Wednesday, 21 September 2011

PAHLAWAN SASTERA POUL NANGGANG

Poul Nanggang ...
Kukagumi semangat mu;
Di medan seni Sastera Nelayu,
Kau tertarung tanpa jemu.

Kau bertarung tanpa jemu,
Kaulah Pahlawan Sastera di mataku;
Biarpun orang lain tak tahu,
Tapi aku tahu siapa dirimu.

Bangkitlah Pahlawan Sasteraku,
Bangkitlah dengan semangat juang;
Membela kami rakyat sasteramu,
Kerana kami telah mati semangat juang.

Telah lama kami mati semangat juang,
Dalam serba kepayahan kami ingin berjuang juga;
Berjuang bersama kamu dan pahlawan-pahlawan yang lainnya,
Maafkan kami kerana tak dapat ikut serta kerana apalah daya.

Di kejauhan ini biar pun tak dapat bersama kamu berjuang,
Janganlah dipedulikan apa jua dugaan yang datang;
Kau tempuhilah dengan gagah kerana kekuatan mu ada di pedang,
Di pedang pena mu yang lebih bisa daripada mata pedang.

Bilamana kemenangan berada di pihakmu,
Tiada siapa yang dapat menafikan keperkasaanmu;
Dan kami warga seni sastera yang kerdil ini akan berbangga padamu,
Kepahlawananmu terbilang dan namamu sentiasa harum di hatiku.

Karya: Rha NS
29 Julai 2011
July 30 at 12:32pm · Like · · Unsubscribe

Mahabbah El-ahMead, Naga Pamungkas and Asmira Suhadis like this.

Asmira Suhadis beruntung kamu Poul Nanggang... ketokohanmu
memang dikagumi.. syabas Rabeah Mohd Ali, kamu bagitu mendekati
jiwa teman-teman seperjuangan.

July 30 at 12:41pm · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali Terima kasih Mira atas sokonganmu itu...teman-teman
sasteraku bagaikan permata yang kuhargai atas jerih perihnya mempertabatkan
kesusasteraan melayu tanpa jemu dan tak mudah mengalah...tapi mereka
tetap merendah diri tanpa mendabik dada akulah hero sastera!
Itulah yang amat kukagumi!

July 30 at 1:14pm · Like · 3 people

(PETIKAN DARIPADA RUMAH SASTRA BORNEO)
30 Julai 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;