Thursday, 25 July 2013

CINTAILAH ADAT BUDAYA NUSANTARA





    • Drpd. Karaton Nusantara dengan izin YTM Tuan Sri Pemangku Adat bahawa;

      SANG PEMANGKU ADAT (dahulu dikenali sebagai raja-raja kecil jajahan, penasihat-penasihat diraja) menjalankan suatu bakti pekerjaan tanpa diberi upah atau menerima imbuhan atau apa-apa balasan. Berkhidmat sebagai tanda taat setia, sedia berkorban dan berganding bahu kepada pemerintah. Mereka amat banyak berjasa seperti membina istana, kubu perang, jalan, saliran, membina pasukan askar, mendapat bekalan makanan, bahkan membantu memungut cukai untuk pemerintah, semuanya dilakukan keranaa TAAT SETIA kepada Raja-Raja, Maharaja atau Sultan yang mereka perakui, bahkan jasa bakti dan taat setia mereka yang tidak didendang atau dimasyhurkan atau diperingati bahkan tiada tercatat dalam mana-mana Pustaka DiRaja TETAPI SEDARLAH, SEKALIAN ANAK CUCU akan jasa bakti dan pengorbanan mereka. Oleh yang demikian, maka kita sebagai waris-waris pusaka yang terbilang dan terhormat ini, bersama CINTAILAH ADAT BUDAYA NUSANTARA ini.

      Unlike ·  · Unfollow Post ·  · 13 hours ago
      • You, Sri Pemangku Adat and 2 others like this.
      • Sri Pemangku Adat drpd. Karaton Nusantara dengan izin YTM Sri Pemangku Adat bahawa setelah dikaji selidik memgikut fakta sejarah jelas KESEMUA iaitu Raja, Maharaja atau Sultan dalam semua Negeri-Negeri ini adalah terlibat dalam suaka keturunan Bugis iaitu Wangsa Sawerigading, amin ya allah.
        14 hours ago · Unlike · 3
      • Ratu Rimba Niagara SEMASA DIBERI PELUANG HIDUP SAMA-SAMALAH KITA SALING MENABUR JASA AGAR MATI NANTI SUDI DIKIRIMI DOA OLEH ANAK CUCU KITA KERANA KITA MEWARISKAN ADAT BUDAYA NUSANTARA KEPADA MEREKA JIKA TIDAK DENGAN PENGORBANAN KITA PASTI AKAN PUPUS DITELAN ZAMAN DAN PASTILAH ANAK CUCU AKAN MENYALAHKAN KITA SEBAGAI MOYANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. JANGANLAH SAMPAI JADI BEGITU.
        3 hours ago · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA

        Sultan Abd Halim Mua'dzam Shah Agong berwibawa,
        Memerintah negara adil saksama;
        Rela berkorban demi rakyat tecinta,
        Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

        Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
        Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
        Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
        Rakyat Johor terharu lagi menyanyangi.

        Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
        Kepentingan rakyat amat dirasai;
        Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
        Sejak generasi dahulu hingga kini.

        DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
        Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
        Budi disemai Allah berkati,
        Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

        Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
        Kebajikan rakyat amat diutamakan;
        Bertuah sungguh rakyat Pahang,
        Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

        Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
        Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
        Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
        Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

        Sultan Mizan kesayangan rakyat,
        Rakyat Terengganu amat bersyukur;
        Punyai Raja yang pentingkan rakyat,
        Raja dan rakyat sentiasa rasa bersyukur.

        Sultan Kedah amat dihormati,
        Menabur budi tidak terhingga;
        Ke mana pergi rakyat mentaati,
        Rakyat Kedah amat berbangga.

        Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
        Kepentingan rakyat amat dijaga;
        Masalah rakyat diberi perhatian,
        Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

        Sultan Kelantan berhemah tinggi,
        Memerintah Kelantan adil saksama;
        Rakyat Kelantan takkan rugi,
        Raja dan rakyat berkerjasama.

        Karya: Ratu Rimba Niagara
        29 Ogos 2012
        (BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
        NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-55 PADA 31 OGOS 2012)
        ·
      • Ratu Rimba Niagara REVOLUSI BERTANJAK

        Revolusi bertanjak
        Raja bertanjak
        Pemimpin bertanjak

        Tak akan berlaku revolusi
        jika cuma Raja dan pemimpin bertanjak

        Suka tak suka
        akan berlaku revolusi
        jika sekiranya
        seluruh rakyat bertanjak
        dan memahkotakan
        tanjak yang terbaik
        bertahtakan
        kekuasaan rakyat memilih
        siapakah pemimpin yang terbaik untuk mereka
        dan memartabatkan Raja
        untuk mengukuhkan lagi
        sesebuah negara
        yang sentiasa mengutamakan rakyat
        daripada kepentingan sendiri
        kerana kekuasaan rakyat
        sentiasa dijunjung pada
        tanjak anugerah rakyat
        untuk pemimpin dan Raja
        itulah revolusi yang sebenarnya!
        jika itu terealiti
        makanya
        antara rakyat pemerintah dan Raja
        berpisah tiada
        kerana senada seirama
        memajukan negara
        dalam suasana
        aman harmoni
        tanpa
        mengundang
        ketidakadilan
        dalam memegang tampuk kekuasaan
        kekuasaan adalah milik semua
        dan semua berhak
        untuk hidup dalam
        negara sendiri yang merdeka!
        Revolusilah rakyat
        Revolusilah pemerintah
        Revolusilah Raja
        Revolusilah negara
        Barulah negaraku akan terus merdeka
        Dalam ertikata yang sebenarnya
        Negaraku yang merdeka dan berdaulat!
        Merdeka!Merdeka!Merdeka!

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        31 Ogos 2012
        (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012 & MEMBERI SOKONGAN KEPADA INSTITUSI DIRAJA DAN SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN NUSANTARA)
      • Ratu Rimba Niagara TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN!

        Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
        di serata pelosok bumi Malaysia

        Biarpun kumengerti menempuh gelombang
        ombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!

        Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
        “Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
        Untuk anak cucu kita menumpang teduh!

        Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
        Akan kuingat pesananmu itu!
        Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
        di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!

        Demi cintaku pada Malaysia
        akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu!
        Biarpun ke titisan darah terakhir!

        Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!

        Karya : Ratu Rimba Niagara
        31 Ogos 2007
        (Sempena Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Tercinta Yang Ke-55
        Pada 31 Ogos 2012)

        HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!

        Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
        Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
        Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
        Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.

        Salam Kemerdekaan dariku untukmu
        dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
        Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
        Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
        Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
        diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
        Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
        Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .

        "Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
        Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        29 Ogos 2012
        (SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-55 PADA 31 OGOS 2012)
      • Ratu Rimba Niagara SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN

        Tersebutlah kisah seorang putera,
        Tunku Abdul Rahman diberi nama;
        Dikasihi semua rakyat jelata,
        Baik budinya tidak terkira.

        Menyayangi rakyat sepenuh hati,
        Perjuangannya tidak pernah terhenti;
        Disambung oleh pemimpin terkini,
        Cintakan perjuangan tidak bertepi.

        Sokongan rakyat Tunku gembira,
        Rela berkorban harta dan nyawa;
        Demi kerana negara tercinta,
        Asalkan rakyat hidup bahagia.

        Bersama Tun Razak Tunku ke London,
        Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
        Penat dan lelah tidak dihiraukan,
        Asalkan pulang membawa kejayaan.

        Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
        Disambut penuh dengan kegembiraan;
        Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
        Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

        Tunku laungkan merdeka penuh membara,
        Rakyat menyambut laungan membara-bara;
        Demi kerana negara merdeka,
        Untuk diwarisi rakyat jelata.

        Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
        Penuh dengan penat dan lelah;
        Walaupun tiada pertumpahan darah,
        Agar generasi dapat berteduh.

        Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
        Pertahankan negara tanpa jemu;
        Rakyat aman sudahlah tentu,
        Generasi mendatang mendapat restu.

        Tanpa diduga komunis bertandang,
        Menceroboh masuk terus meradang;
        Tunku memikir merasa bimbang,
        Keselamatan negara tidak tergoyang.

        Tunku berbincang secara aman,
        Dengan Chin Peng membuat keputusan;
        Komunis berundur dengan aman,
        Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

        Jepun menyerang ke negara kita,
        Ingin berkuasa merebut tahta;
        Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
        Makan dan minum berair mata.

        Sana sini mayat bergelimpangan,
        Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
        Asalkan hati penuh kepuasan,
        Kerana hati bertuhankan syaitan.

        Para perajurit ramai terkorban,
        Mempertahankan negara habis-habisan;
        Nyawa di badan jadi taruhan,
        Asalkan negara menjadi aman.

        Perajurit dibantu tentera Inggeris,
        Jepun terus bermuka bengis;
        Berlawan mereka terus menerus,
        Gugurnya perajurit terus ditangis.

        Pergilah perajuritku dengan aman,
        Perjuanganmu menjadi kenangan;
        Kau gugur dalam kemenangan,
        Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

        Jepun mengalah lalu berundur,
        Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
        Sudah terlambat Jepun nak sedar,
        Rakyat mereka ramai yang gugur.

        Tunku hargai jasa perwira,
        Pertahankan negara ke hujung nyawa;
        Rakyat juga amat berbangga,
        Kerana jasamu rakyat terbela.

        Tungku memerintah penuh berhati,
        Rakyat hidup bersatu hati;
        Ke mana pergi Tunku dihormati,
        Pengorbanamu Tunku terus diingati.

        Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
        Memerdekakan negara demi keamanan;
        Agar generasi turut pertahankan,
        Menjadi warisan sejak berzaman.

        Karya: Ratu Rimba Niagara
        31 Ogos 2011
        (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA KE -55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012)
      • Ratu Rimba Niagara MARHABAN YA RAMADAN UNTUK SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

        Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
        Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
        Patik dari Rimba Niagara
        dan wakil dari seluruh penghuni rimba niagara
        mengucapkan selamat menyambut
        Ya Marhaban Ya Ramadhan
        moga semua amalan ibadah Tuanku dan seluruh rakyat Malaysia...
        diterima Allah Azzawajallah Aamiin

        Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
        Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
        patik mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kerana
        di sepanjang Tuanku Memerintah Malaysia...
        rakyat Malaysia hidup dalam aman dan damai
        dan bersyukur dengan nikmat rezeki Kurniaan Allah Azzawajallah
        di bumi bertuah Malaysia dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa terkecuali, pemerintahan Tuanku yang adil lagi saksama kepada rakyat Malaysia membuatkan setiap rakyat Malaysia rasa dihargai dalam
        penuh kesyukuran kerana diKurniakan Allah SWT seorang Raja yang taat kepada Allah SWT dan amat utamakan kepentingan rakyat baginda.

        Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
        Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati...
        Pemerintahan Tuanku yang penuh kasih dan sayang
        kepada rakyat Malaysia menjadi idola kepada semua Raja-Raja Melayu yang ada di Seluruh Rumpun Melayu Nusantara.
        Moga Rahmat dan Kasih Allah Robbul Idzati
        DiLimpahi ke atas Tuanku sekeluarga dan seluruh rakyat Malaysia.
        Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
        DAULAT TUANKU!

        Ingatan tulus ikhlas daripada patik:
        Rabeah Mohd Ali
        Putri Rimba Niagara
        Istana Rimba Niagara
        Malaysia/Indonesia.
        22 Ramadan 1433H
        11 Ogos 2012
        (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
        24 Ramadhan 1433H
        13 Ogos 2012
      • Ratu Rimba Niagara PANTUN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XIV SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

        Sekalung tahniah di atas pertabalan,
        Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Yang di-Pertuan Agong;
        Rakyat 1Malaysia meraikan penuh kesyuk
        uran,
        Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

        Yang di-Pertuan Agong ke-14 berjiwa rakyat,
        Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
        Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
        Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diRedhai.

        Masalah rakyat masalah baginda juga,
        Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
        Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,

        Berat sungguh hendak melepaskan,
        Kerana negara dilepaskan juga;
        Sultan Kedah yang budiman,
        Moga 1Malaysia sentiasa sentosa.

        Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
        Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
        Rakyat sentiasa berterima kasih,
        Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.

        Agong kami Raja yang penyayang,
        Sayangkan rakyat sayangkan negara;
        Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
        Saling bantu membantu demi negara tercinta.

        Raja dan rakyat berpisah tiada,
        Sehati sejiwa mempertahankan negara;
        Rakyat 1Malaysia mempertahankan institusi di-Raja,
        Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.

        Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

        Karya Ratu Rimba Niagara
        13 Disember 2011
        (Bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah)
      • Ratu Rimba Niagara RAKYAT KELANTAN AMAT SANJUNGI

        Sultan Kelantan berhemah tinggi,
        Memerintah Kelantan adil saksama;
        Rakyat Kelantan amat sanjungi,

        Raja dan rakyat saling bekerjasama.

        RATU RIMBA NIAGARA
        6 Ogos 2012
        17 Ramadan 1433H

        BALASLAH KASIH SAYANGNYA DENGAN RAHMAT KASIH-MU

        Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan
        Seorang hamba yang benar zuhud
        Mengutamakan rakyat lebih daripada
        Kepentingan sendiri
        Segala masalah rakyat ingin dibantu
        Sedaya mampu
        Masalah rakyat masalah baginda juga
        Hari-hari yang difikirkan
        Rakyat...rakyat...rakyat...
        Hidup baginda sepi tanpa rakyat
        Kasih sayang baginda pada rakyat
        Tidak berbelah bahagi
        Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
        Hinggakan rakyat tidak merasakan
        Yang berada di sisi mereka seorang raja
        Yang berkuasa memerintah seluruh negeri Kelantan
        Namun apabila berbicara dengan baginda
        Masih menjaga adap
        Berbicara bahasa istana penuh sopan
        Hinggakan seluruh rakyat Kelantan
        Berasa amat terharu dengan
        Sikap rendah diri raja mereka
        Pada baginda
        Apalah ertinya pangkat
        Jika pangkat itu tidak memberi
        Apa makna kepada rakyat
        Dan baginda amat takut
        Apabila tanggungjawabnya
        Sebagai seorang raja akan
        Dipertanggungjawabkan
        Di akhirat kelak
        Apa yang hendak
        Dijawabkan nanti jika
        Baginda lalai dengan tanggungjawabnya
        Pada rakyat Kelantan

        Ya Allah...
        Kau Maha Penyayang
        Kau Maha Memahami Isi Hati
        Kau pandanglah kasih sayang raja kami ini
        Kau balaslah kasih sayangnya pada kami
        Dengan rahmat kasih-Mu
        Dan balaskanlah dengan balasan Syurga
        Dan kami jua mahu bersamanya
        Menikmati Syurga-Mu
        Penuh kasih sayang
        Berkat ikhlasnya hidup berkasih sayang
        Kerana-Mu tika di dunia
        Aamin Ya Rabbal A'Lamin

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        14 April 2012
        (PETIKAN DARIPADA WALL & KHAI NOOR & PUTRI RIMBA NIAGARA)
        8 Mei 2012
        (DISIARKAN PUISI SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
        6 Ogos 2012
        17 Ramadan 1433H
(PETIKAN DARIPADA  GRUP SRI PEMANGKU ADAT)
16 Ramadhan 1434H
25 Julai 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;