Sunday, 19 February 2012

BERTUAH RAKYAT JAMBI PUNYAI RAJA BERJIWA RAKYAT YANG UTAMAKAN RAYAT MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI

Raja Yang Adil Raja Berdaulat!
Pemimpin yang adil rakyat sejahtera
Rakyat berjasa ...rakyat yang menghargai Raja mencintai negaranya
melebihi kepentingan sendiri!
 ·  · See Friendship · Saturday at 8:54pm · 
    • Rabeah Mohd Ali Sultan Jambi namanya Raden Abdurrahman Rahman,
      Baginda berjiwa rakyat orang yang beriman;
      Berkata penuh adap dan sopan,
      Bertuah rakyat Jambi punyai Raja sentiasa dalam kerendahan.
      21 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali BERTUAH RAKYAT JAMBI

      BERTUAHLAH RAKYAT JAMBI PUNYAI RAJA BERJIWA RAKYAT YANG UTAMAKAN RAKYAT LAGI BERIMAN DAN PERCAYAI HARI AKHIRAT YANG SUDAH TIADA MAKNA LAGI SEGALA HARTA DAN DARJAT KETURUNAN MELAINKAN BEKALAN YANG ADA NILAIAN DI SISINYA
      MOGA APA YANG DICITAKAN RADEN PADA RAKYAT JAMBI MENJADI KENYATAAN AMIN YA RABBAL A'LAMIN

      KARYA RHA NS
      18 FEBUARI 2012
      21 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Raja dan rakyat berpisah tiada,
      Seperti keris dan sarungnya lambang perpaduan;
      Penguasa yang adil dikasihi rakyat di mana berada,
      Telah Ditetapkan Allah Sebagai Penguasa Di Akhir Zaman.
      21 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Tanpa Raja Siapalah Rakyat
      Tanpa Rakyat Siapalah Raja
      Makanya Raja SeIndonesia Harus Sepakat
      Memperjuangkan Hak Raja SeIndonesia
      Demi Kepentingan Rakyat dan Negara SeIndonesia Tercinta!
      21 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Selagi kita mempertikaikan kelemahan institusi diRaja dan pemerintahan politik...selagi itulah tiada akan temui jalan penyelesaian..apa yang perlu ada di antara institusi diRaja dan pemerintahan politik lebih banyak fokuskan kepada kesejahteraan rakyat dan negara...jika itu dapat di atasi dengan jayanya makanya secara tidak langsung rakyat sendiri akan mempertabatkan institusi diRaja dan mengagumi pemerintahan politik yang bersih cekap dan amanah itulah payungnya di kala hujan dan panas!
      21 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali BIARPUN BERJUTA INGIN MEMBUNUH ANGAN PERJUANGANMU!

      Biarpun berjuta ingin membunuh angan perjuanganmu...
      Kau akan tetap di situ...
      Tak akan berganjak walau seinci pun!
      Kau takkan bergoyang semangat atau rebah menyembah bumi
      Kau hanya layak rebah tika bersujud pada Ilahi
      Kau berjuang matlamatnya bukan untuk dipuji atau disanjungi
      Tapi yang ada di hati hanyalah DIA Tuhan Yang Mecipta Semesta Alam...
      Percayalah sesusah mana pun kau berada Allah sentiasa bersamamu...
      bila mana kau fikirkan itu pasti jiwamu akan tenang....
      setenang air di kali...aku di sini sentiasa menyokong perjuangan suci mu dalam keadaan apa jua pun Insya-Allah itu pun jika kau sudi menerima sokonganku
      dari jauh ku doakan kau bertabah hati menempuh segala onak dan duri di dunia ini sebelum sampai ke negeri pasti!

      Rha NS
      2 Febuari 2012
      21 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali BANGKITLAH SEMANGAT

      Bangkitlah semangat jangan dikuburkan begitu saja...
      biarpun tsunami datang membadaimu
      kau masih lagi tetap bersemangat!
      sebelum ajal datang bertandang
      kau tetap bersemangat meneruskan perjuangan anak bangsamu...!
      Suatu masa nanti angan-angan bukan lagi angan-angan tapi
      angan-angan yang telah direalitikan berkat doa restu mereka yang bisa mengerti erti sebuah perjuangan suci demiNya.

      Karya Rha NS
      12 Febuari 2012
      21 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali WALAUPUN AKU DIGULUNG OLEH ANGIN PUTING BELIUNG!

      Sahabat...
      Kan kupasakkan
      Sumpah setia kita di hati ini
      Agar tak akan pernah goyang
      Walaupun aku digulung oleh angin puting beliung
      Untuk memisahkan persahabatan kita ini
      Kita ditemukanNya
      Atas saling sokong menyokong perjuangan suci
      hingga ke titisan darah terakhir
      itulah hikmah di sebalik pertemuan ini
      biar pun kita berlain darjat
      tapi darahmu darahku
      merah...merah...merah...
      sama warna sama perjuangan
      hingga ke titisan darah terakhir
      akan kita perjuangkan
      perjuangan suci ini
      biar badanku hancur
      hati kululur
      perjuanganku takkan hancur lebur
      dek pesona dunia yang melalaikan
      moga kau dan aku
      seiring sejalan
      merealisasikan
      perjuanganmu
      perjuanganku
      agar DIA
      makbulkan
      hajatmu
      hajatku
      moga persahabatan kita
      dapat diteruskan hingga
      ke Syurgawi
      Amin Ya Rabbal A'Lamin

      Karya Rha NS
      17 Febuari 2012
      21 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali TIADA APA YANG DAPAT DIUNGKAPKAN MELAINKAN
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

      Sahabat...
      Kau muncul bagaikan indahnya pelangi di waktu malam
      Kau menyerikan lagi malam yang berbulan berbintang
      bercahaya-cahaya membuatkan alam berpesta cahaya
      bergemerlapan di angkasa raya...
      penghuni alam dan semerta alam berzikir memuji
      Kebesaran Tuhan betapa indahnya malam yang
      berpelangi
      berbulan
      berbintang

      Bintang pelbagai warna dan bentuk
      diserikan cahaya bulan bercahaya-cahaya
      adanya pelangi lagi mengindahkan malam
      tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

      Sahabat....
      pada lojik akal mana bisa mungkin kukenalmu
      kerana
      kau di benua sana
      aku di benua sini
      dan kita tidak pernah ketemu
      di alam realiti atau fantasi
      tapi bilamana
      Allah sudah aturkan pertemuan
      kita bisa kenal
      walaupun cuma di alam maya
      tapi besar ertinya
      seperti kita sudah lama dikenalkan
      sejak azali lagi
      tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

      Sahabat...
      Allah mengurniakan darjat padamu yang tinggi
      di muka muka ini ...pastinya untuk menyebarluaskan
      kesucian Islam di muka bumi ini dan kau telah buktikan
      sedaya upayamu biarpun nyawa jadi taruhan...
      darahmu untuk rakyat...
      harta benda untuk membela rakyat yang tertindas
      sanjungan bukan kau letak tempat utama
      yang ada di fikiranmu
      rakyat....rakyat...rakyat...
      Berjuang demi rakyat tersayang
      Berjuang demi negara tercinta
      Berjuang demi Agama Allah dicintai
      tiada apa yang dapat dilungkapkan melainkan
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

      Sahabat...
      biarpun dirimu berketurunan Raja Yang Mulia
      hamba cumalah insan biasa yang tak punya apa-apa
      ibarat langit dengan bumi
      ibarat enggang dengan pipit
      dan tidak pernah tefikirpun hamba akan hadir dalam
      hidup hamba seorang sahabat yang berdarah diRaja yang
      bakal menjadi pewaris tahta diRaja Jambi
      sudi menjadi sahabat hamba yang kerdil ini
      terkedu!
      terharu!
      syahdu!
      lalu syukur hamba dalam sujud padaNya
      PadaNya tiada yang tak lojik jika Dia perkenankan
      tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

      Karya Rha NS
      18 Febuari 2012
      21 hours ago · 
  • (PETIKAN DARIPADA WALL M HARIRAMA KEDATUN KEAGUNGAN)
    20 Febuari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;