Saturday 27 July 2013

RANG BULAN SUDILAH TURUN KE BUMI AKU MEMERLUKAN SINARMU



  • MAAFKAN AKU RANG BULAN!

    aku dan letih untuk terus menjadi si pungguk rindukan rang bulan
    rakan fbku adalah rang bulanku
    aku adalah si pungguknya
    yang sentiasa menunggunya menyapa karyaku
    penuh harap terus mengharap tapi hampa

    si pungguk biarpun ribuan karya disiarkan di laman fbnya
    rang bulan masih sepikan
    pandang pun tidak
    sedangkan di awal sapaan
    mahu setia untuk saling meyokong karya si pungguk

    rang bulan makin baca karya si pungguk
    bukan makin kasih dan sayang tapi makin terus membenci
    sedangkan rang bulan tahu jika dia sepikan karya si pungguk
    seolah dia mentoreh-toreh hati si pungguk
    kenapa rang bulan tega begitu sekejam itu
    jika rang bulan sudah tak suka melenyaplah terus
    tak perlu membiarkan si pungguk merayu-rayu
    rayuan untuk sengaja dipandang hina oleh kawan-kawan rang bulan....
    kawan-kawan rang bulan hina si pungguk ..rang bulan biarkan saja tanpa mahu membela, semenjak kawan-kawan rang bulan hina karya si pungguk...rang bulan terus tidak mahu menjadi rakan setiakawan si pungguk sekadar wujud tapi tak wujud
    jika dulu rang bulan selalu memberi komentar dan like
    kini tidak lagi...terus jadi batu terus membatukan hatinya
    adakah itu namanya kawan yang mahu dipertahankan lagi
    kawan yang terdinding hati
    kawan yang tak mengerti

    Si pungguk terus merayu-rayu
    Terus menyiarkan karya-karyanya
    Yang ditulis bertintakan air mata kepiluan
    Kerana tidak mahu terus menerus
    Menjadi si pungguk mendayu-dayu sayu kepada rang bulan yang tak seperti dulu
    Si pungguk dengan terseksa hati terpaksa melenyapkan rang bulan daripada Pandangan mata namun rang bulan masih mewangi di hati mewangi dijiwa kerana tak Mahu menjadi pemutus talisiraturrahim di antara rang bulan dengan si pungguk moga Allah menjadi saksi talisiraturrahim ini yang telah terdinding di sebalik mega senja Alammaya.

    Maafkan aku rang bulan.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    18 Ramadhan 1434H
    27 Julai 2013M
  • KITA YANG MENENTUKAN PERSAHABATAN KITA

    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum Kenji Brothers

    Terima kasih kerana sudi menerima hamba sebagai rakan fbmu...
    Hamba perkenalkan diri hamba sebagai Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua , minat hamba adalah menulis.

    Pelbagai tema hamba tulis. Salah satu tema yang hamba minat adalah tema kepahlawanan. Makanya rakan fb hamba berjiwa pahlawan adalah sumber inspirasi hamba berkarya.

    Tujuan hamba ingin menjadikan dia rakan fb hamba...mahukan dia sebagai pencetus inpirasi dan bila karya-karya hamba yang bertemakan pahlawan bersiaran dia akan memberi pandangannya serba sedikit tentang karya yang hamba tulis.

    Tapi nasib selalu tidak menyebelahi hamba ...karya hamba mereka sepikan tiada langsung untuk mahu memberikan pendapatnya malah bila hamba siarkan karya hamba di wall nya ...dia marah kerana mengganggu wallnya.

    Bagaikan remuk redam hati hamba...kerana tak mahu remuk redam...hamba terus undurkan diri sebagai rakan fb pahlawan tersebut. Bagi hamba berkawanlah pada yang sudi dan memahami...yang tak fraham kita pun faham ...ucapkan selamat tinggal dengan sejuta kemaafan tapi dalam hati tiada niat untuk memutuskan talisirturrahim.

    Redhakan saja takdir kita ditemukan bukan untuk menjadi rakan setiakawan di alammaya cuma sementara saja. Kita dah saling tak sefahaman. Sifat keakuan membuatkan kita saling sepi menyepi.

    Kita hidup adalah apa pilihan kita
    Apa matlamat kita
    Apa matlamat kita membuka akaun fb
    Adakah sekadar wujud tapi tak wujud
    Dan apa matlamat kita berkawan di fb
    Adakah untuk saling mahu ambil tahu siapa dia
    Kemudian terus sepi menyepi

    Hamba memang pelik
    Rakan fb hamba adalah yang terpilih di antara yang terpilih
    Sejujurnya bukan kerana statusnya hamba hendak menjadi rakan fbnya
    Hamba mahu jadi kawannya agar
    Dia sokong perjuangan sastera hamba
    Dan hamba sokong perjuangan apa yang diperjuangankan
    Jika tidak memberi apa-apa impak pada dunia sastera hamba
    Sejujurnya hamba tak dapat teruskan menjadi fakan fbnya
    Hamba hanya terima rakan fb yang memahami dunia sastera hamba
    Jika yang tak boleh faham ...
    Hamba minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki
    Bukan sengaja mahu memutuskan persahabatan
    Tapi saling bisu membisu dalam bicara bisu selepas itu melenyap
    Lebih baik hamba undurkan diri
    Andainya persahabatan yang kita bina ini terjadinya sepi menyepi
    Maafkan hamba jika karya-karya hamba berlalu pergi tapi percayalah Talisiraturrahim yang terbina tetap kukuh sampai kubur sampai Syurga In Shaa Allah Aamiin.

    Jika setelah membaca luahan hati hamba ini...tidak mampu untuk setia dengan karya hamba hanya sekadar memberi komentar yang bernas pada tema karya yang disiarkan...boleh undurkan dari pertemanan ini.

    KERANA KARYAKU AKU MENCARI TEMAN
    TEMAN UNTUK SETIA DENGAN KARYAKU
    MEMBERI KOMENTAR PADA KARYA YANG KUTULIS
    JIKA SEKADAR WUJUD TAPI TAK WUJUD SEBAGAI RAKAN FBKU
    MAAFKAN AKU ...KERANA AKU TERPAKSA BERLALU PERGI...
    AKU BUKAN PENTINGKAN RAKAN YANG RAMAI
    YANG AKU MAHU KAWAN SETIAKAWAN SAMPAI MATI SAMPAI KUBUR
    JIKA KERANA DARJAT MU YANG TINGGI MENYEKAT KAMU
    UNTUK MEMBERI SOKONGAN PADA SASTERAKU
    MAAFKAN AKU DUHAI TEMAN
    TOLONG FAHAMI DUNIAKU
    JIKA HATIMU HATIKU TERDINDING DENGAN KEEGOAAN SENDIRI
    LEBIH BAIK KITA BUAT URUSAN SENDIRI TANPA SANGSI LAGI
    KERANA HIDUP KITA KEPUTUSAN KITA ADALAH KEHENDAK KITA
    MAKANYA JIKA KITA FAHAM ITU KITA TIDAK AKAN SALING MENYALAHKAN
    SESUNGGUHNYA KITA SESEMPURNA MANAPUN TETAP TIDAK SEMPURNA
    MAKANYA MAAFKAN SAYA ...
    PERTEMANAN FB SAYA BERGANTUNG PADA PEMAHAMAN DAN PENGERTIAN KAWAN SAYA TERHADAP SAYA...JIKA SAYA LAYAK MENJADI RAKAN FBMU BOLEH DITERUSKAN JIKA SAYA TAK LAYAK TAK APA SAYA TIDAK BERKECIL HATI...BARULAH KEPUTUSANNYA SAMA IAITU SAMA REHDA UNTUK MENJADI SAHABAT FB SAMA REDHA TIDAK MENJADI SAHABAT FB TIADALAH MERASA AKAN SALAH MENYALAH DI ANTARA SATU SAMA LAIN.

    RAKAN FBMU YANG MAHUKAN PENGERTIANMU,
    RATU RIMBA NIAGARA
    18 Ramadhan 1434H
    27 Julai 2013M
(PETIKAN  DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & RINALDI RIZAL)
19 Ramadhan 1434H
28 Julai 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;