Saturday 24 September 2011

PANTUN TRANFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA

Transformasi Berjaya,
Rakyat Sejahtera;
Hargai Merdeka,
Sejahtera Malaysia.

Demi maruah bangsa yang gagah,
Rela kutempuhi onak dan duri;
Agar Malaysiaku terus megah,
Dijajah semula rakyat yang rugi.

Bekalan warisan anak-anak merdeka,
Disanjung dipuja setiap masa;
Semangat patriotik tertanam di jiwa,
Anak-anak pasca merdeka pasti berbangga.

Kukuh perpaduan demi 1Malaysia,
Tiada makna jika hati penuh kepalsuan;
Mencintai negara terus membara,
Salam perpaduan penuh keikhlasan.

Negara maju aman sejahtera,
Berkat kepimpinan yang utamakan rakyatnya;
Perpaduan terbentuk demi cintakan negara,
Transformasi berjaya rakyat sejahtera.

Aman bahagia rakyat sejahtera,
Rakyat sepakat dalam perpaduan:
Pelbagai kaum meraikan 1Malaysia,
Malaysia berada di puncak kejayaan.

Malaysia perkasa di persada dunia,
Lambang semangat negara berjaya;
Rakyat dan Pemimpinnya berubah demi negara,
Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.

Transformasi berjaya rakyat sejahtera,
Misi dan visi 1Malaysia rakyat realisasikan;
Barulah pemimpin dan rakyat tiada sengketa,
Negaraku sejahtera dalam keamanan.

Negaraku sejahtera dalam keamanan,
Berkat pemerintahan memahami kehendak rakyat;
Bersatu hati dalam perpaduan,
Kemerdekaan dihargai sepanjang hayat.

Kemerdekaan dihargai sepanjang hayat,
Untuk diwarisi zaman berzaman;
Semua jasa Perdana Menteri tetap di hati rakyat,
Bersatu hati mengekalkan kemerdekaan.

Bersatu hati mengekalkan kemerdekaan,
Pelbagai kaum saling menghormati;
Kepentingan negara menjadi keutamaan,
Memadamkan segala kedengkian di hati.

Memadamkan segala kedengkian di hati,
Matlamatnya satu biarpun berlain parti;
Memerintah negara seikhlas hati,
Demi kerana Malaysia dicintai.

Demi kerana Malaysia dicintai,
Yang tua dihormati;
Yang muda disayangi,
Barulah aman Malaysiaku ini.

Barulah aman Malaysiaku ini,
Pemimpin mementingkan kebajikan rakyatnya;
Tidak mementingkan diri sendiri,
Demi kerana negara dan rakyatnya.

Demi kerana negara dan rakyatnya,
Perdana Menteri menyeru lakukan transformasi;
Tranformasi dari akar umbi hingga semua menteri kabinetnya,
Tranformasi berjaya barulah rakyat berpendapatan tinggi.

Barulah rakyat berpendapatan tinggi,
Kehidupan sempurna rakyat sejahtera;
Jasa pemimpin rakyat hargai,
Kemajuan negara ke puncak jaya.

Kemajuan negara ke puncak jaya,
Rakyatnya gigih membangunkan negara
Pesat membangun transformasi berjaya,
Mencipta nama hingga ke antarabangsa.

Mencipta nama hingga ke antarabangsa,
Negaraku Malaysia rakyatnya sentosa;
Hidup aman dan bahagia sentiasa,
Transformasi berjaya rakyat sejahtera.

Merdeka negara mesti dijaga,
Akan sejahtera kita semua;
Tutur kata seindah bahasa,
Barulah negara aman sentosa.

Pentadbir negara bersatu padu,
Cemerlang berkerja tidak terburu;
Lambang utuh ukhwah bersatu,
Negara makmur negara maju.

Negara makmur negara maju,
Kebanggaan warisan pejuang terdahulu;
Pemimpin dan rakyat sentiasa berpadu,
Demi kerana Malaysia yang satu.

Kebanggaan warisan pejuang terdahulu,
Sanggup berkorban demi memerdekakan negara;
Generasi pasca merdeka amat terharu,
Menghargai kemerdekaan sejahtera negara.

Transformasi berjaya rakyat sejahtera,
Pembangunan negara pesat membangun;
Mercu kejayaan pentadbir negara,
Malaysiaku maju rakyatnya aman.

Sanggup terkorban demi memerdekakan negara,
Lambang patriotik semangat perwira;
1Malaysia sayangkan negara,
Jiwa patriotik sentiasa membara.

Lambang patriotik semangat perwira,
Jalur semangat gemilanglah bangsa;
Jalur gemilang tetap dimulia,
Dipertahankan untuk warisan bangsa.

Kita anak-anak Malaysia yang gagah,
Pantang berundur sebelum melangkah;
Jalur Gemilang berkibar megah,
Jadikan negara dipandang Gah.

Demi semangat cintakan negara,
Jalur Gemilang tak boleh ditukar ganti;
Lambang kesetiaan rakyat kepada negara,
Kekal merdeka Malaysia dihormati.

Kekal merdeka hingga ke akhir zaman,
Berkat kecintaan rakyat kepada negara;
Keharmonian negara sejak berzaman,
Kemajuan negara dipacu terus mara.

Berkibarlah benderaku penuh bangga,
Perjuangan dan kesetiaaanmu kami hargai;
Akan kami pertahankan sepenuh jiwa dan raga,
Kesetiaan kibaranmu tidak akan kami ragui lagi.

Karya Rha NS
23 September 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;