Thursday, 22 September 2011

AWANG KARIM KADIR PENYAIR TERSOHOR SABAH

Rahsia wajah Cinta...
by Awang Karim Kadir on Friday, August 12, 2011 at 8:58am

Di atas kanvas masa, malaikat telah melakar wajah cinta
menjadi cermin tatapan maya; di atas kehendak dan perintah
Tuhannya. Maka terlukislah sebuah wajah dengan rias fikir
dan rasa. Tapi wajah cinta tak dapat mengenal wajahnya.
Kerana matanya diabui nafsu ghairah rasa. Dia taksub pada
keindahan wajahnya dia fanatik pada buah fikirnya dia hanyut
dalam arus ghairah nikmat rasa. Maka dalam ruang masa yang
sempit dia cuba bermegah dengan keindahan wajahnya. Dia lupa
siapa pencipa wajah akal fikir dan rasa. Dia sesat dalam zulmat
pengalaman kanvas masa kini. Tapi sifat pengasih maha pencipta
wajah cinta; sedetik kesedaran dari sebersit hidayah kebenaran,
telah menyuluh dari dalam qalbu dan menuntunnya kembali ke alam
awal asal kejadian cinta. Cinta maha agong terhadap hasil cipta
keindahan kebenaran; dari warna ke garis dari garis ke titik mula,
lalu sirna ke dalam ilham rasa. Kembali ke alam jiwa; dan Wajah
kebenaran pun bersemanyam di atas arasy rahsia cinta-Nya.
Rahsia wajah cinta...

Like · · Share

Bunga Seroja and Norawi Hj Kata like this.

Norawi Hj Kata mari kita ajak sahabat kita Rabeah Mohd Ali
berinteraksi dlm forum yg cukup bermakna ini.semoga ada
resolusi kecil tapi penuh makna akan kita kongsikan dalam
menelusuri rahsia wajah cinta...

Yesterday at 6:03pm · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali

Duhai sahabatku...Norawi....siap?alah aku nak di bandingkan dengan
seorang penyair terkenal ...terasa kerdil puisiku jika hendak
dibandingkan puisi saudara Awang Karim Kadir....sekarang ni
giliran aku pula menjadi pendengar setia, Norawi dengan Awang
Karim Kadir melontarkan puisi-puisi indahmu itu...tak baik tau
simpan dalam...lontarkanlah saudara Norawi...aku tahu taring
kehebatan puisi kalian berudua...hihihi sekarang aku sudah
bersedia mendengarnya duhai penyair-penyair hebat-hebat belaka.

Yesterday at 6:15pm · Like · 1 person


Norawi Hj Kata Janganlah terlalu merendah diri.Jika bukan kita
siapa lagi yang memertabatkan dunia sastera ini?

Yesterday at 9:57pm · Like · 1 person

Awang Karim Kadir Terima atas perhatian para shbt terhadap puisi
kecil saya yg cuba mengungkapkan tentang rahsiah kejadian wajah
yang tercipta dari wajah sebenar...Maka demikian juga ibarat
kejadian manusia dan penciptanya...Dalam simbol metafora kata
cinta.Allahuaklam.

Yesterday at 10:03pm · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali Duhai penyair yang dihormati...tolong ajarkanku
kerana aku penulis yang tak tahu bermetafora....ilmumu bagiku
bagaikan permata berkelipan merata di padang pasir...ingin
saja kukutip kujadikan rimbunan pohon permata lalu jadilah
dia metafora dalam karyaku nanti

Yesterday at 10:11pm · Like


Rabeah Mohd Ali Tidaklah puisiku nanti kaku dan bisu duhai
sahabatku...bolehkah berkongsi ilmu kepenyairanmu itu?
jika kau tidak keberatan.

Yesterday at 10:15pm · Like

Awang Karim Kadir Insaalah...


Yesterday at 10:15pm · Unlike · 1 person


Rabeah Mohd Ali Alhamdulillah...suka 3x . Moga Allah menambahkan
ilmumu berlipat kali ganda banyaknya dan begitu juga pahala
dariNya. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Yesterday at 10:18pm · Unlike · 1 person

Awang Karim Kadir


Menulis puisi pada saya merupakan satu seni pengucapan yg harus
lahir daripada pancaran pengucapan bahasa batin kita.Kata
demi kata menyusun ayat yang seolah mengalir seperti air
melewati jiwa dan rasa kita;dlm bntuk metafora atau seadanya,
mengikut nada bicara kita. Jkalau romantis atau sinis atau
kritis maka bahasa dan kata juga akan mengikut nada biacaranya.
Manakala bentuk dan style nya terserah kpd selera dan kegemaran
kita utk menyusun dan membinanya.

23 hours ago · Unlike · 1 person


Rabeah Mohd Ali Teima kasih sahabatlu atas pengkongsian
ilmumu yang amat berharga itu.

22 hours ago · Like · 1 person


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
13 Ramadhan 1432H
13 Ogos 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;