Thursday 25 October 2012

ITULAH LEGENDA REALITI ALAM BUNIAN


    • air tenang tanda nak pasang
      sudah pasang menunggu surut
      berkasih sayang bukannya senang
      bagai kiambang ditengah laut
      air tenang tanda nak pasang
sudah pasang menunggu surut
berkasih sayang bukannya senang
bagai kiambang ditengah laut
      Like ·  ·  · 23 hours ago
      • 4 people like this.
      • Ratu Rimba Niagara berkasih bukannya senang,
        siapakah gerangan kekasihmu itu;
        biarkan kusampaikan agar kau tenang,
        jiwa geloramu yang berkeceramuk itu.
      • Temul Amsal .
        buah pauh dimakan beruk
        hanya kulit campak ke sini
        kekasihku jauh tinggal di facebook
        pulsa internet tidak terbeli..........hahaha
      • Sri Mawar .
        terbang tinggi si burun balan
        terbang ke mari berkawan-kawan
        kasihan pungguk rindukan bulan
        tigginya bulan di balik awan.
      • Temul Amsal .
        petang ini hari kan hujan
        tutup pintu rapatkan tingkap
        hasrat hati menemui bulan
        sayang daku tiada bersayap
      • Ratu Rimba Niagara daripada bising baik senyap
        ditelan pahit dibuang sayang
        pejamkan matamu kukirimkan sayap
        terbanglah dikau ke si dia tersayang
        (heheheh)
      • Temul Amsal .
        saat purnama awan menggelap
        terang cahaya hilang di bumi
        ku pejamkan mata kau kirim sayap
        bagaikan legenda didalam mimpi.......hehehe
      • Ratu Rimba Niagara Putera mahkota di merak kayangan
        Berpakaian diRaja serba kekuningan
        Menjemput kencana dewi di pelaminan
        Itulah legenda realiti alam bunian
        (hehehehe)
      • Temul Amsal .
        hanya legenda menjelang tidur
        hiasan mimpi tinggal khayalan
        maafkan hamba ingin berundur
        kerana leptopni leptop pinjaman....hahaha
        22 hours ago · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara sampai di sini cerita terhenti
        kisah si puteri alam bunian
        ada kesempatan disambung lagi
        menjadi realiti legenda puteri bunian.
        (hehehehe)
      • (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA)
        25 Oktober 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;