NOVEL PUSI CINTA DEMI-NYA (379) TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA ,'
Part 96 ' MERAIH FISABILILLAH-NYA
- BUKAKAN KHASHAF DZAT CINTA MU PADAKU YA ALLAH
Kalbu hanya terpana Dzat CintaNya,
Segala yang didengar dipandang hanyalah Dia;
Beruntunglah para pencintaNya,
MencintaiNya abadi tanpa hentiNya.
MencintaiNya abadi tanpa hentiNya,
Degupan jantung seiring zikir padaNya;
Bicara seiring kalbu moga dikabulkanNya,
Hidup dan mati hanyalah untukNya.
Hidup dan mati hanyalah untukNya,
Tiada yang berharga melainkan cintaNya;
Siang dan malam pagi dan petang memikirNya,
Bertahta di hati hanya cintaNya.
Bertahta di hati hanya cintaNya,
MelupakanNya seakan terhenti degupan jantung;
Jasad dan roh tenang bila mengingatiNya,
Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang.
Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang,
Tangisanku ini takkan berhenti selagi Kau tidak membalasNya;
Saat ini dan tika ini jiwaku melayang,
Bersama rindukanku padamu tanpa hentinya.
Bersama rinduku padamu tanpa hentinya,
Apalah erti hidup ini,
Jika Kau menolak cinta sedihnya,
Sedihnya aku muhasabahlah diri sendiri.
Sedihnya aku mehasabah diri sendiri,
Aku hambamu yang banyak kelalaian;
Duhai Yang Maha Pengampun ampuni aku ini,
Pengampunanmu sentiasa kuharapkan.
Pengampunanmu sentiasa kuharapkan,
Kan kuperbaiki segala yang kurang;
Kulakukan demimu Ya Tuhan,
Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang.
Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang,
Dengan KekuasaanMu bukakan Khashaf Cinta DzatMu;
Agar seluruh hidupku tertumpu hanyalah Kau Yang Maha Penyayang,
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf Cinta DzatMu.
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf Cinta DzatMu,
Biarpun sepenuh bumi emas kau berikan padaku;
Kalbu tetap terpana dalam Dzat CintakanMu,
Cinta sepenuh bumi sepenuh kalbu hanyalahMu.
Dengan RahmatMu Yang Maha Agong Ya Allah ,
Mulianya kalimah SyurgaMu:
LaaillaahaillaAllah MuhammadaurRasulullah,
Kau balaslah cintaku cinta para pecintaMu.
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Ratu Rimba Niagara
9 Ramdhan 1433H
29 Julai 2012M
PANTUN NUR HIDAYAH KASIH
Allah Allah Allah Kau yang kuPuja,
Allah Allah Allah Kau yang kuAgungkan;
Di mana saja Kau tak kulupa,
CintaMu Maha Agung sentiasa dizikirkan.
Allah Maha Besar Sebesar BesarNya,
KuasaMu mengatasi segala yang ada;
Rugi dunia akhirat jika melupakanNya,
Yang diburu saham akhirat sebagai membalas cintaNya.
Maha Suci Allah,
Kau wujudkan daripada tiada kepada ada;
Tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah,
Aku pasrah atas segala ketentuanNya.
Allah dan Muhammad nama yang kupuja,
Dari lubuk hati bawa ke mati;
Moga Kalimah Laa ilaaha illallah setiasa dijaga,
Kerana kalimah itu membawamu ke Syurga nanti.
Laa ilaaha illallah kumohon keredhaanMu,
Ya Allah lancarkan lidah mengucapkan di hari nazakku;
Agar dapat kutinggalkan jasadku dalam redhoMu,
Rohku tenang bertemuMu Ya Allah Perkenankan doaku.
Segala ada di langit di bumi kepunyaan Allah,
Janji Allah semuanya benar;
Tetapi manusia melupakan Allah,
Sampai di negeri akhirat baru tahu benar.
Ya Rasullullah Ya Kekasih Allah,
Kurindumu terbawa dalam mimpi;
Perjuanganmu tidak pernah mengalah,
Terimalah aku mendapat syafaatmu nanti.
Wangian cintamu pada umatmu seharum kasturi,
Cintamu pada kami tidak akan dilupai;
Kasihmu pada kami akan terpatri,
Dunia dan akhirat menjadi saksi.
Kelihatan bebayang masjid di tapak tanganku,
Air wuduk disapukan ke wajahku:
Moga Nur Hidayah KasihMu terpancar diwajahku,
Aku bersyukur dalam sujudku.
Di bumi ini aku bersujud padaNya,
Dengan penuh keinsafan terimalah taubatku;
Segala Kerajaan Bumi dan Langit Kau yang punya,
Di bumi ini juga aku kembali kepadaMu.
Tika aku bersujud padaMu,
Serasa Kau hampir denganku;
Kubersujud penuh kusyuk,
Moga Kau terima solatku.
Takbir rukuk dan sujudku keranaMu,
Kusahut panggillanMu pabila sampai waktu;
Berkata-kata denganMu roh dan jasadku,
Moga Kau terimaku menjadi kekasihMu.
Berzikir memujiMu mengundang rindu,
Semakin kulafaz ZatMu meresap di qalbu;
Rohku syahdu dalam sendu,
Jasadku bersyukur dalam qalbu.
Membaca KalamMu hatiku pilu,
Mengalunkan KalamMU penuh syahdu;
Seolah berada di Taman SyurgaMU,
Berkata-kata denganMu rasa tak jemu.
Setelah solat kuberdoa padaMu,
Mohon Kau perkenankan doaku;
Kuterus merayu dalam doaku,
Agar Kau terimaku menjadi kekasihMu.
Di pagi yang hening ini,
Munajatku dengan linangan air mata;
Kutahu Kau mendengar rintihanku ini,
Kupohon hidayah KasihMu selagi hayatku ada.
Al-Quran sentiasa di sampingnya,
Dibaca berulang kali tanpa jemu,
Setiap surah dihafal dalam mindanya,
Menjadi peguam bela di kuburmu.
Tunas pepohon iman dewasa dalam iman,
Hidup dan mati dipasrahkan kepadaNya;
Tiada apa yang berharga melainkan kemanisan iman,
Apabila cinta padaNya mengatasi segalaNya.
Wajah berseri bak penghuni Syurga,
Senyuman ikhlas menawan iman;
Hidupmu ke dunia seperti ahli Syurga,
Mengundang Hidayah Kasih dalam keimanan.
Ceriakan hidupmu setiap hari,
Jadikan sahabat terbaik untuk sahabatmu;
Setiap hari saling ingat mengingati,
Hingga ke mati dikenang jasamu.
Duhai yang dihormati sahabatku,
Kau menyampaikan ilmu tanpa jemu;
Moga ilmumu mengusik qalbu,
Qalbu jasad dan roh rakan-rakanmu.
Ya Allah Kau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Kasih sayangMu tidak terbatas;
Suburkan hati kami saling sayang menyayang,
Hanya semata keranaMu kasih yang Teratas.
Karya: Ratu Rimba Niagara
9 Ramadhan 1433H
29 Julai 2012M
CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Kau dilahirkan
untuk memberi
Rahmat Sekalian Alam
Berpekerti mulia
menempuh segala cabaran
dan dugaan semata-mata
untuk menyebar
Agama Suci Allah
Berkorban apa saja
demi umat sezamannya
dan akhir zaman
Sambil berdiri, duduk dan
berbaring sentiasa
mengingati umatnya
mencintai umatnya
sepenuh hati
sepenuh jiwa
Masya-Allah!
Sentiasa berdoa pada Tuhan
agar umatnya mati dalam
ucapan kalimah
LaaillaahaillAllahMuhammadaRasullullah
Risaunya Nabi terhadap umatnya
hingga nafas terakhir
menyebut-nyebut umatnya
‘Umatku! Umatku! Umatku!
Duhai Kekasih Allah
Nabi Muhammad S.A.W
Biarpun telah tiada jasadmu
Budimu…
Pengorbananmu…
Cintamu kepada umatmu
akan dikenang…
dihargai dan
disanjung tinggi hingga
ke akhir hayat kami
Kami tahu kau mencintai kami
ketika berdiri… duduk dan berbaring
hingga ke akhir hayatmu
Amatlah rugi dunia akhirat!
malang dunia akhirat!
Jika kami tidak membalas cintamu
Wahai Nabi Allah
Kekasih Allah
Sebagai balasan cintamu
pada kami umatmu
kami akan menjadi
pewaris setiamu
menyebarkan dakwahmu
Al-Quran dan Hadis
yang kau tinggalkan
untuk kami umatmu
Selawat untukmu
wahai kekasih Allah
terimalah kami
menjadi kekasihmu
sebagaimana kau
menjadi Kekasih Allah
Moga dengan cinta kami ini
dapatlah kami keberkatan
cintamu di dunia …
Di Padang Masyar
mendapat Syafaatmu
Amin Ya Rabbal A’lamin.
KARYA Ratu Rimba Niagara
9 Ramadhan 1433H
29 Julai 2012M
GUGUR MUJAHID SENYUMAN SYURGA
Jangan dituduh pengganas mujahidku,
Kerananya Agama Islam sentosa;
Perjuanganya tak pernah jemu,
Di mana berada dipertaruhkan nyawa.
Dalam Islam tiada istilah pengganas,
Begitu mudah manusia menuduhnya;
Allah tidak suka mereka yang mengganas,
Dikirimkan ngauman bumi sebagai protesNya.
Di langit kerajaan Islam penuh duka,
Meratap menghiba tiada siapa yang tahu;
Allah janjikan syahid penawar duka,
Kenikmatan Syurga mereka tak tahu.
Umat Islam diperlakukan seperti haiwan,
Dibedil bertalu tanpa keperimanusiaan;
Mujahid Islam bangkit melawan,
Demi kerana Allah dalam kecintaan.
Negara Islam dibedil terus-terusan,
Dendam kesumat tak pernah padam;
Ada yang ditawan menjadi tebusan,
Diseksa dalam neraka dunia penuh kejam.
Kesumat mereka tak pernah padam,
Negara Islam akan dibedil dan ditakluki;
Itu azam mereka yang suka berdendam;
Agar Islam terkubur di Negara sendiri.
Pejuang Islam tak pernah gentar,
Rela bermandikan darah dihujani peluru;
Perjuanganmu buat hati bergetar,
Wajahmu tenang berjumpa Tuhanmu.
Sungguh murni seorang mujahid,
Perjuangannya takkan terhenti tanpa jemu;
Mujahid balasanya syahid,
Kukalungkan doa kesejahteraan buatmu.
Di wajahmu ada Syurga,
Perjuanganmu tanpa jemu;
Kepentingan Islam sentiasa dijaga,
Putus asa tak pernah bertamu.
Kau berjuang hingga akhir hayat,
Semangatmu sentiasa membara;
Perjuanganmu tak pernah tamat,
Generasi pelapismu terus mara.
Masa hidup penuh perjuangan,
Perjuangannya jelas dan tepat;
Membela Islam ditimpa kekejaman,
Memberontak mujahid adalah bertempat.
Tiada hari tanpa perjuangan,
Biarpun diburu di setiap penjuru;
Namun berundur tidak sekalipun,
Rela bemandikan darah dihujani peluru.
Gugurmu mujahid aku tangisi,
Kutangis dalam kesyukuran mengingatimu;
Kenikmatan Syurga kini kau rasai,
Di sini mujahid menggantikan tempatmu.
Ramai berlumba mengikut jejakmu,
Tanda cintakan Allah sayangkan hambaNya;
Mereka bemandikan darah dihujani peluru,
Gugurnya mereka menyusuli dirimu.
Kehidupan mengasyikkan memukau pandangan,
Wangian Syurga menusuk qalbu;
Syurga kau terima sebagai balasan,
Menikmati SyurgaNya tak pernah jemu.
Gugur mujahid senyuman Syurga,
Kehidupan di Syurga mujahid gembira;
Nikmat Allah dalam kesyukurannya,
Menunggu Hari Pembalasan telah dibalasNya.
Karya: Ratu Rimba Niagara
29 Julai 2012
9 Ramadhan 1413H
MUJAHIDKU BERNAMA RIDHWAN
Ridhwan lambang Syurga para mujahid,
Denyut nadi zikir padaNya;
Rela gugur di medan syahid,
Titisan darahmu bukti Maha AgungNya Cinta.
Tertusuk kalbu menghayati Syair Mujahid,
Tangisan sendu mendayu sesyahdu perjuangan;
Terbujur kaku ketenangan wajah mujahid,
Pemergiaanmu dinanti bidadari penuh kerinduan.
Kukarangkan Puisi Mujahid sebagai semangat bagimu,
Khalifah Islam igauan wanita mujahid.
PUISI MUJAHID
Duhai saudaraku...
Perjuanganmu penuh berliku...
Namun berundur di medan juang tidak sekali
Kau tidak hiraukan tubuhmu
dibakar terik mentari
Kedinginan salji
Lapar dahaga tidak mengapa
Sakit derita tetap berjuang
Tetap solat berjumpa Kekasihmu
Air mata bukan untuk
Dipuja
Dicaci tak mengapa
Biarpun tubuhmu diseksa...dihina...
Dihujani peluru...biarkan!
Duhai saudaraku...
Teruskan perjuanganmu
Ku di sini mendoakan
Agar kau terus dilindungi Kekasihmu
Tak kira di mana kau berada
Kehadiranmu kusyukuri dalam sujud
Pemergianmu kusyukuri dalam doa
Duhai Saudaraku...
Kukalungkan bunga cinta suci lambang
cinta abadi ku padamu
Duhai Saudaraku...
Sekalung bunga cinta Syurga
Akan dikalungkan Bidadari Syurga
Mewangi semerbak
Sewangi perjuangan sucimu
Duhai Saudaraku...
Tika di dunia kaulah Khalifah Islam menjadi igauan wanita mujahid
Tika di akhirat kaulah kekasih yang dinantikan Bidadari Syurga
Duhai Saudaraku...
Berbahagialah kerana memilih jalan syahid
Bahagia di dunia bahagia di akhirat!
Karya: Putri Rimba Niagara
29 Julai 2012
9 Ramadhan 1413H
Like · · Unfollow Post · 20 minutes ago
Options
GUGURNYA PARA SYUHADA DI BUMI PALESTIN
Duhai… Rakyat Palestin tersayang
sabarlah dengan dugaan Allah ini
kami di sini dapat merasakan
penderitaan kalian di sana,
kalian tentu dalam keadaan sangat getir
menghadapi dugaan yang amat berat ini!
Kelaparan…! Kesakitan…!
Kezaliman rejim zionis ke atas
kalian dan kematian keluarga
tersayang ada di mana-mana…!
Ya Allah…
Selamatkan rakyat Palestin…
Selamatkan bumi Palestin
daripada kekejaman Israel.
Kami percaya… Kalian dapat
menghadapi dugaan ini
dengan tenang kerana pasti
kalian gugur sebagai para syuhada!
Syuga adalah tempat yang layak untuk kalian!
Subhanallah!
Karya: Putri Rimba Niagara
(7.6.2010)
Like · · Unfollow Post · 21 minutes ago
Options
KEBANGKITAN RAKYAT MESIR
Siapa dia Hosni Mubarak?
Katanya dia rela mati
di tanah airnya ?
Apa maksud katanya itu?
Adakah dia seorang pejuang?
Pejuang bangsa dan negara?
Adakah dia dia rela mati
kerana ingin mempertahankan
negaranya dari dijajah oleh
negara lain?
Hakikatnya dia
ditentang hebat oleh
rakyatnya sendiri yang mahu
dia berundur dari tampuk
pemerintahan kuku besinya
menindas rakyat Mesir.
Tahun demi tahun rakyat
Inginkan dibela kehidupan
oleh pemimpin mereka
hidup rakyat dibelenggu
dengan kemiskinan
mencengkam.
Mana perginya hasil negara
yang diperolehi?
Mana perginya pemikiran
jemaah menteri di bawah
pemerintah Hosni Mubarak?
Adakah mereka salahgunakan kuasa?
Dan lalai dengan kemewahan harta
dan kemegahan kuasa yang ada?
Hinggakan mereka lupa dengan
tanggungjawabnya kepada rakyat
Mesir yang inginkan pembelaan?
Sekarang semuanya sudah terlambat
untuk dirombak segala tanggungjawab
merekalah yang patut dipertanggungjawab
apa yang berlaku di negara mereka sendiri
Seluruh rakyat Mesir memberontak
mahu dilepaskan dari cengkaman
pemerihtah kuku besi pemimpin
mereka Hosni Mubarak.
‘Undur Hosni Mubarak!
Undur Husni Mubarak!
Kamu pemimpin
kuku besi!
Kami tak
perlukan kamu
Lagi!
Undur! Undur! Undur!
Sudah tiga puluh tahun
kami ditindas dan tertindas!
Cukuplah setakat ini
apa pun terjadi
kami akan berjuang
habis-habisan
walaupun nyawa
kami jadi
taruhan!
Jutaan rakyat Mesir
bangkit kemarahan
yang memuncak
tidak terbendung
lagi dalam sanubari
setiap rakyat Mesir.
Rusuhan besar
berlaku di antara
pemerintah dengan
rakyat Mesir.
Negara dalam kucar-kacir
sistem kerajaan lumpuh
harga makanan melambung naik
orang negara asing dalam
ketakutan melihat negara perantauan
mereka tidak tenteram lagi.
Mereka ingin pulang ke negara asal
inilah akibat kalau negara
tidak aman.
Biarpan orang asing dalam
ketakutan rakyat Mesir membara-bara
beraninya untuk menentang
Hosni Mubarak
tiada sedikitpun rasa takut.
Kerajaan Hosni Mubarak
mesti ditumbangkan
kalau tidak Mesir
akan hancur.
Biar rakyat yang
hancurkan Hosni Mubarak
jangan Mesir hancur
di tangan penjenayah perang
yang ada di luar sana...
Mereka di luar sana
yang anti Mesir sedang
bergelak ketawa
menunggu masa
kehancuran Mesir.
Nanti bila Mesir sudah
musnah dengan mudah
mereka akan menakluk
Mesir.
Kebangkitan rakyat Mesir
patut menjadi teladan kepada
negara-negara lain untuk
menginsafi bahawa
kehendak rakyat untuk
diibela nasib mereka
hendaklah diutamakan
oleh pemimpin
kalau tidak inilah
jadinya!
Hosni Mubarak
berundurlah demi
rakyat dan negaramu.
Buangkan keegoaanmu
yang telah sebati dalam
dirimu .
Cukuplah setakat ini
kau memerintah !
Rakyat Mesir tidak
memerlukanmu lagi
undurlah!
Akurlah!
Kehendak rakyat!
Demi keamanan
negaramu sendiri
itulah pejuang
sejati!
Karya: Putri Rimba Niagara
(4.2.2011)
Like · · Unfollow Post · 23 minutes ago
Options
BOSNIA TAKKAN KUBIARKAN KAU DERITA
Embun menitis lesu tika
mentari terjaga dari lenanya.
Tatkala sang camar
menumpahkan dakwat merah
di meja perdamaian.
Lalu meneguk air di laut darah
membasahkan halkumnya,
memamah nanah dan duri
demi kepuasan.
Meleparkan pandangan
ke ruang angkasa
yang tak pernah damai…
Dentuman adalah iramanya!
Terburai nyawa sana sini
adalah mata hatinya!
Tangisan anak kecil bukan ihsannya.
Demi agama dan bangsanya
adalah wawasan.
Mangsa derita adalah mereka rakyat Bosnia.
Semoga Tuhan memberi kecekalan.
Kami negara yang kerdil ini
tertumpah kasih kasih padamu.
Takkan kubiarkan!
Kan kucangkan!
Kan kulaungkan!
Pada camar durjana!
Kami kirimkan merpati-merpati putih
dengan berita , ‘Bebaskan Bosnia!’
Pada seluruh benua Islam dan bergemalah,
‘Takkan kubiar kau derita!’
Karya: Ratu Rimba Niagara
7 Mei 1995
GUGUR PARA SYUHADA DI BUMI PALESTIN
Duhai… Rakyat Palestin tersayang
sabarlah dengan dugaan Allah ini
kami di sini dapat merasakan
penderitaan kalian di sana,
kalian tentu dalam keadaan sangat getir
menghadapi dugaan yang amat berat ini!
Kelaparan…! Kesakitan…!
Kezaliman rejim zionis ke atas
kalian dan kematian keluarga
tersayang ada di mana-mana…!
Ya Allah…
Selamatkan rakyat Palestin…
Selamatkan bumi Palestin
daripada kekejaman Israel.
Kami percaya… Kalian dapat
menghadapi dugaan ini
dengan tenang kerana pasti
kalian gugur sebagai para syuhada!
Syuga adalah tempat yang layak untuk kalian!
Subhanallah!
Karya: Ratu Rimba Niagara
9 Ramadhan 1433H
29 Julai 2012M
KAMI WIRA DUNIA!
Duhai penghuni dunia…
Dengarlah rintihan kami ini!
Sekarang kami tidak punyai apa-apa.
Kami dizalimi!
Kami diusir di negara kami sendiri…
Kami dalam buangan kini.
Apa salah kami?
Apa dosa kami?
Kami tiada senjata untuk melawan!
Kami tiada kudrat untuk menepis!
Apalah ada pada tenaga warga tua ini?
Apalah ada pada wanita yang lemah ini?
Apalah ada pada kanak-kanak
yang tak tahu apa-apa ini?
Kamu memanglah manusia kejam!
Kamu adalah syaitan yang
mempertopengkan manusia!
Setiap hari…
Setiap minit dan setiap saat…
Kami hidup dalam serba
kepayahan… penderitaan…
penderaan mental dan fizikal!
Suara-suara teriakkan kami
untuk dikasihani…
Tiada sebesar zahrah pun
boleh meruntun hati si zalim itu!
Kejinya mereka!
Bermaharajalela melakukan kezaliman
ke atas kami yang lemah ini!
Mereka rakus dengan darah
kami yang lemah ini…
Tidak puas dengan segala kezaliman
yang dilakukan mereka mahu
menghapuskan semua generasi
kami di bumi Palestin ini!
Segala perhubungan darat,
udara dan lautan diputuskan
daripada dunia luar!
Kejamnya kamu Israel!
Kamu adalah manusia
yang tiada berperikemunusiaan!
Namun kami percaya ada
Penghuni di luar sana mendengar
rintihan kami di sini.
Mereka pasti akan membantu
kami tidak kira daripada
pelosok bumi mana!
Biarpun kamu menzalimi
Mereka dan menyekat
dengan segala tipu muslihat kamu…
Mereka akan tetap datang
membantu kami walaupun
terpaksa menggadaikan
nyawa mereka untuk kami!
Terima kasih!
Terima kasih kepada perwira-perwira
Kami kerana sudi memberi bantuan
dan menyelamatkan kami yang
dalam kegetiran ini!
Biarpun hajat murni kalian
disekat oleh si durjana itu tapi
kami di sini amat menghargainya
dan amat terharu!
Kami doakan kalian selamat
dan dilindungi Allah.
Setidak-tidaknya di celah-celah
tembuk kematian ini…
Ada sedikit ruang cahaya
yang menembusi tembuk
kematian ini!
Biarpun kami tahu usia
kami tidak panjang untuk
menunggu bilakah kami
akan dibantu dan diselamatkan
oleh perwira-perwira kami,
setidak-tidaknya generasi kami
yang masih berbaki ini masih
ada sinar bahagia menanti mereka.
Tapi ingatlah rejim Zionis!
Siapa pun kamu!
Apapun yang telah kamu lakukan
kepada rakyat kami! Negara kami!
Sampai mati pun kami tidak akan
maafkan kamu!
Kamu sebenarnya manusia
pengecut! Penakut!
Melakukan kekejaman kepada
kami yang lemah dan tidak bersenjata ini!
Kamu manusia yang paling keji!
Tuhan kami akan membalas-Nya!
Kamu boleh tergelak kerana
telah berjaya meneguk darah
kami tanpa ada belas kasihan…
Penuh dengan keganasan!
Dan kekejaman!
Tapi kamu silap sebenarnya…
Darah kami yang kamu teguk
bagaikan arak itu akan menjadi
racun buatmu! Akan tiada penawarnya untuk mengubati kamu!
itu sumpah kami! Percayalah!
Di luar sana nanti akan datang
berduyun-duyun perwira-perwira
kami akan datang menyelamatkan
kami dan negara kami!
Generasi kami yang ingin kamu
musnahkan di muka bumi Palestin
ini akan bangun menuntut bela
di atas kematian kami!
Di masa itu barulah kamu tahu siapa
kami sebenarnya! Kami bukan lemah
sepertimana kamu sangkakan!
Kerana kamilah perwira dunia!
Karya: Ratu Rimba Niagara
9 Ramadhan 1433H
29 Julai 2012M
MASIHKAH KALIAN DIAM, WAHAI MANUSIA YANG MEMILIKI HATI...?!?
bukankah Allah ta'ala telah berfirman :
Mengapa kamu tidak mau berperang di
jalan Allah dan (membela) orang-orang
yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita
maupun anak-anak yang semuanya
berdoa: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang lalim
penduduknya dan berilah kami pelindung
dari sisi Engkau, dan berilah kami
penolong dari sisi Engkau!".
(QS.4:75).
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal
berperang itu adalah sesuatu yang kamu
benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah
mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui".(QS.2:216).
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MELA AYU RADIO ONLINE & PUTRI RIMBA NIAGARA)
9 Ramadhan 1433H
Ricky Ikhsan Khan
KEJAM..!!
salah satu korban kekejaman dan siksaan bhiksu budha tampak kesakitan..
adegan ini sangat sering terjadi di arakan hari ini..
inna lillahi wa inna ilaihi roji'un...- MUSLIM
Like · · Unfollow Post · 49 minutes ago
Options
Ricky Ikhsan Khan
Help Muslims of Myanmar .:T_T:.
Mohon Bagikan/Share ini di FB kalian , tiap foto yang kamu share , FB akan memberikan $1 untuk Masyarakat Myanmar..
Pray For Myanmar
pembantaian umat muslim di myanmar.600 orang sudah jadi korban dibunuh dan dibakar. bahkan bayi pun tidak luput jadi sasaran pembantaian T_T
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MELA AYU RADIO ONLINE & PUTRI RIMBA NIAGARA)
9 Ramadhan 1433H
Ricky Ikhsan Khan
Berita Terkini dari Burma;
1) 52 ribu umat islam disembelih dalam masa hanya 6 minggu
2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannyer dibakar bersama dgn jemaah ketika menunaikan solat
3) 60 buah kampung islam di bakar...
4) wanita dirogol sampai mati
5) jenazah umat islam tidak dibenarkan di ambil,di tanam..mereke akan humban dlm laut atau dibiarkan hingga di baham anjing2
6) kedai2 makan tidak dibenarkan menjual makanan pada umat islam
7) sesiapa yg betulkan kembali masjid yg dibakar tadi akan dihumban dalam penjara
SERUAN JIHAD TELAH DIPANGGIL WAHAI SAUDARA SEISLAMKU...JGN ANDA ALPA DAN LEKA LAGI WAHAI UMAT ISLAMMMMM....MARI BERJIHAD...JIHAD ITU TUNTUTAN WAJIB BG UMAT ISLAM SEKALIPUN UTK ORG YG BUTA MATANYA....!!!!!! SEKURANG2 NYA ANDA BISA BANTU "" DO'A ""
## Pray for the MUSLIMS of ROHINGYA ##
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MELA AYU RADIO ONLINE & PUTRI RIMBA NIAGARA)
9 Ramadhan 1433H
PEJUANG FISABILILLAH ADALAH KEKASIH ALLAH SWT
Kejamnya mereka.....!!!!
Mana letaknya mata hati ?
Memang tiada kemanusiaan?
Syaitan bertopengkan manusia?
Dengki khianat dengan Allah
Dengki khianat dengan Agama Allah
Dengki khianat dengan Agama Islam
Dengki khianat dengan orang-orang Islam...
Segala kejahatan engkaulah si durjana
Mencerobohi kedamaian bumi Burma
Engkau bakar masjid rumah Tuhanku
Engkau bakar hidup-hidup rakyat Burma
Engkau rogol wanita Burma sehingga mati
Engkau pantang mereka yang Meng-Agung-kan Tuhanku
Kenapa engkau dengki sangat dengan Tuhanku
Kenapa engkau dengki sangat dengan sedara Islamku
Mereka tak salah pun pada engkau si durjana!!
Mereka tak kenalpun engkau
Tak ada ribut tak ada angin...
Kau ributkan suasana yang damai
Biar jadi tsunami pembunuhan beramai-ramai rakyat Burma
Kejam..!!! Kejam..!!! Kejam...!!!
Si durjan kejam!
Si durjana yang tak ada mata hati!!
Si durjana yang tak ada perikemanusiaan
Si durjana yang bernafsukan syaitan dan iblis
Raja iblis engkaulah si durjana?
Sekarang tergelaklah engkau
Dengan kekejaman engkau itu
Ketawalah semahumu si durjana?
Yang tak berhati perut
Hidupmu penuh dengan kekejaman...
Suka sangat tengok kematian
Suka sangat meneguk darah rakyat Burma
Yang tak bersalah
Tahukah engkau si durjana
Kekejaman itu disaksikan oleh Tuhanku
Tuhanku tak akan membiarkan
Engkau terus menerus melakukan kekejaman
DIA akan mengirimkan bala tentera-Nya
Tunggulah...tunggulah...tunggulah...
Tentera fisabilillah datang
Menghapuskan segala kekejamanmu...
Pejuang-pejuang fisabilillah
Berani mati demi Tuhanku
Berani mati demi sedara seIslamku
Karena mereka tahu
Mereka adalah Kekasih Allah SWT
Yang ganjaran matinya adalah Syahid
Ganjaran matinya adalah Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
9 Ramadhan 1433H
29 Julai 2012
PIALA SYAHID SYURGA
Allahu Akhbar
Maka bergemalah
Laungan pejuang-pejuang fisabilillah
Pejuang-pejuang syahid
Datang berbondong-bondong
Membela sedara-sedara Islam
Mati dibunuh dengan kejam tanpa ehsan!
Allahu Akhbar
Pejuang-pejuang fisabilillahku
Di hatimu ada cinta Allah
Di hatimu ada cinta sedara Islam
Di hati ada Syurga
Allahu Akhbar
Pejuang-pejuang fisabilillahku
Ayuh mara menuju syahid
Biarpun ribuan peluru
Menghujani tubuhmu
Biarkan....biarkan...biarkan...
Darah...darah...darah....
Yang membaluti tubuhmu
Adalah saksi cintamu pada Kekasih-Mu
Dan darahmu juga akan disemadikan bersama-sama pakaian syahidmu itu
Allahu Akbar...
Pintu Syurga terbuka luas untukmu
Bidadari Syurga setia menyambutmu
Dengan syahidmu di medan juang sebagai mas kahwinnya
Allahu Akhbar
Dunia syahid mereka yang mengerti saja betapa indahnya
Saat di kala menghembus nafas terakhir
Allah SWT Mengurniakan Piala Syahid Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
9 Ramadhan 1433H
29 Julai 2012
(TIADA APA YANG DAPAT KU BERIKAN BAKTI PADA SEDARA SEISLAMKU DI BURMA CUMA UNTAIAN PUISI INI UNTUKMU PARA PEJUANG FISABILILLAH BALA TENTERA ALLLAH UNTUK MEMBELAMU DUHAI SEDARA SEISLAMKU RAKYAT BURMA YANG KUKASIHI KARENA-NYA)
Ibnu 'Abbas ra berkata, "Rasulullah adalah orang yang paling lembut, tapi beliau jauh lebih lembut lagi pada bulan Ramadhan; Pada waktu itu, beliau lebih lembut daripada angin yang bertiup."
"Maka bertiuplah kalian pemuisi dengan lembut agar semua ahli digrup ini suka baca puisi-puisi nan indah lagi lembut didengar....
angin...bertiuplah bunga-bunga cinta Syurga di hati para pembaca yang rindukan Syurga-NYa" Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
PAKAIAN SOMBONG ITU HANYALAH LAYAK UNTUK ALLAH ROBBUL IDZATI
Dari Allah aku datang dari Allah jua aku dikembalikan...
Aku tak minta pun Allah perkenalkan aku denganmu
Tapi kerana percaya pada takdir aku redho
Bertemu denganmu aku redho
Dan berpisah denganmu pun aku redho
Kerana ini semua takdir dari-Nya
Allah mahu menguji keimananmu keimananku
Sesungguhnya aku amat takut dengan azab Allah
Dan sesungguhnya Allah tidak suka hamba-Nya yang menyombongkan diri kerana pakaian sombong itu hanyalah layak untuk-Nya saja
Allah memaafkan hamba-Nya
Inikan kau sebagai hamba-Nya
Siapa kamu untuk mengatakan kesombongan itu?
Nauzubillah kalau mana-mana hamba-Nya
Yang berkata lebih sombong dari Allah SWT
Marilah sama-sama kita tarbiyah diri kita
Beristifar banyak-banyak
Agar lembut hati kita seperti salju di pergunungan Syurga Firdausi
RATU RIMBA NIAGARA
8 Ramadhan 1433H
28 Julai 2012
Assalamualaikum wbt ♥♥*¸.•'´¯)¸.•' ´¯)
:: KETAHUILAH , bukan follower sahaja yg LIKE & KOMEN post kita, tetapi MALAIKAT juga membaca & mencatat segalanya, maka tulislah sesuatu yang indah & yang boleh mengembirakan kamu di akhirat kelak :: — with Pendita Syuk,
MOGA KITA TERPILIH MENJADI CALUN SYURGA-NYA
Tadarus Puisi Di bulan Ramadhan...
Fasa pertama mengundang Rahmat ...
Fasa kedua mengundang mahfirah
Fasa ketiga mengundang pengampunan dari-Nya
Ganjaran pahala berganda-ganda DIA yang tentukan
Pintu-Pintu Syurga terbuka seluas-Nya
Diberikan peluang kepada semua hamba-Nya
Untuk menjadi calun Syurga-Nya
Moga kita terpilih menjadi calun Syurga-Nya
Berkat beramal ikhlas semata kerana-Nya
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
9 Ramadhan 1433H
29 Julai 2012
Ratu Rimba Niagara shared Tuan Asmawi Tuan Umar's status update.
Tuan Asmawi Tuan Umar
Tanda2 malam alqadr .Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.,Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.,Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.,Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.
Moga kita dapat beramal di malam algadr
Berkat kita berpuisi yang memuji memuja Allah SWT
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Assalamualaikum wbt ♥♥*¸.•'´¯)¸.•' ´¯)
:: KETAHUILAH , bukan follower sahaja yg LIKE & KOMEN post kita, tetapi MALAIKAT juga membaca & mencatat segalanya, maka tulislah sesuatu yang indah & yang boleh mengembirakan kamu di akhirat kelak :: — with Pendita Syuk,
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA
16 Jamadilakhir 1434H
26 April 2013 - SELAMAT JALAN USTAZ JEFFRY
Selamat jalan ustaz Jeffry
Selamat bahagia bertemu dengan Tuhanmu Tuhanku Tuhan semua
Pergilah dalam jiwa yang tenang lagi diredhoi-Nya
Kau aman kini
Aman dari segala lelahmu di dunia yang fana
Kau meninggalkan dunia
Ilmu-ilmu Allah yang kau tinggalkan
Mengikutimu di akhirat sebagai bekalan
Saham akhiratmu sentiasa dimasukkan ke akaun akhiratmu
Tanpa henti sehingga dunia qiamat
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Betapa beruntungnya dikau duhai yang sudah bergelar roh
Rohmu pasti senyum penuh syukur
Alam barzah yang kau yakini ketika hidup dulu
Kini kau lalui dengan tenang...
Setenang air di Kali Syurga
Segala soalan di alam barzah
Kau jawab dengan lancar
Bukan kau yang menjawab
Tapi amalanmu yang menjawab
Amalan yang kau yakini
Itulah yang kau ajarkan kepada kami
Pasti kau amalkan dan pasti juga kami amalkan
Dalam kehidupan harian selagi nafas tak terhenti
Kau ajar kami
Tanpa jemu
Tanpa memikirkan penat lelahmu
Tanpa memikirkan keuntungan bagi duniamu
Yang kau pikirkan keuntungan akhiratmu akhirat kami
Allahu Akbar sungguh suci hatimu ustaz Jeffry
Hatimu semurni Syurga....
Kami tak sempat membalas kesemua jasamu
Yang kau berikan kepada kami rakyat Indonesia
Sepanjang kau memberi ceramah kepada kami
Kamu selalu berkata dengan suara yang tenang
Wajahmu penuh damai diiringi dengan sebuah senyuman
Menyeru hati-hati kami yang sentiasa lalai akan perintah-Nya
Kami jadi insaf ...kami mula mengenal diri kami
Kami kenal diri kami barulah kami mengenal Tuhan
Kenal diri kenal Tuhan
Terima kasih ustaz Jeffry
Kamu pergi mendahului kami
Kami juga akan pergi meninggalkan dunia ini bila sampai masanya nanti
Kami seluruh rakyat Indonesia dan semua yang mengenalimu
Mendoakan kamu selamat menikmati Syurga sebagaimana yang
Dijanjikan Allah kepada hamba-Nya yang beriman...
Janji Allah pasti
Kami yakin itu
Kami juga mahu menjadi sepertimu
Ilmu-ilmu yang ustaz Jeffry tinggalkan di iman kami
Setiasa kami ingat dan amalkan
Tunggulah kami di Pintu Syurga
Agar kita dapat menyambung talisiraturrahmi yang terputus
Ketika kita tak sempat bertemu di nafas yang terakhir...
In Shaa Allah AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
'ALLAH AZZAWAJALLAH MENGIKUT PRASANGKA HAMBA-NYA
MAKA KAMI MAHU BERPERANSANGKA YANG BAIK-BAIK SAJA'
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 Jamadilakhir 1434H
26 April 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK ALMARHUM USTAZ JEFFRY YANG TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA BUAT SELAMANYA PADA
16 Jamadilakhir 1434H MOGA ROH USTAZ JEFFRY DIMASUKKAN DI KALANGAN HAMBA ALLAH YANG BERAMAL SOLEH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN) - Moga Rahmat Allah sentiasa ada untuk kita dalam berbagi ilmu dunia akhirat penuh kesabaran tanpa jemu. In Shaa Allah Aamiin.
- SEINDAH BAHASA SEMURNI HATI KEPADA KEPADA YM RUSDAL FAJR ST INAYATSYAH'
KUMPULAN PUISI RATU RIMBA NIAGARA
By Rusdal Fajr St Inayatsyah in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING" (Files) · Edit Doc
Ratu Rimba NiagaraBINTANG LAUT MENJADI BINTANG
Sejak berkurun lamanya Bintang Laut
berada di dasar laut.
Tiba-tiba terdetik di hati Bintang Laut,
‘Sampai bila aku jadi begini?’
Di dasar laut cuma nampak bebayang
bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.
“ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
Tiada bedanya aku dengan bintang
cuma aku di dasar lautan
tidak berkedipan!
Bolehkah aku jadi bintang?
Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
Di dasar ini aku tidak berfungsi
kepada penghuni laut
sedangkan aku ingin hidup
menyinari hidupku dan menyinari
hidup mereka yang memerlukan
kerdipan sinarku.” Bintang Laut
mula menyedari kejahilannya.
Dia telah memasang impian.
Setiap hari Bintang Laut
terus mengeluh...
Meratapi nasib diri…
Mencemburui kegemerlapan bintang
seolah-olah mereka mengejeknya
karena berangan hendak
menjadi bintang.
“Kau siapa?
Jalan pun terhegeh-hegeh
di dasar laut ini… tanpa boleh berbuat apa-apa?
Lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
kebijaksanaan aku.. Jangan nak beranganlah!
Ha…ha…ha…” Ejek naga laut sambil menayangkan
kejadiannya yang unik mempersonakan
seluruh penghuni laut karena itu naga laut
popular dan dihormati .
“Engkau jangan memperlekehkan
cita-cita aku. Akan kubuktikan!
Lihatlah nanti!” Jerit Bintang Laut
memecah ketenangan malam itu.
Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
dengan gelombang ombak mengganas!
Gerakkan dasar laut telah membawa
Bintang Laut ke dalam gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempasnya
ke pantai.
Kini Bintang Laut berada di pantai
di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!
Seakan mimpi Bintang Laut
berjalan ke sana ke mari
menari-nari.
Bila malam tiba Bintang Laut
menikmati suasana malam sambil
memerhatikan kegemerlapan
bintang-bintang di langit di sinari
sinaran cahaya bulan.
Sungguh jelas permandangan tika itu
tidak perlu samar-samar lagi
tika berada di dasar laut.
“Bolehkah aku menjadi bintang?
Bolehkah? Bolehkah?
Bintang aku ingin berkawan denganmu?
Aku ingin menjadi sepertimu.”
“Bintang Laut, kau boleh menjadi
seperti kami jika kau yakin dengan
kebolehanmu! Percayalah!
Kami menunggu kau di sini!
Kau boleh! Pasti boleh!”
Kata perangsang bintang kepada
Bintang Laut pada malam itu.
“Pelik ya macam mana bintang boleh
mendengar suaraku? Sedangkan
Jarak dengannya…
Dia di langit aku di bumi
komunikasi aku dengan bintang
satu keajaiban!”
Tiba-tiba kedengaran
gauman entah mana datangnya
memecah ketenangan malam.
Pepasir di pantai berterbangan.
UFO rupanya sedang mendarat
dua makhluk asing datang
menghampiri Bintang Laut.
“Bintang Laut mahu ke engkau
ikut kami?” Tanyanya.
Ke mana?”
“Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”
“Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”
Malam itu mimpi Bintang Laut menjadi kenyataan!
Dia telah menjadi bintang!
Disambut bintang-bintang yang
Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
yang menakjubkan Bintang Laut!
Siapa sangka impian Bintang Laut menjadi kenyataan?
Tidak sia-sia impiannya selama ini!
Barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
Ini jika digunakan keajaiban minda!
“Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
akan kukongsi bersama mereka yang ingin
menjadi sepertiku!”
Janji Bintang Laut pada dirinya.
Karya : Ratu Rimba Niagara
22 April 2013
(PUISI BINTANG LAUT MENJADI BINTANG DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YB M ZULLIAMSYAH BIN M. TAYIB MEWAKILI PARTAI BULAN...BINTANG M0GA SUKSES MENGGAPAI BINTANG & BULAN)
Ratu Rimba NiagaraSENYUMMU PUNYA PELANGI CINTA
PARA PETANI SENUSANTARA
Bapak yang mulia...
Waduh bapak....!
Terharu saya mendengar
Kata-kata yang lahir dari hati bapak
Jikalah semuanya pemimpin seperti bapak
Mahu aman inilah dunia tani
Semuanya terbela
Tiada tani yang
Berada di gubuk derita
Dicengkam kehidupan terlara jiwa
Untuk merasai
Nikmat segenggam padi
Bapaklah yang menyebabkan
Segenggam padi bernilai emas
Bikin para petani bisa senyum
Senyum seindah pelangi
Yang menyerikan bendang-bendang
Sawah padi para petani
Bapak yang mulia...
Mahu aku nangis terharu
Melihat cara mu membela
Kaum petani Indonesia
Tanpa mengenal lelah
Kau memperjuangkan nasib para petani
Kau sama turun ke bendang
Berlumpur
Berpacat
Tak mengapa
Asalkan semua petani
Bahagia meneruskan kehidupan ini
Bapak yang mulia
Hatimu sungguh mulia
Haruman kemuliaan hatimu
Dapat dihidu
Hingga
Ke benua Malaysia....!!!
Bapak yang mulia
Senyummu ikhlas
Senyummu punya pelangi
Senyummu punya pelangi cinta
Para petani SeNusantara
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
26 Sept 2012
(DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK BAPAK BERHATI PELANGI
CINTA PARA PETANI INDONESIA)
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
Ratu Rimba Niagara "Ambilkan Bulan "
By Laksamana Mas & Ratu Rimba Niagara
Ambilkan bulan bu,
Ambilkan bulan Bu
yang selalu bersinar dilangit
Dilangit bulan benderang
Cahyanya sampai ke bintang
Ambilkan bulan Bu
untuk menerangi,
tidurku yang lelap
Dimalam gelap
Beningnya suara mu menggetarkan seluruh tubuh ku,.....
"Dewi Arum Ayu Laksimi Laksitarukmi Kusumoningrat "
- Dewi Sekar Tanjung -
kebahagiaan selalu ada bersama mu,.
Amin...amin..amin..Ya Rabbalalamin......
By: Laksamana Mas
BULAN HADIAH UNTUKMU NAK
Nak ini bulan nak,
bulan indah hadiah untuk mu nak
Dengan keringat air mata darah
Bu usahakan sampai berjaya
Demi kebahagiaan dunia akhiratmu nak
Bu pertaruhkan nyawa
Di setiap penjuru waktu
Demi menggapainya
Hingga berjaya nak
Dari segi lojik
Dalam usia selewat begini
Mana bisa mungkin
Bu menggapainya nak...
Tapi demi kekuatan cinta
Tak pernah padam padamu nak
Bu usahakan sehingga berjaya
Biarpun hati bu remuk redam
Luka parah membarah
Pedih perih
Jerih memerihkan
Sakit menyakitkan
Bu teruskan jua perjuangan ini
Demi mu nak...
Tak apalah
Apalah ada kebahagiaan di dunia ini
Yang cuma sementara saja
Jika dibandingkan dengan
Kebahagiaan hakiki
Di negeri abadi nak...
Makanya jagalah
Hadiah bulan indah ini
Tulus ikhlas daripada bu sayang
Bu memberi hadiah yang
Paling berharga padamu nak
Tiada niat untuk mengharap
Balasan apa-apa darimu nak
Cuma cukuplah sekadar
Menjaga kemerdekaan ibu pertiwimu
Agar tidak pernah jatuh
Ke tangan musuh durjana
Jagailah sampai kapanpun!
Selagi ada bulan dan matahari!
Jangan lupa di setiap kali
Purnama malam mengambang
Jika rindu pada bu
Tataplah senyuman bu di sana
Pasti hilang rindumu nak...
Bu yang menyayangi semua anak bangsa nusantara dunia akhirat
Tulus Ikhlas Daripada Bunda Ratu Rimba Niagara
PUJANGGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
25 April 2013
Ratu Rimba Niagara SEBELUM BERANGKAT PULANG KE SYURGA REALITI
Melayu penuh sopan santun beradat
Berkata seolah mahu mati esoknya
Berbudi seolah mahu hidup seribu tahun lagi
Generasi disayangi
Kerabat dikasihi
Serumpun Senusantara
Indahnya sebuah kehidupan
Tanpa hasad dan iri di hati
Semuanya mencari jalan-jalan pulang
Ke negeri abadi
Yang sentiasa menanti
Berjumpa Tuhan dengan hati yang tenang
Berkat tika hidup bersangka baik denganNya
Redha akan KetentuanNya
Sentiasa mahukan hidup di dunia bagaikan Syurga
Sebelum berangkat pulang ke Syurga realiti
Insya-Allah Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
28 Sept 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA & GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA & GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA
CINTA 5 BENUA)
Ratu Rimba Niagara Ratu Rimba Niagara MOGA SYURGA RINDU MENANTI KEDATANGAN KITA SEBAGAI PENGHUNINYA
saling memaafkan
melembutkan hati-hati yang terluka
apalah ada luka di dunia ini
tambahan pula di alam maya
yang berbahasa bisu
tapi menusuk ke kalbu hati
jika kata-kata diluahkan mendatangkan iman
teruslah bicara
jika mengundang sakit hati
kerana kita sendiri tahu
adakah hati kita bersih di kala itu tika berbicara
hanya kita sendiri tahu siapa kita
andai kata-kata itu baik di sisi Allah
teruslah berkata-kata tanpa henti
jika sepatah perkataan itu membuatkan mereka yang mendengarnya sakit hati
lebih baiklah diam daripada berkata-kata
kerana kita tahu dan sengaja tahu mahu menyakitkan hati orang mendengar
bila menegur boleh
tapi biarlah berhikmah
kerana kawan-kawan kita di fb bukalah anak-anak kecil atau remaja lagi
semuanya sudah terlebih usia
untuk bersiap sedia
bila-bila masa
dijemput pulang ke Pangkuan Ilahi
moga sebelum dijemput pulang
kita buangkan segala hasad dengki
khianat sesama sendiri
cemburu
tamak haloba
gilakan kuasa dunia tak habis-habis
anggaplah diri kita mayat sebelum bergelar mayat
kerana mayat yang masih dipinjamkan Allah ini
mahu pulang dalam jiwa roh suci yang tenang
tika mengadap-Nya di dunia ini dan tika bergelar roh nanti
moga Allah memberi kunci
iman dan takwa kepada hati-hati kita
agar hidup kita sentiasa bersangka baik dengan-Nya
dan sesama manusia sentiasa berbahasa santun
dalam ukhuwah kasih talisiraturrahimi
yang saling berkerjasama dalam muhasabah diri
ke arah kecemerlangan dunia akhirat
moga Syurga rindu menanti kedatangan kita untuk menjadi penghuninya.
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
RATU RIMBA NIAGARA
26 Mac 2013
Like · Unfollow Post · Report · 5 hours ago
Andi Aspar Arung Didi and 8 others like this.
Andi Aspar Arung Didi subhanallah sunggu mulia sekali kata2 akan kusimpan dalam hatiku, agar kita sadar selalu mengingat kekuasaan allah.dan kita membutuhkan pemimpin yg arib dan bijaksana ..allah menciptakan bumi dan isinya .dan mahluk yg paling mulia di dunia ini adalah manusia...tapi kenapa manusia lupa atas nikmat yg diberikan sama allah..kenapa sipat kita lain dari yg lain padahal kita ini hamba yg sangat mulia..di mana sipat kemulian kita berada..kenapa mahluk seperti naga itu sipatnx baik..padahal klo dipikir..dirinya tidak menyandang sipat mulia.. tapi ada apa dengan manusia.. jelas2 kita di ciptakan oleh allah swt.. yg paling mulia dimuka bumi ini....tentulah kita jawab..sipat manusia yg paling mulia ada di dalam hati..kita semua....klo hati seseorg baik itulah manusia yg sebenarnya...salam nusantara..dari haji andi aspar arung didi..salam..
Yesterday at 12:47pm via mobile · Unlike · 3
Ratu Rimba Niagara SEKALUNG TERIMA KASIH KEPADA YM RUSDAL FAJR ST INAYATSYAH
Sekalung terima kasih
tak terhingga kepada YM Rusdal Fajr St Inayatsyah
sudi menghargai karya-karya Ratu Rimba Niagara...
yang bersiaran di Group Raja And Sultanate Of Nusantara Nasional Gathering dijadikan Kumpulan Puisi Ratu Rimba Niagara...
rasa terharu yang amat sangat
karena telah banyak karya-karya hamba bersiaran di mana-mana group inilah kali pertama dihargai menjadikan Kumpulan Puisi Ratu Rimba Niagara...sesungguhnya amat tersanjung di hati...
Tuhan itu Maha Berkuasa....
Kuasa-Nya mengatasi segala-Nya
Hamba tak pernah menduga hamba akan dapat mengenali
Nusantara yang selama ini cuma imaginasi saja yang dikarang
Kisah-kisah yang bertema diRaja, Pahlawan, Politik, Rakyat Nusantara.....
Yang hamba ingat hingga kini semasa di zaman persekolahan ketika mempelajari matapelajaran Sejarah...hamba terlalu suka mendengar
nama MATARAM, GAJAH MADA, RAJA HAJI DAN YANG BERSANGKUT PAUT DENGAN SEJARAH INDONESIA... tak sangka pula bahan-bahan cerita yang selama ini cuma imaginasi dikarangkan dalam bentuk diRaja Kisah Bangsawan dongengan kini mendapat kisah-kisah yang asli setelah dikenalkan dengan ahli-ahli group yang berasal dari Indonesia.
Berkenalan dengan rakan-rakan group amat diterima dalam rasa syukur pada Ilahi yang amat memahami minat hamba dalam berkarya.
Maha Pemurah-Nya Allah...lagi hamba menyebarkan puisi-puisi hamba di alammaya ini....ilham diberi tidak putus-putus...hingga tak terkutip untuk dijadikan puisi, syair, gruindam..pantun...
Bagi hamba setiap rakan group atau rakan fb adalah aset untuk hamba berkarya...kalian semua adalah sumber inspirasi hamba berkarya....
jika ada karya-karya hamba terdapat ketidaksempurnaan dari segi bahasa maafkan hamba...dan hamba sedia untuk menerima apa saja cadangan bagi membetulkan bahasa agar sempurna dan memuaskan hati pembaca...
Sekali lagi hamba mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan memberi dukungan/sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada sastra nusantara karya Ratu Rimba Niagara..
moga Tuhan sahajalah yang dapat membalas kebaikan kalian.
Sekian....
Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
25 April 2013
23 hours ago · Like · 4
(PETIKAN DARIPADA GR0UP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING & RATU RIMBA NIAGARA)
26 April 2013 - LAMBAIAN KA'ABAH BUATKU RINDU BERTEMU-NYA
Lambaian Ka'abah buatku rindu bertemu-Nya
Selalu di hatiku
Memanggil-manggil
Menyeru-nyeru namaku
Pergi bertemu-Nya
Dalam jiwa yang redha lagi diredhai
Duhai Allah aku datang kepada-Mu
Menyahut seruan-Mu
Mahu mempersembahkan amal soleh
Hanyalah untuk-Mu
Terimalah ibadat hajiku
Terimalah ibadat umrahku
Ibadat hajiku
Ibadat umrahku
Hanya untukmu
Kerana
Ibadatku
Hidupku
Matiku
Hanya kerana-Mu
Tiada yang bererti lagi di dunia ini
Melainkan amal soleh yang Kau terima
Kami mahukan redha-Mu Allah
Kami mahu cinta-Mu Allah
Terimalah amal ibadah kami ini
Terimalah cinta kami ini
Balaslah amal ibadat kami dengan balasan cinta-Mu
Tiada apa lagi yang aku inginka melainkan cinta-Mu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLLAH ALLAHU AKBAR
Duhai Allah sebagaimana rohku ditiupkan
Ketika di alam kandungan bondaku
Ketika itu aku mengaku Kau sahajalah Tuhanku tiada yang lain
Maka serulah roh ku ini untuk ringan beramal ibadat
Kerana itulah yang aku mahukan sebelum terpejam mata...
Lambaian Ka'abah Di Tanah Suci
Membuatkan kurindu mahu segera meraih
Cinta dan redha-Mu Allah
Moga balaslah ibadat haji dan umrah kami sekeluarga
Dengan Haji Mabrur
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
16 Jamadilakhir 2013
26 April 2013
(PUISI LAMBAIAN KA'ABAH BUAT KURINDU BERTEMU-NYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK KERABAT DIRAJA KESULTANAN JOHOR ... MOGA MENDAPAT HAJI MABRUR AAMIIIN)
0 comments:
Post a Comment