Monday, 19 September 2011

MENGHADIRI SAMBUTAN HARI MALAYSIA & KEMERDEKAAN NEGARA

MENGHADIRI SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE-4& DAN
KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-54 DI DATARAN MERDEKA
PADA 16 SEPTEMBER 2011


Hari ini aku pergi ke Dataran Merdeka Untuk Meraikan Hari Malaysia
dan Kemerdekaan Malaysia Ke-54.

Aku begitu lemah tak bermaya namun kugagahi juga menghadirkan
diri walaupun menghadapi masalah kesihatan namun begitu kukuatkan
semangat kerana rasa terpanggil untuk meraikan dan menyaksikan sendiri
Hari Malaysia dan Kemerdekaan Malaysia Ke-54 Rasa rugi yang amat
sangat kalau aku tidak dapat menghadiri hari yang penuh bersejarah
ini.

Sampai di Dataran Merdeka Pukul 8.30 pagi, majlis telah pun bermula.
Aku terus menuju ke tempat upacara majlis... lagu patriotik mengiringi
setiap langkah kakiku. Aku rasa bangga dan penuh semangat.

Aku terus melangkah ke hadapan tanpa memperdulikan mereka disekelilingku
yang agak marah kerana aku berjalan melindungi mereka. Aku berjalan
terus ke hadapan upacara majlis.

Aku ternampak dua orang gadis membawa kotak "Sumbangan Pahlawan
Yang Gugur Di Medan Perang" dan aku mendapat lima kuntum pin baju
bunga raya lalu kupinkan di bajuku. Aku dihadiahkan sehelai bendera
Jalur Gemilang. Aku mengibarkan Jalur Gemilang penuh bersemangat.

Di skrin besar di Dataran Merdeka terpampang gambar Yang Di-Pertuan Agong
Dan Raja Permaisuri Agong. Aku amat teruja. Gembira tak terkata. Sakit
yang kualami rasa telah dilupakan.

Ketika aku sedang leka mengambil gambar perbarisan...aku ditegur oleh
beberapa orang anggota polis tidak membenarkan aku kerana aku telah
mengganggu tugas mereka...aku mohon diberi peluang untuk mengambil
gambar kerana sudah bertahun aku menunggu peluang begini baru tahun
aku dapat peluang mengambil gambar dari jarak dekat. Tanpa mempedulikan
teguran mereka aku terus mengambil gambar. Kalau aku lepaskan peluang
keemasan begini rugilah aku. Kepada anggota polis berkenaan maafkan aku
kerana aku terpaksa tidak akur kepada arahan kalian.
Aku faham kerana itu sudah tugas kalian. Tapi tolong fahami aku kerana
aku mengambil gambar bukan sekadar suka-suka tapi kuabadikan untuk
generasi kini dan akan datang.

Ketika aku sedang taksub mengambil gambar perbarisan kemerdekaan,
bertalu-talu mereka memarahiku seolah-olah peluru sedang hinggap ke tubuhku
di segenap penjuru. Aku sabar sahaja demi negaraku demi generasiku.
Biarlah mereka marah. Apalah ada dengan kemarahan mereka itu jika nak
dibandingkan dengan pejuang-pejuang yang sanggup bekorban nyawa untuk
mempertahankan negaraku.

Paling aku sedih...salah seorang anggota polis yang tidak berpuas hati
denganku menghampiriku memandangku dengan mukanya yang amat bengis sambil
menghalang aku daripada aku terus mengambil gambar. Aku tidak dapat
mengambil gambar kerana dilindungnya. Ke mana aku pergi dia pergi.
Hinggakan aku naik rimas lalu aku terus ke tempat lain meninggalkan
anggota polis itu.

Mujurlah upaca perbarisan kemerdekaan hampir tamat...dapatlah aku
buat koleksi gambar-gambar Kenangan Perbarisan Sambutan Hari Malaysia
Ke-48 dan Kemerdekaan Negara Ke-54.

Aku pergi Ke Pentas VIP dan di sana aku sempat mengambil gambar dengan
beberapa orang pempimpin yang kusanjungi. Dan sempat juga bergambar
dengan artis-artis yang membuat persembahan perbarisan kemerdekaan
sambutan Hari Malaysia & Kemrdekaan Malaysia Ke-54.

Sempat juga aku mengumpulkan buku-buku cerderahati yang ditinggalkan
VIP untuk kubuat koleksi di Galeriku yang bertemakan ,
" Mentranformasikan Kemerdekaan Kepada Generasi Pasca Merdeka."

Karya Rha NS
16 September 2011
Like · · Unfollow Post · 9 minutes ago near Kuala Lumpur
September 16 at 8:32pm near Kuala Lumpur

Datuk Mohd Jeffry Rosman and 2 others like this.

Eddy Kapalu Bukan kemerdekaan Malaysia ke54. Itu kemerdekaan Malaya
saja bah. Malaysia baru 48 tahun 16.9.1963 diIstihyarkan Negara
Malaysia eee. Jangan lah seleweng fakta sejarah bah. . .

Saturday at 8:33am

Rabeah Mohd Ali Sambutan Hari Malaysia Ke-48 (Sabah & Sarawak)
Pada 16 Sep 2011 DiSambut Serentak Dengan Hari Kemerdekaan
Malaysia Ke-54 (31 Ogos 1957) Kerana Disambut Serentak memandang
Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 31 Ogos 2011 justeru diraikan
serentak dengan Hari Malaysia...bah...adakah aku masih salah
fakta bah....aku insan yang tak sempurna terima kasih kerana
menyempurnakan ...aku sedar siapa aku bah...tidak sehebatmu
Eddy Kapalu yang bijak pandai....

Saturday at 9:14am

Rabeah Mohd Ali Apapun terima kasih Datuk Mohd Jeffry Rosman,
Mohd Rizal dan Rayner Sipilis kerana menyokong karya di atas
tanpa rasa prejudis!

Saturday at 9:20am

Eddy Kapalu Saya kata fakta tetap fakta tarikh itu penting
tentang tarikh kelahiran .tarikh31.8.1957 Malaysia belum ujud bah.
Macam mana kita nak raikannya sdg Malaysia terujud 16.9.1963.
Enam tahun brza bah tu, Ini lah yg mengelirukan kpd generasi
baru kita. Eeeeee. Saya bukan pandai cuma kita berdasar realiti
bukan ilusi.

Saturday at 4:10pm · 1 person

Rabeah Mohd Ali Apa yang di kata si bijaksana semuanya betul!
Bukan ilusi jawapannya bah...katamu sememangnya tidak dapat
disangkal lagi....nanti kalau aku nggak faham ku tanyamu ye...
dan ada apa yang silap fakta harap kau betulkan segera ye...
begitu juga yang lain...harap beritahu juga tentang fakta...
aku tak mahu dikatakan pandai menyelewengkan fakta (illusi)
sesungguhnya aku manusia yang tidak sesempurna Addy Kapalu bah...

Saturday at 4:20pm

Tondesqah Samotai Aku masih dalam melalui satu perjuangan iaitu
perjuangan menentang hawa nafsu dan medan ku alam maya ini,esok
aku akan kembali ke asal ku untuk menilai apakah aku berjaya
dalam perjuangan ku andainya aku berjaya dan Allah swt masukkan
ke dalam syurganya maka di situlah aku akan menjerit sekuatnyanya
MERDEKA ,MERDEKA MERDEKA..........

Sunday at 5:48am


Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin

Sunday at 7:47am

(PETIKAN DARIPADA TEGUR - ADUAN RAKYAT SABAH)
18 September 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;