Thursday, 25 July 2013

"MEMULIAKAN BUDAYA KITA" AAMIIN YA ALLAH



    • RECENT POSTS
    • drpd. Karaton Nusantara dengan izin YTM Sri Pemangku Adat bahawa Sabda Pendeta "MEREKA TAK MINTA DIHORMATI, MEREKA TAK MINTA DIMULIAKAN TETAPI MENGHORMATI MEREKA ERTINYA MENGHORMATI ADAT KITA, MEMULIKAN MEREKA MAKSUDNYA MEMULIAKAN BUDAYA KITA", amin ya allah.
      Unlike ·  · Unfollow Post ·  · 13 hours ago
      • You, Sri Pemangku Adat and 2 others like this.
      • Ratu Rimba Niagara MEMANG BENAR APA YANG DIKATAKAN.
        ITULAH YANG DIAJAR OLEH NENEK MOYANG KITA YANG TERDAHULU. AAMIIN YA ALLAH.
        3 hours ago · Like · 1
      • Sri Pemangku Adat drpd. Karaton Nusantara ada rakan2 fb yang masih BELUM FAHAM bahawa kami adalah ahli/anggota jawatankuasa kepada YTM Sri Pemangku Adat dan kami bersiar di sini sebagai mengantikan beliau untuk sementara waktu atas tugas-tugasnya, jadi Laman ini menceritakan adat budaya jadi jangan menggangap kami melupakan ALLAH SWT...harap MAKLUM, kepada Sudara/sudari Khery Aprilia, amin ya allah.
        3 hours ago · Unlike · 4
      • Ratu Rimba Niagara JIKA APA YANG KITA RASA ITU ADALAH BAIK TERUSKAN SAJA KERANA SETIAP YANG BAIK ITU DARIPADA ALLAH AZZAWAJALLAH. AAMIIN YA ALLAH.
        2 hours ago · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara REVOLUSI BERTANJAK

        Revolusi bertanjak
        Raja bertanjak
        Pemimpin bertanjak

        Tak akan berlaku revolusi
        jika cuma Raja dan pemimpin bertanjak

        Suka tak suka
        akan berlaku revolusi
        jika sekiranya
        seluruh rakyat bertanjak
        dan memahkotakan
        tanjak yang terbaik
        bertahtakan
        kekuasaan rakyat memilih
        siapakah pemimpin yang terbaik untuk mereka
        dan memartabatkan Raja
        untuk mengukuhkan lagi
        sesebuah negara
        yang sentiasa mengutamakan rakyat
        daripada kepentingan sendiri
        kerana kekuasaan rakyat
        sentiasa dijunjung pada
        tanjak anugerah rakyat
        untuk pemimpin dan Raja
        itulah revolusi yang sebenarnya!
        jika itu terealiti
        makanya
        antara rakyat pemerintah dan Raja
        berpisah tiada
        kerana senada seirama
        memajukan negara
        dalam suasana
        aman harmoni
        tanpa
        mengundang
        ketidakadilan
        dalam memegang tampuk kekuasaan
        kekuasaan adalah milik semua
        dan semua berhak
        untuk hidup dalam
        negara sendiri yang merdeka!
        Revolusilah rakyat
        Revolusilah pemerintah
        Revolusilah Raja
        Revolusilah negara
        Barulah negaraku akan terus merdeka
        Dalam ertikata yang sebenarnya
        Negaraku yang merdeka dan berdaulat!
        Merdeka!Merdeka!Merdeka!

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        31 Ogos 2012
        (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012 & MEMBERI SOKONGAN KEPADA INSTITUSI DIRAJA DAN SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN NUSANTARA)
      • Khery Aprilia Paduka Sri Pemangku Adat... Semoga Allah Mencucuri RahmatNya Dan PerlindunganNya pd YM dan Anggota Lainx... Aamiin... Salam Rahayu....
        2 hours ago via mobile · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara MERDEKA NEGARAMU! MERDEKA NEGARAKU!

        Terima kasih Rakyat Indonesia/Malaysia kerana sudi memberi dukungan/sokongan kepada Dunia Sastra/Sastera Ratu Rimba Niagara...Moga Allah SWT sajalah yang dapat membalas segala kebaikan semua. Aamiin.
        SALAM RAMADAN
        SALAM SYAWAL
        SALAM KEMAAFAN
        SALAM UKHUWAH KASIH ANTARA DUA BENUA
        SALAM KEMERDEKAAN BUAT SEMUA RAKYAT INDONESIA/MALAYSIATERCINTA
        MOGA INDONESIA DAN MALAYSIA SENTIASA SENADA SEIRAMA DALAM MEMARTABATKAN KHAZANAH WARISAN BANGSA RUMPUN MELAYU NUSANTARA SEBAGAI HADIAH KITA UNTUK GENERASI MASA HADAPAN!
        MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...
        MERDEKA NEGARAMU! MERDEKA NEGARAKU!
        DALAM RAHMAT KASIH NUR ILAHI
        AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

        INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        ISTANA RIMBA NIAGARA
        MALAYSIA/INDONESIA
        5 Ogos 2012
        15 Ramadan 1433H
        (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA
        PADA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
        Like · · See Friendship · August 7 at 6:51pm ·
        Garjito Gondokusumo and 2 others like this.

        NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG!

        Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Mataram
        Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Indonesia
        Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan bangsa Indonesia
        Moga cinta kerana-Nya ini bisa menjadikan Malaysia dan Indonesia
        dua negara berjiran
        sehati sejiwa
        senada seirama
        berpadu kasihkan negara
        negaramu kukasih
        negaraku kau sayang
        bila kasih sudah terpatri
        tak akan ada
        benci membenci
        dengki mendengki
        dendam mendendam
        jatuh menjatuh
        yang ada
        saling mempertahan cinta bernegara
        kau pertahan negaraku
        aku pertahankan negaramu
        saling mempertahankan
        itulah lambang cinta sejati
        antara dua negara
        bila cinta sejati terpatri
        di kalbu setiap rakyat
        negaramu negaraku
        kebudayaan negaramu disanjung
        kebudayaan negaraku dijunjung

        Apa saja perjuangan untuk memartabatkan :

        Institusi diRaja Melayu
        Kepahlawanan Melayu
        Bangsa Melayu

        Kita sama bersumpah setia untuk saling sokong menyokong
        tanpa mengenal samada dia raja atau rakyat yang penting
        bersemangat juang seperti kita...
        karena dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!

        Karya Putri Rimba Niagara
        11 Mac 2012

        Masyarakat Adat Mataram Ungkapan hati anda saya sosialisasikan di beberapa forum di Jogja, semoga keluarga besar kami membacanya.
        20 minutes ago · Like

        Putri Rimba Niagara:

        Terima kasih kerana sudi menghargai suara hati saya yang sungguh-sungguh menyayangi negaramu negaraku kerana-Nya.

        (PETIKAN DARIPADA MASYARAKAT ADAT MATARAM)
        11 Mac 2012
        PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012
        8 Ogos 2012
        19 Ramadan 1433H
      • Ratu Rimba Niagara Garjito Gondokusumo jayalah indonesiaku, jayalah malaysiaku,jayalah berunai darusalam. dalam damai dan persahabatan. ikatan darah nusantara
        August 9 at 4:12am via mobile · Unlike · 1

        NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG!

        Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Brunei
        kerana-Nya aku jatuh cinta dengan rakyat jelata Brunei
        moga cinta kerana-Nya ini boleh menjadikan Malaysia dan Brunei
        dua negara berjiran
        sehati sejiwa
        senada seirama
        berpadu kasihkan negara
        negaramu kukasih
        negaraku kau sayang
        bila kasih sudah terpatri
        tak akan ada
        benci membenci
        dengki mendengki
        dendam mendendam
        jatuh menjatuh
        yang ada
        saling mempertahan cinta bernegara
        kau pertahan negaraku
        aku pertahankan negaramu
        saling mempertahankan
        itulah lambang cinta sejati
        antara dua negara
        bila cinta sejati terpatri
        di kalbu setiap rakyat
        negaramu negaraku
        kebudayaan negaramu disanjung
        kebudayaan negaraku dijunjung

        Apa saja perjuangan untuk memartabatkan :

        Institusi diRaja Melayu
        Kepahlawanan Melayu
        Bangsa Melayu

        Kita sama bersumpah setia untuk saling sokong menyokong
        tanpa mengenal samada raja atau rakyat biasa yang penting ada semangat juang seperti kita kerana dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!

        Karya Putri Rimba Niagara
        19 Julai 2012
        Like · · Unfollow Post · July 11 at 5:01pm
        DG Kumarsana Kum likes this.
        (PETIKAN DARIPADA GROUP BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA & BRUNEI & GROUP MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA & WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
      • Ratu Rimba Niagara SALAM UKHUWAH DOA KASIH ANTARA BRUNEI & MALAYSIA & INDONESIA

        Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
        Terima kasih kerana memerintah negara Brunei
        Dengan adil dan saksama dapatlah rakyat

        Berteduh di Negara Brunei dengan
        Rasa aman dan damai untuk meneruskan
        Perjuangan kehidupan yang sementara ini
        Menuju ke Negeri Abadi dengan bekalan
        Yang ada nilaian di Sisi-Nya
        Insya-Allah Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

        Doa daripada : Rabeah Mohd Ali
        Putri Rimba Niagara
        Istana Rimba Niagara
        Malaysia /Indonesia
        8 Julai 2012
        Like · · Unfollow Post · July 8 at 12:44pm
        Naga Pamungkas and 2 others like this.

        (PETIKAN DARIPADA GROUP BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA & BRUNEI & GROUP MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA)
        19 Julai 2012
        PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA
        17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012
        9 Ogos 2012
        20 Ramadan 1433H
        August 9 at 6:21am ·
        (PETIKAN DARIPADA WALL GARIJITO GONDOKUSUMO & RATU RIMBA NIAGARA)
        15 Ogos 2012
        26 Ramadan 1433H

        Kedaton Kraton Wahyu Utama aku semakin mengagumi karya karya adinda untuk pesona keindahan perdamaian dunia - ahkirat .........

        RAJA YANG ADIL RAJA BERDAULAT!
        MENGUTAMAKAN RAKYAT DARIPADA KEPENTINGAN SENDIRI
        MEMIKUL AMANAH DENGAN ADIL SAKSAMA KERANA AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN
        DI AKHIRAT NANTI
        MOGA ALLAH SWT MERAHMATI DAN MEREDHAI HIDUP &
        DI KALA MANGKAT NANTI AAMIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
      • Ratu Rimba Niagara JADILAH RAJA YANG UTAMAKAN RAKYAT
        MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI

        Teungku Sayyid Deqy

        Ibu...
        Maafkan putramu...
        Aku sedang berada di titik nadir hidupku,
        Aku sedang terbuang dan terhina oleh dunia ini,
        Namun...mengapa aku pun tersisihkan dari hatimu?
        Semua ini sungguh membuatku lemah,

        Ibu kusayang...
        Putramu hanya ingin istirahat sejenak di rumahmu...
        Izinkanlah dihari-hari terakhirku ini,
        Dan ketika kuberpulang pada NYA, aku dalam hangat pelukanmu.

        Unlike · · Share · Sunday at 4:03pm
        You like this.

        Ratu Rimba Niagara:

        Duhai nanda putra kesayanganku...
        Napa nanda berkata demikian rupa
        Hancur lulur hati bunda
        Sebak hati bunda ...
        Adakah selama ini bunda abaikan kasih sayang bunda...
        Katakan putra kesayangan bunda...
        Puluhan tahun bunda mendidik dan membesarkan nanda
        Tidak cukupkah kasih sayang bunda pada nanda selama ini....
        Bukan kasih sayang saja yang bunda berikan pada nanda
        Malah nyawa bunda pun sanggup jadi taruhan demi nanda tercinta...
        Jika pelukan bunda ini boleh menenangkan jiwa nanda
        Marilah ke mari bunda dodoikan gurindam dan syair
        Yang selalu bunda dendangkan semasa nanda bayi lagi...

        "Duhai putra bunda tersayang...
        Buah hati bunda pengarang jantung bunda
        Bunda kasih ...bunda sayang sangat-sangat...
        Tidurlah lena...jangan nakal-nakal...
        Besar nanti jadilah anak yang soleh lagi beriman
        Jadi Raja yang utamakan rakyatnya daripada kepentingan sendiri...
        Jadilah Raja yang adil Raja yang pemurah
        Raja yang ingin hidup mencari jalan-jalan redhoNya
        Nanda diberi darjat yang tinggi bukan untuk membangga diri
        Tapi adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan...
        Makanya jadilah Raja yang disayangi rakyat bukan dibenci rakyat
        Ingatlah pesanan bunda ini nanda...
        Bunda sangat-sangat sayang pada nanda
        Nandalah saham dunia akhirat bunda
        Tiada bunda nanti di dunia ini
        Kirimkan doa untuk bunda jangan dilupakan
        Itulah tanda kasih sayang nanda pada bunda...
        Di pintu Syurga bunda menantimu penuh kerinduan..."

        Masihkah nanda ingat dengan gurindam yang bunda dendangkan
        padamu ? Inilah gurindam yang ditiup suburkan dijiwamu agar
        terpasak dalam sanubarimu nanda...

        Makanya jangan nanda berkata seolah ingin pergi dulu daripada bunda....
        Memanglah kita tidak tahu siapa yang pergi dulu....
        Tapi biarlah bunda yang pergi dulu...
        Nanda muda lagi dan tenaga nanda masih segagah pahlawan perkasa...
        Bunda dalam usia begini sudah terlalu uzur dan lemah ....
        Cumanya semangat saja yang menguatkan bunda meneruskan
        Pengembaraan di dunia ini....
        Makanya bunda berharap sangat Tuhan panjangkan usia nanda...
        Bunda doakan Allah SWT sentiasa memberi kekuatan pada nanda
        Untuk meneruskan perjuangan bunda dan nanda bahagia ....
        Justeru jangan ragui cinta dan kasih sayang bunda pada nanda lagi...
        bunda kasih dan sayangkan nanda dari dunia ini di bawa hingga ke SyurgaNya....
        Aaamin Ya Rabbal A'Lamin

        Ikhlas daripada:

        Bunda Permaisuri Rimba Niagara
        Malaysia
        1 April 2012
        Sunday at 4:05pm · Like

        (PETIKAN DARIPADA WALL TEUNGKU SAYYID DEQY & RATU RIMBA NIAGARA)
        3 April 2012
(PETIKAN DARIPADA GRUP SRI PEMANGKU ADAT)
16 Ramadhan 1434H
25 Julai 2013M  

0 comments:

Post a Comment

 
;