Wednesday 21 September 2011

ADUHAI! PEJUANG DAN PAHLAWAN SASTERA MELAYUKU!

Terima kasih Pejuang dan Pahlawan Sastera Melayuku,
Kalian adalah sumber inspirasiku;
Kita saling memberi sokongan tanpa jemu,
Kisah keperwiraanmu diabadikan di blogku.

Agar dibaca... biar penghuni dunia tahu,
Betapa aku menyanjungi keperwiraanmu;
Berjuang hingga terhenti nafasmu,
Jasamu mewangi di sudut hatiku.

Perjuanganmu murni semurni cintamu,
Cintakan rakyat sastera Melayu;
Mempertabatkan Bahasa Sastera Melayu semampumu,
Agar sentiasa dihargai setelah ketiadaanmu.

Generasi kini dan akan datang menghargaimu,
Mengucapkan jutaan terima kasih kepadamu;
Minat sesungguhnya kepada Sastra Melayu,
Bangga mereka miliki pejuang dan pahlawan sepertimu.

Aduhai Pejuang dan Pahlawan Sastra Melayuku,
Jasamu mewangi sewangi kasturi di setiap penjuru;
Perjuanganmu seiringan dengan semangat keperwiraanmu,
Moga Allah sinarkan hidayah kasihNya kepada kamu.

Karya: Rha NS
1 Ramadhan 1432H
1 Ogos 2011

(Dililhamkan khas untuk Pejuang Sastra Melayu Naga Pamungkas &
Pahlawan Sastra Melayuku Poul Nanggang)

August 1 at 10:44am · Like · · Unsubscribe

Naga Pamungkas and Mahabbah El-ahMead like this.

(PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
1 Ogos 2011)

0 comments:

Post a Comment

 
;