KASIHKU SAMPAI KUBUR SAMPAI SYURGA MENYAYANGIMU MOGA KASIH KITA TERSIMPUL MATI HINGGA KE SYURGA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KASIH SAYANG SAMPAI KUBUR KASIH SAYANG SAMPAI SYURGA
Siapa pun kita
suatu masa kita pasti bersendiriaan
Siapa pun kita
kita akan bersendiriaan
pabila berada di alam barzah
tiada siapapun menemani kita
biarpun semasa hidup
kita dikelilingi keluarga tersayang
sayang suami kepada isteri
sayang isteri kepada suami
sayang bapa kepada anak
sayang ibu kepada anak
sayang anak pada bapa dan ibu
semua yang tersayang
tak ikut kita sampai ke liang lahad
sekadar melihat kita di masukkan di liang lahad
sekadar tangis pilu apabila melihat
tanah di timbuskan ke jenazah kita
yang pada ketika itu
sedang berdebar
dalam huru hara alam barzah kesenderiaan
setelah tujuh langkah perjalanan mereka
kita ketika itu dibangkitkan
untuk ditanyai oleh oleh Malaikat Munkar Nangkir
ALLAHU AKBAR HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU
KITA DI KALA ITU
Yang tersayang pulang
tanpa memikirkan keadaan kita bagaimana
susah ke kita senang ke kita tika berada di alam barzah
yang tersayang pulang bersama hilangnya kenangan bersama kita
walhal semasa kita hidup
kitalah buah hatinya pengarang jantungnya
mahu sehidup semati dengan kita
tapi bila kita sudah mati
janji tinggal janji
bukan hendak temankan kita dalam kubur sekali
hendak menziarahi kubur kita
untuk sedekahkan sepotong doa pun tidak
benar-benar kita ditinggalkan kesendirian
tanpa ehsan tanpa sepotong doa
Yang tersayang
kubur kita masih merah lagi
sudah pun ada pengganti cinta kita
lagilah lupa akan kenangan kasih sayang bersama kita
Yang tersayang
kubur kita masih merah lagi
bercakaran sesama sendiri berebutkan harta yang kita
tinggalkan ...hingga sanggup putus persaudaraan
gara-gara harta yang kita tinggalkan
Yang tersayang memang kejam bukan fikirkan kita
sedang diazab di alam kubur atas
ketamakan mereka berebutkan harta pusaka
sudahlah harta pusaka ehsan dari kita berikan pada mereka
tapi mereka berebut-rebut hendak lebih
kita suruh bagi ikut faraid
ini sanggup memalsukan amanah kita atas ketamakan melampau
kasihan kita di alam barzah
terseksa diseksa atas harta peninggalan kita
jika kita tahulah begini jadinya
yang tersayang bercakaran sesama sendiri kerana harta kita
lebih baiklah kita wakafkan saja tanah pusaka itu
tiadalah kita terseksa begini di alam barzah
Sememangnya yang tersayang tak sayangkan kita
biarkan kita kesendiriaan
terus terseksa di alam barzah sehingga
HARI KEBANGKITAN
Di hari kebangkitan akhirat
kita kesendiriaan lagi
yang tersayang sudah tak ada tersayang lagi
masing-masing saling tak mengenali
kerana masing-masing sibuk dengan hura hara
padang Mahsyar yang penuh mencabar haru biru
selamat di padang Mahsyar
selamatlah kita
tapi di alam barzah pun tak selamat
mana bisa mungkin kita selamat di Padang Mahsyar
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
moga yang tersayang selamat kita pun selamat
setelah sama-sama memperbaiki iman yang tandus
mahu sama-sama menginsafi diri
saling menghargai kasih sayang demi-Nya
tak akan biarkan kesendirian
sentiasa bekerjasama dalam perkara kebajikan
bila mati akan menghantar kiriman doa
menginfakkan harta yang kita tinggalkan...
itulah tanda kasih sayang sampai kubur kasih sayang sampai Syurga
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
14 Ramadhan 1434H
23 July 2013M
Nama-Nama dan tugas Malaikat
NAMA-NAMA DAN TUGAS MALAIKAT
Malaikat Jibril
Dia ialah penghulu segala malaikat. Tugasnya menyampaikan wahyu kepada rasul dan Nabi. Malaikat adalah satu dari tiga malaikat yang namanya disebut dalam al-Quran. Nama malaikat Jibrail disebut dua kali dalam al-Quran iaitu pada surah 2 ayat 97 dan 98.
Malaikat jibrail juga sering disebut dalam hadis dan kisah para nabi memandang jibril sering turun ke bumi dan berubah menyerupai manusia (lazimnya lelaki) untuk bertemu dengan para nabi. Antaranya adalah peristiwa ketika Jibril bertanyakan Nabi Muhammad SAW islam dan ihsan serta tanda-tanda hari kiamat. Jibril juga pernah mengiring Nabi Muhammad dalam Isra’ dan Mikraj iaitu perjalanan malam dari Makkah ke Baitul Maqdis sebelum Nabi Muhammad sendiri menemui Allah di Sidratul Muntaha.
وَلَقَدْ رَآهُ بِالْأُفُقِ الْمُبِينِ
Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.(at-takwiir:23)
Malaikat Mikail
Tugasnya ialah menurunkan hujan untuk menghidupkan bumi, bintang-bintang, pokok,
dan tumbuh-yumbuhan yang lain. Menyebarkan rezeki.
مَنْ كَانَ عَدُوًّا لِلَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَرُسُلِهِ وَجِبْرِيلَ وَمِيكَالَ فَإِنَّ اللَّهَ عَدُوٌّ لِلْكَافِرِينَ
Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir. (al-baqarah:98)
Malaikat Izrail
Tugasnya ialah mengambil nyawa sekalian makhluk. Izrail juga dipanggil malaikat maut.
Malaikat izrail diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan yang serupa dengan malaikat Mikail baik wajahnya, saiznya, kekuatannya, lisannya dan sayapnya. Semuanya tidak kurang dan tidak lebih. Dari kepala hingga kedua telapak kakinya berbulu za’faran dan di setiap bulu ada satu juta muka dan setiap satu juta muka mempunyai satu juta mata dan satu mulut. Setiap mulut ada satu juta lidah, setiap lidah boleh berbicara satu juta bahasa. Jika seluruh air di lautan dan sungai di sunia disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah.
Malaikat Israfil
Dia diserahi tugas meniup sangkakala atas perintah Rabb-nya dengan tiga kali tiupan. Pertama adalah tiupan keterkejutan, tiupan kedua adalah tiupan kematian dan tiupan ketiga adalah tiupan kebangkitan
Malaikat Raqib Dan Atid
Malaikat berada di kiri dan kanan setiap manusia. Malaikat raqib di sebelah kiri mencatat amalan jahat sementara malaikat Atid sebelah kanan mencatat amalan baik. Tiap satu kebajikan di tulis dengan sepuluh ganda kebajikan manakala satu kejahatan dibals dengan satu kejahatan sahaja. kesimpulannya segala tingkah laku manusia tidak akan terlepas dari kedua-dua malaikat ini.
مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya Malaikat Pengawas yang selalu hadir” (QS. Qaaf: 18)
Malaikat Munkar Dan Nangkir
Kedua-dua malaikat ini bertugas menyeksa dan mengemukakan soalan-soalan kepada orang yang telah meninggal dunia di dalam kubur. Tidak ada seorang pun yang dapat melepaskan dirinya ini daripada kedua-dua malaikat ini walaupun di mana pun mereka mati.
“Tatkala orang yang mati telah dikubur, datanglah kepadanya dua malaikat yang hitam kebiruan, salah satu diantara keduanya dinamakan Munkar dan yang lainnya dinamakan Nakir” (HR. at Tirmidzi, dihasankan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih Sunan at Tirmidzi no. 856)
5.7 Malikat Malek
Dia adalah penjaga neraka .
وَنَادَوْا يَا مَالِكُ لِيَقْضِ عَلَيْنَا رَبُّكَ قَالَ إِنَّكُم مَّاكِثُونَ
“Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!" Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!" ( az- zukhruf ;77)
Malaikat Ridhwan
Tugasnya menjaga syurga.
Malaikat Zabaniah
Dinyatakan di dalam al-Quran mengenai malaikat yang bertugas mengawal atau menjaga neraka serta penghuninya sebagaimana firman Allah
وَنَادَوْا يَا مَالِكُ لِيَقْضِ عَلَيْنَا رَبُّكَ قَالَ إِنَّكُم مَّاكِثُونَ
Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!" Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!"(al-zukhruf:77)
Posted by nurul izzah mohd izhar at 07:21
(TERIMA KASIH BUAT SAHABAT AKHIRATKU NURUL IZZAH MOHD IZHAR MOGA DITAMBAHKAN ILMU LIMPAHAN KASIH-NYA UNTUK MU DAN MENJADI AMAL SOLEHMU DI AKHIRAT NANTI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
14 Ramadhan 1434H
23 July 2013M
0 comments:
Post a Comment