Thursday, 20 June 2013

MAAFKAN AKU MELAYU ENGKAU MEMBUATKAN JIWAKU LAYU SEBELUM SEMANGATKU LAYU AKU TERPAKSA UNDUR DIRI





MAAFKAN AKU MELAYU ENGKAU MEMBUATKAN JIWAKU JADI LAYU
SEBELUM SEMANGATKU LAYU AKU TERPAKSA UNDUR DIRI

Takkan hilang melayu di dunia,
Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
Bersatulah Melayu sedunia,
Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.

Pendekar melayu menjadi sanjungan,
Dulu kini dan selamanya;
Perdekar melayu tak akan diperlekehkan,
Disanjungi kerana kekuatan makrifatullahnya.

Melayu sakit semuanya sakit,
Kerana jiwa melayu berakar umbi;
Bersatu berpadu melayu hilanglah sakit,
Itulah bukti melayu sudah satu hati.

Melayu pencetus kebangkitan ummah,
Jiwa islam mahu mati fisabilillah;
Pendekar melayu akan satukan ummah,
Kerana mahu mati dalam fisabilillah.

Aku berjuang kerana Allah,
Aku hidup kerana Allah,
Aku mati kerana Allah;
Segalanya kerana Allah.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
14 Mac 2013

DEMI RAJA DAN PEWARIS BANGSA TERCINTA

RAJA BERJIWA RAKYAT
MENGUTAMAKAN RAKYAT
MEMAHAMI PENDERITAAN RAKYAT
MEMBANTU SELAGI DAYA DEMI RAKYAT
TAK PERNAH SOMBONG PADA RAKYAT
TIADA RAKYAT TIADA RAJA TIADA RAJA TIADA RAKYAT
RAJA BERKORBAN UNTUK RAKYAT
RAJA DIKASIHI RAKYAT
RAKYAT OH! RAKYAT
BETA SENTIASA BERSAMAMU RAKYAT
CUMA YANG BETA MAHU PADA RAKYAT
JANGAN PERNAH LUPA , BETA SENTIASA DI HATIMU RAKYAT
SELAGI NYAWA BETA ADA BETA PERJUANGANKAN UNTUK MU RAKYAT
AYUH KITA BERSAMA MERAIH KEGEMILANGAN DUNIA AKHIRAT
AGAR KITA TIDAK MERANA DI AKHIRAT
MAKA DARI ITU KITA BERSAMA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB BERAT
RINGAN SAMA DIJINJING
BERAT SAMA DIPIKUL
AMANAH DIJUJUNG
PENGORBANAN DISANJUNG
ITU AMALAN KITA
BUDAYA MELAYU
TAK PERNAH LUPA SEJARAH
SEJARAH DIRAJA DIMARTABATKAN
DEMI ISLAM
DEMI PEWARIS BANGSA
TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA
ITU SUMPAH LAKSAMANA HANG TUAH
TAAT SETIA HANG TUAH KEPADA RAJA
RELA PERTARUHKAN NYAWA DEMI RAJA
ASALKAN INSTITUSI DIRAJA DIHORMATI DISANJUNGI
PANTANG PAHLAWAN MELAYU
MENJADI RAKYAT DERHAKA
RELA NYAWA DIPERTARUHKAN
DEMI RAJA DAN PEWARIS BANGSA TERCINTA

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
14 Mac 2013
(PUISI DILHAMKAN KEPADA SEMUA RAJA-RAJA & RAKYAT MALAYSIA TERCINTA RAJA & RAKYAT BERPISAH TIADA)

ANTARA RAJA & RAKYAT TIADA BEZA-NYA

.Antara rakyat dan raja,
Apakah yang berbeza?
Hanya kedudukan dan gelaran yang
tidak sama,
Itu sahaja yang berbeza.
Rakyat dan raja ciptaan Allah,
Sebagai ummah mereka setaraf,

Oleh itu,
kepada semua saudara saudari disini,
Andainya ada yang tersalah atau silap,
Bagi pihak saya sekeluarga,
Saya dengan rendah hati
Meminta maaf."

- Raja Zarith Idris,
6 Ogos 2010.

PERMAISURI NAN RUPAWAN

Permaisuri nan rupawan
berbahasa santun
buat kanda diRaja
menyayangi mencintai
seumur hidup

menyubur semangat kepada
kanda diRaja
memerintah negara
penuh adil saksama
mengutamakan rakyat
daripada kepentingan sendiri

mendiidik putra putri
bakal pewaris diRaja
agar menjadi Raja ...
dikasihi rakyat
sebagaimana ayahanda

Pemaisuri nan rupawan
cintamu pada kanda diRaja
bermakna dunia akhirat
menyemai bakti
pada Tuhan
pada Rakyat
moga berkat permaisuri
meniupkan obor api perjuangan
kanda diRaja untuk memajukan
rakyat jelata Johor dan Malaysia
dibalas Allah dengan
ganjaran Syurga
dan permaisuri menjadi
bidadari Syurga
menyambung percintaan
dengan kanda diRaja
cinta terpatri hingga di Syurga
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
13 Mac 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK DYMM RAJA ZARITH SOFIAH & SEMUA PERMAISURI DI MALAYSIA)
6 hours ago · Like · 4

SUMPAH PENDEKAR MELAYU!!!
By: Tentera Fisabilillah & Ratu Rimba Niagara

TUJUH PETALA BUMI,
TUJUH PETALA LANGIT,
DARI GUNUNG KE LEMBAH CURAM
DARI SUNGAI KE LAUTAN BERGELOMBANG,
KEMBARA ADALAH SETIA PADA SUMPAH,
KEMENYAN DAN SETANGGI PENYERI KEHADIRAN KITA
WARISAN BERKURUN DARI DATO LAKSAMANA,
DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITULAH LANGIT DIJUNJUNG

SUMPAH PENDEKAR,
PANTANG BERUNDUR WALAU SETAPAK
PANTANG MAUT SEBELUM AJAL,
PANTANG DERHAKA PADA TITAH
PANTANG KERIS DIPINGGANG KALAU TAK BERANI MATI,
BERDENTUM GURUH DI LANGIT,
MEREKAH BUMI DIPIJAK.
PENDEKAR TAKKAN UNDUR SETAPAK

PULANGKAN PAMOR PADA KERISNYA,
PULANGKAN SIREH PADA GANGGANGNYA,
PULANGKAN MAHKOTA PADA WARISNYA,
PULANGKAN COKMAR PADA LAKSAMANA,
PULANGKAN LANGKAH PADA GELANGGANG,
PULANGKAN SUMPAH PADA PENDEKAR,
PULANGKAN ROHANI PADA JASMANI,
PULANGKAN BANGSA DAN MARTABAT,
SUMPAH BUKAN CUMA DIBIBIR,
GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG,

BUMI WARISAN INI,
TANAH TUMPAH DARAH KITA,
MASIH MENUNTUT SEMANGAT YANG BELUM TERTUNAI,
PRIBUMI BUKAN SEKADAR GELARAN TANPA MAKNA,
KITA ADALAH ANAK WATAN,
DARAH YANG MENGALIR DI TUBUH KITA,
SEMERAH DARAH SI JEBAT YANG TUMPAH DI BUMI MELAKA,
SEMERAH DARAH SI JEBAT MELEKAT DI TAMING SARI,
SEMERAH DARAH SI JEBAT YANG TERCALIT DI KENING HANG TUAH,
SEMERAH DARAH HANG NADIM YANG TERHUMBAN DI LAUT TEMASIK,

DAN KITA MASIH DI SINI,
MENDEPANI HARI-HARI YANG SEMAKIN MENCABAR,
KEUTUHAN TEKAD YANG KENTAL,
SUMPAH KERAMAT SEORANG PENDEKAR,
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA,

~~~BERSATULAH WAHAI ANAK BANGSAKU~~~~

JAGALAH TANAH PUSAKA PENINGGALAN MOYANG PENDEKAR MELAYU
By: Ratu Rimba Niagara

SUMPAH KERAMAT PENDEKAR MELAYU
KUTOREH DARAH SEBAGAI TINTA
BIAR DARAHKU KERING DITUBUH DIJADIKAN TINTA
TANDA AZAMKU TAK PERNAH LUNTUR
BERSAMA SEMANGAT JUANG PENDEKAR MELAYU

SUMPAH KERAMAT PENDEKAR MELAYU
BERPADU DALAM SUMPAHKU
SELAGI NYAWA DI KANDUNG BADAN
TAK AKAN KUBIARKAN PENDEKAR MELAYU
MATI SEBELUM DIMATIKAN
SEBELUM MUSUH DURJANA MERAMPAS TAHTA

AKAN KUTIUPKAN BARA API PERJUANGAN
PENDEKAR MELAYU AGAR TAK LAYU SEBELUM DILAYUKAN
AKAN KUPASTIKAN AZAM DAN SEMANGAT JUANGNYA
MENGATASI KEPENTINGAN SENDIRI
TIADA HARI TANPA PERJUANGAN
HIDUP DAN MATI HANYA KERANA ALLAH

TAK AKAN DIKISAHKAN
NAMA UNTUK DIJULANG SEBAGAI PENDEKAR
YANG ADA DI JIWA
MEMPERTAHANKAN NEGARA DARI MUSUH DURJANA

BIARPUN NYAWA DI HUJUNG TANDUK
TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SETAPAK
AKAN DITENTANG HABIS-HABISAN
BIARPUN BERMANDIKAN DARAH
TAKKAN DIHIRAUKAN
SEKALIPUN JASAD REBAH MENYEMBAH BUMI
SEMPAT TERSENYUM
PADA ANAK BANGSA
DARAHKU YANG GUGUR KE BUMI
ADALAH HADIAH UNTUK KESEJAHTERAAN NEGARAKU
JAGALAH PENINGGALAN MOYANG PENDEKAR MELAYUMU
DUHAI ANAK BANGSAKU...
DOAKAN AKU SYAHID KE JALAN-NYA
DUHAI YANG MENCINTAIKU KERANA-NYA

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
8 Syaaban 1434H
17 Jun 2013M

(PETIKAN DARIPADA GROUP TENTERA FISABILILLAH & RATU RIMBA NIAGARA)
20 Jun 2013

Fazlie Mns Ahmad tujuh lekuk alur berkembar,digenggam tegas dihunus bererti,berlagak sopan ditari seirama,tegas berani menjunjung panji..tujuh lekuk alur berkembar,digenggam tegas dihunus bererti,berlaung bersama mentera perwira,terpacak gah menjulang maruah..tujuh lekuk alur berkembar,penamat riwayat sang derhaka,lambang megah anak melayu menjunjung daulat kasih diraja...

Ratu Rimba Niagara Pahlawan melayu penuh beradap sopan,
Berkata seiring hati semurni perjuangan;
Pantang pahlawan melayu berlagak sopan,
Ayuh kita turun gelanggang beradu kepahlawanan.

Tak akan kubiar melayu hina melayu,
Kerana melayu diukur dari tutur katanya;
Bukan darjat dan pangkat yang kuburu,
Ketinggian budi bahasa yang membuat kusetia.

Andai ku tak sesuai diterima di grup ini,
Kerana ilmuku tak setanding pahlawan gagah perkasa;
Relakan aku undur diri,
Kerana aku tak mahu berurusan dengan pahlawan tak faham bahasa.

"MAAFKAN AKU MELAYU ENGKAU MEMBUATKAN JIWAKU JADI LAYU
SEBELUM SEMANGATKU LAYU AKU TERPAKSA UNDUR DIRI"

Ratu Rimba Niagara
21 Jun 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;