Sunday, 21 April 2013

TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA , "DUNIA KERAJAAN RATU RIMBA & RAKYAT RIMBA NIAGARA'



(328) NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA ,'TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA,'
Part (45) ,  KERAJAAN RATU RIMBA & RAKYAT RIMBA NIAGARA'


PM KE-6 PENCETUS GAGASAN 1MALAYSIA

Kau seperti sebutir bintang
yang turun ke bumi menyinari
hidup setiap rakyat 1Malaysia!

Kau kata,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan." kata-kata itu
membakar semangat setiap rakyat
yang lesu dan bisu sekian lama.

Setiap butiran kata-katamu
menjadi keramat setiap
yang mendengar...
Mereka terpaku!
Bukan kaku!
Mereka terus bangun dari lamunan mimpi
yang kini bukan mimpi tapi realiti!

Kau menggerakkan barisan kabinetmu
agar memberi khidmat bakti kepada rakyat
tak kira penat lelah asalkan nasib rakyat terbela.

Kau arahkan semua pentadbiran kerajaan
memahami denyut nadi rakyat!
Kata-kata itu bukan bicara kosong
Akan dibuktikan!
Lihatlah nanti!

Telah tercatat Di Sana, kau adalah
pewaris bangsa yang dinanti-nantikan
sejak sekian lama.

Kau pembawa pemikiran di luar kotak.
bakat kepimpinan yang kau warisi
daripada ayahanda Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Kedua telah sebati
dalam jiwamu.

Kau mahu rakyat dan kerajaan
bersatupadu merealisasikan sebuah
kerajaan yang aman makmur bersatu
demi kepentingan rakyat dan negara
tercinta!

Kau peka dengan setiap masalah rakyat,
masalah rakyat adalah menjadi masalahmu
dan ingin diselesaikan agar tiada satu pun
yang tercicir daripada arus pembangunan.

Siapa sangka kau yang mempunyai kuasa kerajaan
memerintah nombor satu mempunyai sikap seperti
rakyat biasa yang tak punyai apa-apa.
Menyelami dan memahami keluh kesah rakyat adalah
satu perkara yang mahu kau kongsi dan tangani
bersama.

Demi rakyat tercinta , kau gunakan segala kudrat
yang ada untuk terus berkhidmat dengan senyum
gagah seorang perwira yang sedia berjuang dan
membantu!

Setiap keluh kesah rakyat membuatkan
kau gelisah dan bukan kosong mendengar
tetapi membantu selagi mampu.

Jerih perih rakyat adalah bebanan yang
kau pikul untuk dikongsi bersama.
Senyuman rakyat adalah satu
kepuasan buatmu!

Pening! Memang pening...
Bagaimana hendak memikirkan
setiap masalah rakyat yang ingin
dikongsi bersama tapi berkat
kesepakatan barisan kabinetmu kau
pasti berjaya! Insya-Allah.

Lihatlah rakyat Malaysia!
Siapakah PM ke-6 ini?
Yang berhati waja lagi mulia
yang sedia mendengar setiap
rintihan kalbu rakyat Malaysia
tak kira kaum,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan".

Bersyukurlah banyak-banyak kerana kita
dikurniakan seorang pemimpin
yang memahami setiap denyut nadi rakyat Malaysia.

Terima kasih PM ke-6.
Pasti nanti negara tercinta ini
mempunyai rakyat yang bersatupadu
dalam ungkapan,'1Malaysia,
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.

Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2010
(PUISI DISIARKAN SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013) 
Like · 
  • Ghazali Ismail pembangkang perlu dan penting dlm sesebuah negara,tapi pembangkang dimalaysia ni dah terlampau sangat,yg betul pun di bangkang yg salah apatah lg .jadinya pembangkang itu sendiri pulak nak rebut kuasa n berebut2 nakkan putra jaya.kenapa dulu dibangkang habis2an? semasa nak dirikan putra jaya?kalau nak membangkang tu biarlah bertempat gunakan akai dan kenapa sekarang berebut2 pulak nakkan putra jaya?akai ada ka?
  • Ratu Rimba Niagara Ghazali Ismail...jika anda mahu memberi komen setiap kali karya saya bersiaran...pastikan kena mengena dengan tema yang dikarangkan dan pastikan gunakan bahasa yang indah...harap maklum.
    Kami di rimba ini menggunakan bahasa yang santun dan tidak sama 
    sekali menyakitkan hati mana-mana pihak.

    Akal di ubah ...cubalah hampa fikir ke ...hang pikik ke...
    Putrajaya idea bijaksana Tun Mahathir untuk semua rakyat Malaysia
    Maka sama-samalah kita hargainya demi untuk kepentingan negara dan rakyat Malaysia.


    1. Like ·  · Promote

0 comments:

Post a Comment

 
;