Friday, 26 April 2013

TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA , 'MOGA SYAHIDLAHMU DUHAI PARA PEJUANG FISABILILLAH AAMIIN'





NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (379) TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA
(96) MOGA SYAHIDLAHMU DUHAI PARA PEJUANG FISABILILLAH AAMIIN


Like ·  · Promote · 
  • Ratu Rimba Niagara DINDA SEPI TANPA SUARA-SUARA SYURGA DARI ABI TERCINTA!

    Abi yang dicintai karena-Nya
    pergilah Abi dengan aman dan sejahtera
    berehat dari kelelahanmu 

    sepanjang Abi berhidup tak pernah mengenal arti lelah
    Mentarbiyahkan dinda...agar terus mempasakkan ilmu tauhid Meng-Esa-kan, Meng-Agong-kan Allah Azzawajallah di sebilang masa dan ketika....

    Abi...mendengar ceramahmu rasa tak jemu...
    kita sering membicarakan soal indahnya cinta berkasih sayang demi-Nya
    membicarakan tentang Syurga pahala rasa tak jemu-jemu 
    bila membicarakan tentang azab Allah bagi hamba-Nya yang engkar kita jadi takut...

    Abi tercinta karna-Nya ....
    dinda sepi tanpa suara-suara Syurga dari Abi 
    dinda sepi tanpamu
    pergimu mengadap Ilahi
    bagaikan mimpi rasanya
    tapi dinda terima dengan hati yang redho....
    moga kita bisa ketemu di Syurga Firdausi
    menyambungkan percintaan kita yang terpisah 
    redhomu redhoku 
    In Shaa Allah DIA juga meredhoi-Nya
    redho lagi diredhoi....
    tenanglah... damailah di Sana duhai Abi tercinta
    Di Alam Syurga mengecapi bahagia
    Balasan cinta yang Allah berikan pada Abi tersayang 
    In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    26 April 2013
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK ISTERI ALMARHUM USTAZ JEFFRY MOGA TABAH DAN REDHO ATAS PERMERGIAN SUAMI TERCINTA DAN BISA MENYAMBUNG PERCINTAAN DI SYURGA FIRDAUSI BAGAIKAN PERCINTAAN ADAM DAN HAWA TIKA DI SYURGA DAN BAGAIKAN PERCINTAAN BIDADARA DAN BIDADARI DI SYURGA INDAHNYA SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR...AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)





Ratu Rimba Niagara shared Safyra Ciregar's photo.
Like ·  · Promote · 


  1. Ratu Rimba Niagara shared Taf Chaniago's photo.
    Like ·  · Promote · 
  2. Like ·  · Promote · 


    CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.W

    Kau dilahirkan
    untuk memberi
    Rahmat Sekalian Alam

    Berpekerti mulia
    menempuh segala cabaran
    dan dugaan semata-mata
    untuk menyebar
    Agama Suci Allah

    Berkorban apa saja
    demi umat sezamannya
    dan akhir zaman

    Sambil berdiri, duduk dan
    berbaring sentiasa
    mengingati umatnya
    mencintai umatnya
    sepenuh hati
    sepenuh jiwa
    Masya-Allah!

    Sentiasa berdoa pada Tuhan
    agar umatnya mati dalam
    ucapan kalimah
    LaaillaahaillAllahMuhammadaRasullullah

    Risaunya Nabi terhadap umatnya
    hingga nafas terakhir
    menyebut-nyebut umatnya
    ‘Umatku! Umatku! Umatku!

    Duhai Kekasih Allah
    Nabi Muhammad S.A.W
    Biarpun telah tiada jasadmu
    Budimu…
    Pengorbananmu…
    Cintamu kepada umatmu
    akan dikenang…
    dihargai dan
    disanjung tinggi hingga
    ke akhir hayat kami

    Kami tahu kau mencintai kami
    ketika berdiri… duduk dan berbaring
    hingga ke akhir hayatmu

    Amatlah rugi dunia akhirat!
    malang dunia akhirat!
    Jika kami tidak membalas cintamu
    Wahai Nabi Allah
    Kekasih Allah

    Sebagai balasan cintamu
    pada kami umatmu
    kami akan menjadi
    pewaris setiamu
    menyebarkan dakwahmu
    Al-Quran dan Hadis
    yang kau tinggalkan
    untuk kami umatmu

    Selawat untukmu
    wahai kekasih Allah
    terimalah kami
    menjadi kekasihmu
    sebagaimana kau
    menjadi Kekasih Allah

    Moga dengan cinta kami ini
    dapatlah kami keberkatan
    cintamu di dunia …
    Di Padang Masyar
    mendapat Syafaatmu
    Amin Ya Rabbal A’lamin.

    KARYA Ratu Rimba Niagara
    9 Ramadhan 1433H
    29 Julai 2012M

    GUGUR MUJAHID SENYUMAN SYURGA

    Jangan dituduh pengganas mujahidku,
    Kerananya Agama Islam sentosa;
    Perjuanganya tak pernah jemu,
    Di mana berada dipertaruhkan nyawa.

    Dalam Islam tiada istilah pengganas,
    Begitu mudah manusia menuduhnya;
    Allah tidak suka mereka yang mengganas,
    Dikirimkan ngauman bumi sebagai protesNya.

    Di langit kerajaan Islam penuh duka,
    Meratap menghiba tiada siapa yang tahu;
    Allah janjikan syahid penawar duka,
    Kenikmatan Syurga mereka tak tahu.

    Umat Islam diperlakukan seperti haiwan,
    Dibedil bertalu tanpa keperimanusiaan;
    Mujahid Islam bangkit melawan,
    Demi kerana Allah dalam kecintaan.

    Negara Islam dibedil terus-terusan,
    Dendam kesumat tak pernah padam;
    Ada yang ditawan menjadi tebusan,
    Diseksa dalam neraka dunia penuh kejam.

    Kesumat mereka tak pernah padam,
    Negara Islam akan dibedil dan ditakluki;
    Itu azam mereka yang suka berdendam;
    Agar Islam terkubur di Negara sendiri.

    Pejuang Islam tak pernah gentar,
    Rela bermandikan darah dihujani peluru;
    Perjuanganmu buat hati bergetar,
    Wajahmu tenang berjumpa Tuhanmu.

    Sungguh murni seorang mujahid,
    Perjuangannya takkan terhenti tanpa jemu;
    Mujahid balasanya syahid,
    Kukalungkan doa kesejahteraan buatmu.

    Di wajahmu ada Syurga,
    Perjuanganmu tanpa jemu;
    Kepentingan Islam sentiasa dijaga,
    Putus asa tak pernah bertamu.

    Kau berjuang hingga akhir hayat,
    Semangatmu sentiasa membara;
    Perjuanganmu tak pernah tamat,
    Generasi pelapismu terus mara.

    Masa hidup penuh perjuangan,
    Perjuangannya jelas dan tepat;
    Membela Islam ditimpa kekejaman,
    Memberontak mujahid adalah bertempat.

    Tiada hari tanpa perjuangan,
    Biarpun diburu di setiap penjuru;
    Namun berundur tidak sekalipun,
    Rela bemandikan darah dihujani peluru.

    Gugurmu mujahid aku tangisi,
    Kutangis dalam kesyukuran mengingatimu;
    Kenikmatan Syurga kini kau rasai,
    Di sini mujahid menggantikan tempatmu.

    Ramai berlumba mengikut jejakmu,
    Tanda cintakan Allah sayangkan hambaNya;
    Mereka bemandikan darah dihujani peluru,
    Gugurnya mereka menyusuli dirimu.

    Kehidupan mengasyikkan memukau pandangan,
    Wangian Syurga menusuk qalbu;
    Syurga kau terima sebagai balasan,
    Menikmati SyurgaNya tak pernah jemu.

    Gugur mujahid senyuman Syurga,
    Kehidupan di Syurga mujahid gembira;
    Nikmat Allah dalam kesyukurannya,
    Menunggu Hari Pembalasan telah dibalasNya.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    29 Julai 2012
    9 Ramadhan 1413H

    MUJAHIDKU BERNAMA RIDHWAN

    Ridhwan lambang Syurga para mujahid,
    Denyut nadi zikir padaNya;
    Rela gugur di medan syahid,
    Titisan darahmu bukti Maha AgungNya Cinta.

    Tertusuk kalbu menghayati Syair Mujahid,
    Tangisan sendu mendayu sesyahdu perjuangan;
    Terbujur kaku ketenangan wajah mujahid,
    Pemergiaanmu dinanti bidadari penuh kerinduan.

    Kukarangkan Puisi Mujahid sebagai semangat bagimu,
    Khalifah Islam igauan wanita mujahid.

    PUISI MUJAHID

    Duhai saudaraku...
    Perjuanganmu penuh berliku...
    Namun berundur di medan juang tidak sekali
    Kau tidak hiraukan tubuhmu
    dibakar terik mentari
    Kedinginan salji
    Lapar dahaga tidak mengapa
    Sakit derita tetap berjuang
    Tetap solat berjumpa Kekasihmu
    Air mata bukan untuk
    Dipuja
    Dicaci tak mengapa
    Biarpun tubuhmu diseksa...dihina...
    Dihujani peluru...biarkan!

    Duhai saudaraku...
    Teruskan perjuanganmu
    Ku di sini mendoakan
    Agar kau terus dilindungi Kekasihmu
    Tak kira di mana kau berada
    Kehadiranmu kusyukuri dalam sujud
    Pemergianmu kusyukuri dalam doa

    Duhai Saudaraku...
    Kukalungkan bunga cinta suci lambang
    cinta abadi ku padamu

    Duhai Saudaraku...
    Sekalung bunga cinta Syurga
    Akan dikalungkan Bidadari Syurga
    Mewangi semerbak
    Sewangi perjuangan sucimu

    Duhai Saudaraku...
    Tika di dunia kaulah Khalifah Islam menjadi igauan wanita mujahid
    Tika di akhirat kaulah kekasih yang dinantikan Bidadari Syurga

    Duhai Saudaraku...
    Berbahagialah kerana memilih jalan syahid
    Bahagia di dunia bahagia di akhirat!

    Karya: Putri Rimba Niagara
    29 Julai 2012
    9 Ramadhan 1413H

    • like this.
    • Rinaldi Rizal Di manakah arwah syuhada'?

      Setelah mengetahui keutamaan mati syahid dan kemuliaan para syuhada', bahwa mereka hakikatnya tidak mati dan tidak kehilangan kenikmatan. Lalu kita bertanya, "di manakah arwah mereka sebenarnya?"

      Arwah para syuhada' ditempatkan di surga Firdaus yang tertinggi. Hal ini didasarkan pada hadits Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam yang bersabda kepada Ummu Haritsah binti Nu’man -putranya gugur di perang badar-ketika dia bertanya kepada beliau (tentang nasib putranya): “Di mana dia?” Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: ”Sesungguhnya dia ada disurga Firdaus yang tinggi.” (HR. Al Bukhari)

      Dalam Shahih Muslim, dari Masyruq rahimahullah, berkata: "Kami bertanya kepada Abdullah tentang ayat ini (QS. Ali Imran: 169)

      Dia menjawab, "adapun kami telah bertanya tentang hal (kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam), lalu beliau menjawab:

      "Sesungguhnya ruh-ruh para syuhada’ itu ada di dalam tembolok burung hijau. Baginya ada lentera-lentera yang tergantung di 'Arsy. Mereka bebas menikmati surga sekehendak mereka, kemudian singgah pada lentera-lentera itu. Kemudian Rabb mereka memperlihatkan diri kepada mereka dengan jelas, lalu bertanya: “Apakah kalian menginginkan sesuatu?” Mereka menjawab: “Apalagi yang kami inginkan sedangkan kami bisa menikmati surga dengan sekehendak kami?” Rabb mereka bertanya seperti itu sebanyak tiga kali. Maka tatkala mereka merasa bahwasanya mereka harus minta sesuatu, mereka berkata, “Wahai Rabb kami! kami ingin ruh kami dikembalikan ke jasad-jasad kami sehingga kami dapat berperang di jalan-Mu sekali lagi. “Maka tatkala Dia melihat bahwasanya mereka tidak mempunyai keinginan lagi, mereka ditinggalkan.” (HR. Muslim)

      Imam al Darimi dalam sunannya meriwayatkan dari Masyruq, dia berkata: "kami telah bertanya kepada Abdullah tentang arwah para syuhada'. Kalau bukan Abdullah, maka tak seorangpun yang menyampaikannya kepada kami. Dia (Abdullah) berkata, "arwah para syuhada' di sisi Allah pada hari kiamat berada di perut burung hijau. Dia memiliki lentera-lentera yang tergantung di 'Asry. Dia terbang di dalam surga ke mana saja yang dikehendakinya. Kemudian dia kembali ke lentera-lentera tadi, lalu Rabb mereka memuliakan mereka dengan berkata: "Apakah kalian menginginkan sesuatu? Mereka menjawab: "tidak, kecuali kami dikembalikan lagi ke dunia sehingga kami terbunuh (mati syahid di jalan Allah ) untuk kesekian kali."

      Imam an Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim menyebutkan, ". . . ketika mereka tahu harus meminta, mereka meminta agar ruh mereka di kembalikan ke jasad-jasad mereka untuk berjihad lagi atau untuk mencurahkan jiwanya di jalan Allah Ta'ala dan merasakan nikmatnya (gugur) di jalan Allah." Walahu A'lam
      16 hours ago · Unlike · 1


      1. Like ·  · Promote · 
        • Ratu Rimba Niagara You and 17,015 others like this.
          1,435 shares

          Ratu Rimba Niagara SELAMAT JALAN USTAZ JEFFRY

          Selamat jalan ustaz Jeffry
          Selamat bahagia bertemu dengan Tuhanmu Tuhanku Tuhan semua
          Pergilah dalam jiwa yang tenang lagi diredhoi-Nya
          Kau aman kini
          Aman dari segala lelahmu di dunia yang fana
          Kau meninggalkan dunia
          Ilmu-ilmu Allah yang kau tinggalkan
          Mengikutimu di akhirat sebagai bekalan
          Saham akhiratmu sentiasa dimasukkan ke akaun akhiratmu
          Tanpa henti sehingga dunia qiamat
          SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
          Betapa beruntungnya dikau duhai yang sudah bergelar roh
          Rohmu pasti senyum penuh syukur
          Alam barzah yang kau yakini ketika hidup dulu
          Kini kau lalui dengan tenang...
          Setenang air di Kali Syurga
          Segala soalan di alam barzah
          Kau jawab dengan lancar
          Bukan kau yang menjawab
          Tapi amalanmu yang menjawab
          Amalan yang kau yakini
          Itulah yang kau ajarkan kepada kami
          Pasti kau amalkan dan pasti juga kami amalkan
          Dalam kehidupan harian selagi nafas tak terhenti

          Kau ajar kami
          Tanpa jemu
          Tanpa memikirkan penat lelahmu
          Tanpa memikirkan keuntungan bagi duniamu
          Yang kau pikirkan keuntungan akhiratmu akhirat kami
          Allahu Akbar sungguh suci hatimu ustaz Jeffry
          Hatimu semurni Syurga....
          Kami tak sempat membalas kesemua jasamu
          Yang kau berikan kepada kami rakyat Indonesia
          Sepanjang kau memberi ceramah kepada kami
          Kamu selalu berkata dengan suara yang tenang
          Wajahmu penuh damai diiringi dengan sebuah senyuman
          Menyeru hati-hati kami yang sentiasa lalai akan perintah-Nya
          Kami jadi insaf ...kami mula mengenal diri kami
          Kami kenal diri kami barulah kami mengenal Tuhan
          Kenal diri kenal Tuhan
          Terima kasih ustaz Jeffry
          Kamu pergi mendahului kami
          Kami juga akan pergi meninggalkan dunia ini bila sampai masanya nanti
          Kami seluruh rakyat Indonesia dan semua yang mengenalimu
          Mendoakan kamu selamat menikmati Syurga sebagaimana yang
          Dijanjikan Allah kepada hamba-Nya yang beriman...
          Janji Allah pasti
          Kami yakin itu
          Kami juga mahu menjadi sepertimu
          Ilmu-ilmu yang ustaz Jeffry tinggalkan di iman kami
          Setiasa kami ingat dan amalkan
          Tunggulah kami di Pintu Syurga
          Agar kita dapat menyambung talisiraturrahmi yang terputus
          Ketika kita tak sempat bertemu di nafas yang terakhir...
          In Shaa Allah AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin

          'ALLAH AZZAWAJALLAH MENGIKUT PRASANGKA HAMBA-NYA
          MAKA KAMI MAHU BERPERANSANGKA YANG BAIK-BAIK SAJA'

          KARYA RATU RIMBA NIAGARA
          16 Jamadilakhir 1434H
          26 April 2013
          (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK ALMARHUM USTAZ JEFFRY YANG TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA BUAT SELAMANYA PADA
          16 Jamadilakhir 1434H MOGA ROH USTAZ JEFFRY DIMASUKKAN DI KALANGAN HAMBA ALLAH YANG BERAMAL SOLEH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
          Like · Reply · 126 · 4 hours ago

          Ratu Rimba Niagara shared Islamic Motivation's photo.
          (26 April 2013)
        • Ratu Rimba Niagara AKU SEPI TANPA SUARA-SUARA SYURGA DARIMU

          Sahabat yang dikasihi karna-Nya
          Pergilah dikau dengan aman dan sejahtera
          Berehat dari kelelahanmu 

          Sepanjang kau berhidup tak pernah mengenal arti lelah
          Mentarbiyahkan aku...agar terus mempasakkan tauhid Meng-Esa-kan, Meng-Agong-kan
          Allah Azzawajallah di sebilang masa dan ketika....

          Sahabat...bersahabat denganmu rasa tak jemu...
          Kita sering membicarakan soal indahnya persahabatan demi-Nya
          Membicarakan tentang Syurga pahala rasa tak jemu-jemu 
          Bila membicarakan tentang azab Allah bagi hamba-Nya yang engkar kita jadi takut...

          Sahabat ....
          Aku sepi tanpa suara-suara Syurga darimu 
          Aku sepi tanpamu
          Pergimu mengadap Ilahi
          Bagaikan mimpi rasanya
          Tapi aku terima dengan hati yang redho....
          Moga kita bisa ketemu di Syurga Firdausi
          Menyambungkan talisiraturrahim kita yang terpisah 
          Redhomu redhoku 
          In Shaa Allah DIA juga meredhoi-Nya
          Redho lagi diredhoi....
          Tenanglah dan damailah dikau di Sana duhai sahabat
          Di Alam Syurga mengecapi bahagia
          Balasan cinta yang Allah untukkan untukmu sahabat
          In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

          KARYA RATU RIMBA NIAGARA
          26 April 2013
          (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK ALMARHUM USTAZ JEFFRY YANG DIKASIHI OLEH SELURUH RAKYAT INDONESIA MOGA SYURGALAH BALASAN CINTAMU PADA ILAHI BERKAT DAKWAHMU PADA KAMI YANG TAK PERNAH JEMU MENYEBARKAN DAKWAH PADA KAMI...AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)

0 comments:

Post a Comment

 
;