NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (358), TRANSFORMASI KERAJAAN KOTA & RIMBA
Part (75) PEMIMPIN DAMBAAN RAKYAT MALAYSIA
- Najib Razak added a milestone from June 23, 2011 to his timeline: Set up 1Malays...
Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
PEMIMPIN DAN RAKYAT BAGAIKAN AUR DENGAN TEBING
Pemimpin dekat di hati rakyat...
Bagaikan aur dengan tebing
Rakyat belum bersuara
Sudah faham
Rakyat bersuara
Lagi terlebih faham
Lalu difikir
Di benak hati
Di Luar kotak pemikiran
Bagaimana mahu diselesaikan
Setiap masalah yang ditanggung rakyat
Diperah biarpun setitis kudrat pemikiran
Demi rakyat untuk rakyat
Rela dia
Berhujan berpanas
Berpenat berlelah
Dihina dikutuk
Dilalui dengan hati yang tabah dan redha
Yang menjadi tanda tanya
Kenapa dia sanggup
Bersusah payah demi rakyat?
Sedangkan dia telah miliki segalanya!
Tak perlu berpening memikirkan
Masalah rakyat?
Apa lagi yang diperlukan dalam dunia ini?
Itulah yang mengagumkan aku
Bila dia jawab
Itu adalah tanggungjawabnya
Dan akan dipertanggungjawabkan
Di akhirat kelak
Dan dia jawab lagi
Mahu menjadi khalifah Alllah
Mahu mati dalam perjuangan
Kerana perjuangannya adalah
'Fisabilillah'
Aduh! Terkedu aku mendengarnya
Moga apa yang dicitakan oleh
pemimpin berjiwa rakyat itu
dipermudahkan segala urusan
apabila dia berurusan
mengenai rakyat dan negaranya
moga dimakbulkan Allah
segala hajat dan cita-citanya
dan Allah membalas segala baktinya
dengan balasan Syurga
kerana hidup matinya
semuanya kerana Allah
bukan kerana manusia
bukan untuk mengejar kuasa dunia
bukan untuk mencipta nama
bukan untuk kepentingan sendiri
makanya ditempuh onak dan duri
biarpun hati hancur berkecai!
biarpun ombak tsunami datang membadai!
biarpun dihujani peluru di setiap penjuru
demi rakyat dia rela begitu
moga Allah sentiasamu
di setiap langkah dan helaan nafas
di setiap denyut nadi
di setiap degupan jantung
memikirkan rakyat
adalah tanggungjawab
itulah roh perjuangannya
akan terus berjuang
hingga ke titisan darah terakhir
sehingga terhenti
tarikan nafas
degupan jantung
denyutan nadi
Subhanallah Alhamdulillah Alllahu Akbar
Itulah lafaz dari rakyat untukmu
seorang pejuang yang sentiasa mewangi jasamu
bak haruman kasturi direnjiskan haruman setanggi!
di kuburanmu ditaburkan bunga-bunga kemboja putih
seputih perjuanganmu dan diiringi doa restu
pergilah dikau dengan aman dan tenteram
kerana perjuanganmu diwarisi oleh generasi
setiamu yang sudah sebati dalam jiwa
apa erti tersirat perjuanganmu selama ini!
pemergianmu diredhai
kerana Syurga tempatmu
Pergimu Senyuman Syurga!
Allahu Akbar!
'KURA-KURA DALAM PERAHU,
PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
SUDAH TIBA MASANYA PRU,
KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU.'
"UNDIAN KITA ADALAH HADIAH UNTUK ANAK CUCU KITA
KERANA KITALAH PENENTU MASA DEPAN NEGARA"
Karya Ratu Rimba Niagara
25 April 2013
(PUISI DISIARKAN SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013)
Najib Razak shared a link.
Ikuti perjalanan kempen saya bertemu dengan rakyat di seluruh Malaysia bagi berkongsi perancangan Barisan Nasional di kawasan anda selain menggalakkan semua pengundi agar keluar mengundi apabila tiba harinya nanti.
Teruskan membaca perjalanan hari ketiga di sini.
0 comments:
Post a Comment