Thursday, 25 October 2012

WARKAH UNTUK KANDA SRI MAWAR,' KISAH BANGSAWAN DIRAJA MINATKU'




    • WARKAH UNTUK RAKAN SASTERAKU KANDA SRI MAWAR 'KISAH BANGSAWAN DIRAJA MINATKU'

      Kisah bangsawan diRaja minat kubaca tika usia sembilan tahun lagi
      serasa duniaku berada di alam sana
      penuh dramatik penuh fantasi
      terpesona dengan gaya bahasa kebangsawan
      biarpun tak faham bahasa bangsawan di kala itu
      tapi teruja sangat membaca
      lagi dibaca lagi mengasyikkan
      dunia fantasi yang amat mengujakan
      seiring dengan pemikiran kanak-kanak di kala itu
      kawan-kawan ku adalah watak-watak
      yang ada dalam kisah bangsawan diRaja itu
      bahasa-bahasa indah kebangsawanan itu
      terikut-ikut dalam karangan
      sehinggakan diusik oleh guru
      Bahasa Malaysia cikgu Nordin namanya
      "Rabeah ni mengarang berbunga-bunga bahasa... tulisannya
      pun berbunga-bunga ...hantar surat ke kerajaan
      macam hantar pada kekasih...," satu kelas
      ketawakan aku ." Aku tertunduk malu senyum.

      Tak sangka pulak pembacaan kisah bangsawan diRaja itu memberi kesan yang mendalam dunia karyaku...kalau dulu aku mengarang kisah
      dongengan bangsawan diRaja ....kini aku mengarang kisah kebangsawanan diRaja realiti dan digabungkan bersama fantasi...lagi mengujakan dunia sasteraku...sebab itu nama penaku pun gunakan nama bangsawan diRaja sedangkan watak asalku bukan lah pangkat dan darjat menjadi buruan hidupku itu cumalah sekadar mencetuskan ilham ku untuk berkarya...berkawan dengan kerabat diRaja untuk menghayati agar watak-watak diRaja yang realiti dapat masuk ke watak bangsawan diRaja dalam karyaku...tak terfikir di benak fikiran ini hendak berkawan dengan kerabat diRaja apa tah lagi mengarangkan kisah realiti kerabat diRaja tapi itu semua sudah tercatat sejak azali makanya kuterima dengan redho.

      Begitulah ceritanya duhai rakan sasteraku Kanda Sri Mawar....

      Rakan sastera bangsawan diRaja mu,

      Adinda Putri Alam Nilam Purnama ,
      Ratu Rimba Niagara
      Istana Rimba Niagara
      Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand
      24 Oktober 2012
      (PETIKAN DARIPADA GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
      24 Oktober 2012
      Like ·  ·  · Yesterday at 9:46am
      • Sri Mawar likes this.
      • Sri Mawar wah..hebat..begitu kisahnya..umi mulai faham ngapa adik suka tulis cerita bangsawan..
      • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK KANDA SRI MAWAR (II)
        'NAMA PENA PUTRI ALAM NILAM PURNAMA'

        begitulah kisahnya kanda...
        bahan bacaan bangsawan diRaja 
        mempengaruhi karya dinda
        adakalanya berat rasa hati 
        tika menulis nama pena
        Putri ataupun Ratu
        malu rasanya
        teramat malu
        tapi kerana 
        untuk 
        karya
        bangsawan diRaja
        gagahi juga
        namun di hati ini
        tiada terdetik 
        mahu disanjungi
        seperti kerabat bangsawan diRaja
        moga rakan-rakan sastera
        pembaca karya dinda faham
        tiada menganggap dinda mahu
        berbangga diri dengan
        gelaran Putri ataupun Ratu...

        Nama Putri Alam Nilam Purnama 
        inipun diberikan oleh 
        kerabat diRaja Jembal Kelantan
        Tengku Khai Noor ...
        salah seorang kerabat diRaja
        yang tak jemu memberi sokongan
        dan peminat sastera karya-karya bangsawan diRaja
        dinda juga...
        menghargai ideanya maka
        digunakan nama pena
        PUTRI ALAM NILAM PURNAMA
        @ RATU RIMBA NIAGARA 

        Mogalah dijauhkan dari sifat
        membanggakan diri dan riak
        dalam berkarya
        atau apa saja
        yang membawa 
        kesombongan diri
        nauzubillahi

        Dinda rakan sastera bangsawanmu,

        Putri Alam Nilam Purnama,
        Ratu Rimba Niagara
        Istana Rimba Niagara
        Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand 
        24 Oktober 2012
      • Sri Mawar iya..faham..takapa dik..biar kita jadi diri kita sendiri tanpa peduli tanggapan org lain kerna bersajak ini adalah nadi diri sendiri..tak siapa dpt memahami jika tidak berjiwa seniman..
      • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK KANDA SRI MAWAR III
        'KHAZANAH WARISAN BANGSA SASTRA SENUSANTARA'

        Terima kasih kerana kanda sudah faham dalam 
        menyelami dunia sastera ku...

        maaf jika selama ini dinda agak emosi 
        apabila mereka nggak faham dengan dunia sasteraku
        dan bagiku itu adalah cabaran dalam memantapkan lagi karyaku
        itulah ketidak sempurnaanku dalam berkarya 
        moga yang tidak sempurna itu 
        Allah SWT ampunkan 
        dan kanda sudi maafkan ye...
        kritikan kanda itu 
        terlalu amat berharga walaupun pahit
        dalam pahit ada madu
        madu sastera 
        yang dibingkaikan untuk 
        bahan sastera anak cucu...
        betapa memperjuangan sastera warisan bangsa ini
        penuh berliku
        jerih perih
        sedu sedan
        moga akhirnya membuah kejayaan 
        untuk dihadiahkan kepada anak cucu
        sebuah karya Sastra SeNusantara
        dan itulah yang dinda dambakan
        moga Allah SWT redhoi 
        perjuangan Sastra SeNusantara 
        Khazanah Warisan Bangsa Sastra SeNusantara
        Aamin Ya Rabbal A'Lamin

        Dinda rakan sasteramu,

        PUTRI ALAM NILAM PURNAMA
        24 Oktober 2012
      • (PETIKAN DARIPADA WAL GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
        25 Oktober 2012 

0 comments:

Post a Comment

 
;