Monday, 19 September 2011

PANTUN BELIA YANG DIBACA OLEH DATUK MOHD JEFFRY ROSMAN

PANTUN BELIA HARAPAN NEGARA

Menteri Belia Dan Sukan menteri produktif,
Menganjurkan program pelbagai aktiviti;
Maju negara kerana belia positif,
Belia cemerlang itulah yang dihajati.

Hari belia disambut penuh gemilang,
Belia gembira pergi ke sana;
Pergi ke sana merebut peluang,
Masa depan tercerna negara terbina.

Program diatur mengikut citarasa belia.
Asalkan belia jadi cemerlang;
Program diatur dikawal selia,
Agar belia terus gemilang.

Setiap 15 Mei Hari Belia Negara.
Untuk memperingati belia berjasa;
Sayangkan belia sayangkan negara,
Pemimpin hargai setiap belia.

Hari ini belia diraikan,
Dalam suasana penuh ceria;
Jasamu belia tidak dilupakan,
Kerana dirimu harapan negara.

Pelbagai program di hari belia,
Hingga belia rasa teruja;
Tiada belia rasa kecewa,
Kerana minat belia semuanya ada.

Wajah belia berseri-seri,
Belia negara raikan hari belia;
Usaha belia tetap dihargai,
Kerana dirimu harapan negara.

Di hari belia mendapat ilham,
Mendapat ilham menjadi ahli belia;
Di usia muda melabur saham,
Agar tak rugi di hari tua.

Bila menjadi ahli belia,
Hidup berubah merebut peluang;
Belia kreatif majulah negara,
Belia cemerlang negara terbilang.

Menteri Belia Dan Sukan banyak idea,
Ingin membangunkan belia Malaysia;
Program dianjurkan dengan jaya,
Cemerlang belia untuk negara.

Belia produktif negara cemerlang,
Usaha dibina atas keringat;
Jasamu menteri takkan hilang,
Ke mana kau pergi terus diingat.

Bertuahnya hidup belia Malaysia,
Sentiasa dihargai oleh kerajaan;
Rebutlah peluang selagi ada,
Pastinya dikau menempa kejayaan.

Negara lahirkan ahli sukan,
Ramai sudah menjadi ternama;
Di mata dunia mengharumkan nama negara,
Pingat dirangkul negara berbangga.

Belia bersukan belia cergas,
Segala aktiviti berjalan lancar;
Belia lemah patut bertegas,
Wajah berseri terus terpancar.

Belia digalak aktif bersukan,
Badan sihat minda cergas;
Mahu berjaya tiada alasan,
Tetapkan matlamat biar jelas.

Belia aktif kerana mendapat sokongan,
Diberi sokongan keluarga dan kerajaan;
Belia lemah terus ada kemajuan,
Diberi galakan juga bantuan.

Belia dan kerajaan saling memerlukan,
Kerana belia tiang negara;
Belia berkualiti lagi berwawasan,
Pastinya cemerlang belia 1Malaysia.

Tanpamu menteri siapalah belia,
Harapan belia terpikul di bahumu;
Jasamu menteri tidak dilupa,
Akan dihargai bila bertemu.

Belia kreatif penentu pembangunan negara,
Negara terus gilang gemilang;
Majulah belia majulah negara,
Tercipta sudah belia cemerlang.

Sukanya hati belia berjaya,
Keluarga tersayang turut gembira;
Semuanya gembira tidak terkira,
Kerana belia harapan negara.

Puisi Belia Harapan Negara

Beliaku…
Negara perlukanmu…
Justeru… Bangunlah dari lenamu…
Sedarlah dari lekamu…
Sedarlah dari lalaimu..
Mari kubimbingmu... Menuju kejayaan!

Jangan ada rasa rendah diri…
Jangan ada rasa kecewa…
Berubahlah demi…
Dirimu… Keluargamu… Negaramu… Pewarismu nanti.

Aku percaya kau boleh berjaya…
Jika semangat kentalmu datang…
Aku menantimu di sini…
Bersama azammu untuk berjaya…
Justeru daftarlah sekarang untuk menjadi ahli belia.
Segalanya akan berubah! Percayalah!
Kerana kau adalah harapan negara!

Karya: Rha NS
15 Mei 2010
(Sempena Hari Belia Negara )
August 23 at 10:46am · Like · · Unsubscribe

Yantzen Peace, Kumis Beracun, Datuk Mohd Jeffry Rosman
and 11 others like this.

Alex Dennis on paper jee.
adakah ia tersirat di Daerah Tawau.

August 23 at 10:48am · Like · 2 people

Rabeah Mohd Ali Boleh juga direalisasikan di Daerah Tawau...
cuba minta pandangan Datuk Jeffry mengenai yang tersirat..
terima kasih atas perhatiaanmu sahabatku dari Tawau...

August 23 at 10:54am · Like

Alex Dennis yes saya tau dapat rasakan Tanggungjawab Datuk
Mohd Jeffry Rosman tetapi pihak Kementerian yang bertanggungjawab ......?

August 23 at 10:57am · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali Kalau gitu saya cadangkan elok sangatllah pihak
kementerian bergabung idea dengan Datuk Jeffry dan Saudara
Alex Dennis bagi merealisasikan pada belia Sabah ...
apa yang tersirat pada pantun di atas.
Apa pendapatmu duhai sahabatku yang baru kukenali?

August 23 at 6:56pm · Like

Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam rabeah, saya rasa pantun di atas adalah
terbaik sepanjang yang aku pernah baca..inilah satu pantun belia yg harus diikuti..
satu pedoman sejuta kebaikan..

August 23 at 11:11pm · Like

Rabeah Mohd Ali

Waalaikummussalam Warahmatullahhiwabarakatuh, terharu saya mendengar
komen daripada datuk...mengenai pantun belia yang dikarangkan..
Ketika saya mengarang pantun tersebut...perasaan saya yang selama ini
terlalu sayangkan generasi selepas merdeka tidak dapat dibendung lagi...
lebih-lebih lagi semua belia 1Malaysia. Alangkah bahagianya setiap naluri
belia difahami oleh pihak kerajaan dan pemimpin di Malaysia kerana mereka
semua adalah permata-permata negara yang terlalu amat bernilai.
Jika mereka tidak diberi sokongan, galakkan dan perhatian sepenuhnya oleh
pihak kerajaan mahupun pemimpin...aduhai kesihan mereka...kasihan negara...
jika belia aktif dan berfikiran positif makanya ...walau apa juga keadaan
sekalipun mereka tetap mengutamakan negara daripada kepentingan mereka
sendiri kerana negara telah mengutamakan mereka ...
pemikiran mereka telah terpasak ilmu yang terasuh untuk mencintai negara!

"HARGAI BELIA...HARGAI RAKYAT...HARGAI PEMIMPIN...HARGAI NEGARA...
KEMERDEKAAN PASTI MILIK KITA SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI!

'SALAM KEMERDEKAAN KE-54 MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA! "

August 24 at 3:07am · Like

Rabeah Mohd Ali

SALAM KEMERDEKAAN KE-54 MALAYSIA NEGARAKU TERCINTA!

Salam Kemerdekaan untuk negaraku tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

Kau tak pernah erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

Salam Ramadhan untuk Datuk Seri,
Semoga puasa membawa keberkatan;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Perjuangan PM terdahulu masih diteruskan.

Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tuanku,
Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-54 ini kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

Karya: Rha NS
1 Ogos 2011
(Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
 Malaysia Ke - 54 Pada 31 Ogos 2011)

August 24 at 3:16am · Like

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
24 Ogos 2011
24 Ramadhan 1432H

0 comments:

Post a Comment

 
;