Monday 22 October 2012

PUISI GURINDAM SYAIR PANTUN SENUSANTARA UNTUK SULTAN BRUNEI DARUSSALAM


H,H Haji Hassanal Bolkiah updated his cover photo.

1Unlike ·  · 
  • You and 112 others like this.
  • Ratu Rimba Niagara Daulat Tuanku! Ampun Tuanku,
    Izinkan patik menyiarkan puisi;
    Ingin berbakti pada negara Tuanku,
    Gurindam syair pantun puisi.
  • Thaer Makhamreh ما شاء الله==See Translation
  • Ratu Rimba Niagara Pantun diRaja Brunei patik karangkan,
    Menulis itu kegemaran patik;
    Institusi diRaja mahu dimartabatkan,
    Moga Tuanku sudi menyokong patik.
  • Ratu Rimba Niagara Keadilan Tuanku memerintah Brunei patik kagumi,
    Bertuah sungguh rakyat Brunei;
    Punyai Raja berjiwa rakyat dikasihi,
    Moga Raja dan rakyat Brunei DiRahmati.
  • Ratu Rimba Niagara Brunei negara yang aman damai,
    Rakyat hidup dikasihi Raja;
    Bertuah semuanya rakyat Brunei,
    Bersyukur sebanyak-Nya kebaikan Raja.
  • Ratu Rimba Niagara Dari dulu hingga kini Brunei sejahtera,
    Brunei dijadikan negara idola;
    Negara jiran disambut mesra,
    Persahabatan bernegara sentiasa dijaga.
  • Ratu Rimba Niagara Setiap tetamu adalah permata,
    Dihargai kerabat diRaja sepanjang masa;
    Yang ada di hati ikhlas semata, 
    Menyambungkan ukhuwah setiap masa.
  • Ratu Rimba Niagara Kerabat diRaja Brunei dahulukan rakyat,
    Segala masalah rakyat diutamakan;
    Kerabat diRaja berkorban demi rakyat,
    Pentingkan rakyat dan negara demi keamanan.
  • Ratu Rimba Niagara Kecemerlangan rakyat menjadi agenda,
    Rakyat cemerlang negara terbilang;
    Brunei maju sukacitanya Kerabat diRaja,
    Punyai rakyat sentiasa gemilang.
  • Ratu Rimba Niagara Pendidikan rakyat dititikberatkan,
    Diberi galakan sampai ke mercu;
    Kejayaan rakyat tanda balasan,
    Meraih kejayaan tanpa jemu.
  • Ratu Rimba Niagara Rakyat berpendidikan itu dikehendaki,
    Saling sayang menyayangi;
    Warga tua dihormati
    Generasi muda disayangi.
  • Ratu Rimba Niagara Raja dan rakyat bersatu hati,
    Senada seirama sehati sejiwa;
    Kerabat diRaja disayangi dihormati,
    Disayangi kerana-Nya sepenuh jiwa.
  • Ratu Rimba Niagara Raja dan rakyat sentiasa sehati,
    Di mana berada rakyat tetap di hati;
    Raja didaulatkan kerana Kurniaan Ilahi,
    Moga raja dan rakyat Allah berkati.
  • Ratu Rimba Niagara Segala takdir telah tercatat sejak Azali,
    Darjat kerabat diRaja Allah yang beri;
    Makanya hargailah tanda syukuri,
    Menjalankan tanggunggungjawab yang Diberi.
  • Ratu Rimba Niagara Berdarah diRaja tanda syukuri,
    Namun jiwa tetap seorang hamba;
    Hamba Allah yang ingin kembali,
    Pada-Nya jua sandaran seorang hamba.
  • Ratu Rimba Niagara Bukan darjat diRaja menjadi kebanggaan,
    Itu bukan ukuran darjat seorang hamba;
    Ketakwaan juga yang menjadi ukuran,
    Moga Allah menaikkan darjat seorang hamba.
  • Ratu Rimba Niagara Ketakwaan menjadi dambaan seseorang hamba,
    Nur hidayah kasih dari Ilahi itu diharapkan;
    Moga sudi bertandang di jiwa seorang hamba,
    Itulah yang didambakan pada-Mu Tuhan.
  • Ratu Rimba Niagara DAULAT TUANKU!

    SUKSES Menciptakan Karya Lagu 'PON XVIII RIAU 2012' kemaren..
    Tak tanggung-tanggung Tokoh Muda Riau Berpotensi seperti sobat kita Khairuddin Al-Young Riau II yang juga {Bakal Calon Gubernur Riau 2013-2018} ini juga mendendangkan lagu karya
    beliau dengan judul lagu "DAULAT TUANKU"..
    nih Liriknya 'RAJA ADIL RAJA DISEMBAAAH.. RAJA ZALIM RAJA DISANGGAAAH..dari Gurindam 12.. sambung ya sob.. he he
    enak loo... mohon disebarkan sobat Ratu Rimba Niagara demi marwah kebesaran MELAYU.

    Daulat Tuanku (original clipt & audio) - Khairuddin 'Yung' Riau.flv
    www.youtube.com
    4Unlike · · Share
    You, Khairuddin Al-Young Riau II, Prabu Sri Narayana Kusuma andFerdiansyah Ferdi like this.

    Ratu Rimba Niagara:

    Raja adil raja disembah
    Raja zalim raja disanggah
    Pada Tuhan kita menyembah
    DIA saja patut dimegah
    October 4 at 5:10pm · Like · 1

    Ferdiansyah Ferdi mhn disebarkan ya sobat.. salam kompax..sob
    October 4 at 5:16pm · Unlike · 1

    Ratu Rimba Niagara

    MOGA DIMAKBULKAN ALLAH AZZAWAJALLAH

    Sahabat seperjuaganku Ferdiansyah Ferdi...
    Kan kusebarkan melalui bayu di awan maya
    Ke 5 benua SeNunsanta merentasi seluruh dunia
    Biar bergema ke seluruh alam
    Bahawa Institusi diRaja SeNunsantara akan
    Dimartabatkan didukungi oleh semua kerabat
    diRaja SeNusantara dan seluruh rakyat SeNusantara
    Moga diaminkan oleh seluruh penghuni langit dan bumi
    Di aminkan juga para Malaikat dan dimakbulkan
    Allah Azzawajallah berkat doa-doa kesemua hamba-Nya
    Yang ikhlas.
    Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    hamba-Nya yang kerdil
    dari rimba niagara
    8 Okt 2012


    www.youtube.com
    Share your videos with friends, family, and the world
  • Ratu Rimba Niagara DAULAT TUANKU SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN...

    Patik ingin menyampaikan suara rakyat Brunei & Rakyat SeNusantara
    mengucapkan syukur pada Allah SWT 
    mengurniakan seorang Raja yang berjiwa rakyat
    mengutamakan rakyat melebihi kepentingan sendiri
    mendoakan seluruh kerabat diRaja Brunei 
    Dilimpahi Rahmat dari Ilahi
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    20 Oktober 2012
  • Ratu Rimba Niagara KEBAHAGIAAN TERSERLAH DI HATI KERABAT DIRAJA BRUNEI DAN SELURUH RAKYAT BRUNEI DARUSSALAM

    Wajah berseri-seri 
    Keluargaku Syurgaku 
    Istanaku Taman Syurgaku
    Mensyukuri nikmat Tuhanku
    Di-Kurniakan keluarga bahagia
    Saling berkasih sayang
    Saling menyanjungi menghormati

    Pada Tuhan kupanjatkan kesyukuran
    Selagi hayat dikandung badan
    Diberikanku darjat sebagai kerabat diRaja Brunei 
    Takkan kupersiakan
    Menabur bakti kepada seluruh rakyat Brunei
    Semuanya ku sayang
    Sayang sepenuh hati sayang sepenuh jiwa

    Sebagaimana kusayang keluargaku
    Begitu juga kusayang semua rakyat Bruneiku

    Dengan keberkatan hidup berkasih sayang ini
    Keluargaku bahagia 
    Rakyatku sejahtera
    Bruneiku aman damai
    Mendapat Rahmat
    Nur Hidayah Kasih Ilahi
    Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    1 Oktober 2012 
    (SAJAK INI DIIHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH ISTANA NURUL IMAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & SELURUH RAKYAT BRUNEI DARUSSALAM YANG TERCINTA)

    (PETIKAN DARIPADA WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH & WALL GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    1 Oktober 2012
  • Ratu Rimba Niagara SEORANG KANDJENG PANGERAN HARYO 

    Kandjeng Pangeran Adipati Wahyuningrat:

    Seorang Kandjeng Pangeran Haryo/ KPH menuturkan bahwa ada 3 (tiga) ciri utama para Bangsawan, yakni ; Pertama, ia akan selalu saling mendoakan, saling nasehat menasehati, dan merentangkan jalan kebajikan.. Kedua, ia akan saling memberikan hadiah, berupa cinderamata, memenuhi harapan2 saudaranya dan bersegera membantunya bila dibutuhkan. Ketiga, ia akan selalu mengikat tali persaudaran, baik dengan pernikahan, kekerabatan, dan saling mengunjungi.. Salam wa rahmah..

    INSTITUSI DIRAJA MELAYU SENUSANTARA AKAN SENTIASA HIDUP!

    Itulah jiwa seorang Kandjeng Pangeran Haryo...
    Kerana ciri itulah tuanku berdarah pangeran berjiwa rakyat dan pahlawan rakyat yang hidupnya adalah untuk rakyat ...
    kemewahannya adalah untuk rakyat dan sanggup mempertaruhkan nyawanya demi rakyat dan kemerdekaan negaranya yang tercinta!!!
    DAULAT TUANKU!
    HIDUP INSTITUSI DIRAJA!
    KAMI SENTIASA BERSAMA TUANKU!
    INSTITUSI DIRAJA MELAYU SENUSANTARA AKAN SENTIASA HIDUP
    SEJAK DULU KINI DAN SELAMANYA
    SELAGI IZIN-NYA

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    23 Sept 2012
    September 23 at 2:45pm ·
  • Ratu Rimba Niagara PERMAISURI BRUNEI SEORANG YANG BIJAKSANA DAN MENGHARGAI KAUM PEREMPUAN UNTUK DIMARTABATKAN 
    KE PERINGKAT ANTARABANGSA.
  • Ratu Rimba Niagara PERMAISURI BRUNEI ILMUAN RUPAWAN SANTUN 

    Permaisuri nan rupawan
    berbahasa santun
    buat kanda diRaja 
    menyayangi mencintai 
    seumur hidup

    menyubur semangat kepada
    kanda diRaja 
    memerintah negara
    penuh adil saksama
    mengutamakan rakyat
    daripada kepentingan sendiri

    mendiidik putra putri
    bakal pewaris diRaja
    agar menjadi Raja ...
    dikasihi rakyat
    sebagaimana ayahanda

    Pemaisuri nan rupawan
    cintamu pada kanda diRaja
    bermakna dunia akhirat
    menyemai bakti 
    pada Tuhan
    pada Rakyat
    moga berkat permaisuri
    meniupkan obor api perjuangan
    kanda diRaja untuk memajukan 
    rakyat jelata Brunei & SeNusantara...
    dibalas Allah dengan 
    ganjaran Syurga
    dan permaisuri menjadi
    bidadari Syurga 
    menyambung percintaan
    dengan kanda diRaja
    cinta terpatri hingga di Syurga
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    20 Oktboer 2012
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN ISTIADAT BERSANDING PENGANTIN DIRAJA DI BALAI SINGGAHSANA INDERA BUANA ISTANA NURUL IMAN

    Cantiknya Puteri bagaikan bidadari,
    Berpakaian pengantin berseri-seri;
    Senyuman menyambut tetamu disayangi,
    Ayahanda bonda rasa syukuri.

    Pernikahan pengantin mendapat restu,
    Mendapat restu ayahanda bonda;
    Ikatan pengantin sentiasa direstu,
    Mengundang keberkatan puteri diRaja.

    Sama cantik sama padan,
    Sama bijak sama pandai;
    Sama soleh sama beriman,
    Sama-sama mencintai Ilahi.

    Pengiran Muhammad Ruzaini putera beriman,
    Menjalani upacara pernikahan penuh debaran;
    Dinikahkan dengan Puteri Sururul cantik rupawan,
    Dengan sekali lafaz disambut dengan kesyukuran.

    Selepas dinikahkan semuanya berdoa,
    Mendoakan moga Allah memberkati;
    Ikatan pasangan pengantin diRaja,
    Bahagia abadi hingga ke Syurgawi.

    Kacaknya Pengiran Muhammad Ruzaini,
    Menjadi pilihan si puteri rupawan;
    Beriman beramal soleh itu diingini,
    Diterima lamaran penuh kesyukuran.

    Di balai Singgahsana Indera Buana Istana,
    Dijalankan istiadat berbedak pengantin diRaja,
    Semua tetamu melihat rasa terpesona,
    Adat istiadat melayu dibanggai kerabat diRaja.

    Puteri Hafizah Sururul bagaikan bidadari,
    Berbudi bahasa bersopan santun;
    Pengiran Muhammad Ruzaini jatuh hati,
    Pada Puteri Sururul bidadari kesayangan.

    Pengiran Muhammad Ruzaini beriman orangnya.
    Menjalani istiadat berbedak pengantin diRaja;
    Upacara di Balai Singgahsana Indera Buana Istana,
    Memartabatkan adat istiadat kerabat diRaja.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    ISTANA RIMBA NIAGARA
    MALAYSIA/INDONESIA
    25 September 2012
    (PANTUN DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK PUTERI HAFIZAH SURURUL & PENGIRAN MUHAMAMD RUZAINI MOGA CINTA TERPATRI HINGGA KE SYURGAWI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN)

    (PETIKAN DARIPADA WALL PRINCE ABDUL MALIK & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    4 Oktober 2012
  • Ratu Rimba Niagara UCAPAN SELAMAT PENGANTIN BARU

    Selamat Pengantin Baru 
    Buat pasangan mempelai diRaja Brunei
    Sama cantik sama padan 
    Bagaikan pinang dibelah dua
    Sehati sejiwa 
    Saling cinta mencintai
    Moga bahagia dunia akhirat
    Mematrikan cinta hingga ke Syurgawi
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    Ingatan tulis ikhlas daripada:

    Ratu Rimba Niagara
    Admin Group Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua 
    24 Sept 2012
  • Ratu Rimba Niagara PERMATA SYURGA-MU

    Bonda...
    Nanda rindukan ayahanda

    Sabarlah nanda...
    Ayahandamu pergi di medan juang
    Membela ibu pertiwi

    Nanda...
    Sudah dewasa nanti jadilah seperti
    Ayahanda membela nusa dan bangsa
    Demi kesejahteraan rakyat jelata

    Bonda...
    Adakah nanda dilahirkan ke dunia ini
    Untuk menjadi kesatria seperti ayahanda

    Iya nanda...
    Sudah dewasa nanti
    Nanda mesti jadi seperti ayahanda
    Seorang kesatria berjiwa rakyat
    Kehidupannya didambakan untuk rakyat

    Bonda...
    Tidakkah bonda rasa kesepian
    Tanpa ayahanda dan nanda nanti
    Jika nanda juga jadi kesatria
    Seperti ayahanda...bonda...

    Duhai nanda...
    Kerna ayahandamu
    Seorang kasatrialah
    Bonda jatuh cinta padanya

    Bonda...
    Apakah itu namanya cinta bonda...
    Ditinggalkan seperti tidak dimiliki cinta bonda...

    Nanda...
    Itulah namanya cinta sejati
    Biarpun terpisah jauh dari ayahanda
    Tapi hatinya telah menyatu di hati bonda
    Hingga ke nafas terakhir ...nanda....

    Bonda...
    Sungguh suci hati bonda...
    Bertuah ayahanda
    Memiliki cinta seperti bonda
    Meletakkan cinta kepada
    Kehidupan rakyat mengatasi segalanya
    Percayalah bonda cinta bonda...
    Nanda janji tidak akan nanda
    Persiakan...nanda bersumpah akan
    Meneruskan percintaan bonda
    Mematrikan cinta bonda dan ayahanda
    Agar kehidupan nanda juga seperi ayahanda
    Akan nanda dambakan kepada
    Kehidupan rakyat yang harus dibela
    Selagi jantung kesatria nanda berdetak
    Sehingga ke titisan darah terakhir!
    Itulah lambang cinta nanda pada ayahanda dan bonda

    Nanda...
    Nandalah sebenarnya lambang cinta
    Bonda dan ayahanda
    Makanya nandalah
    Permata Syurga
    Kurniaan Allah
    Untuk ayahanda dan bonda

    Syukur Ya Alllah
    Atas Kurniaan
    Permata Syurga-Mu
    Untuk semua keluarga kesatria diRaja
    Di bumi-Mu ini

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    20 Oktober 2012
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN ANAKANDA TERSAYANG AYAHANDA TERCINTA

    Anakanda yang disayangi dunia akhirat,
    Anakanda pengikat kasih ayahanda bonda;
    Kelahiranmu membuatkan kasih bertaut erat,
    Moga menjadi anak kebanggaan ayahanda bonda.

    Pembesaranmu setiap tahun ayahanda pastikan,
    Anakanda mempelajari Hadis dan Al-Quran;
    Mindamu terisi dengan ilmu yang tidak menjemukan,
    Berusaha terus berusaha menuju kejayaan.

    Ayahanda akan terus memimpin anakanda,
    Mendidikmu berpandukan Al-Quran dan Hadis;
    Agar menjadi khalifah Allah duhai anakanda,
    Pasti ayahanda dan bonda bersyukur terus-menerus.

    Semakin banyak waktu ayahanda berkongsi,
    Semakin anakanda bersedia menghadapi masa hadapan;
    Anakandalah harapan ayahanda tanpa sangsi,
    Ayahanda sentiasa letakkan sejuta harapan.

    Sekalipun anakanda tidak mampu melangkah ke hadapan,
    Ayahanda akan terus membimbingmu;
    Agar anakanda berani menghadapi segala rintangan,
    Yang datang mengujimu dari segenap penjuru.

    Anakanda pergilah semampu sejauh mungkin,
    Memburu impian menggapai cita-cita;
    Ayahanda bonda sentiasa memberi sokongan,
    Agar menjadi realiti segala yang dicita.

    Capai setinggi mana mungkin cita-citamu,
    Ilmu yang dituntut jangan rasa jemu;
    Kegagalan tidak akan pernah bertamu,
    Kejayaanmu kebanggaan ayahanda bondamu.

    Dalam menuju segala kejayaan,
    Cahaya keimanan amat diperlukan;
    Allah jangan sekali dilupakan,
    Barulah cahaya hidayah menjadi peneman.

    Kasih sayang ayahanda tidak pernah luntur,
    Ayahanda rela berkorban apa saja untukmu;
    Asalkan anakanda cekal dan sabar,
    Sabarmu mengundang Rahmat dari Tuhanmu.

    Apabila segala ilmu terpasak di dada,
    Pasti anakanda sendiri melepaskan tangan ayahanda;
    Tika itu ayahanda tersenyum bangga,
    Melihat anakanda menyambung perjuangan ayahanda.

    Anakanda… buah hati ayahanda pengarang jantung,
    Ingatlah pesanan ayahanda dan bonda ini;
    Jadilah anak soleh berjiwa pejuang,
    Moga kita sekeluarga ke Syurga nanti.

    Ayahanda dan bonda tersayang,
    Kasih sayangmu anakanda tak akan persiakan;
    Anakanda berjanji akan menjadi anak cemerlang,
    Menjadi anak soleh beriman yang dibanggakan.

    Anakanda hargai pengorbanan ayahanda ,
    Tanpa jemu mendidik membimbing anakanda;
    Moga Allah membalas segala budi ayahanda bonda,
    Alhamdulillah anakanda diKurniakan ayahanda bonda.

    Ayahanda dan bonda yang disayangi,
    Anakanda akan berazam mencapai cita-cita;
    Meneruskan perjuangan ayahanda yang suci murni,
    Membela agama bangsa dan Negara tercinta.

    Anakanda sentiasa bangga pada ayahanda,
    Ayahanda pemimpin idola anakanda;
    Membela agama dan bangsa walau di mana,
    Hatimu putih bersih bak mutiara.

    Perjuangan ayahanda tepat dan jelas,
    Rela berkorban demi rakyat tercinta;
    Segala jasa dicurah tanpa harap dibalas,
    Demi kerana Allah tercinta.

    Bangganya anakanda ayahanda seorang pejuang,
    Rela pertaruhkan nyawa di setiap penjuru;
    Moga sentiasa berjaya ketika berjuang,
    Darah perjuanganmu mengalir dalam darah anakandamu.

    Doakan anakanda menjadi pejuang sejati,
    Mewarisi kepahlawanan ayahanda tercinta;
    Kita berjuang hingga ke mati,
    Demi mempertahankan kedaulatan Negara tercinta. 

    Syukur anakanda setiap hari,
    Keluarga kita dilimpahi sakinah dari-Nya;
    Kasih sayang ayahanda bonda anakanda hargai,
    Moga kita sekeluarga bersama ke Syurga-Nya.

    Anakanda tersayang ayahanda tercinta,
    Kasih berpadu bersama bonda dicintai;
    Hidup berkeluarga sakinah tercipta,
    Insya-Allah sekeluarga menghuni Syurga-Nya nanti.

    Duhai anakanda tersayang sentiasa dikasih,
    Ayahanda bonda doakan anakanda menjadi anak soleh;
    Dewasa nanti menjadi seorang Khalifah,
    Khalifah Islam yang boleh dibangga dan dimegah.

    Ayahanda bonda tercinta kesayangan anakanda,
    Cita-cita ayahanda akan anakanda kotakan;
    Berusaha anakanda biarpun dugaan datang melanda,
    Asalkan anakanda menjadi Khalifah Islam yang dibanggakan.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    20 Oktober 2012
    (DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK KERABAT DIRAJA BRUNEI)
  • Ratu Rimba Niagara JADILAH RAJA YANG UTAMAKAN RAKYAT MELEBIHI 
    KEPENTINGAN SENDIRI

    Teungku Sayyid Deqy

    Ibu...
    Maafkan putramu...
    Aku sedang berada di titik nadir hidupku,
    Aku sedang terbuang dan terhina oleh dunia ini,
    Namun...mengapa aku pun tersisihkan dari hatimu?
    Semua ini sungguh membuatku lemah,

    Ibu kusayang...
    Putramu hanya ingin istirahat sejenak di rumahmu...
    Izinkanlah dihari-hari terakhirku ini,
    Dan ketika kuberpulang pada NYA, aku dalam hangat pelukanmu.

    Putri Rimba Niagara:

    Duhai nanda putra kesayanganku...
    napa nanda berkata demikian rupa
    hancur lulur hati bunda
    sebak hati bunda ...
    adakah selama ini bunda abaikan kasih sayang bunda...
    katakan putra kesayangan bunda...
    puluhan tahun bunda mendidik dan membesarkan nanda
    tidak cukupkah kasih sayang bunda pada nanda selama ini....
    bukan kasih sayang saja yang bunda berikan pada nanda
    malah nyawa bunda pun sanggup jadi taruhan demi nanda tercinta...
    jika pelukan bunda ini boleh menenangkan jiwa nanda
    marilah ke mari bunda dodoikan gurindam dan syair
    yang selalu bunda dendangkan semasa nanda bayi lagi...

    "Duhai putra bunda tersayang...
    buah hati bunda pengarang jantung bunda
    bunda kasih ...bunda sayang sangat-sangat...
    tidurlah lena...jangan nakal-nakal...
    besar nanti jadilah anak yang soleh lagi beriman
    jadi Raja yang utamakan rakyatnya daripada kepentingan sendiri...
    jadilah Raja yang adil Raja yang pemurah
    raja yang ingin hidup mencari jalan-jalan redho-Nya
    nanda diberi darjat yang tinggi bukan untuk membangga diri
    tapi adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan...
    makanya jadilah Raja yang disayangi rakyat bukan dibenci rakyat
    ingatlah pesanan bunda ini nanda...
    bunda sangat-sangat sayang pada nanda
    nandalah saham dunia akhirat bunda
    tiada bunda nanti di dunia ini
    kirimkan doa untuk bunda jangan dilupakan
    itulah tanda kasih sayang nanda pada bunda...
    di pintu Syurga bunda menantimu penuh kerinduan..."

    Masihkah nanda ingat dengan gurindam yang bunda dendangkan
    padamu ? Inilah gurindam yang ditiup suburkan dijiwamu agar
    terpasak dalam sanubarimu nanda...

    Makanya jangan nanda berkata seolah ingin pergi dulu
    daripada bunda....
    memanglah kita tidak tahu siapa yang pergi dulu....
    tapi biarlah bunda yang pergi dulu...
    nanda muda lagi dan tenaga nanda masih segagah pahlawan perkasa...
    bunda dalam usia begini sudah terlalu uzur dan lemah ....
    comanya semangat saja yang menguatkan bunda meneruskan
    pengembaraan di dunia ini....
    makanya bunda berharap sangat Tuhan panjangkan usia nanda...
    bunda doakan Allah SWT sentiasa memberi kekuatan pada nanda
    untuk meneruskan perjuangan bunda dan nanda bahagia ....
    justru jangan ragui cinta dan kasih sayang bunda pada nanda lagi...bunda kasih dan sayangkan nanda dari dunia ini di bawa hingga ke Syurga-Nya....
    Aaamin Ya Rabbal A'Lamin

    Ikhlas daripada:

    Bunda Permaisuri Rimba Niagara
    Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand
    1 April 2012

    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK KERABAT DIRAJA BRUNEI & SELURUH KERABAT DIRAJA SENUSANTARA
    20 Oktober 2012
  • Ratu Rimba Niagara GURINDAM JIWA SEORANG PEMIMPIN
    'BALASLAH BAKTINYA DENGAN SYURGA-MU'

    Subhanallah
    sejuk perut ibumu
    mengandungkanmu
    melahirkanmu
    membesarkanmu
    mendidikmu
    dengan ilmu dunia
    jua ilmu akhirat
    kau menjadi
    anak yang soleh

    Alhamdulillah
    Syukur pada-Nya
    kerana dikurniakan
    seorang anak
    yang berjiwa pemimpin
    sanggup berkorban
    demi rakyatnya
    suka duka bersama
    derita rakyat
    air mata rakyat
    pemasalahan rakyat Brunei & SeNusantara
    ingin dikongsi bersama
    lalu difikir
    diselesaikan dengan
    semampu mungkin
    sekudrat pemikiran
    diperah habis
    peluh setitik
    tidak dipersiakan
    kerana terlalu
    amat berharga
    untuk rakyat tersayang
    untuk negara tercinta
    maka bergemalah
    lagu patriotik
    'Kusayaang Rakyatku Demi-Nya'
    di setiap pelosok bumi bertuah SeNusantara
    di bawah pimpinanmu
    dan disahut penuh gemuruh
    lagu rakyat untuknya
    'Pemimpin Kasihmu Abadi Di Hati Kami'
    Dan siapa yang mendengar
    pasti mengharu-birukan kalbu
    lalu menangislah
    pemimpin kesayangan rakyat itu
    bersama-sama dengan rakyatnya
    lalu mengundang rahmat
    Tuhan Yang Menguasai Langit Dan Bumi
    Suasana sepi seketika
    Bertafakur dalam kesyukuran pada-Nya

    Allahu Akhbar
    Dengan Kebesaran-Mu Tuhan
    Kau Kurniakan seorang pemimpin diRaja
    Berjiwa Rakyat
    Kami Syukuri Dalam Sujud!

    Kami sayang pemimpin kami
    Hadirnya kami hargainya
    Perginya kami iringi doa restu-Mu
    Kau balaslah segala bakti ikhlasnya
    Dengan Syurga-Mu
    Dan kami ingin bersamanya di Syurga juga
    Amin Ya Rabbal A'Lamin

    Karya Ratu Rimba Rimba Niagara
    20 Oktober 2012
    (DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA YANG BERGELAR 
    PEMIMPIN DI BUMI BERTUAH SENUSANTARA)
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUJANGGA RATU RIMBA 
    CINTA 5 BENUA)
    20 Oktober 202
  • Ratu Rimba Niagara MEMARTABATKAN CINTA 5 BENUA

    Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Malaysia,Brunei Indonesia,Singapura &Thailand
    Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan seluruh rakyat SeNusantara
    Moga cinta kerana-Nya ini bisa menjadikan SeNusantara
    negara berjiran
    sehati sejiwa
    senada seirama
    berpadu kasihkan negara
    negaramu kukasih
    negaraku kau sayang
    bila kasih sudah terpatri
    tak akan ada
    benci membenci
    dengki mendengki
    dendam mendendam
    jatuh menjatuh
    yang ada
    saling mempertahan cinta bernegara
    kau pertahan negaraku
    aku pertahankan negaramu
    saling mempertahankan
    itulah lambang cinta sejati
    antara negara SeNusantara
    bila cinta sejati terpatri
    di kalbu setiap rakyat
    negaramu negaraku
    kebudayaan negaramu disanjung
    kebudayaan negaraku dijunjung

    Apa saja perjuangan untuk memartabatkan :

    Institusi diRaja Melayu
    Kepahlawanan Melayu
    Bangsa Melayu
    Khazanah Seni Warisan Melayu..

    Kita sama bersumpah setia untuk saling sokong menyokong
    tanpa mengenal samada raja atau rakyat biasa yang penting ada semangat juang seperti kita...
    karena dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!
    Selagi hayat di kandung badan!

    Karya Ratu Rimba Niagara
    17 Oktober 2012

    INDAHNYA CINTA LIMA BENUA

    Bahagia bilamana cinta lima benua lima samudra
    berpadu sehati sejiwa senada seirama
    seperti kuntuman bunga-bunga di Taman Syurga
    mewangi di hatimu di hatiku 
    di hati lima benua di samudra
    menerobos ke angkasaraya
    menyatakan indahnya cinta
    lima benua lima samudra

    Bertaburan permata-permata Syurga
    di lima benua lima samudra
    di darat menjadi bunga-bunga Syurga
    di pulau menjadi pulau dambaan
    hamba-Nya yang mencintai-Nya

    Cinta-Nya menjadi buruan pencinta-Nya
    Cinta-Nya menjadi dambaan pencinta-Nya
    jika Syurga menjadi dambaan
    maka rugilah matlamat hidup sebenar
    Syurga tanda cinta yang dicintai dibalas-Nya
    kerna itu pasti
    kerna janji-Nya pasti
    tapi yang pasti kita saling dan kasih demi-Nya
    kita sama menuju ke Jalan-Nya
    dan kita sama dapat bertemu di Syurga-Nya
    AAmiin Ya Rabbal A'Lamin

    Indahnya cinta lima benua lima samudra
    merentang bum
    langit yang terbentang luas
    seluas cinta-Nya seluas Syurga-Nya

    Di lima benua lima samudra
    kasihku kasih lima benua
    sentiasa mewangi
    sewangi setulus cinta lima benua
    sewangi kuntuman-kuntuman bunga-bunga Syurga
    syukur Ya Allah kami mahu pulang kepada-Mu
    dalam hati yang suci bersih
    saling sayang menyayangi kerana-Mu
    tiada lain yang difikirkan hanyalah
    mahukan Rahmat dan Nur Kasih-Mu
    abadi hingga ke nafas terakhir
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    15 Oktober 2012
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUJANGGA RATU RIMBA
    CINTA 5 BENUA & WALL KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & WALL H.H. SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH & WALL PRINCE ABDUL MALIK)
    Yesterday at 12:32am · Like

    TERIMA KASIH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MUI'ZZADDIN WADDAULAH KERANA SUDI MENYUKAI KARYA-KARYA RATU RIMBA NIAGARA MOGA ALLAH SAJA YANG DAPAT MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN TUANKU

    H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your link on his own timeline: "DUNIA MENJADI SAKSI WUJUDNYA KERABAT..." 1:10pm
    H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your Wall post: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA PUTRI RIMBA..." 1:10pm
    H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your Wall post: "TEATER KOMEDI BANGSAWAN DIRAJA..." 1:10pm
    H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your link on his own timeline: "MOHON DJ RAMZ SIARKAN PANTUN ISTIADAT..." 1:10pm
    H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your link on his own timeline: "KARYA RATU RIMBA PANTUN MAJLIS..." 1:10pm
    H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your Wall post: "PANTUN ISTIADAT BERSANDING PENGANTIN..." 1:10pm
    H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your Wall post: "SELAMAT MENIKMATI KEINDAHAN SYURGA..." 1:10pm
    H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your Wall post: "PERSEMBAHAN BANGSAWAN DIRAJA GURINDAM..." 1:09pm
    H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your Wall post: "RATU YANG BERCEROPAK LUKISAN MERAK..." 1:09pm
    H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your Wall post: "SYAIR PUTERA DUYUNG Tersebutlah satu..." 1:09pm

    UCAPAN TERIMA KASIH DARIPADA PATIK:
    Rabeah Mohd Ali @ Putri Alam Nilam Purnama
    Ratu Rimba Niagara
    Istana Rimba Niagara
    Malaysia/Indonesia/Brunei/Thailand
    15 Oktober 2012
    Yesterday at 12:50am · Like
    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    21 Oktober 2012
  • Ratu Rimba Niagara BANGKITLAH MERAH PUTIH

    Bangkitlah merah putih
    Bangkitlah dari lenamu yang panjang

    Ibu Pertiwi Nusantara
    Kegalauan kini
    Jiwanya parah membarah
    Pabila perjuangan kasatria terdahulu
    Tidak diperjuangkan dan dipertahankan
    Karena sudah berada di ambang telur di ujung tanduk
    Jika masih lagi berleka dengan pesona dunia
    Makanya merah putih
    Tidak akan berkibar
    Tanpa rela ibu pertiwi
    Akan diturunkan oleh musuh durjana
    Kalo itu tejadi makanya
    Tsunami akan menggulungkan
    Seluruh Se-Nuswantara tanpa ehsan!
    Karena dimakan sumpah oleh
    Ksatria terdahulu yang memperjuangkan
    Kemerdekaan Nusantara mempertaruh nyawa
    Di setiap penjuru waktu seluruh hidupnya
    Alangkah malangnya jika itu terjadi

    Makanya dari itu
    Seluruh kasatria Nusantara
    Tak akan ijinkan itu berlaku
    Dengan segala kodrat pemikiran dan tenaga yang ada
    Akan pertaruhkan demi kemerdekaan
    Ibu Pertiwi SeNuswantara
    Dipertahankan di setiap penjuru waktu
    Biarpun nyawa jadi taruhan!

    Itulah sumpah para
    Kasatria SeNuswantara
    Dulu kini dan selamanya
    Maka dari itu Merah putih
    Akan terus berkibar dan berkibar
    Dengan Teguh!Gagah!Megah!
    Semegah seluruh rakyat Nuswantara!

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    14 Jun 2012
    (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012 /MALAYSIA 31 OGOS 2012)

    Garijitp Gondokusumo : Ratui Rimba Niagara. adalah seorang pujangga yang lintas bangsa. pantas kiranya beliau kita katakan seorang pujangga sejati. dan REVOLUSIONER SEJATI UNTUK NUSANTARA.
    11 minutes ago via mobile · Like

    MENYAHUT PANGGILAN SEMBOYAN PERJUANGAN IBU PERTIWIMU!

    Duhai rakan seperjuanganku dari benua Indonesia
    Biarpun aku bukan lahir di bumi bertuah Indonesia
    Tapi aku ditakdirkan untuk menyayangi negaramu
    Aku tak tahu kenapa
    Darah yang mengalir ditubuhku ini
    Serasa denyut nadinya seiring dengan ibu pertiwimu
    Serasa roh para pejuang ibu pertiwimu memanggil-manggilku
    Untuk menyahut semboyan perjuangan ibu pertiwimu
    Roh-roh suci pejuang negaramu yang telah lama bersemadi
    Hidup dalam jiwaku
    Mahu aku teruskan perjuangan mereka
    Bersama-sama dengan para pejuang ibu pertiwimu
    Mahu aku lupakan panggilan semboyan perjuangan itu
    Lagi aku ingin memadamkan
    Lagi membara-bara gelora api perjuangan
    Biarpun aku tidak ditakdirkan lahir di bumi Indonesia
    Tapi aku ditakdirkan untuk menyahut panggilan ibu pertiwimu
    Dan aku redho karena itu takdir-Nya
    Biarpun aku tidaklah segagah pahlawan-pahlawan di medan juang
    Izinkan aku berpena bertintakan darah dan air mataku
    Untuk sama-sama berbakti kepada ibu pertiwimu
    Moga perjuangan suci aku ini jangan sesekali disalah artikan
    Dan sudilah terima perjuangan suciku ini sesuci perjuangan
    Para pejuangmu yang masih hidup atau yang telah gugur di medan juang!

    Karya Ratu Rimba Niagara
    24 Jun 2012

    (PETIKAN DARIPADA WALL GARIJITO GONDOKUSUMO &
    RATU RIMBA NIAGARA)
    24 Jun 2012
    5 Ogos 2012
    16 Ramadan 1433H

    Garjito Gondokusumo Dengan rasa hormat yang seksama saya haturkan terimakasih wahai sahabat rabeah muhd.ali. begitu perhati kamu atas nafas gerak para pecinta patriotik kebangsaan. Memang dgn dinamika yg luar biasa...tp dgn kepolosan bahasa yg bernurani muncul s ebuah kritik dan otokritik. memang perubahan harus terjadi sbg gerakan REVOLUSIONER untuk kembalikan martabat Bangsa dan negara indonesia. Sesuai citanya menuju kesejeterahan sosial bagi rakyat. Mau tidak mau harus kembali ke JALANNYA REVOLUSI INDONESIA...
    Tuesday at 6:54pm via mobile ·

    (PETIKAN DARIPADA WALL GARIJITO GONDOKUSUMU)
    24 Jun 2012
    16 hours ago · Like
  • Ratu Rimba Niagara RAJA,PEMIMPIN DAN RAKYAT BERJIWA REVOLUSIONER INDONESIA

    Yang penting dalam sesuatu yang ingin dicapai matlamatnya agar berjaya...

    1. Matlamat harusnya jelas

    2. Fokus pada matlamat
    3. Berbahas dalam sesuatu isu jangan beremosi
    4. Berkata gunakan kebijaksanaan akal
    5. Mengeluarkan ide yang berfakta dan bernas
    6. Jangan merendah-rendahkan individu walau siapa pun mereka
    7. Saling berbahas dalam suasana yang harmonis
    8. Ide yang dilontarkan seharusnya diterima pakai oleh semua
    9. Masalah pasti ada tapi cari jalan yang terbaik untuk mengatasinya
    10. Perbedaan pendapat itu biasa tapi matlamat tetap sama
    iaitu mahu raja, pemimpin dan rakyat berjiwa revolusioner
    punya jati diri yang teguh demi ibu pertiwi Indonesia

    RATU RIMBA NIAGARA
    29 Mei 2012
    (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
    8 Ogos 2012
    19 Ramadan 1433H
    Wednesday at 3:56pm · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara PAHLAWAN KEMERDEKAAN NASIONAL REPUBLIK INDONESIA!'
    "Wahai kawulaku, warga Nusantara..aku Rajamu..."SUNAN PAKUBUWONO VI

    Sunan Pakubuwono VI...
    demi Nusantara tercinta kau rela
    pertaruhkan nyawamu di setiap penjuru waktu
    tubuhnmu di hujani peluru
    ditembusi peluru di segenap tubuhmu

    ketika peluru tepat terkena di atas pelupuk mata
    sebelah kanan dan pada dahimu sebelah kanan
    tertembus peluru senjata, "Banker Rifle"

    tubuhmu bermandikan
    darah...darah...darah...
    merah...merah...merah...
    pekat...pekat...pekat...
    mengalir deras tanpa henti

    wajahmu tersenyum tenang
    lalu berkata,
    "Wahai kawulaku, warga Nusantara...
    Aku Rajamu...
    Aku rela pecahkan kepalaku
    dan tumpahkan darahku
    lewat senapang Banker Rifle dari
    tangan angkara penjajah Belanda,
    demi cita-cita kemerdekaanmu !”.

    Setelah habis berkata nafas pun terhenti
    dan mata pun terpejam rapat tapi masih
    tersenyum indah untuk diwariskan
    kepada seluruh warga Indonesia
    dengan harapan wasiatnya didengari
    lalu mempertahankan kemerdekaan
    Indonesia hingga ke tetesan darah terakhir!

    Biarpun hampir seratus delapan tahun
    pemergian Sunan Pakubuwono VI
    jasa kepahlawananmu masih diingat
    hingga ke saat ini dan tidak akan dilupa
    sampai kapan pun!
    Memang selayaknyalah Pemerintah Republik Indonesia
    mengangkat mu sebagai ,
    'PAHLAWAN kEMERDEKAAN NASIONAL REPUBLIK INDONESIA!'

    Karya Ratu Rimba Niagara
    8 Mac 2012
    DISIARKAN PUISI BAGI MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/ MALAYSIA 31 OGOS 2012
    8 Ogos 2012
    19 Ramadan 1433H
    Unlike · · Yesterday at 11:55am ·
    You, Adel Fadel, Ahmad Tajuddin and Sri Prabu Bumi Kusuma like this.
    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    9 Ogos 2012
    16 hours ago · Like
  • Ratu Rimba Niagara SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA!

    Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Indonesia Tercinta
    Sekalung tahniah buatmu
    Merah putih sentiasa berkibar megah
    Semegah rakyat Indonesia
    Semegah ibu pertiwi Indonesia

    Setiap 17 Agustus kau sentiasa
    diraikan seluruh rakyat Indonesia
    penuh bangga
    penuh megah
    menyanjungimu menyayangimu
    karena memiikimu bukanlah mudah!
    darah para kasatria diRaja
    sebati di bumi
    untuk pertahankan ibu pertiwi
    nyawa jadi taruhan
    karena keberanian
    para kasatria diRaja
    rela mati di medan juang
    meraih kemerdekaan untuk Indonesia
    makanya Indonesia
    akan terus merdeka
    dalam arti kata yang sebenar-benarnya
    mengikut kehendak rakyat dan ibu pertiwi
    tak akan ada penyelewengan cinta
    pada ibu pertiwi
    karena segala pengorbanan kasatria diRaja
    akan menjadi percuma
    makanya Indonesia harus bersatu
    bagi mempertahankan bumi bertuah
    Indonesia daripada dijajah kembali
    karena kemerdekaan Indonesia
    adalah hadiah daripada tetesan darah kasatria diRaja
    untuk anak bangsa dan ibu pertiwi Indonesia!

    Berkibarlah! Berkibarlah! Berkibarlah Merah Putih!
    dengan penuh rasa megah dan bangga

    Garuda diRaja di angkasa raya berterbangan
    sambil mengibarkan merah putih
    lambang kemegahan Indonesia

    Merah putih akan sentiasa berkibar megah
    dikibarkan oleh semua rakyat Indonesia
    yang cintakan Indonesia
    lambang cinta pada Indonesia
    dan tanda menghargai jasa para kasatria diRaja
    yang rela gugur di medan juang!

    'SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI KAPAN PUN!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI SENUSANTARA MASA HADAPAN'

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    17 Agustus 2012
    28 Ramadan 1433H
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SELURUH RAKYAT INDONESIA TERCINTA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA KE-67 PADA 17 AGUSTUS 2012)
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA & WALL DEN MAT MANGKUBUMI & WALL GARIJITO GONDOKUSUMO & WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    17 Ogos 2012
    17 Agustus 2012
    28 Ramadan 1433H
  • Ratu Rimba Niagara SEKALUNG BUDI & UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KERABAT DIRAJA NUSANTARA & PAHLAWAN NUSANTARA YANG DISANJUNGI

    1) KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH

    2) PRINCE ABDUL MALIK

    3) KEDATON KRATON WAHYU UTAMA,

    4) SULTAN BROTOWIJOYO YOSODIPURO

    5) PERKUMPULAN KARATON NUSANTARA

    6) KARATON NUSANTARA

    7) KESULTANAN INDRAPURA

    glasses KESULTANAN MATARAM

    9) TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ

    10) TENGKU MULYA AMRIL AMAN SALEH

    11) PRABU SRI NARAYANA KUSUMA

    12) SRI PRABU BUMI KUSUMA

    13) IRO BELUNGUH

    14) TEMUL AMSAL, KHAI NOOR NOOR, LAKSAMANA MAS, PANGLIMA DAEK , LEFTENAN ADAM SAKEENAH , TUAN AHMAD TAJUDDIN, MAHADHER CUCU TOK AWANG, KHAIRUDDIN AL YOUNG , GARIJITO GONDOKUSUMO ,

    DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK PEMBACA ALAM MAYA:

    SEMUA KERABAT DIRAJA MALAYSIA
    SEMUA KERABAT DIRAJA INDONESIA
    SEMUA KERABAT DIRAJA BRUNEI
    SEMUA KERABAT DIRAJA SINGAPURA
    SEMUA KERABAT DIRAJA THAILAND
    SEMUA KERABAT DIRAJA SENUSANTARA
    SEMUA KERABAT DIRAJA DI SELURUH DUNIA

    SEMUA PEMIMPIN MALAYSIA
    SEMUA PEMIMPIN INDONESIA
    SEMUA PEMIMPIN BRUNEI
    SEMUA PEMIMPIN SINGAPURA
    SEMUA PEMIMPIN THAILAND
    SEMUA PEMIMPIN SENUSANTARA
    SEMUA PEMIMPIN DUNIA

    SEMUA PAHLAWAN PEWARIS HANG TUAH
    SEMUA LAKSAMANA
    SEMUA YANG BERGELAR PAHLAWAN NEGARA SENUSANTARA
    SEMUA YANG BERGELAR PAHLAWAN DUNIA
    SEMUA PEJUANG SASTERA
    SEMUA PENCINTA SASTERA MELAYU DI SELURUH DUNIA
    GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA

    SEMUA GROUP YANG DISERTAI RATU RIMBA NIAGARA
    RAKAN FB YANG MENGENALI RATU RIMBA NIAGARA
    SEMUA PEMBACA ALAM MAYA YANG MEMINATI KARYA RATU RIMBA NIAGARA TERSAYANG JAUH DI MATA DEKAT DI HATI

    SEMUA ANAK CUCU YANG TERCINTA & TERSAYANG
    NENDA SAYANG KAMU SAMPAI KAPAN PUN KARYA NENDA
    DIKARANG SEPENUH JIWA UNTUK DIWARISKAN PADA CUCUNDA
    TERCINTA KENANG NENDA DALAM DOAMU

    SEMUA PEMBACA ALAM MAYA TERCINTA
    YANG MEMBACA KARYA-KARYA RATU RIMBA NIAGARA

    JIKA DI SEPANJANG MEMBACA KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    ADA TERKASAR BAHASA HARAP SUDI MAAFKAN SAYA
    KERANA SETIAP YANG BAIK ITU ADALAH DATANG DARI ALLAH SWT
    DAN YANG LEMAH ITU ADALAH KELEMAHAN SAYA SENDIRI

    "MOGA BERKAT KITA BERKASIH SAYANG DEMI-NYA MEMATRIKAN CINTA KITA SEMUA DI SYURGAWI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN"

    Dengan ingatan tulus ikhlas daripada:

    RABEAH MOHD ALI @ PUTRI ALAM NILAM PURNAMA
    RATU RIMBA NIAGARA
    ISTANA RIMBA NIAGARA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    ADMIN GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    18 Oktober 2012

    BERSYUKUR KEPADA YANG MEMBERI ILHAMKU MENGARANG
    KEKASIHKU YANG KUDAMBAKAN SEUMUR HIDUPKU ALLAH SWT

    PEJUANG ALLAH YANG MENJADI SUMBER KEKUATANKU
    NABI MUHAMMAD SAW

    SEKALUNG BUDI DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA:

    KERABAT DIRAJA MALAYSIA
    KERABAT DIRAJA INDONESIA
    KERABAT DIRAJA BRUNEI
    KERABAT DIRAJA SINGAPURA
    KERABAT DIRAJA THAILAND

    Kerana sudi memberi sokongan/dukungan kepada
    patik yang tidak berbelah bahagi...
    tanpa sokongan ke bawah duli tuanku
    siapalah patik untuk menulis kisah-kisah
    diRaja SeNusantara untuk diabadikan kepada
    rakyat jelata SeNusantara dan dijadikan
    khazanah Warisan Bangsa Melayu SeNusantara
    dan inilah hadiah moyang daripada
    Raja & Rakyat SeNusantara
    untuk generasi masa hadapan!
  • Ratu Rimba Niagara SEKALUNG BUDI DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA:

    WIRA PUJANGGA SI RATU RIMBA NIAGARA

    Semua pemimpin dan rakyat Malaysia
    yang telah sudi memberi sokongan
    ketika Ratu Rimba Niagara
    menjalankan kaji selidik
    pada setiap karya yang dihasilkan
    hasil komen yang bernas daripada pembaca
    di pelbagai peringkat umur, pengajian, pekerjaan
    memberi keyakinan dan semangat juang yang
    tinggi kepada Ratu Rimba Niagara
    untuk menulis....dan menulis hingga sekarang
    terima kasih...terima kasih...terima kasih...
    tanpa sokongan kalian
    pena hamba tak berdakwat
    kalau ada pun dakwatnya
    pasti lemah tak bermaya
    tanpa isi merewang-rewang
    di angkasaraya tanpa tujuan
    tanpa matlamat hendak dituju
    hanyalah perasan sendiri
    makanya segala
    kata-kata saktimu
    kuabadikan di kalbuku
    kubingkaikan di galeri
    Pujangga Ratu Rimba Niagara
    agar dapat ditonton
    biar mereka tahu
    kamulah sebenarnya
    wira pujangga
    Si Ratu Rimba Niagara

    RAtu Rimba Niagara
    17 Oktober 2012

    SEKALUNG BUDI KEPADA SEMUA PERSATUAN PENULIS YANG PERNAH
    RATU RIMBA NIAGARA MENGHADIRI BENGKEL PENULISAN ANJURAN:

    DEWAN BAHASA PUSTAKA
    GAPENA
    PENA
    KALAM
    PEN
    IKATAN PENULIS MUDA NUSANTARA
    KEMENTERIAN PELANCONGAN & KESENIAN MALAYSIA
    KUMPULAN MUZIK PENTAS SAKRAL - (INDONESIA)
    BADAN PENULIS TIKA LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI PADANG INDONESIA
    ANJURAN GAPENA

    SASTERAWAN NEGARA GURUKU:

    A SAMAD SAID
    ABDULLAH HUSSIN
    ANWAR RIDHWAN
    KEMALA

    PENULIS IDOLAKU

    BAPAK HAMKA
    PROF DR HJ AWANG SARIYAN KETUA PENGARAH DBP
    TEMUL AMSAL
    AWANG KARIM KADIR
    RAJENDRA NATH TAGORE
    POUL NANGGANG
    JAYA RAMBA WULAN
    LEZAIHASRA LM
    LIM SWEE TIN

    KARYA PUISI-PUISI RATU RIMBA NIAGARA DISIARKAN DI SEMUA GRUP YANG DISERTAI OLEH RATU RIMBA NIAGARA:

    1) PUISI ILAHI
    2) PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    3) PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA
    4) MEMBACA KARYA PN
    5) SASTRA NUSANTARA
    6) SASTRA MATARAM
    7) PENYATUAN KERABAT DIRAJA KESULTANAN DAN KELUARGA BESAR JAMBI
    glasses MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA
    9) MELAYU ISLAM BERSATU
    10) FORUM PENYAMPAIAN ASPIRASI MASYARAKAT
    11) DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
    12) BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA, MALAYSIA & BRUNEI
    13) MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA
    14) PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA
    15) TENTERA FISABILILLAH
    16) MASYARAKAT ADAT MATARAM
    17) CHURAT GAYA MATARAM
    18) KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA
    19) KOMUNITAS ADAT KERATON INDONESIA
    20) LUAHKAN HATIMU SEHINGGA KAU TENANG
    21) MELA AYU RADIO ONLINE
    22) OMBAK RINDU
    23) OMBAK RINDU2
    24) CERIA ZFM
    25) SSLfm
    26) RAHSIA KOTA CINTA
    27) AKU CINTA & MALAM
    28) RAMLEE WAHAB DJ RAMZ @ NAKHODA
    29) ZETTY IN LOVE
    30) SEHINGGA NAFAS TERAKHIRKU

    DISIARKAN KHAS KARYA-KARYA RATU RIMBA NIAGARA DI WALL:

    KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
    SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH
    & PRINCE ABDUL MALIK

    SEMUA RAJA-RAJA DI MALAYSIA
    SEMUA RAJA-RAJA DI INDONESIA
    SEMUA PEMIMPIN MALAYSIA
    SEMUA PEMERINTAH INDONESIA
    SEMUA RAKYAT MALAYSIA
    SEMUA RAKYAT INDONESIA

    SEMUA TEMAN FB YANG DIKASIHI NADI SASTERAKU
    SEMUA PENCINTA SASTERA MELAYU DI MALAYSIA
    SEMUA PENCINTA SASTRA MELAYU DI INDONESIA
    SEMUA PENCINTA SASTERA MELAYU DI SELURUH DUNIA
    PEMBACA SETIA SASTERAKU DUNIAKU

    SEKALUNG BUDI KEPADA YANG SUDI MEMBACA KARYA HAMBA DAN SUDI MEMBERI SOKONGAN/DUKUNGAN KEPADA KARYA HAMBA TANPA JEMU HANYA ALLAH SWT SAJA YANG DAPAT MEMBALAS-NYA. DOAKAN MOGA HAMBA DAPAT MENULIS SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA.

    'AKU BUKANLAH SIAPA-SIAPA YANG PANDAI UNTUK MENULIS PUISI
    TAPI DENGAN IZIN-NYA AKU MENULIS PUISI TENTANG KASIH SAYANG
    PADA SEMUA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI DEMI-NYA'

    'SYUKUR REDHA SABAR'

    SEKALUNG JUTAAN TERIMA KASIH DARIPADA:

    RATU RIMBA NIAGARA
    ISTANA RIMBA NIAGARA
    MALAYSIA/ INDONESIA
    2 Ogos 2012
    13 Ramadhan 1433H
    (PUISI-PUISI BERTEMAKAN PATRIOTIK DI SIARKAN BERSEMPENA MERAIKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012 & MALAYSIA 31 OGOS 2012)

    DISIARKAN KHAS DI WALL KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH, PRINCE ABDUL MALIK,
    KEDATON KRATON WAHYU UTAMA, TENGKU MULYA AMRIL AMAN SALEH, TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ, PEKUMPULAN KERATON NUSANTARA, KERATON NUSANTARA & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    18 Oktober 2012

    (PETIKAN DARIPADA WALL H.H HAJI HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK)
    18 Oktober 2012
    Posted by Sasteraku Duniaku at 00:44

0 comments:

Post a Comment

 
;