Wednesday 24 October 2012

BAKAL DITELAN ILMU SESAMUDRA




RAKYAT BERBALAS PANTUN DENGAN KERABAT DIRAJA

Ina Zwan Malu itu adalah mahluk ia dirasai dan mendapat petunjuk,
Nabi juga adalah mahluk ia manusia diberikan petunjuk,
Manusia beriman kepada mahluk biasanya sukar untuk dirujuk,
Raja-Raja yang hilang malu kepada Tuhan adalah MANUSIA paling sukar untuk dipujuk.
about an hour ago · Edited · Like

Ratu Rimba Niagara YANG PENTING DAPAT MEMUJUK HATI UNTUK SEDAR KENAPA DIWUJUDKAN KEDUNIA
MERENDAH DIRI TAK SEMESTINYA HINA
BERDARJAT TAK SEMESTINYA MULIA
SEMUANYA HINA DI MATA ALLAH SWT JIKA ADA KESOMBONGAN
KERANA HANYA YANG LAYAK MEMAKAI PAKAIAN SOMBONG ITU ADALAH ALLAH SWT SAHAJA
MOGA KITA DIJAUHKAN DARIPAA SIFAT SOMBONG KERANA MERASAKAN DIRI KITA SERBA SEMPURNA.
about an hour ago · Like

Ina Zwan Sombong itu pakaian Allah ,
Diuji Allah sifatnya kepada Iblis ,
Raja dan Sultan yang sombong kepada Allah ,
Sememangnya layak ditentang seperti Iblis.
about an hour ago · Edited · Like

Ratu Rimba Niagara Raja adil raja disembah
Raja zalim raja disanggah
Pada Tuhan kita menyembah
DIA saja patut dimegah
about an hour ago · Like · 1

Ina Zwan RAJA ADIL RAJA DISEMBAH
HANYA TUHAN YANG MEMBERI PERINTAH
WALAUPUN KINI RAJA ITU DIMEGAH-MEGAH
DILUPUSKAN DIRINYA MAKA HILANGLAH TITAH
about an hour ago · Edited · Like

Ratu Rimba Niagara Raja adil raja disanjung
Raja zalim raja disanggah
Hanya Tuhan layak disanjung
Dia saja patut disembah
about an hour ago · Like

Ina Zwan RAJA ADIL DATANG BERKUNJUNG
BUKAN RAJA YANG MAHU DISANJUNG
RAJA YANG ZALIM TAK LAYAK DIKUNJUNG
HANYA ALLAH TEMPAT YANG LAYAK DISANJUNG
about an hour ago · Like

Ratu Rimba Niagara Hidup jangan berdengki-dengki
kerna itu sifatnya syaitan
Tuhan memilih siapa hendak diberi
Keturunan diRaja DIA yang tentukan.
about an hour ago · Like

Ratu Rimba Niagara Melayu penuh dengan adap,
Tak ada adap jangan jadi melayu;
Raja melayu semuanya beradap,
Tak beradap akan dihadapkan pada Tuhanku.
about an hour ago · Edited · Like

Ina Zwan Hidup ini adalah ujian
SIFAT RAJA JUGA UJIAN,
Melawan Allah maka jatuhnya KERAJAAN
Melawan Raja Berdaulat maka hilang mulia Tuhan
about an hour ago · Like

Ratu Rimba Niagara Tuhan itu tetap Mulia,
Cumanya kita yang tak mulia;
Berkata seperti kitalah yang termulia,
Sedangkan kita jauh dari sifat mulia.
about an hour ago · Like

Ratu Rimba Niagara Berkata kitalah yang terpandai,
Merasakan orang semuanya dungu;
Sedangkan Alllah yang Maha terpandai,
Tapi tidak menghukum hamba-Nya dungu.
about an hour ago · Like

Ina Zwan Mengenal diri mengenal Tuhan,
Diri itu adalah Rahsia Tuhan ,
Mengapa Tuhan yang dibezakan
Adakah hilang pedoman dari AlQuran
59 minutes ago · Edited · Like

Ratu Rimba Niagara Memuliakan sesama insan adapnya berteman,
Melayu apa kalau tak sokong melayu;
Itukah ciri orangnya beriman,
Sentiasa suka memandang rendah melayu.
58 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara Jika tak sokong raja melayu,
Sokong sajalah diri sendiri;
Sudah tercatat sejak azali raja melayu,
Qada & Qadar itulah rahsia-Nya Ilahi.
54 minutes ago · Like

Ina Zwan Merasa diri ditipu seperti dungu
Tetapi dimata memang BUKAN layu
Adakah kita yang dikatakan merendahkan melayu
Sedangkan Sultan PALSU sendiri tiada ADAB MAHU MENGIKUT adat melayu
53 minutes ago · Edited · Like

Ratu Rimba Niagara Siapakah dia sultan palsu,
Sultan palsu jadilah bisu;
Yang dengarpun lesu,
Takkan diikut orang melayu.
51 minutes ago · Like

Ina Zwan Qada & Qadar itulah rahsia-Nya Ilahi
Raja disembah bukan dipuja
Adat melayu bukan untuk dipuji
TETAPI MARTABAT MELAYU MESTI DIJAGA
51 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara Ina Zwan ini perempuan ke lelaki,
Kalau perempuan kenapa wajah lelaki;
Adap melayu sentiasa dijagai,
Itu tandanya berkata tidak sesuka hati.
49 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara Berkata biarlah dari hati,
Bukan untuk minta dipuji;
Jauhkan berkata sesuka hati,
Akan ramailah yang makan hati.
47 minutes ago · Like

Ina Zwan Sultan palsu merampas kuasa
Keturunan Raja bukan barisan
Sesungguhnya itu adalah ujian Maha Kuasa
Apabila lengkap Daulah Allah maka hilang biasan
47 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara Jika ramai makan hati,
Lantaran mendengar kata menyakitkan hati;
Tanggunglah sendiri dosa sesama sendiri,
Akibat mulut menfitnah tanpa bukti.
45 minutes ago · Like

Ina Zwan Nama diguna bukan kiasan
Hanya Sultan yang mengenal diri ini
Bukan melawan sifat saya sebagai kiasan
MARUAH DIRI DICEMAR SULTAN YANG RASA DIRINYA TINGGI
44 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara Rakyat sendiri boleh memilih,
Sultan benar sultan palsu;
Allah juga yang tahu memilih,
Akan musnah sultan palsu.
42 minutes ago · Like

Ina Zwan Rakyat difitnah Sultan sendiri tiada maaf diberi
Rakyat mencari yang hak maka diri ini dibenci
APABILA RAKYAT INI KETURUNAN RAJA ASLI
MAKA SULTAN MULA MERANCANG MENGUASAI DIRI
41 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara duhai puteri ina berwajah putera
adakah tuan hamba berketurunan diRaja;
berkata penuh dendam membara,
pada sultan palsu yang ingin merampas kuasa diRaja.
40 minutes ago · Like

Ina Zwan Bukan dendam kepada Sultan dihati ini
Bukan rasa tak puas hati disanubari
Tetapi adakah kita akan merasa tenang dihati
APABILA TITAH MEREKA MAHU KELUARGA KITA MATI
38 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara sultan palsu sultan sebenar ingin berkuasa,
sultan sebenarpun belum dimartabatkan;
belum apa-apa lagi perebutan kuasa,
kuasa sultan yang belum dimartabatkan.
38 minutes ago · Like

Ina Zwan SAYA DIFITNAH SULTAN SENDIRI
DIRASAKAN DIRI INI MAHU MENGKHIANATI
ADAKAH LAYAK DIRI INI MAHU DI ADILI
SEDANGKAN SAYA INI RAJA DARAH SULTAN ALI
36 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara kuasa sultan belum dimartabatkan,
bagaimana boleh mahu dititahkan;
rakyat tak boleh didungukan,
sultan zaman purba kemungkinan.
35 minutes ago · Like

Ina Zwan BUKAN KUASA YANG SAYA GILAKAN SEPERTI MEREKA
ADILKAH SAYA DIAJAK MEREKA BERLUMBA-LUMBA
WALAUPUN SAYA DARAH KETURUNAN RAJA PURBA
BELUM TENTU RAJA MODEN ITU BERDAULAT RAJA.
33 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara Ampun tuanku daulat tuanku,
Patik derhaka kepada tuanku;
Hukumlah patik duhai tuanku,
Moga Tuhan adili tuanku.
33 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara Raja purba raja moden,
Biarlah senada seirama;
Barulah rakyat tak kebingungan,
Pasti institusi diRaja diadili saksama.
29 minutes ago · Like

Ina Zwan SIFAT RAJA BUKAN MENGHUKUM
SIFAT RAJA ADALAH MENJAGA
RAKYAT DISANJUNG KIAN MENGHARUM
BIARLAH ALLAH TENTUKAN SIAPAKAH KITA
28 minutes ago · Edited · Like

Ratu Rimba Niagara Apalah ada pada darjat
Jika darjat memakan diri
Biarlah Allah memberi darjat
Pada hamba-Nya berilmu tinggi
27 minutes ago · Like

Ina Zwan SAYANG SAYA KEPADA ALLAH
SEDIH SAYA MELIHAT RAJA
BUKAN MAHU MELAWAN PERINTAH ALLAH
HANYA SULTAN YANG MAHU SAYA PULIHKAN DIA
26 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara Jika yakin takdir Ilahi
Tiada yang pelik di dunia ini
Kuasa diRaja akan kembali
Jika Allah berkata KUN maka terjadi
24 minutes ago · Like

Ina Zwan RAJA BERDAULAT BUKAN SEMBARANG
HANYA UCAPAN "KUN" JADI KEKUATAN
BUKAN NIAT DIHATI MAHU BERPERANG
HANYA CINTA ALLAH YANG HAMBA TAUTKAN
23 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara Ahamdulillah kalau itu bagai dikata,
Dari Allah kita datang dan dikembalikan;
Semua mendambakan cinta dari-Nya,
Balasan cinta-Nya itu yang didambakan.
19 minutes ago · Like

Ina Zwan CINTA ALLAH ADALAH SEGALANYA
BUKAN SYURGA ATAU NERAKA YANG DIDAMBA
BERSAMA ALLAH ADALAH MAHUNYA KITA
KEKAL ABADI BERSAMA KASIH SEHINGGA HILANGNYA MASA
17 minutes ago · Edited · Like

Ratu Rimba Niagara Cinta Allah segala-Nya,
Makanya pertahankan institusi diraja;
Boleh mengajak rakyat untuk mencintai-Nya,
Kerana Allah adalah Raja Segala Raja.
16 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara Bila ada kuasa raja-raja,
Bangsa melayu tidak dinjak-injak sesuka hati;
Akan dipertahankan oleh raja-raja,
Dapat beramal dengan tenang hati.
13 minutes ago · Like

Ina Zwan CINTA ALLAH ADALAH SEGALANYA
KEKASIH KITA ADALAH NYATA
RAKYAT MEMANG TUJUAN KITA SEBAGAI RAJA
MAHU MENGAJAK MEREKA MENCINTAI DAN KASIH KEPADA-NYA
13 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara Makanya tuanku janganlah berputus asa,
tabahkan hati teruskan perjuangan;
Allah tak suka hamba-Nya berputus asa,
raja dan rakyat bersama memartabatkan.
11 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara Jika kuasa diRaja berjaya dimartabatkan,
Pasti tenang jiwa melayu;
Raja dan rakyat tak dapat dipisahkan,
Bersama mencari jalan-jalan pulang tanpa jemu.
9 minutes ago · Like

Ina Zwan MAAFKAN SAYA JIKA DISANA TERASA
SEDIH MARAH HIBA SUKA DAN KETAWA
SEBAGAI MANUSIA SAYA JUGA MERASA
SAYA JUGA PASTI MERASA ALLAH AMBIL NYAWA
8 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara Nyawa manusia pasti diambil
Kerana kita cuma pinjaman,
Pasrah saja bila diambil,
Yang penting mati dalam iman.
6 minutes ago · Like

Ina Zwan MERENDAH DIRI DIHADAPAN MANUSIA
TIDAK BERMAKNA JIKA HATI TIADA ALLAH SEBAGAI CINTA
MERENDAH DIRI KEPADA RAJA MANUSIA
TIDAK BERMAKNA JIKA RAJA ITU SENDIRI YANG MENDERHAKA
6 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara Merendah diri kerana Allah
Itu sifat yang terpuji
Yang penting jangan derhaka kepada Allah
Akan balasan tempatnya di neraka
4 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara Sampai sini pantun terhenti
Salah dan silap harap maafi
Patik ingin mengundur diri
Insya-Allah di lain kali berpantunlagi
3 minutes ago · Like

Ina Zwan Bukan layak saya meminta
Sama ada Syurga atau neraka
Bukan layak saya dipuja sebagai raja
Kerana manusia itu sama walaupun berbeza
2 minutes ago · Like

Ina Zwan Maaf bicara penutup kata
Mungkin ada silap bicara
Sebagai manusia saya juga biasa
Hanya saling hormat itu yang dipinta
a few seconds ago · Like

(PETIKAN DARIPADA WALL TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ)
23 Oktober 2012
Like ·  ·  · Yesterday at 1:42pm

0 comments:

Post a Comment

 
;