Monday, 19 September 2011

GURINDAM ANTARA RAJA DAN RAKYAT JELATA

Ampun Tuanku Sembah Patik Harap Diampun
Di sini patik mengucapkan jutaan terima kasih
yang tidak tehingga kerana kesudian Tuanku
membalas Kad ucapan Hari Raya Aidilfitri dan
Ucapan Kemerdekaan Ke-54 negara tercinta

Terharu rasa hati patik tak dapat hendak
diungkaikan dengan kata-kata kerana
siapalah patik...
Tapi itu semua tidak Tuanku pentingkan

Terbukti sudah kesemua Raja-Raja Di Malaysia
begitu prihatian dan sayangkan semua rakyat baginda
tidak sama sekali membeza-bezakan
siapa pun rakyat, baginda terima dengan kasih sayang
antara Raja dengan kesemua rakyat baginda

Selama ini yang ada di benak pemikiran rakyat
Antara Raja-Raja dengan rakyat ada jurang perbezaan Darjat Kebesaran
Kerana ada rasa jurang perbezaan darjat kebesaran hubungan rakyat dengan
raja renggang
Hakikatnya tidak begitu duhai rakyat Malaysia!

Hati nurani semua Raja sememangnya mengasihi rakyat jelata
tanpa tanpa ada rasa membezakan siapa pun rakyat yang menaungi negeri
jajahan baginda rela berkorban demi rakyat dan negara tercinta

Kesusahan rakyat dan derita rakyat baginda terpanggil
untuk menghulurkan bantuan
Negara ditimpa bencana alam ...baginda turut merasai
penderitaan rakyat yang ditimpa musibah
baginda bantu terdaya mampu
kesusahan rakyat kesusahan baginda juga

Kesempurnaan hidup rakyat dan kesejahteraan negara tercinta ini
sentiasa diikuti dan dalam perhatian semua Raja-Raja

Bilamana rakyat dan pemerintah tidak bersatu hati
tentunya kegusaran di hati baginda Sultan
kerana hanya yang  difikirkan melainkan keamanan negara tercinta!
Baginda mahu tiada jurang antara rakyat, pemimpin dan Raja


Ampun Tuanku Daulat Tuanku
Sembah patik harap diampun
Semuanya bersatu hati mengekalkan Kemerdekaan Negara Tercinta 

Makanya keamanan negara tercinta ini
sentiada dalam perhatian semua Raja-Raja di Malaysia

Semangat patriotik  Ke Bawah Duli Tuanku
Amat rakyat jelata kagumi
Rakyat jelata bersumpah setia dan
Akan taat setia kepada kesemua Ke bawah Duli Tuanku
Keperihatinan ke bawah Duli Tuanku kepada semua rakyat di Malaysia
Amatlah membuatkan kesemua rakyat jelata terharu dan menghargai
kasih sayang  Ke Bawah Duli Tuanku kepada semua rakyat jelata

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan Ke-54
Malaysia Negara Tercinta ini ..Rakyat Malaysia kesemuanya mengaku
akan taat setia kepada kesemua Raja-Raja Di Malaysia sepertimana
Yang termaktub dalam Rukun Negara Yang Kedua ,
"KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA"

DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Karya Rha NS
13 September 2011
(Diilhamkan Bersempena Meraikan Sambutan Hari Malaysia &
Kemerdekaan Malaysia Ke-54 Pada 16 September 2011)  
  
DISIARKAN TERISTIMEWA UNTUK:

SEMUA KE BAWAH DULI TUANKU DI MALAYSIA
TUAN YANG TERUTAMA NEGERI SABAH, SARAWAK MELAKA DAN PULAU PINANG
PERDANA MENTERI DAN SEMUA MENTERI
SEMUA PARTI KERAJAAN DAN PEMBANGKANG
TEGUR ADUAN RAKYAT SABAH
SEMBANG-SEMBANG POLITIK TERKINI
YOUTH ONE STOP CENTRE
DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
BLOG: bukukreatifpatirotik.blogspot.com
BLOG: sasterakuduniaku.blogspot.com
Semua Rakyat Malaysia Yang Cintakan Negara!
    

0 comments:

Post a Comment

 
;