KUGAGAHI JUGA DEMINYA
by Rabeah Mohd Ali on Saturday, September 17, 2011 at 11:10pm
Kekadang aku rindukan ketenangan pantai
Tapi pantai tetap mengganas dengan ombak menggilanya
Kekadang aku rindukan sang pelangi
Tetapi pelangi tak mahu memunculkan dirinya
untuk membebat lukaku yang parah bernanah!
Kekadang kurindukan jelmaan bulan purnama
Namun bulan purnama tidak mahu senyum denganku
Kekadang kurindukan redupan mentari
Tapi ribut petir yang datang menyambar anganku
Kekadang kunantikan kejora menyinariku
tapi kejora nggak mahu berkongsi sinarnya padaku
Cuma yang ada sekeping hati
yang hancur lulur dimamah derita yang mencengkam
Kugagahi juga demiNya
Demi hidup dan matiku keranaNya.
Keteruskan juga tanpa
ketenangan pantai
munculnya pelangi
senyuman bulan purnama
redupan mentari
sinaran kejora
biarpun hatiku luka bernanah
demiNya kuteruskan
matlamat sebenarnya aku berhidup di muka bumi ini
melainkan untuk mendapat redhaNya
Karya Rha NS
17 September 2011
ASALKAN HIDUPKU TIDAK MELUKAKAN KALBU KALIAN!
Terima kasih Haidi Yan & Mahabbah...
Kalian hadir bagaikan pelangi yang kutunggu
Sungguh indah! Tak jemu memandang...
Indahnya panorama di kala itu
Aman...
Damai...
Tenteram...
Subhanallah aku syukur!
Sebelumnya kufikirkan dalam benak fikiran yang tumpul ini...
Kenapakah kalian selama ini tidak memunculkan diri?
Adakah kerana ketidaksempurnaan karyaku?
Atau aku yang tak sempurna berbicara dengan kalian?
Aduh! Kenapa aku suka berperasangka pada kalian?
Maafkan aku kalian
Allah ampunkan aku
Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi...
Kenapa kalian tega membunuh anganku?
Sedangkan kita perjuangkan pena yang sama
Adakah karyaku tiada seni ? Tiada jiwa?
Bilang sama aku...
Biar aku perbetulkan biar ada seni dan jiwa
Bila mereka membacanya tertusuk
di kalbu dan di jiwa
Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi...
Kenapa Kejora nggak mahu berkongsi sinarnya padaku
Apakah kalian takut ilmumu akan berkurangan jika
dikongsikan samaku?
Aduh! Maafkan aku kerna berperasangka lagi
Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi...
Kenapa purnama nggak mahu senyum padaku
mungkin karyaku lari dari visi dan misi sebenar
tak sangka aku...
tahukah kalian...
udah kuperahkan sepenuh fikiran untuk mencurahkan
idea dalam berkarya...tapi kalian langsung tak
terihsan pada karyaku malah dipandang jelek
ditertawakan lalu direnyukkan dibalingkan ke sungai rimba
Nangis aku kalian...
Itulah yang membuatkan lukaku bernanah
bertambah parah
hatiku sengaja kau biarkan luka
tanpa sedikitpun ihsan
sejambak bunga kasih yang kuberi pada kalian
racun berbisa yang kau simbahkan ke lukaku
tidak puas lagi dengan itu
kau bebat pula lukaku dengan simbahan asid
Aduh! Sakitnya sampai tak tertahan...!
Tak apalah kalau itu boleh membahagiakan kalian
kurela asalkan hidupku tidak menyakiti hati kalian
apa tah lagi melukakan kalbu kalian!
Tapi pabila kufikirkan dengan cahaya iman...
Kalian tidak begitu...
Kalian selalu menghargai karyaku
Menyokong segala cita-cita dan perjuanganku
Hingga aku nangis dalam kesyukuran
Bersyukur aku dikurniakan sahabat sebaik kalian
Kita terikat pada ikatan ukhwah puisi jiwa... puisi qalbu
Moga ikatan
ukhwah puisi jiwa...puisi qalbu
dapat membersihkan sifat mazmumah kita dan mereka yang membacanya
Moga setiap karya kita yang terhasil ada nilaian di SisiNya
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
18 September 2011
TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA
Ilham ini tercetus apabila Group -Tegur - Aduan Rakyat
Mengatakan Aku Tidak Sesuai Jadi Ahli Groupnya ....
Sedangkan Namaku Tertera Di Groupnya Tanpa Pintaku
Dan Dia Mengatakan lagi Orang Yang Masukkan Namaku Ke Group itu
Sudah Silap...
Aku cuba membela diri tapi katanya aku mencabar pihak Admin
Sekutu-kutunya menyokongnya
Sedangkan yang kubela Rakyat Sabah & Pemimpinnya Yang Dihormati
Tapi aku tetap dihukum tinggalkan group tersebut
Aku akur kerana aku tidak mahu berdebat dengan orang sebegitu
Namun begitu aku tetap menyanjungi rakyat Sabah &
Tuan Yang Terutama Negeri Sabah
Walaupun Mempunyai Kedudukan Yang Tinggi
Tapi Masih Menghargai Setiap Insan Biarpun Ku bukan Rakyat Sabah
Kupercayai blog-blogku dilayari dan dihayati yang ada bertemakan
Kemusykilan dan susah senang kehidupan rakyat Sabah kerana
kusudah mempromosikan blogku melalui kad Hari Raya Yang Kuhantar
Pada TYT dan yang lebih mengharukan TYT membalas Kad Raya ku
Begitu juga dengan TYT Negeri Sarawak.
Moga karya yang kuhasilkan untuk rakyat Sabah dapat pembelaan
dari pihak-pihak berkenaan.
Inilah yang mampu ku lakukan demi kasihku pada Rakyat Sabah Tercinta!
Biarpun ramai yang menentang kutetap terus berjuang ...dan terus...
hingga terhenti nafas terhentilah pena...
Karya Rha NS
18 September 2011
DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK TATAPAN:
SEMUA RAKAN DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
SEMUA RAKAN YOUTH ONE STOP CENTRE
SEMUA RAKAN FB
blog: sasterakuduniaku.blogspot.com
blog: bukukreatifpatriotik.blogspot.com
Like · · Unfollow Post · 39 minutes ago near Kuala Lumpur
Like · · Unfollow Post · about a minute ago near Kuala Lumpur
KEJAYAANMU KEJAYAAN SEMUA
by Rabeah Mohd Ali on Sunday, September 18, 2011 at 9:30am
Hanya Juhari Yang Mengenal Manikam
Kejayaan akan tercapai sekiranya
Tiada rasa untuk tikam menikam
Untuk:
menunjuk kuasa
berbangga diri
rasa diri sempurna dengan ilmu, kuasa dan harta
Group ini hanyalah untuk mereka
yang punyai:
Keyakinan diri untuk berjaya
saling hormat menghormati
mempunyai idea bernas untuk dikongsi
kerja berpasukan
saling menghargai bakat setiap ahli YOSC
saling menghargai idea
berfikir sebelum berkata
Makanya tidak akan terluah kata-kata melukakan
Kerana hati yang jelek akan terkeluar dari kata-kata
Sesungguhnya manusia memang tidak pernah sempurna
Justeru kita berpakat bersama untuk membetulkan yang
tidak sempurna dengan kata-kata hikmah yang penuh bijaksana
Ada sebarang masalah di YOSC dikongsi bersama dan
diselesaikan dengan harmoni hati pun ceria!
"KEJAYAANMU KEJAYAAN SEMUA"
Karya Rha NS
18 September 2011
Like · · Unfollow Post · 11 minutes ago near Kuala Lumpur
Like · · Unfollow Post · 5 hours ago near Kuala Lumpur
Haidi Yan and Mahabbah El-ahMead like this.
(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE &
DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
18 September
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment