Tuesday, 14 February 2012

NANDA BUAH HATIKU PENGARANG JANTUNGKU HADIRMU BAGAIKAN DIBUAI-BUAI DALAM MIMPI TAPI REALITI


  • Rabeah Mohd Ali Nanda buah hatiku pengarang jantungku...
    Hadirmu bagaikan dibuai-buai dalam mimpi tapi realiti
    Serasa setiap denyut nadimu berdegup kencang kudengari
    Tapi aneh ...begitu aneh...setiap kali bayanganmu datang
    ingin kupeluk agar hilangkan rindu di kalbu...
    pasti bayanganmu hilang disapu ombak membadai
    dan aku termangu sendiri
    menunggumu di gigi pantai
    bayanganmu seolah merajuk
    tak mahu datang ke aku
    lalu jiwaku buntu...merana dalam sepi
    dan ku tak pasti rajuk mu sampai bila pada ombak
    yang sentiasa menghalang keakraban kita
    entah apa salahku...entah apa salahmu pada ombak
    hingga sama sekali tidak mengizinkkan kau
    bersamaku untuk sentiasa ceria bercanda
    namun begitu apapun yang dilakukan ombak padamu
    ku pasti kau akan tetap mengunjungiku
    biarpun tidak dalam bayangan
    memadailah dalam mimpi
    dan pabila kau hadir dalam mimpiku
    setiap kali itulah kita bisa bercanda
    bermain ombak kecil di tepian pantai
    tanpa diganggu gugat lagi
    dan kita bahagia bersama
    mengecapi panorama pantai yang mengasyikkan
    mendengar deru ombak
    deru angin
    berzikir memuji Tuhan tanpa jemu
    dan kita juga turut sama berzikir
    tanda syukur kita kepada Ilahi.
    20 hours ago ·  ·  1

    (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    14 Febuari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;