Thursday, 22 September 2011

IMPIANKU MENJADI REALITI APABILA KARYAKU TERSIAR DI ALAM MAYA

Cerita yang ingin kusampaikan ini mungkin boleh dikongsi bersama
sebagai pedoman...sesungguhnya yang baik itu dari Allah yang lemah
itu dari diriku sendiri.


Aku memang minat dalam dunia penulisan sejak di bangku sekolah rendah
lagi. Tak tahu kenapa tapi aku memang minat yang sangat-sangat! Dan
satu lagi aku suka sangat memberi idea dan cadangan..pada siapa saja
waima PM sekalipun...bukanlah aku ni pandai sangat tapi inilah aku
hinggakan aku tidak disenangi oleh yang tak menyenangi.


Pernah aku bercita-cita ingin menubuhkan Persatuan Penulis dan ahlinya
terdiri rakan-rakan penulis yang rapat denganku adalah dalam sepuluh orang.

Aku sudahpun ambil borang daftar pertubuhan...Nama Persatuan Penulis yang
bakal kuberi , "PERSATUAN PENULIS SERUMPUN" serumpun bermaksud kalau ditarik
semua akar bersatu tercabut bererti ,"KEJAYAANMU KEJAYAAN SEMUA" itu maksud
yang tersiratnya.

Kami semua berkumpul di rumah PUAN ZAINAB membincangkan mengenai persatuan
PENULIS SERUMPUN.
Yang terperanjatnya aku... mereka bukan melantik aku sebagai Ketua Persatuan
Penulis Serumpun tapi melantik PUAN ZAINAB sebagai peneraju Persatuan Penulis
Serumpun. Begitu juga dengan jawatan lain. Aku diam saja tanpa berkata apa-apa.
Kecewa memang kecewa tapi aku akur dengan kehendak group mereka kerana siapalah
aku ini sekadar pemberi pencetus idea saja.

Itu aku tak kecewa sangat...yang lebih mengecewakan aku bagaikan ditusuk
sembilu pilu apabila mereka meraikan penerbitan buku sulung mereka hasil
karya group Serumpun. Kucuba juga tengok berulang-ulang kali muka surat
ada tak karyaku...langsung tak ada... Aduh...! Kecewanya aku saat itu Tuhan
saja yang tahu.
Tak salah aku Tajuk buku tersebut, 'KUMPULAN CERPEN SERUMPUN'
lagi aku sedih kerana mereka ambil ideaku tapi aku diketepikan.

Aku terus melupakan group tersebut tanpa tanpa rasa dendam tapi hatiku
terlara yang amat sangat.

Sejak dari itu aku lupakan terus dunia penulisan hampir puluhan tahun juga...
seakan trauma barangkali.

Tapi semenjak usia penghujung ini minatku datang balik tapi kali ini di luar
kotak pemikiranku sendiri. Semuanya menjadi ilhamku untuk berkarya tanpa hentinya.
Syukur Ya Allah atas kurniaanMu.

Aku bina blog kusendiri...di sana aku berkarya semahunya tanpa mengharapkan
sesiapa lagi menyiarkan karyaku. Hinggakan Puteri Sulungku berkata,
'Tak rugi ke Tiada Hak Cipta Terpelihara!'

Kalau bagi penerbit pun penerbit bukan nak siarkan dan dapat royalti
bukan boleh hidup dengan hasil karyaku.

Biarlah kusiarkan....siapa yang sudi baca-baca....siapa yang tak sudi...
aku tak kisah....aku menulis kerana aku minat yang amat sangat...
tak boleh dipadamkan lagi.

Andaikata ada hamba Allah ingin menguruskan karyaku untuk dikomersilkan
akan aku alu-alukan .Itu lebih memudahkan aku untuk merealisasikan
impianku dalam dunia seni penulisan yang amat kuminati ini.

Selagi hayat dikandung badan Insya-Allah aku terus terusan menulis
walaupun karyaku cuma bersiar di alam maya itu sudah memberi kepuasan
untukku berkarya.

Karya Rha NS
22 September 2011

Like · · Unfollow Post · a few seconds ago near Kuala Lumpur
Like · · Unfollow Post · 3 hours ago near Kuala Lumpur

Dato Seri Zaleey Jazz and 2 others like this.


Rabeah Mohd Ali Terima kasih Dato' Seri Zaleey Jazz  kerana tak jemu
memberi sokongan kepadaku...moga Allah saja yang membalas budi baik
kalian. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

58 minutes ago · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali Terima kasih Syazriena Riena...moga kejayaan sentiasa
meringimu tak kira di mana kau berada. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

22 minutes ago · Like


(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
22 September 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;