like this.- 6 of 99
- Shima-nie Mahali We the BN supporters stand all the way right behind U,Najib...terus berbakti BN!..gud gud gud!!!!
- Ratu Rimba Niagara AKU BUKAN KATAK DI BAWAH TEMPURUNG
aku bukan katak di bawah tempurung
aku adalah katak di bawah tempurung lut sinar
yang membolehkan aku memerhatikan seluruh dunia
apabila aku keluar dari tempurung lut sinar
aku tahu keadaan seluruh dunia
makanya kejayaan aku
benar-benar Allah yang ciptakan
DIA yang kehendaki takdirku begitu
berjaya atas usaha sendiri
dan Allahlah yang menentukan
usahaku berjaya atau tidak
bagaimana hebatpun aku bersastra
aku tetap hamba-Nya yang kerdil
karena tanpa izin-Nya
aku cumalah hamba Allah yang tak tahu apa-apa
tentang ilmu dunia dan akhirat...
makanya tidak layaklah aku memakai pakaian sombong
seorang ratu... kerana aku bukan bercita-cita hendak menjadi ratu aku hanya mahu menjadi hamba Allah dengan pakaian iman dan takwa
Moga Allah Perkenankan segala cita-citaku yang murni ini
Kepada agama bangsa dan negara jua di seluruh dunia
Bumi Allah tempat persinggahan untuk mempersiapkan bekalan ke negeri abadi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
KARYAKU ASET NEGARAKU TERCINTA
KARYAKU ASET BUMI NUSANTARA TERSAYANG
MOGA KARYAKU MENJADI ASET AKHIRATKU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
24 April 2013
KITA BERSAMA MENJADI PERMATA SYURGA YANG ADA NILAIAN DI SISI-NYA
Memang peragai semulajadi manusia susah untuk menghargai satu sama lain. Merasa diri sendiri sudah cukup sempurna ilmu, iman, kuasa, pangkat, harta dunia dan segalanya itu pun masih tidak mencukupi. Orang lain semuanya tak sempurna dianggap sampah-sampah yang tak berharga...terlalu hina kah mereka yang tak sesempurna kita...jika kita anggap mereka sama taraf dengan kita pastinyalah kita akan sedia memahami dan sama-sama berbagi apa yang kita ada ...sudah pasti sampah-sampah tersebut tidak terus hanyut atau sengaja dihayutkan seolah kita buta hati untuk menyelamatkan sampah-sampah dari terus menjadi sampah. Jika itu berlaku kitalah yang patut dipersalahkan kerana Tuhan beri kita akal pemikiran tapi tidak mahu menundukkan keegoaan kita sendiri.
Apalah salahnya sebelum jadi sampah ...kita sama-sama nilaikan jadi permata yang berharga...ye kita bersama menjadi permata Syurga yang ada nilaian di Sisi Allah Taala. In Shaa Allah Aamiin.
RATU RIMBA NIAGARA
24 April 2013 - Ratu Rimba Niagara MOGA SYURGA RINDU MENANTI KEDATANGAN KITA SEBAGAI PENGHUNINYA
saling memaafkan
melembutkan hati-hati yang terluka
apalah ada luka di dunia ini
tambahan pula di alam maya
yang berbahasa bisu
tapi menusuk ke kalbu hati
jika kata-kata diluahkan mendatangkan iman
teruslah bicara
jika mengundang sakit hati
kerana kita sendiri tahu
adakah hati kita bersih di kala itu tika berbicara
hanya kita sendiri tahu siapa kita
andai kata-kata itu baik di sisi Allah
teruslah berkata-kata tanpa henti
jika sepatah perkataan itu membuatkan mereka yang mendengarnya sakit hati
lebih baiklah diam daripada berkata-kata
kerana kita tahu dan sengaja tahu mahu menyakitkan hati orang mendengar
bila menegur boleh
tapi biarlah berhikmah
kerana kawan-kawan kita di fb bukalah anak-anak kecil atau remaja lagi
semuanya sudah terlebih usia
untuk bersiap sedia
bila-bila masa
dijemput pulang ke Pangkuan Ilahi
moga sebelum dijemput pulang
kita buangkan segala hasad dengki
khianat sesama sendiri
cemburu
tamak haloba
gilakan kuasa dunia tak habis-habis
anggaplah diri kita mayat sebelum bergelar mayat
kerana mayat yang masih dipinjamkan Allah ini
mahu pulang dalam jiwa roh suci yang tenang
tika mengadap-Nya di dunia ini dan tika bergelar roh nanti
moga Allah memberi kunci
iman dan takwa kepada hati-hati kita
agar hidup kita sentiasa bersangka baik dengan-Nya
dan sesama manusia sentiasa berbahasa santun
dalam ukhuwah kasih talisiraturrahimi
yang saling berkerjasama dalam muhasabah diri
ke arah kecemerlangan dunia akhirat
moga Syurga rindu menanti kedatangan kita untuk menjadi penghuninya.
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
RATU RIMBA NIAGARA
24 April 2013 - Ratu Rimba Niagara SUARA GENERASIKU CITAMU CITAKU
MENGGAPAI BINTANG KEJORA
GENARASIKU SUARAMU AMAT BERHARGA
TERLALU BERNILAI
LEBIH BERNILAI DARIPADA PERMATA BERHARGA
LUAHKAN APA YANG TERSIRAT DI HATIMU
BAGAIMANA AKU BOLEH MEMBANTUMU
MENGGAPAI BINTANG KEJORA
JIKA KAMU LUAHKAN APA YANG KAMU CITAKAN
PASTI BINTANG KEJORA ITU MILIKMU MILIKKU
KARENA KAMU ADALAH ESET NEGARA
SUDILAH BERSAMAKU
KARENA AKU MAHU MEMBANTUMU SEDAYA MAMPUKU
AKU SAYANG KAMU GENERASIKU
KARENA TANPAMU
IBU PERTIWI INI
BERGERHANA
SEGERHANA HATIMU YANG PUTUS ASA ATAS SEGALA CITAMU
AYUH MARI BERSAMAKU
KITA JAYAKAN SAMA-SAMA CITA-CITAMU ITU
AGAR SATU DUNIA INI TAHU
KAULAH NADI DAN NYAWA UNTUK IBU PERTIWI
AYUH KITA BERSAMA JAYAKAN CITA MURNIMU ITU
DI MANA ADA KEMAHUAN
DI SITU ADA JALAN
BERSUARALAH BERSUARALAH BERSUARALAH
KAMI SEDIA MENDENGAR
MENDENGAR MENDENGAR MENDENGAR
MENGHAYATI
MEMAHAMI SETIAP APA YANG KAU SUARAKAN
AKAN KAMI REALISASIKAN
KARENA IMPIANMU ADALAH IMPIANKU
IMPIAN IBU PERTIWI TERCINTA...
RATU RIMBA NIAGARA
24 April 2013
AKULAH RATU DI HATIMU
DUHAI ANAK BANGSAKU YANG TERSAYANG DEMI-NYA
DUHAI ANAK BANGSAKU TERSAYANG
KU SAYANG KAMU SEMUA-NYA KERANA-NYA
KERANAMU KUKERAH PERAHKAN OTAKKU
UNTUK SENTIASA BERFIKIR TENTANGMU
BERPIKIR GIMANA HIDUPMU TERJAMIN SEJAHTERA
HIDUP MENGECAPI NIKMAT KEMERDEKAAN NEGARA SENDIRI
KAMU NGGAK AKAN DIHINA DIKEJI DIJAJAH OLEH MEREKA YANG MENDENGKI
JIKA IZIN-NYA APA YANG KUTULIS SEMUA KARYA-KARYAKU TENTANGMU ANAK BANGSAKU
YANG BERSELERAKKAN DI ALAM MAYA INI DAN DIBACA PENUH PENGHAYATAN OLEH PIHAK-PIHAK YANG BERKENAAN UNTUK MEMBELAMU
PASTILAH AKU YANG PALING BAHAGIA SEKALI
KARNA NASIBMU AKAN TERBELA DAN DIBELA
KARNA ANAK CUCU SELEPAS INI
TIDAK SEORANG PUN TIDAK DIBELA DIBIARKAN TERCICIR SEMUANYA TERBELA IBU PERTIWI PASTI TERSENYUM SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI
KARNA BUMI BERTUAH YANG KITA DIAMI BUAT SEMENTARA INI SENTIASA BERSYUKUR DENGAN RAHMAT DAN KASIH-NYA
HIDUP KITA AMAN DAMAI SEJAHTERA
DENGAN NIKMAT KEMERDEKAAN
YANG DIPERJUANGKAN OLEH PEJUANG-PEJUANG YANG RELA GUGUR DI MEDAN JUANG
YA ALLAH SYUKUR KAMI DENGAN NIKMAT KEMERDEKAAN NEGARA KAMI YANG TERCINTA INI
YA ALLAH DENGAN BELAS KASIHAN-MU
KEKALKANLAH NIKMAT KEMERDEKAAN NEGARAKU INI SAMPAI DUNIA QIAMAT
AAMIIN YA RABAL A'LAMIIN.
RATU RIMBA NIAGARA
24 April 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA ANAK BANGSA KU YANG TERCINTA DEMI-NYA)
· - Ratu Rimba Niagara DUHAI ANAKKU PEWARIS BANGSAKU
BONDA SENTIASA DI HATIMU SAYANG
Duhai anakku sayang
Pewaris bangsa ku
Suatu hari pasti
Bonda akan tinggalkan dunia ini
Pasti...pasti...pasti...
Kerana yang hidup pasti mati
Tiada yang hidup tak mati....mati...
Berdarjat pun mati
Tak berdarjat pun mati
Yang hidup pasti mati
Tua mati
Muda pun mati
Tapi tak tahu bila dan saat ketikanya
Itu rahsia Allah Taala
Itu sudah ada dalam percaturan takdir
Yang mesti kita imani
Duhai anakku sayang
Pewaris bangsaku
Kerana tak tahu
Waktunya bila dan saatnya mati
Dan semua sudah sedia maklum
Hidup ini setitis cuma
Hidup adalah senda gurau yang menipu
Jika kita masih lagi leka
Dengan pesona dunia yang melalaikan
Dan hidup cuma difokuskan kepada dunia
Makanya apa yang berlaku di sekeliling kita
Tidak akan kita endahkan
Tidak kita ambil peduli
Hidup kita sudah cukup sempurna!
Dunia ini akulah yang punyai segalanya!
Peduli apa aku dengan masalah dunia
Peduli apa ku dengan masalah manusia
Yang penting aku hidup bahagia dan sempurna
Di mataku manusia semuanya tak sempurna
Makanya hidup aku adalah aku
Aku yang mencaturkan takdirku
Itulah bicara seorang hamba yang sombong lagi bongkak
Makanya jauhkan dari sikap begitu anakku
Duhai anakku sayang
Pewaris bangsaku
Bila-bila masa bonda akan pergi dijemput Ilahi
Bonda tahu bunda tak layak
Untuk menasihati kamu
Yang sempurna akalmu yang tinggi
Apatah lagi darjatmu yang berketurunan bangsawan
Bonda cuma seorang yang tak berkedudukan tinggi
Dan tak punyai apa-apa kelulusan tinggi
Untuk membicarakan soal-soal ilmu yang tinggi
Bonda malu...bonda malu...bonda malu...
Malu untuk meninggalkan ilmu-ilmu yang tak seberapa ini
Bonda sentiasa cermin diri
Bonda sentiasa tahu di mana kedudukan bonda di hati mu
Duhai anakku sayang
Pewaris bangsaku...
Ketahuilah kamu...
Bonda terlalu sayang....sayang....sayang...
Pada semua anak bangsa Rumpun Melayu Nusantara...
Kerana sayang teramat sayang...
Sayang mengatasi segalanya
Bonda rela
dihina...dikutuk...sentiasa dipandang rendah
Lantaran itu bonda sedih dan kecewa
Atas penghinaan mereka
Kata-kata mereka itu
Seolah duri-duri halus
Yang masuk kekerongkong bonda
Sakitnya...bisanya...bagaikan racun
Berbisa...bisa...
Mematikan urat saraf minda bonda
Untuk terus mengarang dan terus mengarang
Mereka mahu biar bonda
Hentikan segala apa mesej yang bonda ingin sampaikan
Duhai anakku sayang
Pewaris bangsaku...
Kerana sayang bonda padamu tanpa penghujung
Selagi hayat bonda ada akan menyayangimu
Bonda relakan segala derita sengsara dihadapi dilalui
Setiap kata-kata mereka biarpun sakit terlara
Bonda akan tabah hadapi demi kasih sayang bonda padamu
Apa hendak dikesahkan dengan mereka itu semua
Lagipun bonda bukan kenal mereka
Lagi mereka kata bonda lagi bonda dapat pahala percuma
Apapun bonda sudah memaafkan semua yang mengata bonda
Moga bonda dan mereka semua diberi hidayah kaseh-Nya Aamiin.
Duhai anakku sayang
Pewaris bangsaku...
Kerana menyayangimu
Sayang teramat sayang
Bonda akan terus menulis...dan menulis...
Tanpa bonda hiraukan lagi apa kata-kata mereka
Bonda akan tulis pelbagai tema ....
Biarpun bonda bukanlah arif dalam sesuatu tema itu
Tapi kerana kaseh dan sayang teramat sayang
Allah SWT kasihan pada bonda
Mengilhamkan apa yang hendak bonda tulis
Dengan izin-NYa bunda dapat menulis
Tanpa izin-Nya bunda tak dapat menulis
Makanya setiap penulisan bonda adalah lebih
Berharga dari permata berharga
Kerana tinta-tinta bonda
Adalah datang dari-Nya
Tanpa-Nya
Penulisan bonda
Pasti kaku
Pasti bonda tak dapat menulis satu baris ayat pun
Subhanallah
SesungguhNya Allah Maha Berkasihan Belas
SesungguhNya Allah Maha Pengasih Lagi Penyayang
Syukur Ya Allah
Syukur atas kurniaan-Mu ini
Duhai anakku sayang
Pewaris bangsaku...
Kerana setiap ilmu kepujanggaan
Ada tersirat mesej-Nya di sebalik
Kata-kata pujangga yang bonda tulis
Itu semua adalah lambang cintaNya
Itu semua tanda syukur bonda padaNya
Mengizinkan bonda berkata pujangga
Untuk bunda tinggalkan pada
Anak-anak tercinta
Pewaris Nusantara Seluruh di bumiNya
Yang bertuah ini
Duhai anakku sayang
Pewaris bangsaku...
Berjanjilah pada bonda
Akan sudi dan sentiasa sudi
Menyokong/mendukung perjuangan tinta-tinta bonda
Andaikata belum sempat perjuangan bonda direalitikan
Berjanjilah untuk merealitikan
Kerana karya-karya bonda inilah
Hadiah dari bonda untuk anak-anak tercinta
Yang ada di seluruh bumi Nusantara...
Inilah lambang cinta bonda
Pada semua biarpun bonda sudah tiada lagi di dunia ini
Tapi bunda ada di hatimu sayang....
Luahan hati bonda untuk anakku pewarisku tersayang,
Bonda Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Istana Rimba Niagara
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
24 April 2013
Khai Noor shared Aidah Yazid's photo.
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & NAJIB RAZAK & KHAI NOOR)24 April 2013
0 comments:
Post a Comment