Bengkel Penulisan & Penerbitan ITBM-PENA-DBP 2012: Penampilan SN Dr Anwar Ridhuan menyuntik semangat kreativiti kepada peserta kursus untuk menceburi bidang pernovelan...beliau berkongsi pelbagai pengalaman dan proses penciptaan novel, di s
amping
menjawab beberapa soalan yang diajukan. Meskipun, beliau mengakui
'kurang sihat' (kerap dudu) tetapi, menggagahkan dirinya berdiri juga
demi menyempurnakan hasrat para peserta mahu berkongsi ilmu...syabas,
semoga beliau pulih seperti sediakala!
Nota: Sempat menemui beliau di luar bilik seminar; mengingatkan beliau mengenai novel Ogonshoto ditukar bentuk menjadi karya sajak. Kemudian berbincang seketika mengenai proses menulis novel dari sudut teknik tertentu...beliau bersetuju dan mengakui 'boleh dilakukan'...jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau!
Nota: Sempat menemui beliau di luar bilik seminar; mengingatkan beliau mengenai novel Ogonshoto ditukar bentuk menjadi karya sajak. Kemudian berbincang seketika mengenai proses menulis novel dari sudut teknik tertentu...beliau bersetuju dan mengakui 'boleh dilakukan'...jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau!
- You and 11 others like this.
- Ida Md Amin Alangkah bertuah dan beruntungnya peserta yang hadir ke majlis ilmu ini.
Sungguh saya cemburu :)) - Ramlee Wahab Tidak mengapa Ida Md Amin, tahun hadapan ada lagi..hehee! Novel terbaru Dr.Anwar Ridhuan - Penyeberang Sempadan...!
- Ratu Rimba Niagara Kenangan ketika menjadi guruku lebih kurang 30 tahun dahulu...
Kini muncul wajahnya hamba teringat gimana penyampaiannya
Yang penuh bahasa santun membuat hamba teringat
Setiap yang disampaikan seperti berada di tepian pantai
Ditiup angin sepoi-sepoi bahasa ...aduhai indahnya! - October 9 at 2:10am · Like
Bengkel Penulisan & Penerbitan ITBM-PENA-DBP 2012: Acara penutup dirasmikan oleh Prof.Dr.Hj Awang Sariyan (Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka) yang sudi hadir memberikan ucapan penutup yang mungkin ringkas tetapi penuh bermakna, petikanrambang..."Kita tidak hendak mahu melihat bahasa Melayu, apabila sampai Wawasan 2020 di mana hasrat tidak tercapai, menjadi kosong dan segala apa yang diimpikan dan diharapkan semuanya hancur binasa..."
Tuan Pejuang Bahasa....
~Teruja oleh bicara
~Terkesima oleh bahasa
~Tersentuh oleh sungguh
~Tertunduk oleh muluk
~Terkesan oleh cabaran
~Terpahat oleh amanat
~Terisi oleh misi
~Terbukti oleh visi.
Nota: Sudah sedemikian lama kita tidak bertemu berbicara akar ilmu dan bertamu bertukar rindu...kini, semangat kembali terpacu...masih tersisa harum sastera dan mekar bahasa serta ranumnya buah kata...tersedar oleh tugas & tanggungjawab besar dituntut agar bersama mengangkat kembali martabat & daulat bahasa Melayu ke persada nusantara dan dunia...ayuhlah kita berpimpin menghadapi segala cabaran dengan kesungguhan menemukan kejayaan di mercu garisan 'wawasan'...insya-Allah!- You and 29 others like this.
- Ramlee Wahab Tidak mengapa cikguMM, sentiasa ada lain masa yang menuntut kita sentiasa peka...redha menyumbang tenaga demi kelangsungan sastera dan bahasa tercinta...!
- Mba San Salam, Lama kita tidak bertemu (sejak sdra keluar esastera dulu). Semasa di Bengkel ITBM-PENA-DBP saya tak perasan yg bertanya soalan itu adalah Tuan ....
- Ramlee Wahab Itu perkara biasa Mba San, krn saya hanya warga sastera kecil & terpencil...tetapi, berkarya janggal terkucil
- Mariah Mahri Walau terkucil tetapi rela tampil memartabatkan bahasa dan sastera tanpa musykill....sambung kil..kil lagi
- Ratu Rimba Niagara Hai DJ Ramz napa serius sangat? Tengok pujangga sebelah tu..senyum ketabahan seorang pejuang bangsa SeNusantara....hehehe
- Ramlee Wahab Didoakan semoga kesihatan Prof.Dr Awang Sariyan sentiasa baik dan dilindungi oleh Allahswt...agar terus menerajui DBP kearah kecemerlangan dalam bidang bahasa & sastera...insya-Allah!
- Ramlee Wahab Kerana kesibukan...kami dijarakkan oleh beban tugasan yang berentetan dan halangan oleh jarak Johor-Kuala Lumpur memerlukan semangat dan usaha gigih yang luarbiasa...!
Bengkel Penulisan & Penerbitan ITBM-PENA-DBP 2012: Kertas kerja -Bersuara Melalui Puisi, Biar Puisi Bersuara oleh Dr Lim Swee Tin-SEA Write Award. Merupakan penceramah 'terbaik' pada anggapan saya dengan alasan berikut:
1. Penyediaan alatbantu yang melebihi cukup dengan tertuangnya segala sejarah & pengalaman yang diadun sedemikian mencecah rasa oleh perisanya.
2. Lontaran suara berimpak dinamika memungkinkan tertaut rasa sehingga larutnya malam tiada terasa.
3. Hidangan pengalaman sebegitu pantas & sentiasa panas, menimbul rasa cemas tanpa rimas, juga berawas merendam tawas agar reguk beroleh puas...syabas!
Saudara Pejuang Bahasa....
~Terpaut oleh raut
~Terpesona oleh gaya
~Teruja oleh bicara
~Terkesima oleh gema
~Terpaku oleh perilaku
~Terfikir oleh pamir
~Terbuai oleh santai
~Terisi oleh insani
~Terpatri oleh puisi.
Nota: Persoalan puisi & sajak itu di mana batas sempadannya terjawab sudah. Prihatin dalam soal sastera tradisi amat dihargai. Berkongsi rasa nan sama dalam getar pantun, gurindam, syair & seloka. Kita sehaluan menggendong citra baru, jelas sejalan menggendong ceritera lama, sambil berlapang dada dan minda terbuka arah tuju karya anak bangsa...masih begitu atau mahu maju...? Bisa lahirkah penyair dinamis antara syair pesimis...? Dan aku pun pernah 'MENYUSUR MUSIM' mengerti & mengenali puisi-puisi 'Permainan' - 'Sketsa' - 'Nyanyian'...dan aku terus tabah menyongsong lorong cantasan mu walaupun luka kaki ku oleh sisa-sisa duri semalu...! Pertemuan itu kekal dan tekal, bakal menjadi bekal tergarap karya penuh cekal....!- You and 13 others like this.
- Ratu Rimba Niagara SANG PUJANGGA SANJUNGAN
Duhai pujangga sanjungan...
Kalian berbahasa puitis
Buatkan aku membaca
Penuh teruja
Menghayati bait demi bait
Aku hanyut dalam dunia
Puisimu berbahasa puitis
Kau mengajak aku ke duniamu
Merasai apa yang ada di minda
Menyelami apa yang ada di kalbumu
Kau perlihatkan dengan jelas
Hanya dengan menggunakan bahasa puitismu itu
Aku terbius
Tanpa sedar
Aku menjadi si pemujamu
Aku menjadi si peminatmu
Dan kau adalah idolaku
Yang kuminat
Yang kusuka
Karyamu benar-benar hidup
Menghidupkan jiwa puisiku
Yang telah lama mati
Dan aku kembali bangun dengan semangat baru
Untuk memegang pena
Biarpun jemariku luka berdarah
Pedihnya dan sakitnya tak terkata
Dan kupertahankan segala yang sakit
Hingga penaku berlumurah darah
Darah pekat merah menitis di kanvas
Selembar kertas putih
Dan air mata tertetes
Mengembangkan tulisanku
Bertintakan darah dan air mata
Kerana roh semangat pujanggamu
Telah membuatkan aku
Menahan segala kesakitan
Dan akhirnya aku berjaya menulis
Bertintakan darah dan air mata
Terima kasih sang pujangga idolaku
Keranamu telah meniupkan
Roh pujanggaku
Untuk terus menulis dan menulis
Roh pujanggamu telah masuk ke
Roh pujanggaku
Semua-Nya dengan izin-Nya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
8 Okober 2012
(PUISI INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK DR LIM SWEE TIN &
& RAMLEE WAHAB @ NOKHODA @ DJ RAMZ) - Haji Ahmad Talalo Wah hibat...Kehibatan mu bagaikan pujanga lama ..yg udah trbiasa beraksi di pentas.
- Ramlee Wahab Beliau cukup prihatin dan rajin membantu sesiapa utk berkarya...sikap beliau sudah teruji dan wajar dipuji...!Undangan ke Malam Hadiah Sastera 2011-Kumpulan Utusan ExxonMobil: bergambar bersama Ahmad Fedtri Yahaya (TV3) menjadi pengacara malam tersebut juga baru memenangi hadiah penulis lirik terbaik lagu etnik tradisional 2011, setelah menikmati beberapa 'course' hidangan yang enak dan menelusuri aktiviti anugerah hadiah kepada para pemenang...syabas kepada pn Rahimah Muda-JB...dan jutaan terima kasih kepada AJK PENA-ITBM-DBP...!
- You, Habib MA Assaggaf and 25 others like this.
- Rahimah Muda Jb he he... akan bekerja dalam satu team dengan ahmad fedtri tidak lama lagi...dalam album noraniza idris
- Ratu Rimba Niagara Tahniah kepada pujangga-pujangga yang mantap bahasa sajakmu!
Hamba salut 3 kali ....Bengkel Penulisan & Penerbitan ITBM-PENA-DBP 2012: Perjalanan kursus sentiasa lurus dan khusus...penginapan cukup selesa, makanan amat menyelera...aura peserta & penceramah memancara aura gembira...cuma bilik kursus mirip seminar, tapi bukan masalah besar...yang penting peka dan bijak pendengar...dengan itu, marilah kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Presiden Pena, Dr Mat Saleeh Rahamad yang sentiasa 'tenang & sabar' dan paling ketara tiap kali membuka pintu mengingatkan 'sudah sampainya waktu'...!- You and 4 others like this.
- Ratu Rimba Niagara PANTUN KURSUS PENULISAN
ANJURAN ITBM-PENA-DBP
Senyuman seorang Presiden Pena,
Memberi ketenangan kepada peserta;
Agar peserta membara semangat berpena,
Itulah yang diharapkan kepada peserta.
Para pencemah jemputan hebat sekali,
Menyampaikan ilmu kesusasteraan melayu;
Peserta menimba ilmu banyak sekali,
Bagi memartabatkan sastera melayu.
Sesama rakan terjalin persahabatan,
Berbagi ilmu saling berkenalan;
Jasamu guru sentiasa dalam ingatan,
Dituntut ilmu sebanyak mungkin.
Begitu cepat masa berlalu,
Masa berkursus penuh fokus;
Tidak menjadi sia menuntut ilmu,
Yang tinggal kenangnan manis.
Terima kasih kepada pihak penganjur,
Memberi peluang kepada peserta,
Menuntut ilmu kesusasteraan melayu,
Moga apa yang dikehendaki penganjur,
Akan dikotakan oleh semua peserta,
Menghasilkan karya kebanggaan melayu.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
8 Oktober 2012 - Ramlee Wahab Moga sdr Mat Saleeh Rahamad akan terus menjadi presiden yg prihatin & berwibawa utk menerajui Pena kearah kecemerlangan demi memperkasa bahasa dan memartabatkan sastera Melayu...sokongan padu kpd beliau dan semua AJK Pena yg menjayakan bengkel tersebut...!October 9 at 2:19am · Like
Bengkel Penulisan & Penerbitan ITBM-PENA-DBP 2012: Kehadiran SN Prof Dr Muhammad Hj Salleh di penghujung acara, meski beliau kelihatan uzur oleh tua, letih dibuai keretapi dari utara...tetapi semangat sasteranya masih membara dan bahasanyamasih bernyala...beliau satu-satunya sasterawan tanahair paling berkebolehan mengantarabangsakan dirinya, bahasa & sasteranya melangkaui sempadan bahasa dan bangsa sedunia...beliau berpesan, petikan rambang: "Cuba untuk bersastera merentasi sempadan negara ke peringkat dunia...perlu ada kekuatan dan kesungguhan yang tidak lain adalah kekuatan berkarya dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris...sebagai nilai tambah dan anjakan kepada nilai sastera Melayu di peringkat antarabangsa..."
Bapa Sasterawan Antarabangsa...
~Perawakan mu uzur, namun bahasa tidak luntur
~Perbicaraan mu subur, namun fakta tetap teratur
~Perbualan mu kecindan, namun mesra oleh tawaan
~Pengalaman mu lautan, namun rahasia tiada terselamkan.
Nota: Perkongsian 'powerpoint' yang beliau anggap 'point' tidak 'power' itu menghidangkan hadirin dengan tanggapan beliau sebagai 'penyair tua membentang pengalaman' dalam kertas kerja berjudul 'Di Bendul Dunia Penulisan' amatlah berharga dan mengesankan...beliau terdidik oleh dunia sastera Inggeris, tetapi tetapi tidak melupakan akar bahasa, sastera dan budaya bangsanya...tidak melupakan bahawa beliau perlu berbangga mengelilingi dunia mendagang-jaja sastera dan bahasa tanpa rasa malu, curiga mahupun berprasangka...penulis muda kini dituntut berkarya melangkaui sempadan bahasa dan bangsa Malaysia...! Bapak Muhammad Haji Salleh...dikau bagaikan 'intan terpilih...! 'Pengalaman Puisi-Edisi Kedua' tetap hangat memacu semangat..!- You and 36 others like this.
- Md Rahim Ab Majid Prof. tu tok guru saya dan penyelia tesis semasa ijazah pertama. Terima kasih atas perkongsian berita dan menghargai tok guru saya...
- Ratu Rimba Niagara DI PENGHUJUNG USIA SEORANG PUJANGGA
dalam tidak keupayaan
dalam keuzuran ketara
seorang pujangga
masih tegap berdiri
mencurahkan ilmu
kepujanggaan
dalam nada terketar-ketar
lemah tanpa daya
dicoba sehabis daya
menutup penglihatan hadirin
agar tidak terkesan
dia dalam kegeringan
bila datang roh kepujanggaannya
di kalbu
dia bersuara lantang
melontarkan puisi-puisinya
ke hadirin penuh membara
hadirin mendengar
penuh keterujaan
terpesona
terkesima
tanpa disedari
para hadirin
bangun
memberi tepukan
paling gemuruh
pada pujangga
hebat
bilamana dia mengaungkan
sajak-sajak
betapa dia mahu hidup
seribu tahun lagi
demi cintanya
pada dunia pujangga
tak akan pernah padam
biarpun jasadnya
sudah terbungkus dengan
kain kafan ...
belum sempat si pujangga
menghabiskan kalimah
aku cinta padamu
dunia sastraku sasteramu
si pujangga rebah
terhenti nafas kepujangganya di situ...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
8 Oktober 2012 - Puteramuda Mahameru Sekian lama tidak bersua. Engkau rupanya serupa aku. Semakin lemah dimamah usia. Namun sajak sajak sejarah Melayu mu. Tetap kubawa kemana mana. Ceritera ketiga pulu empat masih ku laung baca. Membawa sayu pilu menyulam rasa hiba. Dalam tenaga yang sudah tiada. Kita rupanya masih jua bersama. Terikat bebat oleh pautan kasih. Diatas landasan sehala sama diimpikan. Tidak mungkin akan terpisahkan. Terima kasih jua ku ucapkan. Pada maya yang berjaya. Mengembalikan segar ingatan.
- This comment has been hidden as spam. You can Undo this action, Report it as abusive, or Block Mohd Hafiz Andrew. You may also give Mohd Hafiz Andrew feedback.
- Ramlee Wahab Sedang membaca buku panduan Menulis Sajak oleh pak M.Salleh yg dibeli tempoh hari..amat bermaklumat krn menilai & menghurai sajak dpd sudut lain...hebat!Bengkel Penulisan & Penerbitan ITBM-PENA-DBP 2012: Penulis cerpen prolifik & tersohor tanahair dengan menampilkan jalan cerita yang unik dan pelik...kerap mengundang konflik dengan penggunaan bahasa-bahasa sastera Melayu kuno contohnya 'KeRuang Katarsis' (itulah identiti beliau-mahukan kelainan) tidak lain hanyalah sdr Zaen Kasturi. Beliau hadir bersama kertas kerja berjudul 'Selintas Penulisan Cerpen'...dan petikan awal di kepala kertas berikut amat menonjol dan memerlukan pemikiran mendalam:
'You write your first draft with your heart.
You rewrite it with your head.
The first key to writing is to write, not to think.
But expressing whatever you feel.'
Zaen Kasturi berkali-kali mengingatkan agar menulis melalui kepekaan kepada perasaan iaitu 'Rasa'...kerana fenomena rasa ini amat perlu dan memainkan peranan penting dalam penulisan yang terkandung; realiti, asumsi dan falasi...tetapi, beliau akui bahawa falasilah (pembohongan) yang sedemikian amat berpengaruh dan efektif dalam proses penyempurnaan cerpen untuk dinikmati oleh para pembaca...apapun yang ditulis, penulis akan kembali kepada 'kemanusiaan' dan 'ketuhanan'...jika ini tidak berlaku, maka penyimpangan tersebut boleh dianggap sebagai 'absurd'...Zaen Kasturi tampil sedemikian bersahaja dan kelihatan 'monotenous'...tetapi, ternyata kertas kerja beliau banyak membantu terutamanya kepada penulis-penulis baru...!- You and 4 others like this.
- Ramlee Wahab Zaen Kasturi, pakaiannya biasa, gaya ucapannya bersantai...tidak sedemikian ketara protokolnya...tetapi, memiliki daya kreatif yg luar biasa...syabas!
- Ratu Rimba Niagara berkarya jangan kejar populariti
tapi mereka kata namaku tiada
dalam senarai nama penulis di malaysia
mahupun di Indonesia
mereka kata aku berlagak...
berlagak apanya namaku pun
mereka kata tak ada dalam senarai
dan kerana aku menulis bukan kerana populariti
kugunakan nama samaran
agar mereka tak terkesan di mana aku berada
biarlah aku berada di kalangan orang
yang benar -benar ikhas
terima karyaku
dan sudi menghargai karyaku
di lubuk hatinya
bukan untuk menjadi sanjungan
semua orang...
dan kucermin diri
karyaku
hanyalah karya picisan
tak sehebat mereka
makanya aku lebih suka
menyendiri di rimba ini
berkarya seorang-seorang
dan karyaku hanya
dibaca oleh penghuni rimba
itu lebih memberikan kedamaian hatiku - Ratu Rimba Niagara NAMA ANDA TIADA DALAM DATA BASE DI KEDUA NEGARA
Rd Shimah Ratu rimba negara...nama anda tiada dlm data base di kedua negara...and remember the sky is no limits...tq
2 hours ago via mobile · Like
Ratu Rimba Niagara
Perlukah ada nama untuk seseorang itu mengarang?
Perumpamaan ini seperti , perlukah seseorang itu ada nama atau pangkat jika ingin masuk Syurga Allah SWT?
Aku mengarang kerana minat dan dan duniaku adalah sastra.
Salah ke aku jika orang yang membaca karya ku itu menghargai
serta menghayati apa yang ingin kusampaikan kepada semua pembaca alam maya tanpa mengenal di benua mana mereka berada.
Ilmu Allah itu luas dan DIA berhak memberi pada sesiapa yang Diinginkan.
Setiap apa yang kukaryakan yang terlintas di mindaku ini tiada niat untuk mencipta nama atau mendapat pengiktirafan daripada mana-mana pihak.
Hanya Allah SWT sahaja yang berhak menempatkan di mana aku berada. Jika Allah inginkan sesesuatu perkara itu terjadi...siapalah kita sebagai hamba Allah untuk menghalang-Nya.
Aku redho setiap Ketentuan dari-Nya kerana perjalanan dan destinasi yang kutuju ini telah tercatat sejak Azali.
Sesungguhnya setiap yang baik itu datang-Nya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri sebagai manusia yang tidak pernah sempurna.
about an hour ago · Like
(PETIKAN DARIPADA GRUP PENYATUAN KERABAT DIRAJA DAN KELUARGA BESAR JAMBI & GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA)
7 Oktober 2012
WARKAH ISTIMEWA UNTUK YANG MULYA ADMIN GROUP
BismillahirRohmanirRohim
Asssalamualaikum wr wb
Kepada Yang Mulya Admin group
Majlis Pangkuan diRaja Kesultanan Melayu Islam Nusantara...
Izinkan hamba bertanya dan memberi beberapa cadangan bagi menaik
tarafkan Kualiti Group Yang Mulia ini kerana hamba percaya 100%semua ahli group terdiri daripada kerabat diRaja, bangsawan , pahlawan,
cendiakawan,pemikir ...hamba cumalah seorang hamba dari rimba yang tiada mempunyai apa-apa darjat mahu pun harta...tinggal menumpang di rimba niagara atas ehsan penghuni rimba yang menyelamatkan hamba dari mala petaka
yang amat dahsyat daripada dunia manusia.
Di rimba niagara inilah tempat yang hamba dambakan daripada segala kemelut
masalah manusia yang tak habis-habis masalahnya.
Di rimba niagara ini hidup kami saling:
1. Hormat menghormati
2. Menyanjungi
3. Saling berbagi ilmu
4. Berkasih sayang
5. Bergotong royong
6. Saling membantu
7. Saing menghargai bakat kurniaan dari Ilahi
8. Jika ada masalah bermuzakarah
9. Mengambil keputusan hasil dari muzakarah
10. Sentiasa berkomunikasi dengan bahasa santun (tidak menyakitkan hati)
Di rimba niagara ini tidak akan ada:
1. Fitnah menfitnah
2. Berbangga diri dengan darjat
3. Dendam mendendami
4. Cemburu
5. Tiada bahasa kasar yang boleh mengundang kemarahan
6. Tiada wujud perselisihan
7. Tiada mementingkan diri sendiri
8. Berkata ikut suka
9. Hina menghina sesama sendiri
10. Sindir menyindir (kerana rasa diri sempurna)
Hamba bersyukur dapat hidup di Rimba Niagara ini hidup
aman damai tenang dan berkasih sayang pada seluruh penghuni rimba
inilah kehidupan yang hamba dambakan sejak dulu lagi
di rimba ini daunan kasih pengikat kasih yang diutamakan dan amat penting sekali dalam menjalani kehidupan harian tidak seperti di luar sana biru,hijau merah unggu
menjadi buruan, pangkat, darjat, harta kekayaan yang dimatlamatkan sampai mati.
Setiap penghuni rimba semua berebut-rebut ingin berbakti demi keharmonian
dan kesejahteraan seluruh penghuni Rimba Niagara makanya hamba dilantik
menjadi Ratu Rimba Niagara Untuk Memerintah Rimba Niagara.
sudah banyak kali hamba menolak tawaran untuk menjadi ratu ...memadai hamba
berbakti dengan karya-karya hamba pada penghuni rimba itu sudah memadai..
tapi mereka hendak juga...itupun mengikut amanat perwira hamba yang mati lemas ketika mencarikan mahkota di dasar laut ombak rindu di negeri antah berantah.
Si Kunta Si Kunte adalah perwira hamba yang sudah mati. Merekalah selama ini menjadi pendorong menyubur semangat hamba untuk berkarya...mereka jugalah yang melarang hamba untuk menghantar karya di mana-mana grup jika semata untuk disakiti hati katanya,'Tuan Putri Alam Nilam Purnama yang disayangi sepenuh jiwa janganlah sedih jika mereka tak like tak baca karya Tuan Putri...kami di sini sentiasa suka dan teramat teruja membaca karya tuan putri lagi kami baca lagi kami rindu...rindu akan kebaikan....rindu untuk bertemu dengan Tuhan yang mencipta Tuan Putri dan mencipta hamba juga...biarpun hamba sekalian penghuni rimba cumalah haiwan tapi hamba sekalian tetap bersyukur dihidupkan di bumi ini untuk menyempurnakan kehidupan manusia saling lengkap melengkapi. Jiwa kami ini hanya Tuan Putri saja yang faham sebab itu Tuhan izinkan Tuan Putri dihadirkan ke kami sesungguhnya kami bersyukur sebanyak-banyak-Nya atas kurniaan ini. Terima kasih tuan putri kerana sudi hidup susah payah bersama kami di rimba niagara ini."
Jika tuan putri dimasukkan nama ke mana-mana grup tuan putri tanyalah soalan-soalan ini jika mereka menjawab dengan jelas barulah tuan putri terus kekal menyiarkan karya. Jikalah karya tuan putri tidak dibaca tidak di like tak mengapa tuan putri malaikat dan Allah sentiasa bersama Tuan Putri membaca menyemak menghayati meng like karya Tuan Putri selagi karya tuan putri tidak menyimpang dari kehendak Tuhan. Tapi jikalah setiap karya tuan putri sudahlah tidak di like dikeji dihina seolah Tuan Putri ini seperti robot tidak punya hati dan perasaan tapi robot pun cerdik boleh mengatakan pada tuan putri berehatlah tuan putri dari mengarang kerana tuan putri bukan robot. Macam mana itu ye jika robot mengatakan tuan putri bukan robot? sedangkan dia robot. Pening juga mahu dijawab soalan itu...begitulah canggihnya pemikiran robot sekarang .
Tuan putri ingat pesan hamba jangan sesekali tuan putri bazirkan air mata jika mana-mana ahli grup menghina mengeji mengutuk karya tuan putri ....jangan jawab kata-kata mereka itu...tuan putri keluar saja dari grup tersebut tanpa mengucapkan selamat tinggal. Tak guna tuan putri berbalas-balas jawapan kepada manusia seperti itu kerana mereka rasa hidup mereka sempurna dengan kebijaksaan lebih daripada orang lain sebab itu mereka jadi begitu.
Oh ya...lupa hamba suruh tuan putri tanya kepada admin grup pabila tuan putri dimasukkan nama:
1. Siapakah admin grup
2. Berapa admin yang ada
3. Berapa orang ahli jawatankuasa yang ada di grup
4. Apakah misi dan visi grup ditubuhkan
5. Adakah admin selalu memantau setiap yang dipostkan
ahli di wall grup
6. Adakah admin mengadakan syarat-syarat menjadi ahli?
contohnya:
a. ahli mesti mengunakan gambar sebenar
yang terang dan jelas ini bagi mengelakkan
ahli ahli sewenangnya berkata ikut suka hati
b. dilarang menggunakan bahasa kesat hina
menghina kutuk mengutuk kerana ini akan
menimbulkan pergaduhan. Jika berlaku juga
setelah diberi amaran ahli tersebut
hilang kelayakan menjadi ahli
c. admin berhak menanyakan nama sebenar
jika ahli menggunakan nama pena
7. jika mana-mana ahli tidak memberikan apa-apa sumbangan
idea tidak memberi impak kepada grup selama 14 hari berturut-turut dengan sendirinya kehilangan kelayakkan menjadi ahli...kerana tujuan ditubuhkan grup ini hanyalah untuk saling berkerjasama kepada admin untuk menjayakan misi dan visi admin kenapa ditubuhkan grup semuanya ke arah menjayakan bukan memusnahkan. Biarlah ahli sikit asalkan aktif semuanya.Kita mahukan kualiti bukan kuantiti.
8. Setiap post ahli yang memberi impak kepada menjayakan misi dan visi grup hendakah disimpan sebagai rujukan grup lebih senang di dokumen kan agar terpelihara...mana-mana post tidak selari dengan kehendak admin grup hendaklah dilupuskan.
9. Semua post ahli boleh diberi komen yang membina bukan
membidas hingga yang hendak meng post tiada keyakinan lagi
untuk post yang lainnya sedangkan idea mereka itu mustahak untuk
disampaikan...manalah tahu jika mati tidaklah idea yang bernas dibawa mati sama tanpa diketahui apa yang hendak disampaikan...jangan menyekat idea yang ingin dilontarkan...mungkin idea yang ingin dilontarkan
itu memberi manfaat kepada generasi akan datang sebagai warisan bangsa SeNusantara
10. Perbezaan pendapat itu biasa ...tapi berdebatlah dengan cara berhikmah dan bijaksana agar tiada hati-hati disakiti kerana kita semua bukan robot yang tak punya hati dan perasaan. Kita tetap manusia yang lemah ada kalanya rasa tercabar dan hilang kewarasan apabila dihina dan dikutuk tanpa pembelaan diri. Makanya sentiasa hati-hatilah dalam berkata-kata. Lekaslah minta maaf jika ada mana-mana ahli yang terasa hati atas kata-kata yang kita lontarkan itu.
Sekian sahaja yang hamba dapat lontarkan idea pada hari ini kepada semua ahli grup yang mulia ini dan kepada admin grup sudilah menjawab soalan-soalan yang dikemukan hamba jika tidak keberatan.
Akhirkata hamba menyusun sepuluh jari memohon maaf jika sekiranya ada kata-kata hamba yang mengguris hati para ahli di grup yang mulia ini.
"SETIAP YANG BAIK ITU DATANG DARI-NYA
YANG LEMAH ITU ADALAH DARI HAMBA SENDIRI"
Sekian . Wassalam.
Sembah patik harap diampun...
Ampun Tuanku
Daulat Tuanku!
Daripada hamba;
Putri Alam Nilam Purnama
Ratu Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara
Malaysia/Indonesia
4 Oktober 2012Like ·- Ramlee Wahab likes this.
- Ramlee Wahab Eloklah tu...kalau buka kelab; Admin tahu mentadbir dan ahli-ahli juga patuh kpd segala peraturan...sekiranya engkar, amaran pertama, kedua dan ketiga mungkin dikenakan...jika masih kekal engkar...sila tinggalkan kelab sebelum tindakan memotong nama dilakukan oleh Admin...mudah dan tidak susah!
- Ratu Rimba Niagara Tahu tak apa...untuk mencapai matlamat perjuangan kena tegas...
Jika Admin tak tegas akan mengagalkan misi dan visi admin menubuhkan grup tersebut
Sekadar santai-santai saja baik lupakan segala apa yang ingin diperjuangkan...
Gimana pandanganmu Dj Ramz sahabat seperjuangan yang kusanjungi?
Apapun hamba doakan moga tuan hamba berjaya mencapai segala yang ingin
Dicapai dalam menjadi seorang DJ atau pun penulis atau pun pejuang sastera SeNusantara
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin - Ratu Rimba Niagara duhai dj ramz kalau biasa-biasa je tak akan jadi dj sastera sukarela bukan paksa rela...
itulah yang luar biasanya dari yang biasa....hehehehe
0 comments:
Post a Comment