KEKASIHKU
(Puisi Yang Ditujukan Pahlawan Sastera Melayu Kepada Kekasihnya)
Senyumanmu yang manis itu
Membuatkan aku tertawan
Hatiku telah terikat
Dengan tali jerami cinta
Tersimpul mati
Tak akan ada siapa yang berani merungkainya
Kecuali Tuhanku Yang Maha Esa
Kekasihku
Kau adalah sumber kekuatanku
Kau menyokong perjuanganku
Membela Warga Sastera Melayu
Tanpa jemu
Biarpun kau kesepian kerana
Selalu kutinggalkan berjauhan
Kau tetap sabar menunggu
Dengan kerinduanmu yang tak penah pudar
Kesungguhanmu membuatkan aku
Separuh mati mencintaimu sayangku
Siang dan malam aku
tak dapat melelapkan mata
Teringatkan betapa sucinya cintamu padaku
Dengan cintamu itulah aku bersemangat
Berkobar-kobar untuk bangun dari
Lenaku yang panjang
Roh semangat cintamu itu
membuatkan aku membara-bara
meniupkan roh semangat
kepada seluruh warga Sastera Melayu
untuk bangun dari lena yang panjang
Mahu aku perjuangkan karya-karya
mereka agar dihargai bukan
untuk dinobatkan sebagai 'Sasterawan Terkenal'
tapi memadailah karya-karyanya ternama
di hati setiap lapisan masyarakat
di negaranya atau seluruh penghuni bumi ini!
Itulah:
Azamku!
Tekadku!
Janjiku!
Sumpahku!
Padamu Kekasihku Yang Kucinta Seumur Hidupku!
Karya: Rha NS
30 Julai 2011
July 30 at 4:28pm · Like · · Unsubscribe
Mahabbah El-ahMead, Desinta Mahadewi and 2 others like this.
Rabeah Mohd Ali Dinda apa pendapatmu tentang puisi di atas ye...
kalau sudi silakan dengan pendapat bernasmu dinda...
July 30 at 8:17pm · Like
Desinta Mahadewi dimanakah perwira hatimu itu Rabeah Mohd Ali.
kekasih hati yang tak tergantikan. Puisi penuh penghayatan cinta
tentang kesetiaan seorang wanita yang tidak ingin berpindah
ke lain hati.
July 30 at 8:26pm · Like
Rabeah Mohd Ali:
Ratu Dewiku merah bibirmu menawan kalbu,
Terima kasih kerana sudi menjadi temanku:
Semua sahabat sastra adalah permata hatiku,
Cinta mereka semuanya bertahta di hatiku selalu.
July 30 at 8:29pm · Like · 1 person
Desinta Mahadewi Ya Rabeah Mohd Ali ... penyair wanita terbaik
asal Malaysia di abad ini. Syair-syiarnya akan menjadi legenda,
terutama di Malaysia
July 30 at 8:31pm · Like
Rabeah Mohd Ali Aku tak layak menerima kata-kata ini sayangku,
Di negara sendiri aku tak memunculkan diri,
Aku berkarya kerana minatku,
Tapi di alam maya ini tidak sangka pula aku.
July 30 at 8:44pm · Like
Desinta Mahadewi berapa banyak sudah buku yang kau buat saudaraku
July 30 at 8:47pm · Like
Rabeah Mohd Ali Atas dasar minat yang terlalu mendalam dengan
dunia penulisan karya yang diterbitkan oleh penerbit adalah dua tiga...
selebihnya dalam simpanan aku...kalau ditakdirkan Allah dikirimkan
hambaNya untuk melamar semua karya-karyaku...barulah dunia sastera
itu duniaku yang realiti...aku sudah tak kisah dari dunia mana
hamba Allah itu...asalkan matlamatnya sama dengan matlamatku
iaitu ingin menyebar luaskan karyaku kerana dalam usia yang sebegini
ku kuatiri aku tiada kesempatan....apapun aku mesti bersangka baik
dengan Tuhanku dengan Dia Yang Maha Tahu Segala Yang Ghaib.
Aku hambaNya cuma usaha doa dan tawakal.
July 30 at 8:55pm · Like
Panggil Dinda Saja lumayan banyak yang sudah diterbitkan penerbit
dua tiga buku, dan masih ada yang disimpan
July 30 at 9:42pm · Like
Rabeah Mohd Ali Kalau kuberitahu padamu teramat takutku pada Tuhanku
dikuatiri berbangga diri tapi percayalah sejak usiaku belasan tahun
lagi kumenulis...kujaga dengan rapi...ada juga yang termusnah dan hilang...
tapi Tuhan itu Maha Kaya...menyelamatkan karyaku dari termusnah...
jadi untuk agar terpelihara kusimpan di teratak galeriku di situlah
segala karya tersimpan...aku rasakan itulah duniaku berkarya dan terus
berkarya tak sangka banyak pula...kalau diIzinkan Allah karyaku
dilamar oleh hambaNya yang terpilih...itulah dunia sasteraku
InsyaAllah menjadi realiti seperti mana yang kuangan-angankan
memiliki sebuah kota buku hasil karyaku sendiri .
Kalau kau sudi bacalah cerpenku bertajuk: Karyaku duniaku!
Ada di blogku. Kalau dinda sudi bacalah setidak-tidaknya boleh
aku berkongsi impianku denganmu dindaku ye.
July 30 at 9:58pm · Like
Panggil Dinda Saja kalau yang cerpen, judulnya apa? aku ingin baca
July 30 at 10:08pm · Like
Rabeah Mohd Ali Blogku: sasterakuduniaku.blogspot.com (Bahagian
Tajuk: Cerpen Karyaku Duniaku , Sasteraku Duniaku & Skrip Pengantin
Raja Rimba & Apabila Tapak Sulaiman Menjadi Bintang )
Cuba Hayati tajuk tersebut kemudian ulaskan beritahu samaku...
andai kata ada kesilapan ejaan atau bahasa mungkin aku terlepas
pandang...maklumlah tiada editor...hehehe
July 30 at 10:15pm · Like
Rabeah Mohd Ali:
Dindaku yang baik budi,
Kuucapkan terima kasih padamu,
Kerana sudi blogku kau layari,
Kudoakan Tuhan membalas budi baikmu.
July 30 at 10:18pm · Like
(PETIKAN DRIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
30 Julai 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment