Monday, 19 September 2011

HIKMAH DI SEBALIK MENGHADIRI SAMBUTAN HARI MALAYSIA & KEMERDEKAAN NEGARA (BAHAGIAN I)

ADA HIKMAT DI SEBALIK MENGHADIRI UPACARA SAMBUTAN SECARA
SERENTAK HARI MALAYSIA & KEMERDEKAAN NEGARA DI DATARAN
MERDEKA PADA 16 SEPTEMBER 2011( Bahagian I)

Luka semalam tika menghadiri Upacara Sambutan Hari Malaysia Ke-48
dan Kemerdekaan Negara Ke-54 di Dataran Merdeka semalam masih berbekas
di hati.

Namun begitu aku merasa satu kepuasan kerana aku sangkakan aku dapat
apa adanya tapi lebih daripada itu. Dapat mengambil gambar dibuat
Koleksi gambar-gambar Sambutan Hari Malaysia Ke-48 & Hari Kemerdekaan
Negaraku Tercinta Ke-54 yang diraikan secara serentak di Dataran Merdeka.

Mana tidaknya gambar-gambar yang diambil dari jarak dekat. Melihat
Kenderaan Yang di- Pertuan Agong lalu di hadapanku ...biarpun tidak
dapat melihat Agong dan Permaisuri Agong tapi dapat melihat kenderaan
yang dinaiki Agong pun sudah mengujakan! Tapi sayang tak sempat nak
ambil gambar maklumlah dalam keadaan tekanan...sabar ajelah mana tahu
ada kesempatan di Tahun lain dapat mengambil gambar sepenuhnya!


Mana tidaknya mengujakan aku di kala itu , Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
membalas Kad Hari Raya Aidilfitri dan Ucapan Kemerdekaan tanpa
mengira siapa aku. Aku rasa dihargai dan disayangi oleh semua
Raja di Malaysia.

Memang benarlah pantun Raja-Raja yang dikarang semuanya menunjukkan
sifat seorang Raja yang penuh prihatin dan kasih sayang kepada semua
rakyat jelata yang ada di Malaysia. Sesungguhnya patik amat terharu
hingga saat ini.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!


Apabila lalu kenderaan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima
Haji Juhar bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah bersama
isteri Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah
Norlidah Datuk R.M Jasni , lalu di hadapanku...aku sempat mengambil
gambar kenderaan TYT dan bendera Sabah sekali.

TYT dan isteri juga amat kukagumi kerana kad Ucapan Hari Raya &
Ucapan Kemedekaan dibalas oleh TYT . Terima kasih TYT Tun dan Toh
Puan kerana sudi membalas biarpun saya bukan warga Sabah.

Aku berjaya mengambil gambar-gambar perarakan perbarisan Sambutan Hari
Kemerdekaan dan Sambutan Kemerdekaan Malaysia hampir dua ratus keping.
Aku amat suka....suka...dan suka dengan koleksi gambar-gambar tersebut.
Saturday at 9:55am near Kuala Lumpur

Payoyongi Lasua and Tony Juli Insing Kulai like this.

Kotak Hitam memang suka ambil gambar?

Saturday at 9:57am

Rabeah Mohd Ali Iye suka ambil gambar yang bertemakan patriotik dan
keindahan alam ciptaan Tuhan tapi kamera tidaklah secanggih jurufoto
yang hebat....hihihi

Saturday at 10:02am

Kotak Hitam ada kamera, adalah gambar. jangan pandang rendah pada
kemampuan sebuah kamera, walaupun kamera biasa-biasa yang penting
mata hati. saya cadangkan semangat kenegaraan yang ada pada
Rabeah Mohd Ali boleh dibuktikan melalui, mengambil gambar realiti
masyarakat. photojournalism mungkin.

Saturday at 10:06am

Rabeah Mohd Ali Terima kasih kotak hitam kerana memberi sokongan
pada semangat juangku...setidak-tidaknya ada juga hamba Allah
yang menghargai dalam perjuanganku. Terima kasih berkali-kali
dilafazkan...moga Allah membalas segala kebaikanmu.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Saturday at 10:10am

(PETIKAN DARIPADA TEGUR ADUAN RAKYAT SABAH)
17 September 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;