah...tetapi sekiranya ada yang kita rasa yang
perlu diperbaiki maka berkata la dengan tujuan yang baik...Amin
Sunday at 1:54pm
Ritz Ritzwan bahagian III bila harap pendekkan sikit ni macam
menyelam sambil minum air dah ni...
Sunday at 3:06pm · 1 person
MohdNoh Bialin Lucu la u ni bro.....
Sunday at 5:50pm
(PETIKAN DAIPADA TEGUR - ADUAN RAKYAT SABAH)
18 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment