Thursday, 25 October 2012

KALIAN LIHATLAH AWAN ITU...SELALU MENGEMBARA TIADA BERHENTI..




AKU BERKARYA BUKAN KERANA MENCIPTA NAMA ATAU SANJUNGAN MANUSIA

Ratu Rimba Niagara shared Prince Abdul Malik's status.
2 hours ago
Reminder:

"Wahai orang yang beriman! Janganlah suatu kaum lelaki mencemuh kaum lelaki yang lain, kerana boleh jadi mereka yang dicemuh lebih baik dari mereka yang mencemuh dan jangan pula perempuan-perempuan mencemuh perempuan lain, kerana boleh jadi perempuan yang dicemuh lebih baik daripada perempuan yang mencemuh. Janganlah kamu saling mencela antara satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim." (Surah al-Hujurat : 11)

Ratu Rimba Niagara duhai kanda marilah kita sama berbakti,
pada Tuhan pada semua hamba-Nya;
biarlah hati kita dilukai disakiti,
berbakti tetap berbakti sampai mati.
5 hours ago · Like

Ratu Rimba Niagara kasihmu kasihku tersimpul mati,
tak akan ada penyelewengan cinta;
kerana kita mahu hidup diberkati,
sampai mati Allah jua tetap diCinta.
5 hours ago · Like

Ratu Rimba Niagara duhai kanda berjanjilah pada dinda,
menabur budi jangan harap balasan;
semuanya kerana Allah diCinta,
pasti ketenangan sebagai balasan.
5 hours ago · Like

Ratu Rimba Niagara sampai disini pantun terhenti,
dikarang istimewa untuk kanda tercinta;
cinta kita jangan terhenti,
moga sampai di Syurga kita bercinta.
5 hours ago · Like

Temul Amsal .
ratu rimba memakai jilbab
berwarna biru tenunan asli
maafkan aku tak sempat nak jawab
akhirnya kamu berpantun sendiri
4 hours ago · Like

Ratu Rimba Niagara setiap hati membeli kebab,
kebab dibeli dijamah sendiri;
siapalah aku sudi menjawab,
kujual pantun jawablah sendiri.
4 hours ago · Like

Temul Amsal .
di rumah Wak Saleh ada kenduri
hidangan makan sambil berdoa
kamu tak boleh jawab sendiri
biarkan teman ikut bersama
4 hours ago · Like

Ratu Rimba Niagara hari-hari pergi ke taman,
menghirup udara segar yang aman;
sampai mengantuk kutunggu teman,
hingga kini tiada sudi menjawab pantun.
4 hours ago · Like

Sri Mawar .

Kalau bahasa indah tersohor
menarik minat orang perhati
kalau pantun bahasa bertabur
orang malas hendak hayati.
21 minutes ago · Like

Sri Mawar .
Enak di makan nenas jelatah
makan kenduri di Kampung Kedah
bila ditegur jangan melatah
baiki diri dalam bermadah.
19 minutes ago · Like

Temul Amsal .
jadikan nangka sayur ketupat
tumbuk lumat sambal lada
biarlah apa dia nak buat
saling hormat perlu dijaga
17 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara diriku tak sesempurnamu,
pandai berbahasa bila berpantun;
bahasamu indah ramainya temanmu,
kumuhasabah diri bila berpantun.
a few seconds ago

Ratu Rimba Niagara duhai teman pantunku,
ajarlkanah aku berpantun;
aku tak sehebatmu,
patutlah karyaku disampahkan.
a few seconds ago

Ratu Rimba Niagara Jika ku berpantun membuatmu marah,
Aku disini dijemput berpantun;
Kau tak sudi baca ku tak marah,
Tak akan ku melatah bila berpantun.
a few seconds ago

Ratu Rimba Niagara Di grup antah berantah kau menyampah,
Kata karyaku berdebu macam kaca tak berharga;
Aku bersabar dikatakan karya sampah,
Cuma yang kuharapkan persahabatan berharga.
a few seconds ago

Ratu Rimba Niagara Kuhentikan siaran karyaku di grup antah berantah,
Gara-gara tak tega dibakul sampahkan karya;
Tak payah kutukku jika menyampah,
Aku pun akan hentikan bersiaran karya.
a few seconds ago

Ratu Rimba Niagara Di mana-mana ada kamu,
Kusangkakan kamu semulia hati;
Apa dosaku pada kamu,
Karyamu kusanjung teramat tinggi.
a few seconds ago

Ratu Rimba Niagara Inikah dikatakan kawan sastra,
Iri hati tak habis-habis;
Macamlah aku ini hebat bersastra,
Hatiku selalu diracik lagi dihiris.
a few seconds ago

Ratu Rimba Niagara Maafkan aku duhai teman,
Aku tak tega berpantun di sini;
Sungguh kecewa hatiku teman,
Ketiadaanku berpantunlah sampai mati.
a few seconds ago

Jari sepuluh kuhulurkan,
Pada semua teman yang budiman;
Ku terpaksa mengundurkan pantun,
Tujuan kuberpantun inginkan demaian.

Biarpun berpisah di grup ini,
Kenangan di sini sentiasa di hati;
Berpantunlah sepenuh hati,
Jangan sampai saling melukai.

Salam kemaafan kupohoni,
Pada semua sahabat di sini;
Jangan dikisahkan diriku lagi,
Apapun semuanya sudah kumaafi.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 Oktober 2012
Like ·  ·  · October 20 at 11:31pm
  • 2 people like this.
  • Sri Mawar kritikan adalah untuk membina dik..jgn cepat merasa kecewa dengan teguran.
    tidak semua teguran bermaksud tidak baik...bila ada keluhan merasa diri dipinggirkan tidak salah jika ada yg menjawab tentang sebab2nya..berfikirlah secara positif,,jgn terlalu 
    sensitif dengan sebarang keadaan...sahabat yg baik dan setia adalah sahabat yg mahu menunjukkan jalan buat kita ke tempat terang bukan sahabat yg makin menjurus kita ke lembah apabila diri merasa makin tenggelam ke dasar bumi..
  • Ratu Rimba Niagara adakah aku berkarya hingga tenggelam ke dasar bumi? 
    hina sangat ke karyaku?
    patutlah karyaku memuji Tuhanpun kau tak sudi meng likenya
    adakah itu adil bagiku kamu hukum karyaku ditelan bumi?
  • Sri Mawar kamu sendiri yg mengeluh org tidak membaca dan kamu menjawab pantun sendiri ..bila sy menjawabnya seolah2 menjadi kesalahan..
    like bukan bererti semua org yg like itu baca ..like tidak ada maknanya jika hanya sekadar like..sy sendiri tidak pernah men
    gharapkan karya2 sy dilike org..sudi membacanya juga sudah dikira memadai..jika kita terlampau mengharapkan dan mengambil kira tentang pendapat org lain pada karya kita sampai bila jawapan dan kritikan akan melemahkan semangat bila kita tidak dapat terima kritikan hatta yg membina sekalipun.terpulanglah padamu untuk membuat andaian bila maksud baik org lain dianggap serong maka berkarya kamu dengan harapan demi harapan ...ttg karya ketuhanan ..itu amat baik sebagai penulis yg pintar dalam memaknai nya..cuba kamu baca sajak Engku Zahid Engku Zainal...sajak beliau tinggi martabatnya dan tidak pernah mempertikaikan samada org like atau tidak..karya utk dihayati bukan untuk di like melulu ..
  • Ratu Rimba Niagara pelikkan manusia ini...
    aku berkarya dari pagi ke petang 
    petang ke malam 
    bersiaran tanpa henti 
    tanpa dibayar sesinpun

    percuma tanpa bayaran
    secara sukarela
    tapi tetap juga dikutuk
    macalah aku ini berkarya
    ingin mendapat anugerah penulis tersohor kalahkan bintang
    bukan seorang dua mengutuk 
    ramai pulak tu...
    kalo kutuk sikit-sikit tak apa ini sampai tak bernyawa dikerjakan
    sampai biar mati jiwa karya
    tapi Tuhan itu Maha Kaya lagi dikutuk oleh mereka yang suka mengutuk
    lagi Tuhan beri ilham tak putus-putus
    yang peliknya
    orang yang pakar bahasa profesor sastra tersohor 
    suka karyaku
    tapi mereka yang tenama di surat kabar di radio alam maya 
    tak suka kata karya pasir, karya kacalah 
    banyak aje karya tapi hampas!
    ini ke kritikan membina?
    makanya cukup...cukup..sudah kalau 
    benar nak menyampah karyaku jangan dibaca....
    kerana ramai lagi yang sudi membaca karyaku
    kalau tak ada yang sudi nak baca karyaku
    tak apalah...
    Allah sentiasa sudi dan malaikatnya sentiasa sudi
    kerana setiap ayng baik itu adalah datang dari-Nya jua...
    tanpa-Nya sebaris ayat pun aku tak bisa mengarang...
  • Sri Mawar bukan itu niat di hati..terpulanglah apa andaian kamu ..dan sebagai insan biasa sy mohon jutaan ampun maaf andai kamu tersinggung , ..semoga dosa2 tak terbawa sampai esok lusa........assalamualaikum...
  • Temul Amsal .
    TURUTKAN HATI MATI, TURUTKAN RASA BINASA....silahkan adik-adikku saling tukar pandangan...tukar pendapat...kalau perlu pukul-pukulan...Tapi ingat, pertengkaran bagaimanapun...rasa tidak puas bagaimanapun, jangan sampai mengakibatkan putusnya tali ran
    tai persahabatan diantara kita. biarlah kita berpahit-pahit, demi mencari kebaikan...namun persahabatan yang sudah terjalin, ibaratkan tali aris, bagaimanapun dicencang jangan tak akan putius...ingat itu. KITA SEMUA DI GERUP INI INGIN MENJALIN PERSAHABATAN....ITULAH TUJUAN SEMULA, SEHINGGA SAYA YANG DITUAKAN, SELALU MENGALAH...MENURUTI KEHENDAK SEMUANYA. JADIKANLAH SILANG SENGKETA KITA SEBAGAI ALAT UNTUK MEPERTAUTKAN IKATAN....MENCENCANG JANGAN MEMUTUSKAN...MENYIMPAI BIARLAH MUDAH DIUNGKAI....MENIKAM JANGAN SAMPAI MENEMBUSKAN. DIHARAP KALIAN PEGANG PERINSIP INI.
  • Sri Mawar terima kasih bang atas nasihat dan motivasi abang..sy memahami dan sememangnya mengharapakn demikian..jika tidak kerana keluhannya di sebuah group yg sy baca dan hayati perasaannya pasti sy tidak komen dulu dan minta abg dampinginya sebagai pendengar setia setelah komen2 sy dulu juga menjadi medan untuk melepaskan ledak hati..bila di sini juga sedemikian penerimaannya maka terserahlah pada budi bicaranya buat memaafkan sy atau tidak ..kewajipan sy sebg seorg tua dan islam merasa berhak memohon ampun maaf dr dia...
  • Ratu Rimba Niagara aku maafkan kamu tapi lantaran penghinaanmu membuatkan aku terhiris-hiris pilu...sepatutnay aku bertahan tapi sekali dua bolehlah aku bertahan...dari grup DRSB aku dikutuk dihina gara-gara bersiaran karya tanpa henti tanpa penat berhari-hari berbulan-bulan bertahun-tahun tanpa ada yang like mahupun memberi sokongan dikutuk ada lagi tapi ku pendamkan saja demi-Nya...aku ingatkan aku tinggalkan grup tersebut bolehlah aku berkarya ditempat lain itupun atas undangan bukan aku yang terhegeh hendak bersiaran..kerna menghormati undangan berkarya aku berkarya..baru mula hendak bernafas...datang juga kutukan hinaan tanpa ada ehsan untuk memberi peluang aku berkarya...makanya hatiku terluka habis ini tanpa ada satupun ruang kosong yang boleh diperbaiki lagi...
    Ya Allah aku berkarya hanyalah ingin mendapat redha-Mu
    tapi aku dihina oleh mereka Ya Allah...
    aku tak kuat Ya Allah
    berilah aku kekuatan 
    menghadapi dugaan-Mu ini Ya Allah
    jikalah benar apa yang aku karyakan ini adalah benar daripada-Mu
    bukakanlah hati sahabat-sahabatku
    menerima aku seikhlas hatinya 
    AAmiin Ya Rabba A'Lamin.
  • Ratu Rimba Niagara Kerana gara-gara sri mawar yang bijak berkata-kata aku sudah pun tinggalkan grup negeri antah berantah itu tanpa sangsi lagi...
    mungkin grup ini tak tahulah aku masih bertahan lagi atau pun tidak...
    harap jika aku tak bertahan hormati keputusan aku ye admin 
    orang tengah yang selalu adil dalam membuat keputusan...
  • Sri Mawar hinaankah itu..? baca balik dan serapi apa maksud kata2..jika hati kamu ikhlas dan tidak ada sombong diri kamu akan faham apa maksud org lain ..sy tidak pernah menghina maupun mencemuh sesiapa lantaran sy sendiri tahu diri serba kekurangan dan makhluk Tuhan yg serba kosong ..tapi sikap kamu membuat sy kehilangan perasaan hormat ..perkara remeh sengaja kamu panjangkan dgn menghina diri sendiri..bukan org lain yg menghina kamu melainkan kamu sendiri ..
  • Temul Amsal .
    Masya Allah....Kita disini semua adalah beriktikat baik....saling beri memberi...saling menutupi kekurangan masing2. Itu baru namanya sahabat...menyusun barisan, memperbanyak kawan. Bukan untuk saling menjatuhkan.....Kita disini saling bergembira...m
    enghilangkan duka lara. bukan sebaliknya untuk saling menjelekkan, atau bertentangan.....Ini mengapa sampai terjadi begini... Udahlah..!!! Mari berkarya bersama... mari mencari sesuatu yang terbaik buat kita bersama. Berjabat tanganlah, saling bermaafan lah, Tuhan pasti menyenanginya.
  • Ratu Rimba Niagara duhai mawar nyang sempurna iman...kerana mulut mu yang sempurna itu aku sudahpun keluar dari grup DRSB mungkin grup ini aku akan keluar juga gara-gara kamu dan di mana saja grup yang ada kamu aku akan tinggalkan juga kerana aku tak mahu wujudkan perselisihan tanpa henti...tolong jangan paksa aku tinggalkan grup ini...dengan cara terhormat aku akan tinggalkan grup ini kerana tak mahu terluka...sekarang kritiklah kamu pada karya temul amsal ok...dia pujangga yang hebat....biar karyamu setanding hebat dengannya ok...?
  • Temul Amsal .
    Udahlah.....masalah apa lagi yang diperdebatkan. Kalian lihatlah awan itu..selalu mengembara tiada berhenti...begitu juga hidup kita. Segala pertikaian itu merupakan persoalan biasa. Kita selaku maknusia ini, mana ada yang hebat...semuanya berada dal
    am serba kekurangan. Marilah saling bermaafan. Kesilapan besar kita perkecil, yang kecil kita hilangkan. Saya harap tak ada seorangpun yang keluar dari grup ini. Anggap ini hanya pertikaian biasa..dan tolong lupakan semua yang terjadi. Hanya itu harapan saya selaku orang yang dituakan.
  • Sri Mawar jangan jadikan org lain sebagai alasan untuk keluar dr group..walau di mana kamu berada jika begini sikap kamu .bodoh sombong yang tidak bertempat selama2nya kamu akan menyingkirkan diri sendiri bila dikritik ...tidak ada siapa yang mengusir kamu melainkan perasaan kamu yang mengusir dirimu sendiri..
  • Ratu Rimba Niagara berkarya berbahasa santun pun dikatakan ditelan ke dasar bumi...
    apa bendanya tu...kita di sini berkarya santai-santai 
    tapi kena bantai...sampai telentang...nggak bisa dong...aku udah tua dong entah selepas ini dijemput Ilahi malu dong...pada Tuhan .
    .tua...tua begini bergaduh macam tsunami ...aku nggak mahu dong...aku mahu mati dalam tenang makanya aku ingin berkarya juga dalam tenang...bukan mengundang kemarahan orang...ok...siapa yang tak suka baca diam-diam ajelah kritiklah karya sendiri adakah karya aku bagus? kalau bagus like sendiri ..sudahlah like pun tidak beri pendapat pun tidak maklumlah karya pasir berdebu bukan karya emas...bagi kilat mengemilauan ...karya sendiri...ini karya hamba Allah yang baru terkial-kial hendak mendaki dihempaskan dengan batu besar hingga pecah hingga terpelanting...nunnnnn jauh hingga ko masuk dalam gaunggggggg....tolongggggg tiada siapa yang sudi nak menyelamatkan aku dalam gaung....baiklah aku meraung kesakitan sendirian dengan meninggalkan tempat orang-orang yang bijak bebenor bersastera berpantun berbahasa puitis hingga orang jadi tersihir membaca karyanya....
  • Sri Mawar sy tidak ada masa buat melayan kamu ..belum pernah sy jumpa org sesombong kamu ..byeeee..
  • Ratu Rimba Niagara Aku mengusir diriku sendiri kerana aku tahu diri...aku cermin diri...aku tak sehebatmu sri mawar yang pandai bersastera puitis dan berpantun tak bertabur bahasa yang tahu bahasa sastera melayu...di sini aku saja yang dungu tak tahu berpantun dan berbahasa seindah kamu...lebih-lebih lagi temul amsal lagi aku kalah ...dia itu jaguan sajak dong...patutlah aku berpantun dia tak sudi nak like tak berkualiti katakan...ahh...!! tak tega aku di sini bergandingan dengan orang-rang yang bijak-bijak semuanya yang ada ijazah bergulung-gulung yang sempurna hidup nya....aku hanyalah berkarya sendirian bersama alam ...alam sentiasa sudi menjadi teman aku berkarya...selamat tinggal semuanya...maafkan segala kata-kataku duhai teman-teman di sini...biarlah aku jadi pepatung sastra di sini...sampai masa aku akan tinggalkan grup ini juga jika tiada pembaharuan ...
  • Ratu Rimba Niagara sri mawar kenapa kamu kata aku sombong ye...
    pelik kan di grup DRSB kamu sindir aku melalui karya kamu
    tak pernahpun bersuara...tapi di sini kamu hantam aku cukup-cukup 
    macam mahu membalas dendam...mentang-mentanglah aku kat sini 
    tiada kawan-kawan na
    k bantu aku...kamu buat sesuka hati...inikah dikatakan aku sombong juga duhai sri mawar yang baik budiman?
    yang pandai berbahasa santun? hingga aku mahu tinggalkan grup ini...kepada admin aku mahu berehat saja dulu bersiaran di sini...lain kali sebelum jemput aku di sini fikir dulu banyak2 kali kerana kerana aku sentiasa bersiaran karya orang hentam aku cuku-ckup...cuba kalu aku tulis satu perkataan saja ...mesti mereka suka kan3
    aku pulak bila dimasukkan nama ku ke grup aku sayang kaau biarkan sepi ...aku akan gunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk berkarya tapi tak terfikir pulak aku untuk bersaing dengan mana-mana penulis hebat-hebat di sini atau di mana-mana...sudak puluhan tahun aku menulis namaku pun tak ada dalam senarai penulis ...baru sekarang hendak belajar menulis sudah kena kutuk habis-habisan... duhai sri mawar selama ini pun engkau bukan layan aku dengan sepatutnya ...engkau layan aku macamlah aku ini robot tak punya hati dan perasaan ..gara-gara aku berkarya tak sehebat mu...apa kata kalau engkau benar-benar ikhlas engkau edit ejaaan aku dan bahasa yang tak teratur kau bagi betul jadi teratur nak? mana tahu karya aku jadi emas? kalau jadi emas bolehlah kita bantu naikkan idustri sastera jadi mata pencarian teman-teman penulis yang bernasib malang biarpun usia senja masih terkial-kial ...aku tak kata engkau ye...aku kata diriku sendiri mawar...sudikah engkau jadi editor bahasa aku ye...kalau sudi aku tak jadi tinggalkan grup ini atau jadi pepatung sastra...
  • Temul Amsal .
    biarlah apa yang terjadi ini, merupakan sempadan pada diri kita...Mudah2an hal ini tak akan terjadi lagi...Saya berharap tidak ada sesiapa yang keluar dari grup ini, kerana grup ini adalah milik kita bersama...sehingga kitalah yang memeliharanya.
  • Ratu Rimba Niagara duhai admin jika kamu dikatakan bodoh sombong apa perasaan kamu duhai admin grup pondok pantun ayng dimuliakan. Sekarang ini aku mahu kamu adili aku dengan seadilnya. Aku di sini kamu yang beria sangat nak jemput aku tapi apa yang aku dapat...kau biarkan hatiku dicerca ahlimu sesuka hatinya? ketua apa kamu ini...tanggungjawablah sikit...?
  • Temul Amsal .
    maafkan saya Ratu Rimba Niagara....Sri Mawar adalah orang pertama yang menjemputmu, kerana kalian belum berteman, maka aku langsung yg membawamu kemari. Saya rasa maksud itu semula tentulah baik... Tapi sya hairan, ko akhirnya jadi bertengkar begini. Sudahlah, sudahlah....lupakan semua yang terjadi...kita berpantun saja seperti biasa.
  • Temul Amsal .
    kalau anda pergi berkelah
    kereta lembu sudah menunggu
    kalian berdua tidaklah salah
    kesalahan itu hanya untukku


    bertamasya ke pantai pongkar
    pagi pagi menaiki dikar
    untuk apa kita bertengkar
    membuat hati jadi berdebar
  • Ratu Rimba Niagara tak gelak pun...
    aku suruh pantun gelak
    agar hati kedamaian
    selepas ini peselisihan dapat dielak
  • Wak Pantun Nusantara .
    bilang tasbih memuji Allah
    kita berkorban di aidil adha
    buang selisih hilangkan gundah
    jangan keruhkan air telaga
  • Sri Mawar .
    Dahan condong berbuah lebat
    rendang merimbun membawa redup
    mohon ampun duhai sahabat
    putih nan jernih biar dihirup.
  • Ratu Rimba Niagara Lukaku kau bebat dengan sutera kasih,
    Makanya sembuhlah ia tanpa parut;
    Kekusutan yang keruh menajadi jernih,
    Kerana-Nya saling bermaafan itu yang patut.
  • Ratu Rimba Niagara Kita manusia tak sempurna,
    Kisah semalam jadikan iktibar;
    Agar tersimpul kasih sempurna,
    Sama-sama kita sebut ALAHU AKBAR.
  • Ratu Rimba Niagara Duhai kanda sri mawar,
    ku tahu hatimu wangi;
    sewangi bunga mawar,
    kasihku sentiasa mewangi.
  • Sri Mawar .
    Rendang rambutan berbuah lebat
    rasanya manis perisa tulin
    terharu kanda menyambut jabat
    sutera hatimu mulia dijalin.
  • Ratu Rimba Niagara buang yang keruh ambil yang jernih,
    kita kaitkan bahasa nan indah;
    wajahmu ayu hatimu jernih,
    syahduku bahasamu bermadah.
  • Sri Mawar .
    Jadi pemenang sangat berbangga
    mendapat hadiah agung kurnia
    madah kata bait berbunga
    sekadar minda ingin dicerna.
    Tuesday at 12:16am ·

    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA )
    25 Oktober 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;