Monday, 22 October 2012

ISTIADAT MANDIAN KUNINGAN MELETAKKAN MARTABAT DIRAJA DARI KERABAT-KERABAT YANG DIBERI PERTUNJUK DARI ALLAH SWT




Ina Zwan shared Ina Zwan's photo.
MELETAKKAN KEMBALI MARTABAT DIRAJA DARI WARIS-WARIS KEBANGKITAN KESULTANAN MELAKA YANG TELAH ALLAH PERINTAHKAN KEPADA MEREKA UNTUK DISUSUN KEMBALI RAJA-RAJA BERDAULAT, SESUNGGUHNYA HANYA KEMULIAAN DAULAH ALLAH YANG DIPOHON TERUS DARI RAJA S
EKALIAN ALAM.


Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa. (Surah Fatir Ayat 10)
Like ·  · 

Ina Zwan shared Ina Zwan's photo.
ISTIADAT MANDIAN SEMBILAN KUNINGAN MELETAKKAN MARTABAT DIRAJA DARI KERABAT-KERABAT YANG DIBERI PENTUNJUK DARI ALLAH DAN MENGHADIRKAN DIRI UNTUK DIMULIAKAN ALLAH DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempun
yai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Like ·  · 




Tengku Shawal Tengku Aziz  shared Ina Zwan's photo.
Tugas tangan-tangan Allah adalah bersama meletakkan kembali martabat DAULAT RAJA-RAJA DUNIA yang terputus sebagai ujian Allah dan untuk Allah sembunyikan segala pertalian zahir dari dilihat manusia bertujuan dijadikan waris-waris raja keban
gkitan akhir zaman.. sesungguhnya Allah sahaja yang menentukan kemuliaan manusia di muka bumi .. dan bukan manusia yang memilih manusia untuk di muliakan di dunia dan di akhirat

Firman Allah di dalam AlQuran surah Al Qasas ayat 68 : Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya.

KEPADA SELURUH KERABAT YANG MENDAPAT TITIPAN ATAU MIMPI DARI ALLAH KEPADA DIRI MEREKA SETELAH ALLAH PERINTAHKAN KAMI PUTUSKAN NAMA-NAMA KERABAT PUTUS DARI MEMILIKI SIFAT KEISTIMEWAAN DIRI SEBAGAI KERABAT RAJA DI DUNIA INI DAN MEREKA AKAN MERASAKAN DI DALAM JIWA MEREKA KOSONG SEBAGAI KETURUNAN RAJA DI ATAS MUKA BUMI INI.. maka perlu HADIR untuk diletakkan kembali DAULAH ALLAH sebagai DAULAT RAJA SEBENAR.. Insyaallah.. jiwa manusia yang Allah tentukan dari kerabat-kerabat yang dipilih Allah itu akan tenang selama-lamannya dari gangguan IBLIS DI DALAM DIRI MERAKA itu..
Unlike ·  · 
  • Tengku Shawal Tengku Aziz Syukuran..moga satu iktikad..Amin..
    15 hours ago · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara tapi napa jabat nya tak sampai ye...
    (hehehehe)
  • Tengku Shawal Tengku Aziz nak sambut kain nya..hehe
    15 hours ago · Unlike · 1
  • Ina Zwan Hulurkan kain aje.. mana ade salam berjabat.. hehehe..
    15 hours ago · Unlike · 1
  • Ina Zwan Tengku Syawal bila pula nak mandi ?
    15 hours ago · Edited · Like · 1
  • Tengku Shawal Tengku Aziz InsyaAllah....Amin..
    15 hours ago · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara Tu...dinda-dinda bertiga yang bertutup wajah tu...hehehehe
    15 hours ago · Like · 1
  • Ina Zwan yang tu dah sudah.. Ratu pula bagai mana?
    15 hours ago · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara sedang menantikan cinta kerabat ni...hehehehe
    katanyanya tunggu Kerabat DiRaja SeNusantara DiMartabatkan!...hehehehe
    15 hours ago · Like · 1
  • Ina Zwan Hmmm.. bersihkan jiwa dulu dari sifat raja yang berkehendak.. sebelum menanti apa yang ditunggu.. insyallah.. semuanya Allah yang akan susun dalam aturan Allah kepada seluruh kerabat nanti.. SESUNGGUHNYA CINTA ALLAH ADALAH SEGALA-GALANYA
    15 hours ago · Edited · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara Kerabat tetap kerabat
    Rakyat tetap rakyat
    Manakan sama dengan kerabat
    Daulat raja itulah dimahukan rakyat
    15 hours ago · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara HARI INI AKU TANGISI TIADA ARTI

    hari ini aku tangisi tiada arti
    pergimu merajuk hati
    makan hati
    derita hati ini
    menjeruk rasa hati
    sampai hati
    kau pergi
    tinggalkan aku sendiri
    menyesali
    kerana bukan aku kau cintai
    katamu takdir kehendaki
    perpisahan ini
    aku tangisi
    setega itu sampai hati
    kau lukai
    derita cinta ini
    yang kupercayai
    kaulah takdir cintaku ini
    tapi rupanya tidak begini
    kau pergi
    membiarkan aku dilukai
    menangisi
    tiada arti
    lagi kau kucintai
    hanya doaku panjatkan pada Ilahi
    kau bahagia bersama permaisuri
    yang telah tertulis takdir ini
    cintamu bukan untukku yang kau cintai
    tapi hanyalah untuk permaisuri
    demi
    kebahagiaanmu jangan diingati
    aku lagi
    kerana aku sudah redhoi
    cintamu bukan untuk kumiliki
    cukuplah sekadar puisi
    cinta antara dua darjat membatasi
    cintai dilukai
    dalam lagenda cinta dua benua tak terealiti
    darjat memisahkan dua insan saling mencintai
    rela kuundur diri
    asalkan kebahagiaan semua menjadi realiti....

    PUTRI ALAM NILAM PURNAMA
    13 Oktober 2012
    October 13 at 8:46pm · Like · 3
    Like · · Unfollow Post · 4 hours ago
    Karaton Nusantara and Perkumpulan Karaton Nusantara like this.

    Perkumpulan Karaton Nusantara hanya cinta sejati...
    2 hours ago · Unlike · 2

    Karaton Nusantara ada juga cinta tak berbalas.. ya deh..
    2 hours ago · Unlike · 2

    Ratu Rimba Niagara memang ada cinta tak terbalas,
    kerana darjat cinta terlerai;
    yang penting cinta yang ikhlas,
    itulah lambang cinta sejati.
    (hehehehe)
    2 hours ago · Like

    Ratu Rimba Niagara siapalah patik rakyat biasa,
    mana boleh bercinta dengan raja;
    itu sudah cinta luar biasa,
    menyanjungi daulatnya raja.
    (hehehehe)
    2 hours ago · Like
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MAJLLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM SENUSANTARA)
    22 Oktober 2012
    15 hours ago · Like · 1
  • Ina Zwan Raja dan Rakyat hanya ujian dari ciptaan Allah kepada manusia,
    Lain bicara lain maknanya kerana itu manusia suka bersengketa , 
    Bukan niat saya mahu melukakan hati manusia , 
    Hanya Allah berhak membezakan Kehendak Daulat Raja kepada rakyat dinaungi pada apa yang dipinta ..
    14 hours ago · Edited · Unlike · 2
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN INDAHNYA CINTA DUA BENUA

    Assalamualaikum duhai teman,
    Grup pantun yang kuhormati;
    Maafkan aku duhai teman,
    Aku berkarya sudah disalah arti.

    Bila kamu baca karya ku teman,
    Kalau salah tolong ajarkan;
    Aku tak sehebatmu teman,
    Baru belajar menulis pantun.

    Aku malu duhai teman,
    Berpantun denganmu;
    Kau hebat berpantun teman,
    Makanya ajarkan aku.

    Pantun mu berima teman,
    Pantunku bahasa berterabur;
    Aduh malunya aku teman,
    Kerana minat malu kulebur.

    Tahukah kamu teman,
    Aku malu menjadi grup pantun;
    Kerana aku tak pandai berpantun,
    Kukumpul kekuatan untuk berpantun.

    Kuturun ke gelanggang pantun,
    Moga kalian sudi menjawab pantunku;
    Tiada yang sudi menjawab pantun,
    Makanya kujawab sendiri pantunku.

    Kerana minat aku berpantun,
    Kerana minat aku berkarya;
    Aku bersahabat dalam berpantun,
    Menyambung ukhuwah dalam berkarya.

    Tuhan temukanku di grup pantun,
    Aku apa lagi sukalah hati tak terkira;
    Pagi petang siang malam aku berpantun,
    Banyaknya aku berpantun tak terkira.

    Di grup pantun ini aku ceria,
    Aku dilayan penuh santun;
    Hatiku gembira dan ceria,
    Kawan-kawan berbahasa santun.

    Dalam bahasa indah aku belajar pantun,
    Budi bahasa indah ilham tercerna;
    Benarlah indahnya bahasa pantun,
    Senyuman terkuntum seri tersirna.

    Wajah berseri menguntum senyum,
    Dalam hati ada taman,
    Dalam berpantun ada senyum,
    Pondok pantun indah bagaikan taman.

    Pondok pantun indah bagaikan taman,
    Berbunga-bunga setiap hari;
    Pelbagai tema pantun menyerikan taman,
    Senyuman terukir wajah berseri.

    Setiap bait-bait pantun difikirkan dulu,
    Kerana itu kuntuman bunga;
    Kuntuman bunga Syurga itu yang dimahu,
    Agar wangian Syurga-Nya tetap dijaga. 

    Indahnya taman pondok pantun ini,
    Yang kulihat hanyalah permata Syurga;
    Berpantun sentiasa menjaga hati,
    Bagaikan berpantun dengan ahli Syurga.

    Setiap ahli saling hormat menghormati,
    Berkata tidak mengikut hati;
    Yang ada kasih sayang di hati,
    Tersimpul mati kasih sejati.

    Dalam berpantun kita bercanda,
    Dalam berpantun kita berteman;
    Jauh sekalu hendak mengada-ngada,
    Yang ada ingin menjadi insan budiman.

    Berpantun sejujur hati,
    Berpantun berukhuwah sejati;
    Berpantun tidak mengikut hati,
    Berpantun persahabatan tersimpul mati.

    Pondok Pantun Persahabatan Nusantara,
    Menyatukan hati antara dua benua;
    Berkasih sayang hidup bernegara,
    Aduhai indahnya cinta dua benua.

    Tak kenal maka tak cinta,
    Dah kenal baru cinta;
    Dua benua insan bercinta,
    Negaramu kusayang negaraku kau cinta.

    Dua benua menjalin cinta,
    Satukan dua hati dua negara;
    Hebatnya dua benua bercinta,
    Satu hati mencantumi dua negara.

    Indahnya cinta dua benua,
    Senada seirama ukhuwah sejati;
    Menyatukan kebudayaan dua benua,
    Melestarikan impian anak cucu jadi sejati.

    Cinta dua benua dua hati,
    Bersatu hati di ombak rindu;
    Saling menjaga cinta hati,
    Menjadi realiti cinta dirindu.

    Sampai di sini pantun terhenti,
    Tangan dihulur mohon dimaafi;
    Ikatan kita jangan terhenti,
    Kita ditemukan untuk saling memaafi.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    21 Oktober 2012
    14 hours ago · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN SAMPAI SYURGA KITA BERCINTA

    Ratu Rimba Niagara:

    Dalam hati ada taman,
    Taman cinta berhati rindu;
    Aku disepikan teman,
    Makanyanya pergilah rindu.

    Sri Mawar .
    Panas terik memakai topi
    berjalan kaki ke hujung tanjung
    teman menanti mula menyepi 
    dinda di tunggu lambat berkunjung
    8 hours ago · Like

    Ratu Rimba Niagara 

    duhai kanda yang kusayangi,
    kurindumu dalam sepi;
    rindu dendam tak tertahan lagi,
    air mata kasih kukurimkan di angin sepi.

    bukan ku tak mahu menyapamu kanda,
    ku takut tersalah bicara;
    mengguriskan hatimu tidak kumahu kanda,
    biarlah kupendam rindu membara.

    maafka aku duhai kanda,
    kusayangmu dalam diam;
    kutakut tak terbalas kasih kanda,
    tersisihlah aku merana dalam diam.

    sejak kukenal karyamu,
    di negeri antah berantah;
    aku hayati karyamu,
    karyaku rasa tersisih.

    napa kanda tak sudi menyapa,
    kanda biarkan dinda sendirian;
    berkarya bukanlah suka-suka,
    tapi tetap juga disisihkan.

    adakah kanda malu menyapa dinda,
    kitakan minat yang sama;
    karya kanda karya dinda,
    berbeda tapi matlamatnya sama.

    berkarya bukan ingin mencipta nama,
    jauh sekali untuk berbangga diri;
    ayuhlah kanda kita bergandingan bersama,
    berkarya meraih Cinta dan Kasih Ilahi.

    di angin lalu kuseru namamu kanda,
    kau diam tanpa bicara;
    ku tak tahu apa salahku kanda,
    dalam diam rinduku membara.

    tahulah dinda tak sehebatmu kanda,
    karyamu puitis lagi indah didengar;
    dinda mahu belajar denganmu kanda,
    hasilkan karya puitis agar indah didengar.

    hari-hari dinda berkarya,
    dunia karya dunia dinda;
    dinda minat sangat berkarya,
    berkarya bukan niat mengada-ngada.

    mereka kritik pantun dinda,
    entah apa-apa tak serupa pantun;
    tiada pembayang terus kepada fakta,
    itulah cara dinda berpantun.

    mereka nak kritik..kritiklah,
    dinda tetap tak akan mengalah;
    dinda berpantun berbedalah,
    asalkan kita berkarya tak mengalah.

    apa nak dikisahkan,
    kita berkarya bukan kerana mereka;
    kita berkarya kerana telah ditakdirkan,
    bersyukurlah moga ada Nilaian di Sisi-Nya.

    kita berkarya tanda syukur pada-Nya,
    kita jauhkan bahasa menyakitkan hati;
    perselisihan menguncang murka-Nya,
    jika begitu matikan pena biar terhenti.

    berkaryalah semahumu,
    Insya-Allah kan kubaca karyamu;
    Kubaca kuhayati tanpa jemu,
    Moga Allah memberi kekuatan itu.

    berkarya mengundang rindu,
    berkarya disepikan rindu;
    kita saling rindu merindu;
    bila kau sepi kularut rindu.

    rindumu kularut di ombak rindu,
    dibiarkan hayut dibawa ombak;
    pergilah rindu itu yang kau mahu,
    rinduku hilang di laut tak berombak.

    mana ada laut yang tak berombak,
    itu dunia ilusimu yang tak realiti;
    rindumu yang tak berombak;
    makanya relakan ku pergi.

    padamu kanda aku mengunggu,
    jadikanlah rinduku rindumu realiti;
    seiring keredhaan Tuhanku Tuhanmu,
    agar rindu dan kasih diredhai.

    hidup ini penuh pesona dunia,
    dilalai terlalai kita yang rugi;
    kita hargai hidup setetes cuma,
    agar hidup mati tiada rugi.

    usia tersisa kita hargai bersama,
    entah esok lusa dijemput pulang;
    merana hati amalan tiada bersama,
    di alam barzah bekalan yang kosong.

    duhai kanda kita ditemukan atas kehendak-Nya,
    bukan untuk saling menyakiti hati;
    untuk bermusuhan gara-gara berkarya,
    buang yang keruh kita simpulkan kasih di hati.

    kasihmu kasihku sejati,
    tak akan makan hati;
    semuanya suka hati,
    diikasih sampai mati.

    duhai kanda disayangi dunia akhirat,
    kita bersumpah setia sehidup semati;
    moga Allah berkati dunia akhirat,
    itulah yang kita sama hajati.

    duhai kanda marilah kita sama berbakti,
    pada Tuhan pada semua hamba-Nya;
    biarlah hati kita dilukai disakiti,
    berbakti tetap berbakti sampai mati.

    kasihmu kasihku tersimpul mati,
    tak akan ada penyelewengan cinta;
    kerana kita mahu hidup diberkati,
    sampai mati Allah jua tetap diCinta.

    duhai kanda berjanjilah pada dinda,
    menabur budi jangan harap balasan;
    semuanya kerana Allah diCinta,
    pasti ketenangan sebagai balasan.

    sampai disini pantun terhenti,
    dikarang istimewa untuk kanda tercinta;
    cinta kita jangan terhenti,
    moga sampai di Syurga kita bercinta.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    20 Oktober 2012
    (PETIKAN DARIPADA GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA)
    14 hours ago · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

    Orang berbudi kita berbahasa,
    Orang memberi kita merasa;
    Indahnya budi kerana bahasa,
    Bahasa jelek hati terasa.

    Budi dibalas racun berbisa,
    Lagi berbahasa lagi berbisa;
    Berkatalah pada reti bahasa,
    Nggak faham bisulah bahasa.

    Sejambak budi sejambak bahasa,
    Indahnya budi meresap ke hati;
    Tiada kata seindah bahasa,
    Bahasa indah harum di hati.

    Bahasa kukait dengan cinta,
    Budi kuhargai hingga ke mati;
    Indahnya bahasa kerana cinta,
    Indahnya cinta setulus hati.

    Hari-hari berbahasa indah,
    Serasa berada di taman Syurga;
    Semua temanku bermadah-madah,
    Madah pujangga bak penghuni Syurga.

    Bahasa mu indah menguntum senyuman,
    Senyuman berseri bak bulan purnama;
    Dalam hati kau teman idaman,
    Terpatri cinta di Syurga bersama.

    Hari-hari ku petik bunga bahasa,
    Lalu kukarang sejambak bahasa;
    Kuhadiahkan sejambak bunga bahasa,
    Teman istimewa tahu bahasa.

    Bahasa...oh! bahasa...oh! bahasa,
    Bahasa indah hadirlah di hati;
    Kuungkapkan indahnya bahasa,
    Bahasa hati pada yang mengerti,

    Duniaku dunia bahasa,
    Karyaku karya bahasa;
    Indahnya karya bahasa,
    Berartinya karya bahasa.

    Bahasa indah terkuntum senyuman,
    Setiap bahasa sentiasa dijaga;
    Kata-kata indah terukir senyuman,
    Pahala dibawa hingga ke Syurga. 

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    22 Oktober 2012
    14 hours ago · Like · 1
  • Ina Zwan Diri ini adalah milik Allah jua yang diberi UNTUK DIMULIA,
    Sebagai pinjaman ROH dari jaminan syurga BUKAN KE NERAKA, 
    Hebatnya cinta benua YANG DIPINTA kerana jauh dari mata , 
    HEBATNYA CINTA DUA ALAM DARI ALLAH KERANA ALLAH ADA PADA DIRI KITA.
    14 hours ago · Unlike · 2
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN BERSAHABAT DAN BERCINTA KERANA ALLAH

    Kumahu hidup bagaikan di Syurga,
    Apabila berbicara seperti ahli Syurga;
    Bersahabat mereka impikan Syurga,
    Moga terpilih menjadi ahli Syurga.

    Tiada lebih berharga di dunia ini,
    Mendapat sahabat beroleh hidayah-Nya;
    Biarpun jauh tapi tidak sendiri,
    Saling ingat mengingat dalam Nur Kasih-Nya.

    Tiada diduga perkenalan kita,
    Semuanya kehendak Allah Yang Esa;
    Moga saling berbaik sangka sesama kita,
    Mengeratkan talisiraturrahim mendapat redha-Nya.

    Bersahabat atas dasar kerana Allah,
    Saling berkorban untuk redha-Nya;
    Berkorban biar dipandang Allah, 
    Kupanjatkan syukur mendapat restu-Nya,

    Seorang sahabat hatinya tulus,
    Sentiasa ingat mengingati;
    Demi persahabatan suci ikhlas,
    Apabila tiada akan diingati.

    Duhai sahabatku yang disanjungi,
    Hidupmu seperti pelangi;
    Apabila bertutur setulus hati,
    Moga dikau menjadi sahabat sejati.

    Hidup penuh keceriaan dalam keikhlasan;
    Perkenalan kita tidak disengajakan;
    Moga persahabatan berkekalan,
    Dibalas Allah dengan keberkatan.

    Jangan dipendam segala perasaan,
    Sahabatmu ini sedia dengari;
    Pasti hidupmu tiada kesepian,
    Agar ceria hidupmu setiap hari.

    Ibumu sakit hatimu bimbang,
    Hatimu pilu bukan kepalang;
    Jasa ibumu takkan hilang,
    Kau jaganya dengan kasih dan sayang.

    Sahabatku kalau itu bagai dikata,
    Akulah sahabat paling bertuah;
    Gembira hati tidak terkata,
    Ikatan persahabatan jangan mengalah.

    Kuucapkan salam perkenalan,
    Untukmu semua sahabat fbku;
    Di alam maya kita disatukan,
    Senyumanmu menghiburkan hatiku.

    Mas iman kau bagaikan anakku,
    Rangkaian kasih ibumu yang tiada;
    Justeru sentiasa doakan ibumu,
    Budinya membawamu ke alam Syurga.

    Duhai Putri ku yang dikasihi,
    Balaslah cintanya kerana Allah;
    Kerana itu kau akan dihormati,
    Menjadi isteri soleha dalam Rahmat Allah.

    Kita tak boleh menilai diri sendiri,
    Tapi pandanganku kau seorang yang baik;
    Jadikan usia remajamu hidup menyinari,
    Moga dikau menjadi insan terbaik.

    Tiga sahabat wajah berseri,
    Melakukan ibadat umrah seikhlas hati;
    Mendapat keredhaan Allah itu dihajati,
    Murah rezeki panjang umur datanglah lagi.

    Alhamdulillah syukur tidak terucap,
    Kerana dikurniakan sahabat sepertimu;
    Kehadiranmu penyeri hidup,
    Moga sahabat dunia akhirat itu mahuku.

    Semua orang berhak jatuh cinta,
    Kerana itu lumrah manusia;
    Cintamu ditolak jangan terasa,
    Kerana hatinya sudah dimiliki cinta.

    Cintailah dia kerana Allah,
    Cinta seutuhnya membawamu ke Syurga;
    Membalas cintamu kerana Allah,
    Barulah cintamu seperti penghuni Syurga.

    Rupamu menawan seindah budi,
    Tutur katamu menawan hatiku;
    Andai dikau menjauhkan diri,
    Hancur segala ikatan murni.

    Jika cinta telah tertulis di Sana,
    Itulah cinta seutuhnya;
    Kehadirannya membawamu ke Sana,
    Bersyukurlah cintanya cintamu dalam restu-Nya.

    Cintailah pilihanmu kerana Allah,
    Jangan seiring kehendakmu;
    Biarlah seiring kehendak Allah.
    Pasti cintamu tiada rasa jemu.

    Jangan ada benci di antara kita,
    Kerana itu jauh dari rahmat Allah;
    Tutur katamu seperti di Syurga,
    Moga bersama di Syurga dimakbulkan Allah.

    Yang baik itu dari Allah,
    Yang kurang dari diriku sendiri;
    Bertalisiraturrahim kita kerana Allah,
    Tiada langsung perasaan iri.

    Bersahabat bercinta kerana Allah,
    Serasa hidup di alam Syurga;
    Berkasih sayang kerana Allah,
    Nikmat kehidupan seperti di Syurga.

    KARYA PUTRI RIMBA.
    27 April 2012
    April 27 at 3:28pm · Like · 5

    Hajah Rose ksih syg,sgt pnting,bg manusia,sdg kan haiwan pun tau akan ksih syg..
    April 27 at 3:29pm · Like · 1

    Rose Qasehnurain Terima kasih sahabat ku yg baik hati ~♥~♥~
    April 27 at 3:36pm · Like · 1

    Ratu Rimba Niagara Boleh lah sikit nak kongsi sama muslimin muslimat tersayang demi kasih dan sayang....macam mana ok tak pantunnya Love Manja...
    April 27 at 3:40pm · Like · 2

    Ratu Rimba Niagara Terima kasih ye...moga siapa yang membacanya mendapat Nur Hidayah Kasih dari-Nya ...Aamin...Aamin...Aamin Ya Rabbal A'Lamin
    April 27 at 3:44pm · Like · 1

    Rosaishah Ghazali Kasih sayang itu perlu di dlm kehidupan kita sehari hari...t/kasih sahabatku Roos Muri Shah...
    April 27 at 3:46pm · Like · 1

    Ratu Rimba Niagara Salam sayang dariku untuk semua...dunia bawa ke akhirat...Insya-Allah Aamin.
    April 27 at 3:48pm · Like · 2

    Insan Penyayang sapa nak berkasih sayang ngan insan mai la...
    April 27 at 4:14pm · Like · 1

    Noor N. Sulaiman tkasih Roos Muri Shah..mmg betul sgt la tu..
    April 27 at 4:15pm · Like · 1

    Roos Muri Shah Terima kasih Jamilah Arifin..sudi hadhir ke halaman saya ni..
    April 27 at 4:20pm · Like

    Roos Muri Shah Terima kasih Ani Acik..hadhir kehalaman saya ini
    April 27 at 4:21pm · Like · 1

    Roos Muri Shah Terima kasih Ratu Rimba Niagara..menghadhirkan diri kehalaman saya ini..
    April 27 at 4:22pm · Unlike · 1
    (PETIKAN DARIPADA WALL ROSS MURI SHAH)
    20 Oktober 2012
    Like · · Unfollow Post · Saturday at 7:45pm
    Seen by 33
    Ken Irawaty likes this.

    Ken Irawaty Adinda Ratu Rimba Niagara,Bunda senang dengan membaca karyamu,salam sayang selalu untukmu,semoga sehat walafiat.Amin!
    Saturday at 10:06pm · Unlike · 1

    Ratu Rimba Niagara Terima kasih duhai bunda,
    Kerana sudi membaca karya nanda;
    Kan kuingat kasihmu bunda,
    Moga Allah perkenankan doamu tuk nanda.
    (Aamiin Ya Rabbal A'Lamin)
    Yesterday at 9:17am · Unlike · 1

    Dasmainil .
    awal kata dengan bismillah
    kata akhir ucapkan salam
    kalau berpegang kepada Allah
    hati senang perasaan tentram
    22 hours ago · Unlike · 1
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTA)
    22 Oktober 2012
  • Ratu Rimba Niagara RATU RIMBA BERBALAS PANTUN DENGAN AHLI GRUP
    PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA

    Ratu Rimba:

    Assalamualaikum pembuka bicara,
    Buat sahabat pantun tercinta;
    Bolehkah kita sembang bicara,
    Soal hati soal cinta.

    Maznah Kpr Moncheh :
    walaikusalam salam di sambut mersa
    tersenyum manja melihat dia
    berbicara cinta pada yang bercinta
    tapi saya hilang segala tiada cinta

    Ratu Rimba:
    duhai kawan yang tercinta,
    kenapa hilang segala cinta;
    tak tega kudengar duhai cinta,
    hidup bermakna adanya cinta.

    Ken Irawaty:
    Waalaikumsalam sapa ku sambut,
    Untuk dinda yang berhati lembut.
    Kalau cinta sudah membalut,
    didalam mimpi nama disebut.
    Wajahnya ada di tiap sudut.
    Bila kasih ada yang rebut,
    nyawa rasa di cabut.......hehehe!
    Tapi adikku usahlah takut,
    bila CINTA datang menjemput.

    Ratu Rimba:
    Duhai kanda yang rupawan, 
    budi bahasamu buat kutertawan;
    tiada rebutan dalam percintaan,
    cintamu juga menjadi rebutan.
    (hehehe)

    Maznah Kpr Moncheh:
    gadis manis duduk bersila
    selendang jarang selendang sutra
    Tak tegar dgn cinta pernah dulu kecwa
    cinta buatku merana

    Ken Irawaty:
    Adindaku berhati berlian,
    Sudah lama hidupku berjalan,
    Tak hitung tahun dan juga bulan,
    hiduppun sudah menjangkau awan.
    Sebelum bumi dalam pelukan,
    Cintaku beri buat berkawan.

    Ratu Rimba:
    Duhai kanda yang kusayang,
    Cintamu kuhargai sepenuh hati;
    Kita jalinkan kasih dan sayang,
    Moga terpatri cinta ke Syurgawi.

    Merana hati kecewa cinta,
    Patah tumbuh hilang berganti;
    Cinta pertama memang tak sama,
    Insya-Allah akan hadir yang mencintai.
    (GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA)
    28 Sept 2012

    SEBELUM BERANGKAT PULANG KE SYURGA REALITI

    Melayu penuh sopan santun beradat
    Berkata seolah mahu mati esoknya
    Berbudi seolah mahu hidup seribu tahun lagi
    Generasi disayangi
    Kerabat dikasihi
    Serumpun Senusantara
    Indahnya sebuah kehidupan
    Tanpa hasad dan iri di hati
    Semuanya mencari jalan-jalan pulang
    Ke negeri abadi
    Yang sentiasa menanti
    Berjumpa Tuhan dengan hati yang tenang
    Berkat tika hidup bersangka baik denganNya
    Redha akan KetentuanNya
    Sentiasa mahukan hidup di dunia bagaikan Syurga
    Sebelum berangkat pulang ke Syurga realiti
    Insya-Allah Aamin Ya Rabbal A'Lamin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    28 Sept 2012
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA & GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA & GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA 
    CINTA 5 BENUA)
  • Ina Zwan Hidup di rimba kerana ujian 
    Kota yang dipilih menanti MASA,
    Telah diketahui manusia mereka ada bahagian,
    SELURUH DUNIA AKAN TUNDUK BILA DAH TIBA
    14 hours ago · Edited · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA!

    Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Indonesia Tercinta
    Sekalung tahniah buatmu
    Merah putih sentiasa berkibar megah
    Semegah rakyat Indonesia
    Semegah ibu pertiwi Indonesia

    Setiap 17 Agustus kau sentiasa
    diraikan seluruh rakyat Indonesia
    penuh bangga
    penuh megah
    menyanjungimu menyayangimu
    karena memiikimu bukanlah mudah!
    darah para kasatria diRaja
    sebati di bumi
    untuk pertahankan ibu pertiwi
    nyawa jadi taruhan
    karena keberanian
    para kasatria diRaja
    rela mati di medan juang
    meraih kemerdekaan untuk Indonesia
    makanya Indonesia
    akan terus merdeka
    dalam arti kata yang sebenar-benarnya
    mengikut kehendak rakyat dan ibu pertiwi
    tak akan ada penyelewengan cinta
    pada ibu pertiwi
    karena segala pengorbanan kasatria diRaja
    akan menjadi percuma
    makanya Indonesia harus bersatu
    bagi mempertahankan bumi bertuah
    Indonesia daripada dijajah kembali
    karena kemerdekaan Indonesia
    adalah hadiah daripada tetesan darah kasatria diRaja
    untuk anak bangsa dan ibu pertiwi Indonesia!

    Berkibarlah! Berkibarlah! Berkibarlah Merah Putih!
    dengan penuh rasa megah dan bangga

    Garuda diRaja di angkasa raya berterbangan
    sambil mengibarkan merah putih
    lambang kemegahan Indonesia

    Merah putih akan sentiasa berkibar megah
    dikibarkan oleh semua rakyat Indonesia
    yang cintakan Indonesia 
    lambang cinta pada Indonesia
    dan tanda menghargai jasa para kasatria diRaja
    yang rela gugur di medan juang!

    'SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI KAPAN PUN!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI SENUSANTARA MASA HADAPAN'

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    17 Agustus 2012
    28 Ramadan 1433H
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SELURUH RAKYAT INDONESIA TERCINTA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA KE-67 PADA 17 AGUSTUS 2012)
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA & WALL DEN MAT MANGKUBUMI & WALL GARIJITO GONDOKUSUMO & WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    17 Ogos 2012
    17 Agustus 2012
    28 Ramadan 1433H
    Thursday at 8:46am · Edited · Like · 1
    Unlike · · Unfollow Post · Saturday at 7:57am
    You like this.
  • Ratu Rimba Niagara PAHLAWAN KEMERDEKAAN NASIONAL REPUBLIK INDONESIA!'

    Sunan Pakubuwono VI...
    demi Nusantara tercinta kau rela
    pertaruhkan nyawamu di setiap penjuru waktu
    tubuhnmu di hujani peluru
    ditembusi peluru di segenap tubuhmu

    ketika peluru tepat terkena di atas pelupuk mata
    sebelah kanan dan pada dahimu sebelah kanan
    tertembus peluru senjata, "Banker Rifle"

    tubuhmu bermandikan
    darah...darah...darah...
    merah...merah...merah...
    pekat...pekat...pekat...
    mengalir deras tanpa henti

    wajahmu tersenyum tenang
    lalu berkata,
    "Wahai kawulaku, warga Nusantara...
    Aku Rajamu...
    Aku rela pecahkan kepalaku
    dan tumpahkan darahku
    lewat senapang Banker Rifle dari
    tangan angkara penjajah Belanda,
    demi cita-cita kemerdekaanmu !”.

    Setelah habis berkata nafas pun terhenti
    dan mata pun terpejam rapat tapi masih
    tersenyum indah untuk diwariskan
    kepada seluruh warga Indonesia
    dengan harapan wasiatnya didengari
    lalu mempertahankan kemerdekaan
    Indonesia hingga ke tetesan darah terakhir!

    Biarpun hampir seratus delapan tahun
    pemergian Sunan Pakubuwono VI
    jasa kepahlawananmu masih diingat
    hingga ke saat ini dan tidak akan dilupa
    sampai kapan pun!
    Memang selayaknyalah Pemerintah Republik Indonesia
    mengangkat mu sebagai ,
    'PAHLAWAN kEMERDEKAAN NASIONAL REPUBLIK INDONESIA!'

    Karya Putri Rimba Niagara
    8 Mac 2012
    DISIARKAN PUISI BAGI MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA
    17 AGUSTUS 2012/ MALAYSIA 31 OGOS 2012
    8 Ogos 2012
    19 Ramadan 1433H
    Unlike · · Yesterday at 11:55am ·
    You, Adel Fadel, Ahmad Tajuddin and Sri Prabu Bumi Kusuma like this.
    (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
    9 Ogos 2012
    Wednesday at 2:45pm
  • Ratu Rimba Niagara TAKDIR CINTA

    heart Dimana Kau Sayang heart

    Bunga-bunga segar berkembangan
    Udara pun nyaman
    Jiwaku menjadi tenang
    puisi cinta dicoret
    Memenuhi ruang
    Beburung riang
    Berpasang-pasangan
    Berdendang keriangan
    Sehari bagaikan seminggu
    Seminggu bertahun kurasakan
    Pabila berjauhan darimu
    Kudidera kerinduan....

    ~JiwakuRita~2.50pm@270312

    Like · · Follow Post · March 27 at 3:13pm
    9 people like this.

    AKU BOLEH MENAFIKAN CINTA
    TAPI AKU TAK BOLEH MENOLAK TAKDIR CINTA

    Aku di sini sayang....
    Menerima kuntuman cintamu
    Tapi kenapa tiga kuntuman bunga sayang...
    Adakah aku cinta keduamu...
    Ah! cinta...
    Aku terlewat hadir dalam cintamu
    Tapi apakan daya
    Aku tak boleh menolak takdir cinta
    Kerna aku terpaksa berbagi cinta
    Dan aku bukan perampas cinta
    Ketahuilah ...
    Aku boleh menafikan cinta
    Tapi aku tak boleh menolak takdir cinta.
    Kerna setiap takdir itu adalah Ketentuan dariNya

    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Mac 2012

    (PETIKAN DARIPADA WALL GROUP OMBAK RINDU)
    22 Oktober 2012
  • Ratu Rimba Niagara YA ALLAH MATIKAN AKU DALAM KALIMAH SYURGA-MU

    aku malu pada Tuhan kerana aku tak berzikir
    aku malu pada Nabi kerana aku tak berselawat
    aku malu pada diiriku sendiri kerana aku tak beristifar

    andaikata hari ini hari yang terakhir bagiku
    ah! malangnya aku
    mati tanpa bekalan
    mati penuh penyesalan
    penyesalan tak tertebus
    ALLAHU AKBAR
    aku hamba-Mu yang hina
    terlalu hina
    maka Dengan Belas Ehsan-Mu
    berilah peluang aku hidup lagi
    kerana peluang hidup itu
    masih ada berbaki kini
    syukur aku belum mati lagi
    jika aku sudah mati
    air mata darah kumerayu pun
    KAU tak akan hidupkan kukembali
    biarpun aku cuma menyebut 
    satu lafaz pahala ALLAHU AKBAR
    ganjarannya berganda-ganda pahala banyaknya
    tika itu terasa teramat rugi
    meraung...meraung..meraung....
    merayu..merayu...merayu...
    tak akan dimakbulkan
    kerana Rahmat Kasih-Nya Allah
    dimakbulkan ketika masih hidup
    dah mati tanggunglah sendiri
    jawablah sendiri
    tiada siapa yang tolong
    terpekik terlolong
    tak henti-henti 
    dipukul dipalu
    sakit tak terperi
    di alam barzah derita sendiri
    tanpa teman akrab
    seperti di dunia dikeilingi teman
    semuanya sayang tapi kini melayang
    berada di alam barzah
    tak henti menanggung 
    azab sengsara kubur
    ALLAHU AKBAR
    aku insaf
    KAU masih beri aku peluang
    mengecapi hidup ini
    makanya tolonglah Ya Allah
    sinarlah Nur Hidayah Kasih-Mu
    padaku agar boleh 
    kulakukan segala amal kebajikan
    bukan kerana manusia
    tapi kerana-Mu semata
    berilah aku kekuatan
    menghadapi
    segala dugaan mendatang
    karna tak akan KAU
    uji hamba-MU
    melainkan mengikut
    kemampuan hamba-Mu
    dengan berkat 
    LAILLAHAILLAALLAH MUHAMMADARRASULULLAH
    matikan aku dalam kalimah Syurga-Mu
    Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    22 Oktober 2012
  • Ina Zwan Malu itu adalah mahluk ia dirasai dan mendapat petunjuk,
    Nabi juga adalah mahluk ia manusia diberikan petunjuk,
    Manusia beriman kepada mahluk biasanya sukar untuk dirujuk,
    Raja-Raja yang hilang malu kepada Tuhan adalah MANUSIA paling sukar untuk dipujuk.
  • Ratu Rimba Niagara YANG PENTING DAPAT MEMUJUK HATI UNTUK SEDAR KENAPA DIWUJUDKAN KEDUNIA
    MERENDAH DIRI TAK SEMESTINYA HINA
    BERDARJAT TAK SEMESTINYA MULIA
    SEMUANYA HINA DI MATA ALLAH SWT JIKA ADA KESOMBONGAN
    KERANA HANYA YANG LAYAK MEMAKAI PAKAIAN SOMBONG ITU ADALAH ALLAH SWT SAHAJA
    MOGA KITA DIJAUHKAN DARIPAA SIFAT SOMBONG KERANA MERASAKAN DIRI KITA SERBA SEMPURNA.
  • Ina Zwan Sombong itu pakaian Allah ,
    Diuji Allah sifatnya kepada Iblis ,
    Raja dan Sultan yang sombong kepada Allah ,
    Sememangnya layak ditentang seperti Iblis.
  • Ratu Rimba Niagara Raja adil raja disembah
    Raja zalim raja disanggah
    Pada Tuhan kita menyembah
    DIA saja patut dimegah
    6 hours ago · Like · 1
  • Ina Zwan RAJA ADIL RAJA DISEMBAH
    HANYA TUHAN YANG MEMBERI PERINTAH
    WALAUPUN KINI RAJA ITU DIMEGAH-MEGAH
    DILUPUSKAN DIRINYA MAKA HILANGLAH TITAH
  • Ratu Rimba Niagara Raja adil raja disanjung
    Raja zalim raja disanggah
    Hanya Tuhan layak disanjung
    Dia saja patut disembah
  • Ina Zwan RAJA ADIL DATANG BERKUNJUNG
    BUKAN RAJA YANG MAHU DISANJUNG
    RAJA YANG ZALIM TAK LAYAK DIKUNJUNG
    HANYA ALLAH TEMPAT YANG LAYAK DISANJUNG
  • Ratu Rimba Niagara Hidup jangan berdengki-dengki
    kerna itu sifatnya syaitan
    Tuhan memilih siapa hendak diberi
    Keturunan diRaja DIA yang tentukan.
  • Ratu Rimba Niagara Melayu penuh dengan adap,
    Tak ada adap jangan jadi melayu;
    Raja melayu semuanya beradap,
    Tak beradap akan dihadapkan pada Tuhanku.
  • Ina Zwan Hidup ini adalah ujian 
    SIFAT RAJA JUGA UJIAN,
    Melawan Allah maka jatuhnya KERAJAAN 
    Melawan Raja Berdaulat maka hilang mulia Tuhan
  • Ratu Rimba Niagara Tuhan itu tetap Mulia,
    Cumanya kita yang tak mulia;
    Berkata seperti kitalah yang termulia,
    Sedangkan kita jauh dari sifat mulia.
  • Ratu Rimba Niagara Berkata kitalah yang terpandai,
    Merasakan orang semuanya dungu;
    Sedangkan Alllah yang Maha terpandai,
    Tapi tidak menghukum hamba-Nya dungu.
  • Ina Zwan Mengenal diri mengenal Tuhan,
    Diri itu adalah Rahsia Tuhan ,
    Mengapa Tuhan yang dibezakan
    Adakah hilang pedoman dari AlQuran
  • Ratu Rimba Niagara Memuliakan sesama insan adapnya berteman,
    Melayu apa kalau tak sokong melayu;
    Itukah ciri orangnya beriman,
    Sentiasa suka memandang rendah melayu.
  • Ratu Rimba Niagara Jika tak sokong raja melayu,
    Sokong sajalah diri sendiri;
    Sudah tercatat sejak azali raja melayu,
    Qada & Qadar itulah rahsia-Nya Ilahi.
  • Ina Zwan Merasa diri ditipu seperti dungu
    Tetapi dimata memang BUKAN layu
    Adakah kita yang dikatakan merendahkan melayu
    Sedangkan Sultan PALSU sendiri tiada ADAB MAHU MENGIKUT adat melayu
  • Ratu Rimba Niagara Siapakah dia sultan palsu,
    Sultan palsu jadilah bisu;
    Yang dengarpun lesu,
    Takkan diikut orang melayu.
  • Ina Zwan Qada & Qadar itulah rahsia-Nya Ilahi
    Raja disembah bukan dipuja
    Adat melayu bukan untuk dipuji
    TETAPI MARTABAT MELAYU MESTI DIJAGA
  • Ratu Rimba Niagara Ina Zwan ini perempuan ke lelaki,
    Kalau perempuan kenapa wajah lelaki;
    Adap melayu sentiasa dijagai,
    Itu tandanya berkata tidak sesuka hati.
  • Ratu Rimba Niagara Berkata biarlah dari hati,
    Bukan untuk minta dipuji;
    Jauhkan berkata sesuka hati,
    Akan ramailah yang makan hati.
  • Ina Zwan Sultan palsu merampas kuasa
    Keturunan Raja bukan barisan
    Sesungguhnya itu adalah ujian Maha Kuasa
    Apabila lengkap Daulah Allah maka hilang biasan
  • Ratu Rimba Niagara Jika ramai makan hati,
    Lantaran mendengar kata menyakitkan hati;
    Tanggunglah sendiri dosa sesama sendiri,
    Akibat mulut menfitnah tanpa bukti.
  • Ina Zwan Nama diguna bukan kiasan
    Hanya Sultan yang mengenal diri ini
    Bukan melawan sifat saya sebagai kiasan
    MARUAH DIRI DICEMAR SULTAN YANG RASA DIRINYA TINGGI
  • Ratu Rimba Niagara Rakyat sendiri boleh memilih,
    Sultan benar sultan palsu;
    Allah juga yang tahu memilih,
    Akan musnah sultan palsu.
  • Ina Zwan Rakyat difitnah Sultan sendiri tiada maaf diberi
    Rakyat mencari yang hak maka diri ini dibenci
    APABILA RAKYAT INI KETURUNAN RAJA ASLI
    MAKA SULTAN MULA MERANCANG MENGUASAI DIRI
  • Ratu Rimba Niagara duhai puteri ina berwajah putera
    adakah tuan hamba berketurunan diRaja;
    berkata penuh dendam membara,
    pada sultan palsu yang ingin merampas kuasa diRaja.
  • Ina Zwan Bukan dendam kepada Sultan dihati ini
    Bukan rasa tak puas hati disanubari
    Tetapi adakah kita akan merasa tenang dihati
    APABILA TITAH MEREKA MAHU KELUARGA KITA MATI
  • Ratu Rimba Niagara sultan palsu sultan sebenar ingin berkuasa,
    sultan sebenarpun belum dimartabatkan;
    belum apa-apa lagi perebutan kuasa,
    kuasa sultan yang belum dimartabatkan.
  • Ina Zwan SAYA DIFITNAH SULTAN SENDIRI
    DIRASAKAN DIRI INI MAHU MENGKHIANATI
    ADAKAH LAYAK DIRI INI MAHU DI ADILI
    SEDANGKAN SAYA INI RAJA DARAH SULTAN ALI
  • Ratu Rimba Niagara kuasa sultan belum dimartabatkan,
    bagaimana boleh mahu dititahkan;
    rakyat tak boleh didungukan,
    sultan zaman purba kemungkinan.
  • Ina Zwan BUKAN KUASA YANG SAYA GILAKAN SEPERTI MEREKA
    ADILKAH SAYA DIAJAK MEREKA BERLUMBA-LUMBA
    WALAUPUN SAYA DARAH KETURUNAN RAJA PURBA
    BELUM TENTU RAJA MODEN ITU BERDAULAT RAJA.
  • Ratu Rimba Niagara Ampun tuanku daulat tuanku,
    Patik derhaka kepada tuanku;
    Hukumlah patik duhai tuanku,
    Moga Tuhan adili tuanku.
  • Ratu Rimba Niagara Raja purba raja moden,
    Biarlah senada seirama;
    Barulah rakyat tak kebingungan,
    Pasti institusi diRaja diadili saksama.
  • Ina Zwan SIFAT RAJA BUKAN MENGHUKUM
    SIFAT RAJA ADALAH MENJAGA
    RAKYAT DISANJUNG KIAN MENGHARUM
    BIARLAH ALLAH TENTUKAN SIAPAKAH KITA
  • Ratu Rimba Niagara Apalah ada pada darjat
    Jika darjat memakan diri
    Biarlah Allah memberi darjat
    Pada hamba-Nya berilmu tinggi
  • Ina Zwan SAYANG SAYA KEPADA ALLAH
    SEDIH SAYA MELIHAT RAJA
    BUKAN MAHU MELAWAN PERINTAH ALLAH
    HANYA SULTAN YANG MAHU SAYA PULIHKAN DIA
  • Ratu Rimba Niagara Jika yakin takdir Ilahi
    Tiada yang pelik di dunia ini
    Kuasa diRaja akan kembali
    Jika Allah berkata KUN maka terjadi
  • Ina Zwan RAJA BERDAULAT BUKAN SEMBARANG
    HANYA UCAPAN "KUN" JADI KEKUATAN
    BUKAN NIAT DIHATI MAHU BERPERANG
    HANYA CINTA ALLAH YANG HAMBA TAUTKAN
  • Ratu Rimba Niagara Ahamdulillah kalau itu bagai dikata,
    Dari Allah kita datang dan dikembalikan;
    Semua mendambakan cinta dari-Nya,
    Balasan cinta-Nya itu yang didambakan.
  • Ina Zwan CINTA ALLAH ADALAH SEGALANYA
    BUKAN SYURGA ATAU NERAKA YANG DIDAMBA
    BERSAMA ALLAH ADALAH MAHUNYA KITA
    KEKAL ABADI BERSAMA KASIH SEHINGGA HILANGNYA MASA
  • Ratu Rimba Niagara Cinta Allah segala-Nya,
    Makanya pertahankan institusi diraja;
    Boleh mengajak rakyat untuk mencintai-Nya,
    Kerana Allah adalah Raja Segala Raja.
  • Ratu Rimba Niagara Bila ada kuasa raja-raja,
    Bangsa melayu tidak dinjak-injak sesuka hati;
    Akan dipertahankan oleh raja-raja,
    Dapat beramal dengan tenang hati.
  • Ina Zwan CINTA ALLAH ADALAH SEGALANYA
    KEKASIH KITA ADALAH NYATA
    RAKYAT MEMANG TUJUAN KITA SEBAGAI RAJA
    MAHU MENGAJAK MEREKA MENCINTAI DAN KASIH KEPADA-NYA
  • Ratu Rimba Niagara Makanya tuanku janganlah berputus asa,
    tabahkan hati teruskan perjuangan;
    Allah tak suka hamba-Nya berputus asa,
    raja dan rakyat bersama memartabatkan.
  • Ratu Rimba Niagara Jika kuasa diRaja berjaya dimartabatkan,
    Pasti tenang jiwa melayu;
    Raja dan rakyat tak dapat dipisahkan,
    Bersama mencari jalan-jalan pulang tanpa jemu.
  • Ina Zwan MAAFKAN SAYA JIKA DISANA TERASA
    SEDIH MARAH HIBA SUKA DAN KETAWA
    SEBAGAI MANUSIA SAYA JUGA MERASA
    SAYA JUGA PASTI MERASA ALLAH AMBIL NYAWA
  • Ratu Rimba Niagara Nyawa manusia pasti diambil
    Kerana kita cuma pinjaman,
    Pasrah saja bila diambil,
    Yang penting mati dalam iman.
  • Ina Zwan MERENDAH DIRI DIHADAPAN MANUSIA 
    TIDAK BERMAKNA JIKA HATI TIADA ALLAH SEBAGAI CINTA
    MERENDAH DIRI KEPADA RAJA MANUSIA
    TIDAK BERMAKNA JIKA RAJA ITU SENDIRI YANG MENDERHAKA
  • Ratu Rimba Niagara Merendah diri kerana Allah
    Itu sifat yang terpuji
    Yang penting jangan derhaka kepada Allah
    Akan balasan tempatnya neraka
  • Ratu Rimba Niagara Sampai sini pantun terhenti
    Salah dan silap harap maafi
    Patik ingin mengundur diri
    Insya-Allah di lain kali berpantunlagi
  • Ina Zwan Bukan layak saya meminta
    Sama ada Syurga atau neraka
    Bukan layak saya dipuja sebagai raja
    Kerana manusia itu sama walaupun berbeza
  • Ina Zwan Maaf bicara penutup kata
    Mungkin ada silap bicara
    Sebagai manusia saya juga biasa
    Hanya saling hormat itu yang dipinta
  • KARYA INA ZWAN & RATU RIMBA NIAGARA)
    23 Oktober 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;