Thursday, 20 June 2013

SAHABAT FBMU DI BALIK MEGA SENJA



    • Ratu Rimba Niagara shared a status update.


      SAHABAT FBMU DI BALIK MEGA SENJA

      Sahabat...
      Ku ingin bersahabat denganmu
      Kerana kupercaya kaulah sahabat
      Yang sanggup susah senang bersamaku
      Di kala aku suka kau bahagia
      Di kala aku sepi kau menceriakan
      Di kala aku sedih kau pun turut sedih
      Di kala aku susah kaulah yang membantu
      Di kala imanku kudus kaulah pentarbiyah yang setia
      Di kala aku sakit kaulah mendoakan
      Di kala semangatku lesu kaulah penyubur semangatku
      Di kala aku berusaha kau bersama menjayakan
      Di kala aku nazak kau mengajarkan dua kalimah shahadah
      Di kala aku mati kaulah yang kebumikan
      Segalanya kau yang mendahului kebaikan kepadaku
      Sehingga aku menangis hiba penuh syukur diKurniakan sahabat
      Semuliamu...Kebaikan yang kau berikan kepadaku
      Aku rasakan aku sedang bersahabat dengan ahli Syurga
      Kerana hatimu Semurni Syurga
      Tidak pernah terdetik di hatimu untuk mengecewakan aku
      Andaikata aku inginkan bintang di langit
      Akan kau gapai bintang itu
      Dan berikan padaku
      Andai bintang itu boleh membahagiakan aku
      Boleh membuatkan aku tersenyum
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
      Sahabatku... tak perlu bintang di langit
      Kaulah bintangku sebenarnya
      Terus bergemerlapan menyinari hidupku
      Yang bergerhana di setiap musim
      Tak bermusim biarpun dunia ini bermusim
      Begitu bermaknanya kau dalam hidup dan matiku

      Sahabat...
      Kaulah sahabat sejatiku
      Kaulah sahabat dunia akhiratku
      Terima kasih sahabat kerana sudi menjadi sahabat sejatiku
      Syukur Ya Allah kerana Kurniakan aku seorang hamba-Mu
      Yang berhati Semurni Syurga
      Yang selalu mengingatkan aku tentang kematiaan
      Makanya aku mesti kuat semangat untuk mempertahankan
      Persahabatan dengannya biarpun tsunami datang membadai
      Yang cuba memisahkan kasihku dengannya
      Aku ingin setia dengannya
      Sesetia ombak pada pantai
      Moga persahabatan atas dasar kerana-Mu
      Catatkanlah nama kami sebagai Kekasih-Mu
      Izinkan kami bersahabat sampai Syurga
      Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

      Sahabat....
      Indahnya persahabatan kita ini
      Moga persahabatan yang indah ini
      Bukanlah fantasi atau ilusi
      Tapi adalah benar lahir dari hati yang ikhlas
      Andainya cuma fantasiku saja
      Maafkan aku sahabat....
      Kau bukan sahabat sejatiku
      Cuma kawan biasa dalam bisu lesu lesi
      Yang tak memberi impak dunia akhirat padaku
      Cuma sahabat canda-canda
      Perbualan kosong
      Tiada apa makna
      Malah mengajar aku
      Ketaksupan pada darjat, pangkat, harta
      Mengumpul harta sebanyak mana
      Biarpun terpaksa menindas , perdaya memperdayakan
      Menabur fitnah, menghina, mengumpat mengeji
      Serasa diri sesempurna memiliki segala kesempurnaan
      Berbangga dengan kekayaan dan kekuasaan yang dimiliki
      Makanya kawan...
      Maafkan aku kawan
      Aku tak dapat berkawan denganmu
      Kerana kau terlalu sempurna dan aku hina di matamu
      Izinkan aku berlalu pergi di hatimu kawan....
      Maafkan aku
      Menjadi kawanmu membuatkan
      Hatiku bergerhana sepanjang musim
      Moga Allah ampunkan aku
      Atas ketidak daya upayaan
      Mempertahankan persahabatan ini
      Atas perpisahan ini
      Janganlah ada dendam di antara kita
      Biarpun kita telah berpisah
      Setiap kali perpisahan dengan sahabat
      Hatiku selalu terdera
      Kerana kasihmu telah sebati di hatiku
      Membuatkan aku akan rindu tak tertanggung
      Kerana tidak sefahaman,sependapat dan sepemikiran
      Aku terpaksa lepaskan kasih dan rindu
      Apalah dayaku hendak mengikat kasih dan rindu
      Jika orang sudah benci akan daku
      Aku cuma mahukan teduhan kasih
      Bukan ketandusan, kebisuan dan kebencian darimu
      Siapalah aku di hatimu
      Cumalah kasih tersisih
      Dipandang hina
      Karna aku tidak memiliki pesona dunia
      Yang boleh memancing hatimu untuk
      Menyayangiku dan menghargaiku
      Sekali lagi kumohon maaf
      Percayalah aku tetap setia padamu ...
      Mendoakan kejayaan untukmu
      Kita berpisah cuma di balik mega senja
      Hilanglah mega senja itu
      Bermakna aku sudah tiada di dunia ini....
      Biarpun sudah tiada di dunia ini
      Namamu kubawa pergi sampai Syurga
      In Shaa Alllah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

      Sahabat fbmu di balik mega senja,
      Ratu Rimba Niagara
      22 Jun 2013



    • Ratu Rimba Niagara shared Kumbang Segak's photo.
      Sahabat…

      Saat suka dan duka

      Saat tangis dan tawa

      Biarpun hari dimamah usia

      Kau masih tetap setia

      Sahabat…

      Walaupun kita hidup bersendiri

      Tetapi kau sentiasa disisi

      Memberi semangat dan motivasi

      Untuk terus bernafas di dunia ini

      Sahabat…

      Pengorbananmu tiada terhingga

      Kasih sayangmu tiada akhirnya

      Kaulah insane yang paling istimewa

      Dihatiku untuk selamanya

      Sahabat…

      Doaku agar engkau terus menjadi sahabatku

      Biarpun kita tidak lagi bersatu

      Menjadi sahabat sejati yang jitu

      Tetapi engkau tetap sahabatku yg satu.....
      Like ·  ·  · Promote · 41 minutes ago · 

      • Kumbang Segak likes this.
      • Ratu Rimba Niagara SAHABAT FBMU DI BALIK MEGA SENJA

        Sahabat...
        Ku ingin bersahabat denganmu
        Kerana kupercaya kaulah sahabat
        Yang sanggup susah senang bersamaku
        Di kala aku suka kau bahagia
        Di kala aku sepi kau menceriakan
        Di kala aku sedih kau pun turut sedih
        Di kala aku susah kaulah yang membantu
        Di kala imanku kudus kaulah pentarbiyah yang setia
        Di kala aku sakit kaulah mendoakan
        Di kala semangatku lesu kaulah penyubur semangatku
        Di kala aku berusaha kau bersama menjayakan
        Di kala aku nazak kau mengajarkan dua kalimah shahadah
        Di kala aku mati kaulah yang kebumikan
        Segalanya kau yang mendahului kebaikan kepadaku
        Sehingga aku menangis hiba penuh syukur diKurniakan sahabat
        Semuliamu...Kebaikan yang kau berikan kepadaku 
        Aku rasakan aku sedang bersahabat dengan ahli Syurga
        Kerana hatimu Semurni Syurga
        Tidak pernah terdetik di hatimu untuk mengecewakan aku 
        Andaikata aku inginkan bintang di langit
        Akan kau gapai bintang itu
        Dan berikan padaku 
        Andai bintang itu boleh membahagiakan aku
        Boleh membuatkan aku tersenyum
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
        Sahabatku... tak perlu bintang di langit
        Kaulah bintangku sebenarnya
        Terus bergemerlapan menyinari hidupku
        Yang bergerhana di setiap musim
        Tak bermusim biarpun dunia ini bermusim
        Begitu bermaknanya kau dalam hidup dan matiku

        Sahabat...
        Kaulah sahabat sejatiku
        Kaulah sahabat dunia akhiratku
        Terima kasih sahabat kerana sudi menjadi sahabat sejatiku
        Syukur Ya Allah kerana Kurniakan aku seorang hamba-Mu
        Yang berhati Semurni Syurga
        Yang selalu mengingatkan aku tentang kematiaan
        Makanya aku mesti kuat semangat untuk mempertahankan
        Persahabatan dengannya biarpun tsunami datang membadai
        Yang cuba memisahkan kasihku dengannya
        Aku ingin setia dengannya
        Sesetia ombak pada pantai
        Moga persahabatan atas dasar kerana-Mu 
        Catatkanlah nama kami sebagai Kekasih-Mu
        Izinkan kami bersahabat sampai Syurga
        Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

        Sahabat....
        Indahnya persahabatan kita ini
        Moga persahabatan yang indah ini
        Bukanlah fantasi atau ilusi
        Tapi adalah benar lahir dari hati yang ikhlas
        Andainya cuma fantasiku saja
        Maafkan aku sahabat....
        Kau bukan sahabat sejatiku
        Cuma kawan biasa dalam bisu lesu lesi
        Yang tak memberi impak dunia akhirat padaku
        Cuma sahabat canda-canda
        Perbualan kosong 
        Tiada apa makna
        Malah mengajar aku 
        Ketaksupan pada darjat, pangkat, harta
        Mengumpul harta sebanyak mana
        Biarpun terpaksa menindas , perdaya memperdayakan
        Menabur fitnah, menghina, mengumpat mengeji
        Serasa diri sesempurna memiliki segala kesempurnaan
        Berbangga dengan kekayaan dan kekuasaan yang dimiliki
        Makanya kawan...
        Maafkan aku kawan 
        Aku tak dapat berkawan denganmu
        Kerana kau terlalu sempurna dan aku hina di matamu
        Izinkan aku berlalu pergi di hatimu kawan....
        Maafkan aku
        Menjadi kawanmu membuatkan 
        Hatiku bergerhana sepanjang musim
        Moga Allah ampunkan aku
        Atas ketidak daya upayaan
        Mempertahankan persahabatan ini
        Atas perpisahan ini
        Janganlah ada dendam di antara kita
        Biarpun kita telah berpisah
        Setiap kali perpisahan dengan sahabat
        Hatiku selalu terdera
        Kerana kasihmu telah sebati di hatiku
        Membuatkan aku akan rindu tak tertanggung
        Kerana tidak sefahaman,sependapat dan sepemikiran
        Aku terpaksa lepaskan kasih dan rindu
        Apalah dayaku hendak mengikat kasih dan rindu
        Jika orang sudah benci akan daku
        Aku cuma mahukan teduhan kasih
        Bukan ketandusan, kebisuan dan kebencian darimu
        Siapalah aku di hatimu
        Cumalah kasih tersisih
        Dipandang hina 
        Karna aku tidak memiliki pesona dunia 
        Yang boleh memancing hatimu untuk 
        Menyayangiku dan menghargaiku
        Sekali lagi kumohon maaf
        Percayalah aku tetap setia padamu ...
        Mendoakan kejayaan untukmu
        Kita berpisah cuma di balik mega senja
        Hilanglah mega senja itu
        Bermakna aku sudah tiada di dunia ini....
        Biarpun sudah tiada di dunia ini
        Namamu kubawa pergi sampai Syurga
        In Shaa Alllah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

        Sahabat fbmu di balik mega senja,
        Ratu Rimba Niagara
        22 Jun 2013

(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
21 Jun 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;