Sunday, 19 February 2012

BAYANGANKU SENTIASA BERSAMAMU



JIKA CINTAKU PADAMU ADALAH KEHENDAKNYA

Bayanganku sentiasa bersamamu
cumanya kau tak kelihatan
tika kau merinduiku...aku pun merinduimu
cumanya belum masa dan waktunya untuk aku
mematrikan kasih suci kita yang telah kita janjikan
bersama untuk sehidup semati
sabarlah sayang...
janji pasti kan kukotakan
kerana hatiku telah terikat kasih dan cinta padamu
cintaku tiada dua tiada tiga
hanya kau yang satu kucinta di dunia ini
tapi harus diingat...
cintaku pada Tuhan mengatasi segalaNya
jika cintaku padamu adalah kehendakNya
tika itulah cinta kita jadi realiti
di dunia bawa ke akhirat
Insya-Allah Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Rha NS
17 Febuari 2012
 ·  · Yesterday at 4:35pm

0 comments:

Post a Comment

 
;